Share Entri Blog Kawan-Kawan dengan Twitterfeed

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 3 August 2012 { 23 komen }

   

share entri twitterfeed Share Entri Blog Kawan Kawan dengan Twitterfeed

Semasa bertemu bro Zarul di Nuffnang Blogopolis 2012 baru-baru ni, dia ada tanya aku tentang auto tweet yang aku buat di Twitter. Setiap kali dia update blog, akaun Twitter aku automatik akan share entri terbaru blog dia tu. Semuanya aku buat menggunakan Twitterfeed. Bagi yang tak tahu lagi Twitterfeed tu apa, Twitterfeed fungsinya ‘mengambil’ RSS Feed sesebuah blog dan kemudian menghantar kandungan terbaru RSS Feed tu ke laman sosial seperti Twitter, Facebook dan LinkedIn.

Ada sesetengah blogger (contohnya aku) malas nak share entri yang baru ditulis kat blog. So, kita boleh guna fungsi Twitterfeed untuk share entri baru blog kita secara auto ke laman sosial yang kita tetapkan. Kalau ada kawan-kawan yang baik hati, diorang akan ‘setting’ jugak akaun Twitterfeed diorang untuk tolong share entri terbaru blog kita. Lagi ramai buat macam tu, lagi cepat entri tersebut akan tersebar. Cuba bayangkan kalau 10 orang kawan tolong share entri kita. Kalau 100 orang? Kalau 1,000 orang?

Cara Menggunakan Twitterfeed

  1. Daftar akaun di Twitterfeed.com
  2. daftar twitterfeed Share Entri Blog Kawan Kawan dengan Twitterfeed

  3. Dapatkan RSS Feed blog yang kita nak share. Contoh RSS Feed adalah :
    http://feeds.feedburner.com/anarmdotnet atau http://anarm.net/blog/feed.
    Ada sape-sape tak tahu tentang RSS Feed?
  4. rss twitterfeed Share Entri Blog Kawan Kawan dengan Twitterfeed

  5. Isi ruangan Feed Name dan Blog URL or RSS Feed URL. Kemudian tekan button “test rss feed” untuk check RSS Feed tu ok ataupun tidak. Kalau RSS Feed ok, dia akan keluar Feed parsed OK.
     
  6. Advanced Settings – Di sini setting untuk feed blog yang kita akan share secara automatik melalui Twitterfeed. Bahagian “Post Prefix” boleh tinggalkan kosong atau boleh tulis apa-apa untuk awalan ayat dalam auto tweet kita nanti. “Post Suffix” pulak untuk ayat akhir dalam tweet kita.

    setting twitterfeed Share Entri Blog Kawan Kawan dengan Twitterfeed

    Contoh setting boleh tengok gambar di atas. Auto tweet yang akan terhasil adalah:

    #BlogKawanTajuk Entri Blog” “Link Entrivia @anarmnet

    Tajuk Entri Blog” dan “Link Entri” dalam tweet yang terhasil tu akan diambil dari RSS Feed yang telah kita tetapkan. “via @anarmnet” tu pulak sebagai credit kepada si penulis entri (contoh je). Setting boleh buat dan pilih ikut kehendak sendiri. Bila dah selesai, tekan button “Continue to Step 2“.

  7. Langkah seterusnya hanya perlu connect ke laman sosial yang kita nak hantar RSS Feed tu. Kalau nak share ke Twitter, klik “Twitter” dan “Authenticate Twitter“. Kalau nak share ke Facebook, tekan link “Facebook”. Bila dah selesai, klik button Create Service > All Done.
  8. sosial sharing twitterfeed Share Entri Blog Kawan Kawan dengan Twitterfeed

    authenticate twitter Share Entri Blog Kawan Kawan dengan Twitterfeed

* * * * * * * * *

Itu saja langkah yang perlu dibuat untuk setup auto tweet menggunakan Twitterfeed. Cuma diingatkan jangan terlalu banyak sangat automasi takut nanti tiba-tiba akaun Twitter kena suspend. Jangan biarkan akaun Twitter terabai untuk tempoh yang lama dengan auto tweet je. Rajin-rajin la tweet sendiri apa-apa info atau bersosial sesama rakan blogger atau rakan internet.

