Denaihati.com

Program Qorban dan Aqiqah di Kemboja

Sahaja aku berpuasa di bulan Ramadhan 2010

selamat berpuasaSeperti yang telah digembar-gemburkan oleh blogger-blogger lain tentang tarikh melihat anak bulan, apa yang kita sedia maklum, Majlis Raja-Raja telah pun menetapkan tarikh melihat anak bulan untuk menentukan tarikh permulaan puasa bagi umat islam di seluruh malaysia adalah pada petang Selasa, 10 Ogos 2010 bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah. Tarikh tu adalah pada petang ini!!

Kalau petang ni boleh nampak baby anak bulan, bermakna esok bermulalah ibadah puasa yang diwajibkan ke atas kita sebagai umat Islam. Dan sekiranya tak nampak anak bulan disebabkan terlindung dek awan ataupun mendung, maka bolehlah cukupkan bulan dengan 30 hari, sepertimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang berbunyi:

“Berpuasalah kamu apabila kamu melihatnya, dan berbukalah kamu apabila kamu melihatnya, dan jika ia berawan maka cukupkan bulan dengan 30 hari” – (hadith Muttafaq ‘alaih, al-Lu’Lu’ wa al-Marjan : 656)


Rukun Puasa

Rukun puasa ada 3 iaitu:

  1. Orang yang berpuasa
  2. Niat
  3. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Keterangan-keterangan mengenai niat berpuasa

  • Wajib ditakyinkan (ditentukan) jenis puasa fardhu seperti Ramadhan, Nazar, Kifarah dan sebagainya
     
  • Wajib dilakukan pada waktu malam bagi puasa wajib. Ada pun puasa sunat boleh diniatkan pada siang hari dengan 2 syarat:
    1. Masanya sebelum tergelincir matahari.
    2. Belum melakukan sesuatu yang membatalkan puasa
       
  • Menurut Imam Syafie wajib niat puasa pada tiap-tiap malam. Imam Malik pula berpendapat, boleh niat puasa sekalian Ramadhan dengan sekali niat pada awal Ramadhan (malam pertama). Dan berhubung dengan pendapat Imam Malik ini, kita pengikut Mazhab Syafie adalah diharuskan bertaklid dengannya.

Lafaz Niat Puasa Ramadhan

lafaz niat puasa ramadhan

Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

 

3 buah ebook tentang Puasa Ramadhan. PERCUMA untuk korang!

Panduan Berpuasa bagi Pesakit
Panduan Puasa Ramadhan
Panduan Solat Sunat Tarawikh

 
Diharap agar puasa tahun ini dapat kita laksanakan dengan penuh keimanan dan bersungguh-sungguh. Berpuasa bukan sahaja menahan lapar semata-mata, malah perlu dielakkan juga perkara-perkara yang dilarang. Perkara-perkara yang makruh dilakukan juga perlu dijauhi. Jangan asyik nak tidur je. Bangun tidur je terus boleh bukak puasa. Baik tak payah puasa terus!

Membeli makanan dan minuman untuk berbuka puasa pon perlu dikawal, jangan terlalu boros. Kalau boleh nak beli semua benda yang ada kat bazar Ramadhan tu kan? Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ok.. Syaitan semua akan diikat pada bulan Ramadhan. Dah takde makhluk asing lagi dah yang akan menghasut kita. Cuma perlu berhati-hati dengan nafsu sendiri..

Bagi yang belum ada jadual waktu imsak dan berbuka puasa, bolehlah muat turun “Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Tahun 1431H/2010M” di laman web http://www.islam.gov.my/

Semoga puasa tahun ini mendapat berkat dan rahmat daripada-Nya. Amin.. Amin.. Amin..




Entri Lain Yang Menarik:


Tentang

Biodata lengkap di page 'Siapa Anarm'. Suka luangkankan masa di Twitter & Facebook. Jika anda suka dengan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda!

Google Keyword: , , , , , , , , , , , , , , ,


Pengiklanan
Insentif Tunai DenaiHati.com Cetusan Suara Download MediaFire Files world dream cars from various model

Tinggalkan komen anda

39 komen diterima bagi entri “Sahaja aku berpuasa di bulan Ramadhan 2010” ini

Trackbacks & Pingbacks

  1. eiyda says:

    selamat berpuasa anarm….
    banyk info tu…maceh2..leh baca2..ilmu lom cukup ni..huhuhu..
    Jom baca entri terbaru blog eiyda.. Ramadhan datang lagiMy Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @eiyda, selamat berpuasa.. bukak puasa nanti jgn makan byk2.. kang gemok.. hak3..

    [Reply]

    Kujie reply:

    @Anarm, baju raya dah tempah 2 bulan sudah..ikut saiz semasa..kalau kurus nnt..dah bagi alasan nk cari baju baru..hahaha

    menjana ekonomi negara tu namanya :biggrin: Jom baca entri terbaru blog Kujie.. Nak Sedap- Tak Dapat SentapMy Profile

    [Reply]

  2. Melz says:

    Ohho Petang nie!

    Neway selamat Menyambut Ramadhan Anarm! :)
    Jom baca entri terbaru blog Melz.. 2 Software Yang Perlu Ada Sekiranya Anda BloggerMy Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Melz, pukul berape ah tengok anak bulan? happy puasa!! :cheerful:

    [Reply]

  3. nia_oii says:

    salam ramadhan almubarak~ :cool:

    [Reply]

  4. syahrilhafiz says:

    slmt berpose bro…
    erk menjalani…hihi

    [Reply]

    Anarm reply:

    @syahrilhafiz, okeh.. selamat berpuasa.. mlm ni terawih jgn buat2 lupa.. keh3.. :tongue:

    [Reply]

  5. denaihati says:

    terima kasih berkongsi ILMU bolehlah referesh balik walaupun dah tahu.
    Jom baca entri terbaru blog denaihati.. Contest Hidup Seorang BloggerMy Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @denaihati, memang tujuan utk refresh balik.. terutama sekali yg panduan solat terawih tu.. rasa macam dah lupa skit2.. solat setahun sekali je kan.. hehe..

    [Reply]

  6. saya_aRief says:

    selamat berpuasa..
    jemput la sy kalo ade majlis bukak pose. :biggrin:

    [Reply]

    Anarm reply:

    @saya_aRief, ade.. ade.. kat masjid.. jom.. lepas makan boleh terus ber :happy: jemaah..

    [Reply]

  7. yonna says:

    IP anda telah direkodkan : 87.98.XXX.XXX hahaha gila gerun kotak komen kau ni LOL.

    anyway,selamat berpuasa incik anarm :biggrin: Jom baca entri terbaru blog yonna.. Budaya Retweet RTMy Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @yonna, hahahaha.. ape nk takut.. IP tu bkn bleh watpe pn.. hehe..

    selamat berpuasa.. :happy:

    [Reply]

  8. Mohzam says:

    :biggrin: terima kasih anarm, banyak info..menarik tu..
    Selamat menunaikan ibadah pose untuk tahun ini.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Mohzam, ok.. selamat berpuasa.. sahur jgn lupa.. berpahala tu.. hehe

    [Reply]

  9. apiih says:

    waaaah..complete set entri puasa..bagus2..hehehe..slmt berpose boh ;)

    [Reply]

    Anarm reply:

    @apiih, x complete lg ni.. dlm draft ado lg.. hahaha

    [Reply]

  10. wazy says:

    Selamat berpuasa bro
    Jom baca entri terbaru blog wazy.. Plugin Waktu Berbuka Untuk WordPressMy Profile

    [Reply]

  11. FeezMior says:

    selamat berpuasa anarm :D
    Jom baca entri terbaru blog FeezMior.. Penang trip – day 2My Profile

    [Reply]

  12. x-po says:

    ni la first time dpt berpose penuh dengan family kt kg hehe
    Jom baca entri terbaru blog x-po.. PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARANMy Profile

    [Reply]

  13. azizan4444 says:

    selamat menyambut ramadhan al-mubarak.jgn ada yang lubang2 ek.hahaah
    Jom baca entri terbaru blog azizan4444.. Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna BerkumpulMy Profile

    [Reply]

  14. Jaws says:

    waa!!!
    sangat berilmiah laa ko punya entry..
    siap niat puasa ag..
    bagus ni..
    ade bg buku percuma ag..
    hahahahaah..
    ni enrty ko tulis semalam erk?
    dalam diam erk ko?

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Jaws, haha.. ni entri aku taip kat opis siang tadi.. yg aku taip smlm ade dlm draft.. tgh pikir2 lg nk publish ke x..

    [Reply]

  15. zik says:

    puasa jangan tak puasa… kosong2 bro… :-)
    Jom baca entri terbaru blog zik.. Sms kreatif ramadhanMy Profile

    [Reply]

  16. bubbles182 says:

    Selamat berpuasa!!!!!!!! XD

    p/s: Nanti nak duet raya tauuuu~ :P
    Jom baca entri terbaru blog bubbles182.. This is how satan worksMy Profile

    [Reply]

  17. hanif says:

    Selamat Mnayambut Ramadhan bro dan selamat menunggu waktu bersahur… :biggrin:

    [Reply]

  18. zuls says:

    terus aku download buku panduan tarawih.. memang lupa..
    Jom baca entri terbaru blog zuls.. Selamat Menyambut 1 RamadhanMy Profile

    [Reply]

  19. Lolo says:

    hoh! selamat berpose.. ptg ni dating nga mek su la tu. :cool: Jom baca entri terbaru blog Lolo.. Ramadhan Al-MubarakMy Profile

    [Reply]

  20. naz says:

    selamat berpuasa incik anam, tiap tiap buat blog post niat puasa eh. :w00t: baguih
    Jom baca entri terbaru blog naz.. Mencari Backlink Dan Trafik Seperti Seorang NinjaMy Profile

    [Reply]

  21. ashraf says:

    selamat berpuasa sahabat…Moga terus sukses dlm berblogging..

    [Reply]

  22. Hamdi says:

    selamat berpuasa Cik Anarm
    Jom baca entri terbaru blog Hamdi.. Hoobastank @ Hard Rock- BaliMy Profile

    [Reply]

  23. lizz says:

    selamat berpuasa esok untuk hari ke 4 ;)
    Jom baca entri terbaru blog lizz.. Ubah Hidup Jadi Lebih Baik dan Bukan Dengki Sesama Sendiri!My Profile

    [Reply]

  24. syahirul says:

    selamat berpuasa sayam :”>
    Jom baca entri terbaru blog syahirul.. Webmail notifier memudahkan pembacaan emailMy Profile

    [Reply]

  25. aman says:

    salam ramadhan anarm. ;)

    [Reply]

  26. kulanz says:

    Salam Ramadhan bro, selamat berpuasa juga..

    [Reply]

  27. selamat berpuasa. harap tak lewat nak ucap. :sideways:

    [Reply]

    Anarm reply:

    @littleemsangel: selamat berpuasa.. boleh lagi nak ucap.. masih dalam bulan puasa kan.. :happy:

    [Reply]

  28. din says:

    selamat berpuasa..semoga puasa kali ni lebih bak dr tahun lepas.. :biggrin: Jom baca entri terbaru blog din.. Hidup KembaliMy Profile

    [Reply]

Leave a Reply

1. Anda dilarang masukkan permalink di ruangan "Website"

2. Anda dilarang masukkan link di dalam ruangan komen!
    (kecuali untuk berkongsi link yang berkaitan dengan entri)


IP anda telah direkodkan : 38.107.179.220