Sampai bila nak jadi perokok?

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 25 May 2012 { 34 komen }

   

rokok haram Sampai bila nak jadi perokok?

Sampai bila nak jadi perokok?” – Soalan yang sering aku terfikir setiap kali menyedut asap yang mengandungi beribu bahan kimia di dalamnya. Dah bertahun-tahun aku hidup sebagai seorang perokok. Rasanya kalau scan organ dalam badan aku ni semua dah hitam legam agaknya. Gigi pun dah berkarat, kuning je sampai nak kena beli ubat gigi untuk perokok semata-mata nak putihkan balik gigi ni. Dah la harga mahal dari ubat gigi biasa. Kalau pergi cuci gigi kat klinik gigi pulak tak tau la kena berapa puluh ratus.

Cik tunang pun dah banyak kali bising setiap kali kitorang dating sebab aku asyik hisap rokok je bila bersama dengan dia. Dia punya membebel tu boleh berdarah telinga kalau dengar. Perit oo.. Hehe. So, satu perjanjian dah dibuat antara aku dengan cik tunang. Lepas dah kahwin nanti aku akan berhenti merokok 100% demi kesihatan diri, isteri dan keluarga. Cewahh..

Tadi terbaca entri di blog Eyriqazz tentang fatwa merokok itu haram. Sebelum ni pun dah banyak kali aku dengar orang cakap merokok dari pandangan Islam hukumnya ialah HARAM. Tapi masih degil taknak dengar kata. Pernah dulu masa zaman sekolah lepak hisap rokok kat tangga cyber cafe. Tiba-tiba ada orang arab keluar dari CC tu. Bila dia lalu depan aku dia cakap “Haram! Haram!” sambil tangan dia tunjuk ke arah rokok yang terselit kat mulut aku. Kenapa Islam mengharamkan rokok?

10 sebab kenapa Islam mengharamkan rokok

  1. Rokok menjejaskan akal fikiran (mental)
  2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
  3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain
  4. Rokok membahayakan keturunan
  5. Rokok mengganggu manusia lain
  6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
  7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
  8. Rokok bercanggah dengan maruah keIslaman
  9. Rokok membazirkan harta (wang ringgit)
  10. Rokok mengandungi pelbagai jenis bahan kimia berbahaya
     

Nampaknya kena berusaha lebih lagi untuk berhenti merokok. Bulan puasa pun dah semakin dekat. Bolehlah jadikan berpuasa sebagai usaha dan latihan untuk berhenti merokok, di samping tu mengejar keberkatan yang Allah SWT bagi dalam bulan Ramadhan.

Aku mula merokok semasa di tingkatan 1. Kalau dikira sampai sekarang bermakna aku dah merokok selama 14 tahun. Lama betul. Agaknya berapa banyak duit aku dah bazirkan untuk beli rokok? Jom kita kira sekejap. Katakan aku guna RM10 sehari untuk beli sekotak rokok. Tak boleh nak kira harga sebenar sebab dah banyak kali harga rokok naik kan. So, aku anggarkan RM10 sebagai jumlah harga sekotak rokok yang aku hisap setiap hari.

TEMPOH
KIRAAN
JUMLAH
1 hari
RM10 x 1 hari
RM10
1 bulan
RM10 x 30 hari
RM300
1 tahun
RM300 x 12 bulan
RM3,600
14 tahun
RM3,600 x 14 tahun
RM50,400

GILER AHH!! RM50,400 aku dah bazirkan untuk beli rokok selama ni. Tu belum kira lagi time aku beli rokok lain sebab terlupa rokok letak mana, rokok tercicir ke, stress sampai hisap rokok 3 kotak sehari ke. Beli lighter lagi. Lepas tu lighter kena sorok dengan member. Beli lagi lighter baru. Haha. RM50,400 tu dah boleh buat belanja kawin besar tak hingat! Nak beli kereta pun dah boleh sangat-sangat. Terkejut betul. Lepas ni comfirm aku akan berhenti merokok. Katakan TAK NAK pada rokok! Korang pula macam mana? Taknak berhenti merokok ke?

Walaupun fatwa dah menyatakan rokok itu haram, tapi masih ada lagi orang seperti ustaz, pak imam dan sebagainya yang masih merokok setiap hari. Macam mana tu?


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , , , , ,

34 komen -- Sampai bila nak jadi perokok?

  1. arrizz says:

    aku bersyukur sebab tak bernafsu kat rokok nie..nafsu tang lain..haha..aku pernah try hisap dulu..rokok gulung atok aku :lol: Jom baca entri terbaru blog arrizz.. Penamat Doraemon yang serius sedihMy Profile

    Reply

  2. iza says:

    Assalam..
    Memang susah nak berhenti merokok ni..
    Dugaan pun kuat.
    Sebab tu pak imam, pak ustaz tak dapat nak berhenti merokok,
    mereka pun manusia biasa juga, tak tahan dugaan rokok..

