Posts Tagged ‘contest’

Jom menang Laptop Acer Aspire One Percuma

Acer Aspire One Untuk Dimenangi

Sebentar tadi ada menerima tweet daripada @DenaiHati yang meminta untuk retweet entri di blognya yang bertajuk Acer Aspire One untuk ANDA miliki percuma. Denaihati dengan semangat ‘Hidup Untuk Memberi’ menyediakan bukan satu, tetapi 2 buah laptop Acer Aspire One untuk dimenangi oleh blog yang layak. Untuk pengetahuan korang, contest ini terbuka kepada semua blog yang ada di dunia ni kecuali forum, komuniti dan website.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh DenaiHati bolehlah menyertainya sekarang. Penyertaan adalah percuma. Hadiah untuk dimenangi pun percuma. Jom Menang Laptop Acer Aspire One Sekarang! Hanya tiga syarat sahaja yang dikenakan kepada blog yang berminat untuk menang Acer Aspire One.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , ,

Hidup berani untuk gagal

Hari ni sedikit info yang serius untuk korang. So, penulisan aku kali ni adalah lebih ke arah formal, menggunakan Bahasa Melayu macam dalam buku teks. Hehe.. Mari kita mulakan bacaan.

Hidup Berani Untuk Gagal

Kegagalan? Memang sesuatu yang memeritkan. Siapa yang suka akan kegagalan? Tiada seorang pun yang sukakannya. Namun begitu, kegagalan itu perlu kerana sudah menjadi lumrah dalam kehidupan. Hidup Berani Untuk Gagal – Harus berani menghadapi kegagalan dalam hidup kerana dengan kegagalan tu la kita akan dapat mempelajari dan memperbaiki setiap kelemahan kita. Kegagalan juga akan mematangkan diri kita.

Sudah menjadi tabiat manusia, apabila diri menghadapi kesukaran atau kegagalan, mereka akan menyalahkan takdir. Malah yang lebih teruk lagi mereka sanggup memarahi orang-orang di sekeliling dengan alasan mereka inilah yang menjadi punca kegagalan tersebut. Di sini kita perlu ingat bahawa kegagalan kita adalah disebabkan oleh diri kita sendiri dan bukannya disebabkan oleh orang lain. Kenapa? Kerana hanya minda dan diri kita sahaja yang berupaya menentukan sama ada usaha kita akan menghasilkan kejayaan ataupun kegagalan!

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Blog4FT – Blog for Federal Territory

Blog4FT - Blog for Federal Territory

Blog4FT (Blog for Federal Territory) merupakan sebuah peraduan yang menggalakkan masyarakat umum untuk berblog berkenaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan juga Wilayah Persekutuan Labuan. Ia memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk berblog secara positif berkenaan mana-mana aspek Wilayah-wilayah Persekutuan sama ada dari segi kehidupan, warisan, alam semulajadi, sejarah, senibina atau apa-apa tajuk korang rasa menarik. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai peraduan tu, korang boleh tengok kat sini.

Blog4FT memberi kebebasan untuk kita berblog tentang apa jua topik. Ini mengingatkan aku kisah time mula-mula aku menjejakkan kaki di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) iaitu pada 4 tahun lepas.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kempen I Love Malaysia sempena merdeka

iLoveMalaysia Campaign

Sempena bulan Kemerdekaan yang ke-52 ni, sebuah syarikat hosting terkemuka di Malaysia iaitu Exabytes telah menganjurkan satu kempen dengan tagline I Love Malaysia. Melalui kempen I Love Malaysia ni juga korang berpeluang memenangi hadiah yang cukup menarik berupa sebuah iPhone 3GS (berharga RM2500) dan juga sebuah Western Digital My Passport Essential (kapasiti 320GB). Bapak best hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Kempen ni boleh disertai oleh semua yang berminat dengan syarat korang mestilah mempunyai website atau blog kepunyaan sendiri. Untuk menyertainya, ikut langkah-langkah di bawah:

read more »

keywords: , , , , , , , , ,