Seminar Buat Duit dengan Blog

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011

45

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 30 December 2010 { 45 komen }

   

anarm say happy new year Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011

Tahun 2010 dah hampir ke penghujungnya. Tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum tahun 2010 menutupkan tirainya dan meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit dan manis yang dah berlaku sepanjang tahun ni. Peredaran masa yang cukup pantas bagi aku. Rasa macam baru je sambut kedatangan tahun 2010. Pejam celik pejam celik, dah pun sampai hujung tahun.

Memori 2010.. Kalau nak diceritakan balik di blog, mungkin tak cukup setakat 1 atau 2 entri. Tapi kalau asyik cerita tentang benda-benda yang dah lepas, nanti visitor boleh rasa bosan pulak. Apa kata kita sematkan sahaja semua tu dalam ingatan dan hati kita untuk dijadikan panduan dalam mengecap impian dan kejayaan kita di masa hadapan. Mungkin ada di kalangan kita yang dah pun jadi blogger berjaya pada tahun 2010. Congratulation! 045 Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011

Meh download Kalendar Tahun 2011 secara percuma! Disediakan khas untuk semua pengunjung blog Anarm.Net.


Anarm.Net di Arena Blogging

Kedatangan tahun 2011 membawa blog ni masuk ke tahun yang ke-2 dalam dunia internet. Secara tak langsung dah memberi aku pengalaman blogging selama lebih kurang 3 tahun (hampir setahun di Blogspot + 2 tahun di WordPress). Sepanjang 3 tahun membabitkan diri dalam dunia blogger, banyak benda yang dah berlaku untuk membolehkan aku sampai ke tahap sekarang. Perjalanan pun masih jauh lagi. Aku dah nampak geng-geng otai burger blogger tengah melambai-lambai tangan menanti kedatangan aku di puncak sana. Hoho.. Berangan la ko..

Tahun pertama hidup sebagai seorang blogger, mungkin ramai yang tak perasan kewujudan aku. Hanya menggunakan Blogspot yang kebanyakan orang anggap sebagai laman blog cap ayam. Tetapi dengan brand cap ayam tu la aku banyak belajar perkara-perkara tentang blogging, cara menulis entri, cara blogwalking, bermain ilmu SEO, dan lain-lain hinggalah aku mengenali WordPress dan mampu miliki domain serta hosting sendiri seperti sekarang.

Blogger Tipu Keyword

Komuniti blogger semakin hari semakin bertambah. Satu fenomena dR.Rozmey yang sangat membanggakan. Bertambah ramai la rakan online kita. Cuma rasa sedikit tak puas hati dan bengang. Blogger sekarang ni ramai yang terlalu ghairah mengejar ranking blog, takhta, duit pengiklanan Nuffnang, populariti, dan sebagainya. Gara-gara nak mengejar semua tu, SEO disalahgunakan. Entri dan keyword kadang-kadang tak berkait langsung dengan apa yang disampaikan dalam entri.

Ya, memang tu blog korang. Korang punya pasal la kan. Tapi yang buat aku geram, dah banyak kali aku google bahan untuk buat kerja tapi asyik terjumpa blog-blog yang takde berkongsi langsung bahan yang aku tengah cari. Keyword je semata-mata. Tak ke dipanggil menipu namanya tu? Macam mana kalau korang buat duit dengan blog tersebut? Apa hukumnya pendapatan yang korang perolehi tu? Internet boleh punah jahanam kalau ramai orang macam ni jadi blogger!

Entri berbentuk keagamaan ada juga yang menggunakan keyword ‘kurang senonoh’. Korang nak kongsi benda-benda tentang agama tapi diselitkan sekali keyword berunsur ‘kurang senonoh’ tu semata-mata untuk dapatkan trafik. Jangan jadi manusia yang berselindung di sebalik suruhan agama.

Azam dan Tahun Baru

‘Azam’ adalah perkataan yang sinonim dengan tahun baru. Setiap kali menjelang tahun baru, semua pakat tanam azam masing-masing. Ada yang berazam nak tukar gaya dress up, nak buat rambut pacak-pacak, berazam cari awek kaya, nak pakwe badan tough, berazam nak study lebih tekun dan rajin, berazam nak pindah dari Blogspot ke WordPress, nak kahwin, buat anak banyak banyak, nak berhenti merokok, dan sebagainya.