( Credit: zulseffort.net )


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , ,

23 komen -- Share Entri Blog Kawan-Kawan dengan Twitterfeed

  1. Hafizul says:

    ooo tak leh biar jugak ekk tweet macam tu jer..kena kita jugak rajin2 tulis dan tweet..hehe..baru aku tahu…
    Jom baca entri terbaru blog Hafizul.. Pengalaman PahitMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Hafizul, yup.. kena rajin2 jugak tweet tulis sendiri.. kalau semua automatik nanti twitter mungkin akan detect lepas tu akaun kena suspend @ ban.. kalau post ke facebook rasanya takde masalah.. cuma untuk twitter je yang perlu hati2 sikit.. rugi besar kalau akaun kena suspend.. tambah2 kalau akaun tu dah ramai giler follower.. rugiiii.. kan?
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Nuffnang Tampil Dengan Wajah BaruMy Profile

    Reply

  2. Panas Giler (djchef) says:

    oh.. baru tau pasal twiterfeed ni, slalu guna rss graviti je

    Reply

    Anarm reply:

    @Panas Giler (djchef), RSS Graffiti eh? yang tu boleh letak feed blog kawan2 tak? aku tak pernah guna lagi RSS Graffiti tu..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Nuffnang Tampil Dengan Wajah BaruMy Profile

    Reply

  3. daddydee says:

    boleh cuba nanti…
    Jom baca entri terbaru blog daddydee.. Olympic 2012 : Natalia PartykaMy Profile

    Reply

  4. Yazid says:

    wahhh xtw pulak ada benda ni..tq sifuu! :)

    Reply

  5. Hazmin Hamudin says:

    Belum pernah cuba lagi benda ni. Selalu guna manual je. Lepas ni bolehlah guna benda ni pulak.
    Jom baca entri terbaru blog Hazmin Hamudin.. Sinopsis Drama Kau Yang Terindah Slot Akasia TV3My Profile

    Reply

  6. zhazmi says:

    boleh try ni, hari2 bukak twitter so xde msalah..

    Reply

  7. Denaihati says:

    dah bertahun guna khidmat ini memang sangat membantu blog sendiri. Sekarang ada bantu beberapa blog kawan samada atu tweet atau auto publish di fanpage FB. Kebanyakan info BI utk ahli twitter luar negara guna srvice ni.
    Jom baca entri terbaru blog Denaihati.. Qurban dan Aqiqah Lebih Mudah dengan eQurbanMy Profile

    Reply

  8. fazrol says:

    thanks for sharing bro..
    aku nak try gak nnti blog kwn2..

    Reply

  9. titan says:

    aku rasa aku dah try benda ni dulu.
    Jom baca entri terbaru blog titan.. Peneraju Revolusi SEO Merah JambuMy Profile

    Reply

  10. Orang Kampung says:

    Terima kasih…info yg bagus utk kongsi bersama
    Jom baca entri terbaru blog Orang Kampung.. Mabuk di lautMy Profile

    Reply

  11. Jebeng Otai™ says:

    lor..snang jer caranya, leh cuba :)
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Keputusan Terkini Pingat Olimpik 2012My Profile

    Reply

  12. puanbee says:

    Saya pernah buat , tp tak ada pun auto tweet tu keluar di timeline , setakat di website tu je
    Jom baca entri terbaru blog puanbee.. Teknologi dalam rumahtanggaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @puanbee, cuba tengok balik dan try guna rss feed blog sape2.. biasanya lepas siap setting dia akan terus keluar entri terbaru kat timeline..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Share Entri Blog Kawan-Kawan dengan TwitterfeedMy Profile

    Reply

  13. Bro Zulkbo says:

    salam..
    wow..menarik tu..
    bolehlah saya cuba
    nanti :)
    Jom baca entri terbaru blog Bro Zulkbo.. Mengerikan Bila Siku Terkehel Dalam Acara Angkat Berat Olimpik 2012 (Gambar Dan Video)My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Bro Zulkbo, cuba, jangan tak cuba.. nanti aku setting untuk share blog bro pulak..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Share Entri Blog Kawan-Kawan dengan TwitterfeedMy Profile

    Reply

  14. Bro Framestone says:

    Agak menarik dan tertiba pening bacanya he…23x

    Akan dikaji semula
    Jom baca entri terbaru blog Bro Framestone.. Step Up – RevolutionMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Bro Framestone, sori, ayat aku tulis memeningkan sikit kot.. kalau cuba buat sendiri, senang je step2 dia..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Share Entri Blog Kawan-Kawan dengan TwitterfeedMy Profile

    Reply

  15. Dadan says:

    boleh dicoba Bang, terima kasih atas info dan tutorialnya
    Jom baca entri terbaru blog Dadan.. MP3 dan Lirik Separuh Aku, Single Pertama NOAHMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Dadan, sama-sama.. nanti saya setting akaun twitterfeed saya untuk share entri blog dadan..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Share Entri Blog Kawan-Kawan dengan TwitterfeedMy Profile

    Reply

  16. hanep says:

    bagus gak tools ni. tapi kalo follower sikit cam ambe ni susahla. hehehe
    Jom baca entri terbaru blog hanep.. TNX selepas 3 tahun ditinggalkanMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @hanep, tambah la lagi follower.. follower ramai baru best..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Share Entri Blog Kawan-Kawan dengan TwitterfeedMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 142.4.217.219

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv