Posts Tagged ‘bisnes internet’

Tunjuk Ajar Ku Sifoo

Sifoo.com - Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia

Kali ni aku nak bercerita tentang “Forum Internet”. Korang tau tak apa tu Forum Internet? Dari pemahaman aku, Forum Internet ni merupakan satu tempat perbincangan secara online yang korang boleh join untuk membincangkan tentang sesuatu hal, topik atau perkara. Sebagai contoh, gambar yang ada kat atas ni adalah screenshot forum internet Sifoo.com yang aku aktif. Forum Sifoo.com ni merupakan forum yang memfokuskan kepada bidang grafik dan multimedia. Kat bawah ni aku letak sedikit petikan daripada profil forum Sifoo.com:

Sifoo.com adalah sebuah laman web portal yang memfokuskan kepada bidang grafik dan multimedia. Sifoo.com membawa slogan kata “Sumber Grafik & Multimedia Malaysia” sesuai dengan fokusnya untuk menjadi satu pusat rujukan di Internet kepada sesiapa sahaja yang berminat atau terlibat di dalam bidang grafik dan multimedia. Keahlian Sifoo.com adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat tanpa sebarang bayaran.

Sifoo.com menyediakan bahan bacaan ilmiah dalam bentuk artikel, tutorial dan juga perbincangan melalui online forum kepada pengunjung. …

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , ,

Dapatkan MajalahIM Edisi Mei 2009

Majalah IM

MajalahIM keluaran #13 telah sedia untuk didownload. Dapatkan sekarang kerana banyak info menarik tentang dunia blog yang dikongsikan melalui MajalahIM ni. Bagi sesiapa yang belom tau tentang majalah ni, boleh la layari blog rasmi MajalahIM di http://www.majalahIM.com.

Sepertimana yang telah diumumkan di blog rasmi MajalahIM, edisi kali ni berkisar tentang isu ‘Blog dan Pro Blogging‘ yang kini semakin hangat diperkatakan di Malaysia kita ni. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia ada blog sendiri. Tapi ada juga yang masih tak tau dan masih tidak faham apa itu blog.

read more »

keywords: , , , , , , , , , ,