
Ketika sarapan kat kedai mamak pagi semalam, aku terdengar beberapa orang bersembang tentang rokok. Sekarang ni tengah hot diperkatakan oleh perokok-perokok tentang gambar-gambar yang dicetak pada setiap kotak rokok. Gambar yang cukup menggerunkan bagi yang bukan perokok, tetapi kurang berkesan bagi perokok-perokok tegar termasuk aku.
Ada juga beberapa orang yang berasa ngeri bila tengok kotak rokok tu. “Bila tengok gambar kat kotak rokok tu, aku nak hisap rokok pun jadi takut”. Tapi mulut tetap jugak dok hisap rokok dari kotak yang ada gambar ngeri tu.
Bagi aku, kalau dah nama pon perokok tegar, ada gambar menakutkan ke, ada tulisan ‘AMARAN KERAJAAN MALAYSIA MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN’ ke, tu semua tak mendatangkan apa-apa kesan pun. Perokok tetap akan merokok. Walaupun harga rokok melambung tinggi tiap-tiap tahun sekalipun, perokok tetap akan beli jugak dan terus merokok. Kerajaan sepatutnya mencari inisiatif baru dalam menjayakan kempen berhenti merokok. Contohnya, bagi duit kepada yang berjaya berhenti merokok ke, bagi peluang bekas perokok bekerja dalam organisasi kerajaan ke, kan lebih berdaya maju tu. Hehehee ![]()
Ada satu video yang aku dapat melalui email, menunjukkan contoh pengiklanan dalam kempen anti-rokok. First time aku tengok rasa kelakar giler. Tapi bila tengok banyak kali dan fikir-fikir balik, boleh terasa juga keberkesanannya. Tapi, boleh ke orang ramai buat benda macam dalam video ni? Meh tengok video meh. ![]()
Apa pendapat korang tentang video kat atas ni? Baru je nak nyalakan rokok tiba-tiba orang ramai datang baca Surah Yassin. Adakah cara ni korang rasa berkesan? Sila bagi komen korang di ruangan yang telah disediakan ek..
Pssttt:
Aku nak lakukan sedikit perubahan pada blog Anarm Network ni. Nak tahu benda apa yang aku akan buat dan benda apa yang akan berubah? Teruskan berkunjung ke Anarm Network dan jangan lupa tinggalkan komen kat mana-mana entri yang korang dah baca. Terima kasih di atas sokongan korang semua selama ni.
Entri Lain Yang Menarik:
- Ubat Gigi Untuk Perokok
- Dah Jadi Tunangan Orang
- Sikap Pemandu Salahguna Lorong Kecemasan
- Balik Kampung Cuti Tahun Baru Cina
- Wordless Wednesday #10 - Tukar Mata Baru



















whoaa..
iklan malaysia ke ni??
kalau semua org mcm ni,
aku pon cancel nak merokok.
merokok dlm bilik je la..
hahaah
:)
[Reply]
Anarm reply:
April 21st, 2009 at 9:32 AM
@dhiyafaris.com,
mcm iklan indonesia je.. ye kot.. ntah.. hehe..
merokok dlm tandas lg syok.. teringat zaman skolah dulu2..
hehe :hik-hik:
[Reply]
askmz
bagi perokok tegar memang la semua tu tak memberi kesan langsung. tapi bagi aku <a href=http://www.wandisini.net/2009/04/kotak-rokok-bergambar.html<kotak rokok bergambar ni ini akan memberikan kesan kepada perokok newbie la
kanak2 ke bila tengok kotak rokok mesti takut, dan ini boleh menanamkan minat merokok itu membahayakan kesihatan. seterusnya menjauhkan diri dari mendekati rokok
hidup sihat tanpa rokok.
Entri wandisini yang terbaru di blog beliau.. Hot Air Balloon Out Of Box
[Reply]
Anarm reply:
April 21st, 2009 at 10:33 AM
@wandisini,
kepada perokok2 tegar di luar sana, mari sama2 kite berenti merokok.. sure awek ramai suke laa.. hik hik
:hik-hik:
[Reply]
perh..kalo org buat aku cmtu confirm aku xkuar rmh berbekalkan rokok.. :cuaakk:
hmmm..ble dpikirkan balik cmne la aku leh terjerumus dlm aktivti merokok ni.. adeh.. :pelik-ke:
[Reply]
Anarm reply:
April 21st, 2009 at 2:00 PM
@-Ring 0-,
tau la pasal.. aku pon kadang2 terpikir jugak.. adehh
:adeehh:
[Reply]
ahh, kalo da perokok tu, perokok jugak.. Huhu..