    Reply

    Anarm reply:

    @iza, Mungkin jugak. Tapi dah ramai yang dapat berhenti merokok. Rasanya kena kuatkan lagi azam dan semangat untuk berhenti merokok baru betul2 menjadi..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Roti Pau Penyek – #WordlessWednesdayMy Profile

    Reply

  3. titan says:

    ko tanya tunang ko..dia ada simpan tak 50k tu dalam bank dia? hehe..
    Jom baca entri terbaru blog titan.. Mencintai Ain Maisarah – Part 2My Profile

    Reply

  4. MrBlast says:

    Klu nak brenti merokok bleh try cara ni, beli 6 – 7 kotak rokok berlainan jenama, isap sebatang rokok ‘a’, abis ambik rokok ‘b’ sebatang, abis ambik plak ‘c’, InsyaAllah bleh brenti dgn izinNya…… :smile: Jom baca entri terbaru blog MrBlast.. BlackBerry Curve 9320 reviewMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @MrBlast, Yeke? Tapi nampak macam makin ligat je hisap rokok kalau ada banyak kotak. Lagi satu kalau bukak semua kotak rokok tu nanti masuk angin. Hehe.
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Sampai bila nak jadi perokok?My Profile

    Reply

  5. W.HabibuRahman says:

    psstt…anarm..
    iklan dekat bawah post tu nak buat mcm mana??
    guna plugin jugak ke??
    Jom baca entri terbaru blog W.HabibuRahman.. Fenomena Lelaki Kacak Kini Melanda Dunia Blogging Di Serata MalaysiaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @W.HabibuRahman, Iklan bawah post tu aku buat sendiri. Tak guna plugin. Aku create satu fail PHP, bagi nama fail contoh “iklanbawahpost.php”.. Dalam fail tu aku masukkan semua code iklan yang aku nak keluarkan bawah post. Lepas tu aku upload letak kat directory theme yang aku guna. Lepas tu buka fail single.php, masukkan sebaris code untuk ‘call’ fail “iklanbawahpost.php” tu. Mesti ko pening kan? haha..

    Kalo nak plugin aku pernah guna WPads. Tapi kena manually jugak masukkan code kat fail single.php atau mana2 tempat ko nak letak iklan.
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Sampai bila nak jadi perokok?My Profile

    Reply

  6. W.HabibuRahman says:

    duit melayang kesihatan pun terjejas….
    :unsure: Jom baca entri terbaru blog W.HabibuRahman.. Ciri-Ciri Wanita Solehah Dari Ustaz Azhar Idrus (Original)My Profile

    Reply

  7. ZonaIde says:

    Memang Susah Nak berhenti Untuk Tidak Perokok :cwy: Saya Adalah salah Seorang Perokok Berat.. Sampai Saat Ini Susah Nak Di Kendalikan…
    Jom baca entri terbaru blog ZonaIde.. Riau Wedding DressMy Profile

    Reply

  8. akubiomed says:

    Bro lebih bimbangkan kos yang dibelanjakan untuk membeli rokok. Bagaimana kalau rokok boleh menjejaskan kesuburan lelaki?
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @akubiomed, “Bagaimana KALAU rokok boleh menjejaskan kesuburan lelaki?” Perkataan KALAU tu sepatutnya dibuang sebab MEMANG menjejaskan kesuburan pun. Huhu..

    Aku tak bimbang kos yang dibelanjakan. Cuma.. bimbang sikit la kos2 yang akan datang. Hehe.. Termasuk juga bimbang sebab kesihatan. Sebab tu nak usaha berhenti. InsyaAllah lepas dah kahwin nanti NO MORE ROKOK! Tapi nak berhenti rokok ni susah bro. Hanya perokok saja tahu bagaimana seksanya nak berhenti merokok. Orang yang bukan perokok memang takkan faham dan hanya pandai cakap je (jangan ada yang terasa plak. hee)

    Harap2 Allah kuatkan semangat para perokok yang dah berniat untuk berhenti merokok. Aminn..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Sampai bila nak jadi perokok?My Profile

    Reply

    W.HabibuRahman reply:

    @Anarm, mmg susah nak berenti rokok ni,boh ambe time umo 50 barulah berenti 100%…
    Jom baca entri terbaru blog W.HabibuRahman.. Cara Lembutkan Dan Lebatkan Janggut Dari Ustaz Azhar IdrusMy Profile

    Reply

    akubiomed reply:

    @Anarm, Saya tahu memang sukar hendak berhenti merokok. Kawan saya perokok tegar rokok Gudang Garam. Dia sendiri tidak percaya yang dia boleh berhenti merokok setelah membuat pemeriksaan sperm count kurang daripada yang dibenarkan.
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Lisa Surihani naik berat badan, apa kes AkuBiomed dan Broframestone?My Profile

    Reply

  9. Juan says:

    nasib baik saya x merokok, hehe
    Jom baca entri terbaru blog Juan.. Ad Review Center Google AdsenseMy Profile

    Reply

  10. Terbelog says:

    masa tidur je dpt benti
    hehe
    dada dah sakit2 ni
    Jom baca entri terbaru blog Terbelog.. Kepala Kanak Kanak Tersangkut JerijiMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Terbelog, Kalau dada dah start sakit2 tu better berenti laa. Takut nanti makin teruk jadinya..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Sampai bila nak jadi perokok?My Profile

    Reply

  11. Manan Qayyim says:

    Bagsu la mcm tu bro….
    Aku pun tak tahan duduk dengan perokok….
    Mejoriti lelaki keliling aku ni, perokok…

    Semoga berterusan……
    Jom baca entri terbaru blog Manan Qayyim.. Makanan “Larangan” untuk LelakiMy Profile

    Reply

  12. LangkawiHomestay says:

    rugi duit tu boleh carik..kalo org sekeliling kita kene kanser sbb asap rokok kita mmg x leh ganti nyawa mereka..fikir2kanlah.
    Jom baca entri terbaru blog LangkawiHomestay.. Bumi Langkawi HomestayMy Profile

    Reply

  13. Jebeng Otai™ says:

    merokok mmg merugikan, mmg xder faedah menghisap rokok..sbb tu diharamkan..
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Hard Disk RosakMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Jebeng Otai™, Yes. Tu salah satu sebab kenapa rokok diharamkan.
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Sampai bila nak jadi perokok?My Profile

    Reply

  14. Suraya says:

    Alhamdulillah.. lagi sekali niat nak stop merokok tu datang.. moga dengan semangat dan usaha yang gigih, dan dengan izin Nya dapatlah impian ni tercapai.. amin..

    jangan jd mcm dulu dah la ye.. dh berpuluh2 kali agaknya pasang niat, azam cakap nk stop merokok tp xjugak kan.. huhu.. nanti dh kawin klu nk merokok dok luar umah! dalam rumah adalah kawasan “Larangan Merokok” :whistle: Jom baca entri terbaru blog Suraya.. Buku “Khalifah Ganti Superman”My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Suraya, Yelahh. Tau.. Dalam rumah zon Larangan Merokok. Huhu.. Nanti dah kawin boleh kot berenti hisap rokok. Hehe..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Sampai bila nak jadi perokok?My Profile

    Reply

  15. azman says:

    Aku dah berapa puluh kali cuba berhenti merokok,memang sangat susah,tapi kurangkan merokok tu berjaya juga.Tapi bila start buat entry (menulis) rokok itu mendatangkan ilham bila kita menghisapnya. – kena kuatkan dalaman baru boleh stop agaknya. :whistle:

    Reply

    Anarm reply:

    @azman, Betul tu. Kadang2 bila merokok laju je ilham datang masa tengah menulis.
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Sampai bila nak jadi perokok?My Profile

    Reply

  16. ProfHariz says:

    Nasib baik aku bukan perokok dapat jimat duit :)
    Jom baca entri terbaru blog ProfHariz.. Blog Hariz Berwajah BaruMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @ProfHariz, Alhamdulillah. Bagus la kalo tak merokok. Banyak duit boleh jimat. Tapi jangan habiskan duit kat benda lain yang takde faedah pulak. Kalo tak sama jela membazir duit.. :biggrin: Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Sampai bila nak jadi perokok?My Profile

    Reply

  17. JAI says:

    Insyallah..sama-sama kita berusaha..nak Nicotin Patch tak? Kalo nak ,gua kasik try..tgh nak mula gak ni..huhu 30 tahun tuh
    Jom baca entri terbaru blog JAI.. Sekitar Majlis Pelancaran Rancangan Oh My EnglishMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @JAI, 30 tahun bro hisap rokok? Lagi lama. Agak2 dah keluar duit dalam RM100K dah tu. Huu..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Sampai bila nak jadi perokok?My Profile

    Reply

    Jebeng Otai™ reply:

    @Anarm,

    mmg banyak 100k tu…tp kalo berenti skng lebih ‘mahal’ dri 100k yg ilang td :)
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Kopitiam EkonomiMy Profile

    Reply

  18. Haru says:

    aku blh xisap tapi kena org sekeliling aku xisap gak la..kalo xmmg payah
    Jom baca entri terbaru blog Haru.. Flyers Design Untuk Produk Al-Quran Digital Dan MP3 HajiMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Haru, Itu la dugaan paling kuat yg perlu kita berdepan. Memang tak tahan kalau bau rokok, Rasa nak hisap jugak.
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Sampai bila nak jadi perokok?My Profile

    Reply

  19. Fadzmie says:

    Sama lah kita, bro. Tengah berusaha untuk berhenti ni. Ada gak try gula-gula nikotin tu, tapi hampa. Haha. :pinch: Jom baca entri terbaru blog Fadzmie.. Bercuti untuk beberapa hariMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Fadzmie, Haha. Sama la kita. Kalau dah jiwa perokok tu, nikotin dalam gula2 pun memang tak sama rasanya dengan rokok. Hisap rokok lagi best. Hehe..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Sampai bila nak jadi perokok?My Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 184.72.91.94

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv