
Seperti biasa.. Tibanya bulan Syawal bererti kemenangan bagi semua umat Islam yang telah berjaya menjalani ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Ketibaan Syawal dan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kegembiraaan dan keriangan. Cuma diingatkan supaya tidak berlebih-lebihan dalam menyambut perayaan Aidilfitri kerana bimbang akan menjauhkan kita daripada tujuan sebenar sambutan perayaan ini.
Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri dan bulan Syawal yang mulia, Anarm.Net sekeluarga ingin mengucapkan -
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam yang ada dan tidak lupa juga kepada semua pengunjung setia blog Anarm.Net ni. Ribuan ampuan dan maaf dipinta sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap komen, tersakitkan hati, teremosi, tercarut, tercakap benda tak senonoh, dan bermacam-macam ‘TER’ lagi. Maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki.
Semoga Hari Raya Aidilfitri kali ni dapat disambut dengan penuh keharmonian, keberkatan, kerjasama, dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu diharap dapat diteruskan seperti biasa. Jangan jadikan aktiviti tersebut sekadar mengikut musim. Jadikannya amalan dalam kehidupan seharian kita. Semoga segala perlakuan ibadah yang kita lakukan selama ni dapat dijadikan bekalan untuk kita menempuh hari akhirat kelak.
Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang telah mengutuskan kad raya dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin!!
Thanks to @Bubbles182 kerana bagi kad raya yang real punye. Amat-amat dihargai. Comel.. :) Kad raya yang asli tetap menjadi pilihan aku. Thanks lagi sekali, Bubbles182..

Entri Lain Yang Menarik:
- Ubat Gigi Untuk Perokok
- Dah Jadi Tunangan Orang
- Sikap Pemandu Salahguna Lorong Kecemasan
- Balik Kampung Cuti Tahun Baru Cina
- Wordless Wednesday #10 - Tukar Mata Baru



















Selamat hari raya Aidilfitri bro
[Reply]
Anarm reply:
September 10th, 2010 at 12:31 AM
@wazy, selamat hari raya jugak.. maaf zahir batin..
[Reply]
Dalam gurau ada terkata, dalam bicara terkasar bahasa. Dalam tindakan terguris rasa, dalam hidup tak lepas dosa. Beribu maaf dipinta … Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H
Jom baca entri terbaru blog Kujie.. Detik Terakhir Ramadan 1431H
[Reply]
Anarm reply:
September 10th, 2010 at 12:33 AM
@Kujie, selamat hari raya juga utk kak jie.. mintak maaf byk2 kalau ada buat terasa hati ke apa2 ke, ayat dalam komen macam kasar skit ke, err… apa2 jelah.. harap diampunkan ye..
[Reply]
selamat hari raya anarm..
Jom baca entri terbaru blog jaws.. Selamat Hari Raya 1431 Hijrah
maaf zahir batin..
kosong2 laa erk?
kiranya diri ni ter pow rokok ko lebih..
haha..
[Reply]
Anarm reply:
September 10th, 2010 at 1:20 AM
@jaws, orait.. kosong2.. pow rokok takpe sebab rokok murah je.. lain la rokok ko, mahal.. huhu
[Reply]
selamat hari raya abang anam….
Jom baca entri terbaru blog afnie.. NEW BORNRAYARISIK-RISIK
[Reply]
selamat hari raya =)
Jom baca entri terbaru blog ken.. Safe Day Celebrate
[Reply]
selamat hari raya en.anarm..maaf segala salah silap kalo ade…=)
[Reply]
Selamat Hari Raya Anarm. Maaf Zahir Dan Batin
..Anarm, kalo ada template website yg hari tu boleh bagi tak ? yang black tu..personal website..tringin nak pakai..yg ada icon social network semua tu..nama apa ek template tu ?
[Reply]
Nine reply:
September 12th, 2010 at 4:25 PM
@Nine, tak pa Anarm dah jumpa…
[Reply]
selamat hari raya anammmmm maaf zahir zahir
Jom baca entri terbaru blog Luth Textile.. Ini bukan kes “cepat melatah”
[Reply]
Selamat hari raya….. Best giler dapat kad raya… berzaman dah tak dapat kad raya ni…. huhuhu
[Reply]
Salam Aidilfitri…
Jom baca entri terbaru blog tpinky.. Berita Kehilangan Sosilawati dan Cerita Terbarunya
[Reply]
salam aidilfitri bro. maaf zahir batin. :(
@bubbles tak bagi kat aku pun. huaaa~
[Reply]
slmt hari raya..lmbt skit ucapkan..hahaha
Jom baca entri terbaru blog apiih.. TwitPic Melalui Snaptu Sedia Untuk Dicuba
[Reply]
selamat hari raya ke-6 eheh. raya kali ni tak dpt kad raya ori pun huhu
Jom baca entri terbaru blog Amirez.. Islam Diperkotak-katikkan
[Reply]
selamat hari raya anarm!
Jom baca entri terbaru blog fitri.. M Rajoli meninggal dunia
[Reply]
Selamat Hari raya bro.. masih mood raya kan :)
Jom baca entri terbaru blog ProfHariz.. Mula Membuncit Diriku Terasa Ayu
[Reply]
Selamat hari raya bro. semoga amalan kita sepanjang Ramadhan diterimanya InsyaAllah
Jom baca entri terbaru blog Adlan Khalidi.. Eid Mubarak to all Muslim
[Reply]