Kalo aku: amek rokok, campak kotak jauh2, isap.
Nanti nak isap lagi, amek balik kotak, amek rokok, campak lagi kotak tu..
Haha.. X suke, x suke..
Geli, tapi xkisah. Macamana tu? Takde kesedaran langsung..
Entri yed yang terbaru di blog beliau.. keliru dalam hidup
[Reply]
Anarm reply:
April 21st, 2009 at 2:01 PM
@yed,
ade sorang member aku tu, die siap print sticker,
tampal kt kotak rokok semata2 nk tutup gmbr seram tu..
:sarjan:
[Reply]
yed reply:
April 22nd, 2009 at 12:50 PM
@Anarm, jangka panjang :: berenti, of course
jangka pendek :: slow down
// masih menghembus~~
Entri yed yang terbaru di blog beliau.. keliru dalam hidup
[Reply]
Anarm reply:
April 22nd, 2009 at 12:56 PM
@yed,
begitu jugak aku..
ingin nk berenti merokok..
terasa sayang kt nyawa ni,
demi org2 tersayang..
[Reply]
xpe2. kalo aku jadi pm nanti aku naikkan harga rokok sampaikan orang yang betul2 ade duit je boleh beli.
camtu baru la budak2 skolah yang mintak duit kat mak bapak tak dapat nak beli rokok.
Entri ariff yang terbaru di blog beliau.. iPhone – The New Standard for Smartphones?
[Reply]
Anarm reply:
April 21st, 2009 at 5:19 PM
@ariff,
bagus la camtu.. naikkan rokok, turunkan harga barang2 lain.. boleh? hehe
[Reply]
ariff reply:
April 21st, 2009 at 5:32 PM
@Anarm,
hm. cadangan yang bagus. tapi malangnya cita2 aku bukan nak jadi pm. :P
Entri ariff yang terbaru di blog beliau.. iPhone – The New Standard for Smartphones?
[Reply]
Anarm reply:
April 22nd, 2009 at 12:58 PM
@ariff,
cite2 x semestinye tercapai..
kalo ade peluang jd PM, amik je..
peluang datang sekali je.. jgn sia2 kan
[Reply]
aku pon tak tau macam mane lagi cara
aku nak berhenti merokok.. mungkin kalau
aku bekerja kat tempat yang orang tak merokok…
aku boleh kot berhenti merokok.
aku dah cube kurangkan.. tapi makin aku cube.. makin banyak aku hisap.. hadoi.. macam mane nih?
aku akan tetapkan satu tarikh yang aku akan berhenti merokok.. tapi blom lagi letak tarikh.. bile hagaknye?
Entri Kreuger yang terbaru di blog beliau.. Blog aku sungguh bosan?
[Reply]
Khai reply:
April 22nd, 2009 at 7:59 AM
@Kreuger, aku tahu bila bro.. masa ko dikapankan nanti.. kompem ko berhenti merokok.. wahahaha.. jgn mara….
Entri Khai yang terbaru di blog beliau.. Justkhai, Contest dan Tajaan. Update’nya tidak!
[Reply]
Anarm reply:
April 22nd, 2009 at 1:01 PM
@Khai,
kalo time dikapankan pn tgh isap rokok, xtau la ape nk ckp.. aku dok situ, kompom aku lari laju2..
[Reply]
Anarm reply:
April 22nd, 2009 at 1:00 PM
@Kreuger,
ape kate ko pesan kt kawan2 ko, kalo diorang nmpk ko isap rokok, pakat ramai2 belasah ko.. mesti ko takut nk isap rokok dah pastu.. hahaha
[Reply]
Susah la kalo dah perokok tegar ni. Ko letak mayat depan dia pun isap tetap isap gak. Lidah tuh dah keras n penuh nikotin. Mcm aku hahaha. Ada semangat nak berenti tp belum kuat lagi. Tapi insyaallah berenti memang tetap akan berenti demi anak-anak aku nanti.