Bagi aku pula, azam aku tetap sama macam azam tahun-tahun lepas, nak berhenti merokok! 5-6 tahun berturut-turut masih gagal untuk sempurnakan azam tu. Haha. InsyaAllah aku akan cuba lagi untuk tahun 2011. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kan? Kan?

Tahun 2011 ni ada buat tambahan azam sikit. Berazam nak berjimat cermat, kerja dengan lebih fokus dan penuh komitmen, di samping nak pergiatkan lagi aktiviti buat duit melalui internet yang sedikit ketinggalan sejak kebelakangan ni.

Cukup sampai sini jela aku membebel. Semoga azam-azam korang semua berjaya dicapai dan disempurnakan. Teruskan usaha untuk berubah daripada yang buruk kepada yang baik, tapi jangan jadi yang sebaliknya. Akhir kata, Happy New Year 2011 buat semua rakan online Anarm.Net. Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011. Salam tahun baru. Happy blogging!


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , ,

45 komen -- Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011

  1. Tweets that mention Blog updated: Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011 #AnarmNet -- Topsy.com
  2. myebuzz.net
  3. IMCurtain.com
  4. petalingstreet.org
  5. 6 Tips Asas Blogging Untuk Tambah Trafik Blog | Anarm.Net
  1. syahrilhafiz says:

    selamat tahun baru bro..
    azam aku yang lepas banyak dah kot yg settle
    azam kali ni fokus banyak sikit dalam dunia blogging ;D

    Reply

  2. mrs jamal says:

    selamat tahun baru anarm

    Reply

    Anarm reply:

    @mrs jamal, selamat tahun baru jugak.. mekasih sbb lawat dan komen kat blog ni.. :happy:

    Reply

  3. suraya says:

    Selamat tahun Baru abg.. harap menjadi la ye azam tu.. jgn azam tinggal azam lak, pastu forwrd ke tahun depan lg.. huhu

    Jom pi beli NiQuitin :whistle: Jom baca entri terbaru blog suraya.. Tahun Baru- Azam Baru 2011My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @suraya, yelaa.. tahun ni buat btol2.. samat tahun baru syg.. :happy:

    Reply

  4. zik says:

    selamat tahun baru bro anarm , harap2 berjaya lah nak benti isap rokok tuh ek.. hurm..
    Jom baca entri terbaru blog zik.. Mereka yang sempoi disember 2010!!My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @zik, selamat tahun baru.. harap2 tercapai impian tahun ni.. insyaallah..

    Reply

  5. MuJE says:

    selamat tahun baru sifu!

    oh, setakat ni penipuan keyword tu tak ada lagi……….maybe.. :P

    btw, suka gile guna style box tu…hehe
    Jom baca entri terbaru blog MuJE.. Kenapa Saya Suka Oh! Media NetworkMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @MuJE, selamat tahun baru jugak.. kalo bleh elakkan penipuan keyword.. jadi blogger yang jujur.. baru mantap.. huhu..

    style box? style box yang mane tu? yg buat ‘alert’, ‘info’, ‘note’, ‘download’, apa sume tu ek?

    Reply

  6. RozaniGhani says:

    tahun 2010 banyak kenangan bagiku. tahun 2010 gak aku kenal anarm.
    sori la anarm sebab aku jarang komen.
    Jom baca entri terbaru blog RozaniGhani.. Alhamdulillah RG Telah Mengerjakan Haji Pada 2010My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @RozaniGhani, 2010 jugak aku kenal ko.. hehe.. takpe tak komen.. tak wajib pon.. tapi kalo komen, dihargai sangat2.. :happy:

    Reply

  7. GreenLava says:

    Selamat Tahun Baru, moga bertambah maju anarm.net :)
    Jom baca entri terbaru blog GreenLava.. Display Custom Search results on a dedicated pageMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @GreenLava, selamat tahun baru.. terima kasih.. semoga blog rakan2 juga akan bertambah maju..

