Denaihati.com

Program Qorban dan Aqiqah di Kemboja

Selamat Hari Guru, Cikgu

Selamat Hari Guru 2009Adehh.. Aku terlewat nak ucap Selamat Hari Guru kepada guru-guru atau cikgu-cikgu kat bumi ni. Sempat lagi kot ucap ni. Tema Hari Guru untuk tahun 2009 ni, “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA“.

Imbas Kembali

Masa umur aku 6 tahun, aku mula kenal apa itu cikgu. Time tu aku bersekolah di tadika. Yang mengajar aku dan kawan-kawan time tu, kitorang panggil die ustazah. Aku lupa pulak nama dia. Ustazah aku tu 2 orang. Balik je rumah aku cakap kat mak aku, aku takut dengan ustazah tu. Mak aku tanya, “kenapa?”. Aku dengan selamba badak menjawab, “Bulu kening ustazah tu bersambung. Nampak garang”. Mak aku gelak je. Bila aku ingat-ingat balik, ustazah yang kening bersambung tu la yang paling baik, yang paling banyak ajar aku, yang selalu puji aku sebab tulisan jawi aku lawa. Jangan jeles. Hahahaha..

Lepas tamat kat tadika, aku masuk darjah 1 kat Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1. Kat situ aku belajar sampai darjah 3 je. Darjah 4 aku tukar ke Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 sebab my big boss (abah aku) kena transfer tempat kerja. Masa darjah 4 ni la rekod aku teramatlah cemerlang. Nombor 1 atau 2 atau 3 memang dalam tangan aku la. Hahahaha.. Riak jap. Hehe.. Time darjah 4 ni aku fight dengan member aku. Kalau dia nombor 1, aku mesti nombor 2 atau 3. Kalau aku dapat nombor 1, dia pulak yang ganti tempat aku kat nombor 2 atau 3. Ni semua jasa cikgu-cikgu yang dah banyak mengajar, yang dah banyak curahkan ilmu yang diorang ada untuk anak-anak murid. Terima kasih cikgu.

Bila masuk sekolah menengah, aku dah jadi hantu sikit dah. Buat perangai, ponteng sekolah la, bertumbuk la, macam-macam. Cikgu kaunseling dah penat mengadap muka aku kat bilik dia. Hahaha.. Walaupun dah banyak kaunseling yang aku dapat, perangai tetap tak berubah. Tapi, memang apa yang cikgu kaunseling tu cakap aku ingat lagi dalam kepala hotak aku ni. Cuma aku ni je yang degil. Walau apapun, terima kasih cikgu kaunseling sebab dah banyak bagi nasihat yang berguna sampai saya dah jadi manusia sikit sekarang ni.

Cakap pasal guru ni buat aku teringat 1 puisi karya Usman Awang. Puisi bertajuk “Guru Oh Guru”.

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakill seribu buku,
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku,
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang, 1979


Lagu Tema Hari Guru 2009

Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia




Entri Lain Yang Menarik:


Tentang

Biodata lengkap di page 'Siapa Anarm'. Suka luangkankan masa di Twitter & Facebook. Jika anda suka dengan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda!

Google Keyword: , , , ,


Pengiklanan
Insentif Tunai DenaiHati.com Cetusan Suara Download MediaFire Files world dream cars from various model

Tinggalkan komen anda

15 komen diterima bagi entri “Selamat Hari Guru, Cikgu” ini

Trackbacks & Pingbacks

  1. khairul anam
  1. khairul anam says:

    RT:Selamat Hari Guru, Cikgu (http://cli.gs/SHdv32)

  2. ariff says:

    yeah. selamat hari guru!!

    Entri ariff yang terbaru di blog beliau.. Teacher’s Day

    [Reply]

    Anarm reply:

    @ariff,
    selamat.. selamat

    [Reply]

  3. mohdisa says:

    lambat pun takpa…at least ada gak posting pasal hari guru…aku nak post gak…tp…maklum la…bz skit skg ni…

    Entri mohdisa yang terbaru di blog beliau.. PERCUMA.cc Memendekkan URL?

    [Reply]

    Anarm reply:

    @mohdisa,
    aku pn bz.. tu pasal lambat post ttg ari guru ni..
    ni pn sbb ade yg dok tanye2 aku,
    “mane entri hari guru ko? tak ingat kt cikgu dah?
    dasar kacang lupe kulit”.. hahahha..
    pas dah kene sound, cepat2 aku tulis..
    heheh :tongue:

    [Reply]

    mohdisa reply:

    @Anarm, oic, macam tu ya. anarm, mcm mana nak ada komen box cam ni utk blogspot?

    Entri mohdisa yang terbaru di blog beliau.. I’m Yours Acoustic

    [Reply]

    zulfitry reply:

    @mohdisa, guru itu ibarat pelita menerangi gelap malam..namun ader juga guru yang membakar anak muridnya sekali..hehe..

    apa-apa pun SELAMAT HARI GURU 2009

    kepada Timbalan Perdana Menteri@Menteri Pelajaran kenapa tak buat blog?hehehe

    Entri zulfitry yang terbaru di blog beliau.. Lahirnya Perasaan Cinta Pada DSLR

    [Reply]

    Anarm reply:

    @zulfitry,
    tu la pasal.. buat la blog..
    kan? kan? :tongue:

    [Reply]

    Anarm reply:

    @mohdisa,
    thread comment ek?
    utk tutorial blogspot bleh rujuk kt sini
    DilarangMelarang.com

    [Reply]

  4. KampungBoy says:

    kadang-kadang…bila cerita balik zaman muda-muda
    seronok wo….
    bro….lagu nie aku xpenah dengar pun..
    hehe

    Entri KampungBoy yang terbaru di blog beliau.. Bila Orang Tua Ungkit Cerita Lama….

    [Reply]

    Anarm reply:

    @KampungBoy, aku pn x penah dgr.. tp aku dpt kt web jabatan mane ntah aku lupe.. layan byk kali rasa best plak :wub:

    [Reply]

  5. MeLL says:

    ala tak semesti nya kite igt kat cikgu waktu hari guru jer…sama gak ngan hari ibu…kite mesti igt kat diorang yang banyak berkorban untuk kite ni hari2… ingat tu anarm,…hari hari!

    ermmmm….susah gak tu…hari hari yea…

    Entri MeLL yang terbaru di blog beliau.. Ape Crite niH 2!

    [Reply]

    Anarm reply:

    @MeLL, aku xde nk ingat ari2.. kadang2 terlintas kt otak ni baru la jd ingat.. sbb bende dah lepas kn, dah x jmpe dh sume warga pendidik aku dulu.. tp rindu gak la zaman sekolah dulu2.. :sad:

    [Reply]

  6. adol says:

    terlmbt aku nk ucap ari guru.. best lagu tu…

    Entri adol yang terbaru di blog beliau.. PERSATUAN SLE MALAYSIA (PSLEM)…

    [Reply]

    Anarm reply:

    @adol, lambat xpe asalkan ingat kt guru yg dah ajar kita mcm2 :smile:

    [Reply]

Leave a Reply

1. Anda dilarang masukkan permalink di ruangan "Website"

2. Anda dilarang masukkan link di dalam ruangan komen!
    (kecuali untuk berkongsi link yang berkaitan dengan entri)


IP anda telah direkodkan : 38.107.179.219