Entri Pjan yang terbaru di blog beliau.. Tidur yang terganggu
[Reply]
Anarm reply:
April 26th, 2009 at 7:56 PM
@Pjan,
bagus la kalo ada niat nk quit smoke..
aku pn camtu jugak.. sama2 la kite benti merokok..
chayok..chayok
[Reply]
the above video is responed to this entry:
http://killvearn.com/blog/rokok-vs-yaasin/
perokok mmg susah nak berhenti… so kalo depa wat kempen mcm ni maybe segelintir yang berhenti… tapi ramai mencari alternatif untuk memindahkan isi kandungan kotak rokok ke kotak khas… ramai kwn2 aku buat mcm tuh… sbb depa geli tgk gambar tuh… namun bg aku yg tegar isap rokok original dari indonesia, ia tak menjadi masalah… tapi korang disarankan untuk cuba kurangkan merokok.. mcm aku, surya paket 16 leh abes dalam masa 4 hari.. kalo dulu 2 kotak paket 16 untuk sehari… banyak kan perbezaan dulu ngan sekarang.. nasib aku da tanamkan niat nak berhenti sebelum kawen.. insyaAllah..
tentang iklan tu aku rasa tak patut… ko leh baca melalui link yang aku bg kat atas tu kenapa aku bangkang video atas tuh…
Entri Kill-Vearn yang terbaru di blog beliau.. Solution For Super Hidden Microsoft Word
[Reply]
Anarm reply:
April 26th, 2009 at 5:32 AM
@Kill-Vearn,
tu la.. aku pn baru perasan.. gmbr x clear sgt..
huhuu.. maafkan den
[Reply]
kira menjadi la kempen nie ye… hahahaha
Entri adol yang terbaru di blog beliau.. Kesibukan yg membataskan…
[Reply]
Anarm reply:
April 26th, 2009 at 8:00 PM
@adol,
menjadi? tak menjadi? errr… ntah..
semua bergantung pada diri sendiri nk benti merokok ke x
mcm apa yg Pjan ckp,
hahahha.. kuatkan semangat, tetapkan pendirian,
semoga berjaya.. hidup sihat tanpa rokok..
jom kite isap bende lain pulak..
isap air sirap limau ke (pkai straw)…
jgn nk pikir lain!!
[Reply]
Hmmm… aku rasa, lepasni kerajaan akan print plak gambar2 yang mengerikan kat batang rokok… huh..baru la ngeri nak isap rokok…
Entri softboxkid yang terbaru di blog beliau.. Pagi yang indah, Aku dapat hadiah…
[Reply]
Anarm reply:
April 29th, 2009 at 3:42 AM
@softboxkid,
melampau la sampai kt batang rokok pn nk print..
hahahaha..
[Reply]
mmg susah nak benti..bos aku walau dah kena strok dan hampir lumpuh separuh badan lepas tu kena sugery buah darah beku di kepala pun
hanya berhenti merokok beberapa bulan..ni baru betul2 tegar
ayah aku dah lama berhenti sbb suspek sakit jantung, mula-mula kejap jek, bila kena lagi serangan terus benti..
so kawan2 yg tegar tuh, masa muda mmglah tak rasa lagi..tungguuuuu bila dah tua
Entri lankapo yang terbaru di blog beliau.. Make Money Online with Streamyx
[Reply]
Anarm reply:
April 29th, 2009 at 3:44 AM
@lankapo,
perokok tegar ni susah nk brenti merokok..
contoh mcm aku nih.. makin nk berenti,
makin byk plak ngisap.. adehh..
[Reply]
Ya, merokok memang membahayakan kesihatan.
Adakah cara-cara lebih berkesan atau positif mengatasi tabiat ni?
Salam dari Alexander
Kuala Lumpur
[Reply]
selagi just tipu kononnya xnk bg isap rokok and terang2 jual lak.. hapuskan terus je rokok tuhh.. haramkan.. dadah leh kita buat.. ni kan rokok…
tau la rokok tu income bnyak… krgkanlah jualan pon ok.. jgn pntingkan income kalo nk rkyat sihat.
jgn omong2 shja pdhal nk sgt rokk laku kan…
[Reply]
isu yang seringkali menimbulkan dilema dalam jiwa setiap perokok..
Jom baca entri terbaru blog dedoku.. Rutin Bulan Ramadhan 2010
[Reply]
salam.
saya nie dak skolah menengh yg tgh jalankan kajian tentang merokok.
kmi nie peserta peringkt antara bangsa……
kmi pilih tajuk merokok di kalangan remaja.
jadi bleh tak tlg bg byak lg maklumat untuk rujukan kmi.
klau spew2 yg da fb add la kmi kt ‘don’t break my heart’
pas2 post r pepew yg leh membantu…
tima kash…….
[Reply]
try e-cigarette la bro, =)
Jom baca entri terbaru blog geekz36.. Promosi! Akaun Hotfile 6 Bulan Rm20 Sahaja
[Reply]