    Reply

  8. Amry says:

    adakah aku diantara mereka2 yang memanipulasikan keywords? oh tidak. kadang aku tak sedar kalau aku buat macam tu. maklumlah,baru nak berjinak2 dengan dunia blog ni….

    neway, selamat menyambut tahun baru bro. rupanya ko ni perokok gak erk. meuhehe…sama daaaa…
    Jom baca entri terbaru blog Amry.. Saya Blogger PerakMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Amry, memanipulasi keyword tu memang takleh lari dengan dunia blogger.. cuma kena pandai sesuaikan keyword dengan entri yang ditulis.. keyword tak semestinya hanya pada tajuk entri.. dalam entri, pada tag, label, perkataan yang bold, tu semua adalah SEO, bende yang akan dikumpul dan dibaca oleh spider kepunyaan google.. bila dah disalah tulis, yang sampai ke google search engine pon akan jadi info yang salah..

    Reply

  9. eiyda says:

    Selamat tahun baru anarm… :w00t: :w00t: :w00t: :w00t:
    tahun 2010 tak banayk yang erubah pon…same jek….heeee
    hope thn depan 2011 ni akan bg kenagnagn yang lebi indah…lebih baikdari tahun2 yg sudah kan..
    nak akwe jgn lupe jemputyer heee tetibe…. :happy: :happy: :happy: :happy:

    Reply

    Anarm reply:

    @eiyda, selamat tahun baru, awek.. hak3.. semoga perjalanan hidup tahun 2011 lebih baik drpd tahun 2010.. amin~

    Reply

  10. Affan says:

    hehe. betul ada gak tajuk lain dengan entry, hampeh.

    patut tambah satu lagi, bukan takat keyword kurang senonoh untuk artikel keagamaan, tetapi ada gak guna gambar kurang senonoh kot.
    Jom baca entri terbaru blog Affan.. Islam di Kanada- Reviving the Islamic SpiritMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Affan, gambar kurang senonoh tu memang tak dinafikan.. huhu..

    Reply

    Affan reply:

    @Anarm, nak kawin bila anarm. ehe
    Jom baca entri terbaru blog Affan.. Islam di Kanada- Reviving the Islamic SpiritMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Affan, erkk.. satu persoalan yang aku sendiri tak dapat nak jawab.. NEXT!! haha.. :lol:

    Reply

    RedBoys reply:

    @Anarm, haha. soalan mesti jawab.
    Jom baca entri terbaru blog RedBoys.. Kisah Orang PertamaMy Profile

    Reply

    syahrilhafiz reply:

    @RedBoys, ada2..si saigitirus atau dikenali sue kowt..haha

    Reply

  11. Mohd Isa says:

    first of all, aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru bro. aku tertarik dengan isu keyword yg tiada kena-mengena dengan entri, sungguh memalukan buat macamtu. tambahan pula, hendak sampaikan isu agama. tapi diselit pula dengan benda yg tak senonoh, makukan trafik mencanak. income la kononnya, tp tidak mengerti hukum halal dan haram. harap, blogger-blogger kita memahami isu hukum di dunia internet ni. salam… :)
    Jom baca entri terbaru blog Mohd Isa.. Peristiwa Tahun 2010 Yang Pahit Untuk DitelanMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Mohd Isa, selamat tahun baru 2011 jugak.. aku tulis isu keyword tu sebab aku ada jumpe beberapa blog yang buat macam tu.. menyimpang.. aku ni jenis bukan sekadar blogwalking je.. aku suke tengok keyword2 yang entri tu pakai, link yang dikongsi, ayat2 yang ditulis.. tu yang rasa tak buat hati tu.. hehe..

    Reply

    Mohd Isa reply:

    @Anarm, baguslah ko ni, aku tak pandang sgt keyword tu. sbb aku blogwalking pun blog member2. klu tak kena baru aku tegur.
    Jom baca entri terbaru blog Mohd Isa.. Peristiwa Tahun 2010 Yang Pahit Untuk DitelanMy Profile

    Reply

  12. nasih says:

    yang pasal SEO tu, malas aku nak amek tahu. aku blogging suka-suka, dan jugak sambil tambah ilmu pasal html code, basic nak buat web page, etc. kalau ada orang datang baca blog, alhamdulillah. kalau takde, takpe lah. takde sampai nak kejar ranking apa semua.

    isi entri blog pun aku cuba untuk letak sebanyak ilmu yang aku rasa boleh dimanfaatkan pembaca. kadang2 tu ada la kan entri personal.

    anyway, semoga rezeki ko terus murah untuk tahun depan bro. :)
    Jom baca entri terbaru blog nasih.. FOSS And The Year of 2011My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @nasih, sama la macam aku.. blogging berlandaskan niat nak belajar tentang web, blog, html, css, etc.. aku dulu pon jenis main hentam je masuk keyword apa2 pon.. kadang2 takde kaitan dengan entri.. huhu.. tapi sekarang ni rasa lain macam pulak kalo buat camtu.. jadi blogger kita nak kene jujur.. kalo tak, boleh rosak dunia blogger, dunia internet ni..

    Reply

  13. akubiomed says:

    Memang payah nak pasti kan SEO dari title, description, content dan keyword seiring. Memang satu cabaran sebenarnya
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Piala Suzuki AFC 2010 sah milik MalaysiaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @akubiomed, betul tu.. tapi kita sebagai owner blog, aku rasa semuanye senang kalau kita paham apa yang kita tulis, apa yang kita nak sampaikan, apa yang kita nak kongsi dengan pembaca.. cuma jangan terlalu terikat dengan mentaliti nak buat duit dengan blog.. bila otak dah fokus pada duit, macam2 boleh jadi..

    Reply

  14. zool says:

    Tu le kadang2 keyword melampau-lampau kelucahan dlm entri plak konon2 nak beri nasihat..
    nak bermain keyword pun agak2 lah..
    eh ada tak keyword aku yang terkena kat ko? tapi aku tak main keyword panas2

    Reply

    aman reply:

    @zool, kengkadang, entri nasihat, tapi letak gambar bukan2. hoho. tajuk pun nak catchy. haha~
    Jom baca entri terbaru blog aman.. Drag2Up Memudahkan Proses Muat Naik GambarMy Profile

    Reply

    Nizam6281 reply:

    @aman,
    Tajuk catchy macam ni ke
    ““Konsert Double Trouble Gila Best.. Boleh Peluk-peluk, ramas-ramas.. arghhh”,
    “Saper Tak Suka Mandi Bogel”, “Gua Suka Masuk Lubang”, “Perempuan Gesel-gesel Tapi Gua Tak Stim”, “POTONG CONEC”

    Hahaha
    Jom baca entri terbaru blog Nizam6281.. MALAYSIA- LASER HIJAU DAN INDONESIAMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Nizam6281, hahaha.. pastu intro dlm entri, “gempak tak tajuk?”, “saje je tulis camtu, tak tau nak tulis tajuk apa”, “maaf, tajuk hanya hiasan semata2″.. semua tu bullshit!!

    Reply

    Nizam6281 reply:

    @Anarm, :tongue:
    Ada kat OhXOXO.Com hehe
    Gaduh lah kejap lagi hahaha
    Jom baca entri terbaru blog Nizam6281.. OPERASI MEMBERSIHKAN LAPTOP SEMPENA NEW YEARMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Nizam6281, blog sape tu? permalinks pon tak setting cun lagi.. kih3.. biar la die.. taknak ah gaduh2.. buang masa..

    Reply

    RedBoys reply:

    @Nizam6281, haha. blog sapalah tu. :devil: Jom baca entri terbaru blog RedBoys.. Kisah Orang PertamaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @zool, aku tak tuju kat sapa2.. kalo ade yang terasa tu, sila2 la ubah sikap.. huhu.. diorang bukan setakat main keyword2 panas je.. tapi main keyword yang tak berkaitan dengan entri.. contohnya macam tulis entri makan2, tapi pakai keyword ‘tgh berak’.. kan takde kaitan tu.. + tak senonoh berak sambil makan.. hahaha..

    Reply

  15. aman says:

    harap komuniti blogger akan lebih matang, dan tidak lagi hanya mengejar duit semata-mata. =) selamat tahun baru abang anarm. sama-sama melangkah ke tahun baru yang lebih baik lagi. yayy~ :heart: Jom baca entri terbaru blog aman.. Drag2Up Memudahkan Proses Muat Naik GambarMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @aman, yup.. semoga komuniti blogger dapat berblog dengan lebih matang.. walaupun usia masih tak matang.. kih3.. selamat tahun baru encik aman..

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 54.224.75.101

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv