Seminar Buat Duit dengan Blog

#SaveJejai : Bantuan Kita Diperlukan

16

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 17 August 2012 { 16 komen }

   
savejejai #SaveJejai : Bantuan Kita Diperlukan

Gambar diambil dari blog Eyriqazz.com

Rasa sedih sangat dengar berita seorang rakan blogger, Jai Ramlee (Jejai) yang disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru peringkat akhir (stage 4). Beberapa kali bersua muka dengan dia tak pernah nampak pun penderitaan yang sedang dia alami. Patut la majlis iftar di Banting hari tu dia tak dapat join. Pada awalnya dia cakap nak join tapi lepas tu dia bagitau tak dapat datang sebab ada masalah kesihatan. Aku ingat dia demam ke sakit apa ke, rupanya….. Sungguh besar ujian yang dia hadapi sekarang.

Walaupun aku dengan dia cuma kenal gitu-gitu je, tapi sebagai rakan blogger yang pernah ditegur oleh dia, lepas tu berborak (walaupun tak banyak) tetap rasa ikatan persahabatan tu ada. Aku pun suka masuk blog dia baca entri-entri yang dia tulis. Disebalik entri-entri yang nampak happy dan ceria tu rupanya ada ‘penderitaan’ yang sedang ditanggung.

Aku tak tau macam mana keadaan dia sekarang. Cuma mampu baca update terkini tentang dia menerusi kawan-kawan di group Facebook yang dibuat khas untuk membantu. Sebelum ni kawan-kawan hanya turut permintaan dia supaya dirahsiakan perkara ni. Dia pun menolak sebarang bantuan yang diberikan. Tapi atas dasar kemanusiaan dan persahabatan perkara macam ni dah tak boleh didiamkan lagi sebab melibatkan hidup dan mati.

Dengar cerita kos perubatannya dah tak mampu ditanggung oleh majikan dia. Nak kerja pun tak boleh. Terpaksa guna pendapatan isteri untuk tampung kos perubatan. Oleh itu, dah sampai masa kawan-kawan, rakan-rakan, dan sahabat-sahabat semua untuk hulurkan bantuan meringankan beban Jejai dan keluarga. Hari ni hari dia, mungkin akan datang hari kita pulak.

Sesiapa yang bermurah hati ingin menghulur sumbangan ikhlas bolehlah disalurkan ke:

Bank
:
MAYBANK
No. Akaun
:
164351079691
Nama
:
AZHAR BIN RAMLI (Jejai)
 
 
Bank
:
MAYBANK
No. Akaun
:
164089741562
Nama
:
MAZLIANA BINTI OTHMAN

 
Atau boleh juga disalurkan melalui pihak Fazreen Network yang membantu dalam pengurusan dana sumbangan dari rakan-rakan sekalian dan juga mereka yang prihatin. Untuk hulurkan sumbangan melalui pihak Fazreen Network, sila masukkan alamat email ‘payments@fazreen.com‘ di ruangan email penerima dan subjek ‘Save Je Jai‘ di ruangan subjek transaksi sekiranya membuat tranksasi online.

Bank
:
CIMB
No. Akaun
:
12050002115101
Nama
:
FAZREEN NETWORK
 
 
Bank
:
MAYBANK
No. Akaun
:
562106625023
Nama
:
NURHIDAYAH AQILLA

 
Diharap bantuan dan sumbangan yang diberi dapat meringankan beban kewangan Jejai dan keluarganya. InsyaAllah. Semoga Jejai terus tabah dan kuat dalam menempuh ujian daripada Allah SWT ni. #SaveJejai

Tadi tengok “Penawar Sanubari” di TV9 yang Ashraf Muslim tu. Dia kongsikan ayat mengubat kanser. Baca Surah Al-mukminun (23) Ayat 91-100.


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , ,

16 komen -- #SaveJejai : Bantuan Kita Diperlukan

  1. #SAVEJEJAI Penulis teratakarmo.com perlukan kita.. |
  2. SAVE JE JAI
  1. lewis says:

    semoga tabah dan terus kuat melawan dugaan
    Jom baca entri terbaru blog lewis.. Google Nexus 7 Di MalaysiaMy Profile

    Reply

  2. kak ina kl says:

    salam aidil fitri

    semuga jejai tabah menghadapi cabaran dari allah swt ini

    Reply

  3. ProfHariz says:

    Lama tak dengar cerita. Macam mana keadaan dia sekarang erk ?

    Reply

  4. samdaddycool says:

    Kita doakan yang terbaik buat beliau.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin

    Reply

  5. TipsChief says:

    Allah..Allah..moga beliau mendapat ketabahan dalam mengharungi hidup..

    Reply

  6. budak felda says:

    bersama kita ringan beban beliau
    Jom baca entri terbaru blog budak felda.. #SaveJejaiMy Profile

    Reply

  7. hazman aka species1980 says:

    Inilah peluang kita semua nak berikan sumbangan kepada beliau
    Jom baca entri terbaru blog hazman aka species1980.. DERMA KILAT untuk BRO JEJAI – #SaveJejaiMy Profile

    Reply

  8. titan says:

    semoga jejai lebih kuat lepas ini..insya-Allah.
    Jom baca entri terbaru blog titan.. Komisen Pertama dari HalalScience.comMy Profile

    Reply

  9. zool says:

    satu cabaran yang cukup besar yang ditempuhi oleh beliau
    Jom baca entri terbaru blog zool.. Beza Ramadhan 1433H dan sebelumnyaMy Profile

    Reply

  10. anif says:

    Semoga beliau tabah mengahdapi dugaan ini..
    Jom baca entri terbaru blog anif.. Bila Rambut Mulai BerubanMy Profile

    Reply

  11. wazy says:

    Semoga bro Jejai tabah dan kuat hadapi ujian ini
    Jom baca entri terbaru blog wazy.. Slot Akasia Kau Yang Terindah TV3My Profile

    Reply

  12. faizalPj says:

    terbaekk bakal pengantin
    Jom baca entri terbaru blog faizalPj.. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 | #SaveJejaiMy Profile

    Reply

  13. aslam says:

    Mari ramai-ramai doakan jejai..
    Jom baca entri terbaru blog aslam.. #SavejejaiMy Profile

    Reply

  14. azriMy says:

    semoga bro Jejai kuat hadapi ujian ni
    Jom baca entri terbaru blog azriMy.. Ayu Videl | Najwa Latif Versi IndonesiaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 50.19.155.235

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv