Denaihati.com

Program Qorban dan Aqiqah di Kemboja

Sikap Pemandu Salahguna Lorong Kecemasan


Salah Guna Lorong Kecemasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah selamat tiba di kampung setelah bertolak dari Kuala Lumpur (KL) ke Teluk Intan dengan menaiki bas Transnasional. Perjalanan ambil masa selama 8 jam akibat kesesakan lalu lintas yang sangat teruk di lebuhraya. Bertolak tepat jam 3:05 petang, sampai kat kampung dalam jam 11:15 malam lebih kurang. Abah aku cakap bas dari KL yang bertolak jam 4:00 petang dah sampai dulu sebab lalu jalan lama. Aku bengang je rasa.. Cuti raya Cina semua orang pakat balik kampung lalu highway, sebab tu traffic jam.

Jalanraya yang penuh sesak jadi bertambah sesak bila ramai pengguna jalanraya salahguna lorong kecemasan sebagai jalan pintas untuk memotong kenderaan-kenderaan lain. Kalau ada polis time tu memang sedap la. Ramai yang akan kena saman.

Aku tak dapat bayangkan kalau berlaku eksiden macam mana ambulance, encik polis atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab nak lalu pergi ke tempat kejadian kalau lorong kecemasan penuh dengan pemandu yang ‘buta perut’. Mangsa kemalangan dah tentu tak dapat diselamatkan. Semuanya berpunca daripada sikap pengguna jalanraya yang hanya mementingkan diri sendiri hingga menyusahkan orang lain.

Fungsi Lorong Kecemasan

  1. Digunakan oleh kenderaan yang mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan – tempat yang selamat untuk mereka keluar bagi memeriksa kerosakan yang berlaku pada kenderaan tanpa mengganggu aliran lalu lintas
  2. Digunakan oleh ambulance, bomba dan polis untuk ke lokasi kemalangan dengan segera dan pantas bagi membolehkan mereka mengambil tindakan atau menyelamatkan mangsa kemalangan

Kalau tak silap aku 2 tu je fungsi lorong kecemasan. Bukannya diguna untuk memotong kenderaan lain walau jalan sesak macam mana sekalipun. Ada pernah terdengar berita membabitkan kematian penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan sebab motornya rosak. Dia dilanggar oleh kenderaan pemandu yang memotong menggunakan lorong kecemasan ketika tu. Teruknya sikap buruk pemandu Malaysia. Orang lain pon nak balik kampung jugak. Masing-masing bersabar jela. Sabar tu kan sebahagian daripada iman.




Entri Lain Yang Menarik:


Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Google Keywords: , , , , , , , ,


Pengiklanan
Insentif Tunai DenaiHati.com Cetusan Suara Download MediaFire Files world dream cars from various model

Dropbox

Earn Money on Zuvvu

Tinggalkan komen anda

12 komen diterima bagi entri “Sikap Pemandu Salahguna Lorong Kecemasan”

Trackbacks & Pingbacks

  1. akubiomed says:

    Semalam ketika menghala ke Selatan banyak kenderaan yang menyalahgunakan lorong kecemasan. Tanniah kepada skuad peronda PRDM bertindak menyaman kenderaan yang mengunakan lorong kecemasan ini.
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Pulau Pinang mengamit kenangan lamaMy Profile

    [Reply]

  2. Kujie says:

    bila dah cuti panjang mcm ni, patut dah faham situasi di jalan raya, tak payah nak stress sampai lalu lorong kecemaran..kalau kita bertenang, perjalanan tu rasa lebih berharga

    terima situasi, itu lah kehidupan…
    Jom baca entri terbaru blog Kujie.. Gaya #retisMy Profile

    [Reply]

  3. Mus says:

    :angry:
    bila pentingkan diri sendiri.. orang lain jadi mangsa
    Jom baca entri terbaru blog Mus.. Latok, ‘Anggur Laut’ Yang SedapMy Profile

    [Reply]

  4. RIS-FAMILI says:

    kalau kena saman kan bagus. menjana hasil negara. hahaha
    Jom baca entri terbaru blog RIS-FAMILI.. Happy Birthday MumMy Profile

    [Reply]

  5. manusia macam jenis peragai seribu satu jenis orng dan peragai

    [Reply]

  6. TJ says:

    hahaha,benda macam nie la polis kena saman…
    duit free je 2..

    nie la org pentingkan diri sendiri….
    xreti nk pk org lain…
    Jom baca entri terbaru blog TJ.. BORANG PERMOHONAN POLITEKNIK 2012 BAGI LEPASAN SPMMy Profile

    [Reply]

  7. brohai says:

    skang mmg ramai mementing kan diri sendiri.tak boleh nak besar bila jalan jem.Sepatut nya diorng ni merancang perjalanan mereka.

    [Reply]

  8. shraqs says:

    Sikap pemandu di Malaysia ni memang tak habis2. Antara sebab aku tak balik kg ni la pasal “jam”… buat letih je, lagi bagus sruh org kg je dtg ke bandar :)
    Jom baca entri terbaru blog shraqs.. Laporan Alexa Ranking MobilityWorlds Genap SebulanMy Profile

    [Reply]

  9. Tuan Tanah says:

    masing2 dah tak sabaq hehhee..:)
    itu yang bahya nie bila pentingkan diri sendiri :blush: Jom baca entri terbaru blog Tuan Tanah.. Cepat !!! Makan Malam Percuma di Enak KL.My Profile

    [Reply]

  10. maszuki says:

    mmg banyak ni yg begini.. selalu klu blk kedah dari shah alam, mesti akan jumpa pny lah.. laju plk tu smpi terjadi kemalangan dgn motor…

    [Reply]

  11. titan says:

    banyak kali gak aku tengok kat highway..
    Jom baca entri terbaru blog titan.. Lelaki kacak patut minum jus Monavie.My Profile

    [Reply]

  12. kartikel.com says:

    ni aku menyirap je, padan muka sapa kena saman tu :getlost:

    [Reply]

Leave a Reply

1. Anda dilarang masukkan permalink di ruangan "Website"

2. Anda dilarang masukkan link di dalam ruangan komen!
    (kecuali untuk berkongsi link yang berkaitan dengan entri)


IP anda telah direkodkan : 38.107.179.217