Raya Sakan di Aidilfitri 2012

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 22 August 2012 { 26 komen }

   

kuih raya 2012 Raya Sakan di Aidilfitri 2012

Raya Aidilfitri tahun ni beraya sakan family aku sampai 10 buah rumah kot (mungkin lebih) kitorang pergi ziarah. Sambil ziarah bawa sekali hajat dan niat menjemput semua saudara mara ke majlis perkahwinan aku. Aku rasa mesti riuh rendah bila semua dah berkumpul nanti. Boleh agak mesti semua dok berborak guna ‘bahasa rasmi’ keturunan aku – bahasa Jawa. Hehe..

Pergi beraya di rumah-rumah sanak saudara aku tak berapa berselera sangat nak makan. Makanan yang terhidang semua lebih kurang je. Pergi rumah situ tengok biskut tat, almond london, rempeyek, biskut semperit, dan lain-lain. Pergi rumah sana pulak tengok biskut sama jugak. Jadi takde selera, boring sebab kat rumah aku pun menu sama jugak. “Biskut tunjuk”. Haha.

Yang jadi berselera sikit bila rumah tu ada hidangkan lemang. Lemang memang feveret aku. Ketupat pulak dah jarang nampak dah sekarang ni. Semua dah diganti dengan nasi impit. Agaknya sebab nasi impit lagi senang nak buat kot. Tak macam ketupat, susah sikit nak buat. Nak kena cari daun dulu, lepas tu nak kena anyam daun dia pulak. Tapi rasa nasi impit pun boleh tahan sedap jugak bila dimakan dengan kuah kacang.

seronok hari raya aidilfitri Raya Sakan di Aidilfitri 2012

Seronoknya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hahahaha (gelak macam action kamen)

Walau macam mana pun makanan bukan tujuan utama kita bertandang ke rumah-rumah terbuka sepanjang musim sambutan Hari Raya Aidilfitri ni. Apa yang penting dapat pergi ziarah-menziarahi sanak saudara, kawan-kawan dan kenalan yang kita jarang berjumpa. Eratkan balik tali persaudaraan. Time raya ni la boleh pergi ziarah semua orang. Hari lain confirm ramai dah sibuk dengan kerja masing-masing, mana sempat nak jalan beraya ke sana ke mari, kan?

Kepada yang masih bercuti menyambut hari raya, selamat bercuti dan selamat hari raya Aidilfitri diucapkan. Bagi yang dah kembali bekerja, buat kerja elok-elok dan jalankan tanggungjawab tu dengan penuh gigih ye.


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , , , ,

26 komen -- Raya Sakan di Aidilfitri 2012

  1. lewis says:

    dah nak kahwin, tahniah bro
    Jom baca entri terbaru blog lewis.. Google Nexus 7 Di MalaysiaMy Profile

    Reply

  2. Zarul Umbrella says:

    lepas ni beraya ngan org umah da la yer…kena cabut undi la lepas ni kg saper nak kena balik hehehe

    Reply

  3. ProfHariz says:

    Kali terkahir la noh raya sebagai anak teruna. Lepas ni dah jadi laki orang
    Jom baca entri terbaru blog ProfHariz.. 10 entri terbaik DenaihatiMy Profile

    Reply

  4. onlajer says:

    rupa ney wong jowo jugak
    so aku jalok ngapuro jugaklah dino bodho iki :biggrin: Jom baca entri terbaru blog onlajer.. Malam 1 SyawalMy Profile

    Reply

  5. Fadzmie says:

    Raya tanpa lemang / rendang memang tak rasa raya langsung. Haha.
    Jom baca entri terbaru blog Fadzmie.. Raya sudah berlaluMy Profile

    Reply

  6. Juan says:

    bestnyerr raya :biggrin: Jom baca entri terbaru blog Juan.. Salam Raya dari Admin wanwidget.comMy Profile

    Reply

  7. Jebeng Otai™ says:

    oh orang jawa jgak ker..sy dh hilang skil ngobrol nya..hehe
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Kelebihan Verify Semua Langkah Google WebmasterMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    ha’ah, keturunan jawa.. tp sampai kat aku dah tak reti cakap jawa.. cuma paham sikit2 je.. hehe..

    Reply

  8. Bro Framestone says:

    Bro raya rumah je.. Sempat gak la g 1 rumah member + 1 rumah makcik.

    Itu je la
    Jom baca entri terbaru blog Bro Framestone.. The Pool – Menikmati Kehidupan Waktu Malam Di Kuala LumpurMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    ingat nak beraya kat rumah jugak.. tapi oleh sebab nak sampaikan hajat tu, kena la follow sekali mak abah pergi beraya rumah sedara mara.. kalau nak pergi sendiri memang tak tau nk pergi mana..

    Reply

  9. titan says:

    akhirnya..ko kahwin juga dulu sebelum aku. haha..
    Jom baca entri terbaru blog titan.. 5 Cara nak jadi penulis review yang menjual.My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    Alhamdulillah, dapat jugak kawen.. dengan izin Allah juga.. kalau Allah tak izinkan lagi memang tak jadi jugak, kan.. tak plan sangat pon sebenarnya.. tau2 dah nak kawen dah.. macam tak caye je..

    Reply

  10. Ramzi says:

    Sayapun tahun ini juga bisa menikmati hari raya bersama keluarga besar :)
    Jom baca entri terbaru blog Ramzi.. Cara Membuat / Memasang Rating Bintang Rich Snippet Google di BloggerMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    Alhamdulillah.. menyambut raya bersama keluarga besar memang seronok..

    Reply

  11. Panas Giler (djchef) says:

    selamat hari raya.. maaf zahir dan batin

    Reply

    Anarm reply:

    selamat hari raya, maaf zahir dan batin juga..

    Reply

  12. mhg says:

    salam..raya tahun nih ambe rasakan tak semeriah dulu. suasana agak berbeza berbanding tahun-tahun lepas..mungkin faktor umur kot..hehe..apa pun selamat hari raya..maaf zahir batin..kepada yang dah mula bekerja..tahniah..kepada yang masih bercuti..giliran anda pula lepas nih.. :biggrin:

    Reply

    Anarm reply:

    faktor umur tu mungkin ada betulnya.. tapi tak kisah la.. yg penting musim raya ni dapat ziarah-menziarahi sanak saudara, bermaaf-maafan..

    Reply

  13. Orang Kampung says:

    Berziarah sambil bermaaf-maafan….Salam Aidil Fitri
    Jom baca entri terbaru blog Orang Kampung.. Wordless Wednesday-Biar Lupa Makan Jangan Lupa…My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    salam aidilfitri.. mohon maaf banyak2 zahir dan batin kalau ada terbuat salah ye..

    Reply

  14. anif says:

    Berziarah sambil membawa hajat. 2 dalam 1 tu. “Timing” yang bagus! :D
    Jom baca entri terbaru blog anif.. Version 2.0 – Wordless Wednesday #49My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    hehe.. nasib baik buat lepas raya.. timing memang cukup cantek! :P

    Reply

  15. akubiomed says:

    Sudah boleh agak menziarah dengan sekali menjemput. :-)
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Sambutan Hari Raya Aidilfitri meriahMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    alang2 pergi menziarah baik bawa jemputan sekali.. org lain hulur sampul duit raya, aku hulur sampul kad jemputan.. hehe..

    Reply

  16. Dadan says:

    memang senang berhari raya dengan seluruh keluarga dan saudara…selamat Hari Raya Idul Fitri Bang, mohon maaf atas segala kekhilafan
    Jom baca entri terbaru blog Dadan.. Setelah Idul FitriMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    saya juga begitu.. ingin mohon maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap yang tak disengajakan..

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 54.234.67.55

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv