Puasa tapi TAK SOLAT

13

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 5 August 2011 { 13 komen }

   

puasa tapi tak solat Puasa tapi TAK SOLAT

Masa tengah merehatkan otak tadi tiba-tiba terfikir tentang satu persoalan yang sering timbul setiap kali bulan puasa. Persoalan tentang “puasa tapi tak solat” ni sebenarnya dah lama ditanya oleh seorang rakan semasa bersekolah dulu. Time tu memang rasa malas sangat-sangat nak solat. Tapi puasa tetap puasa. Duit raya punya pasal. Haha. Bila ditanya soalan macam tu, terasa macam rakan tu perli-perli pulak. Tau la aku malas solat dulu (masa zaman sekolah). Pukul kang!

Hasil carian keyword “puasa tapi tak solat” menghasilkan penemuan jawapan-jawapan bagi persoalan tersebut. Ada banyak jugak jawapan yang tersenarai kat laman carian Google. Aku pilih mana yang aku rasa tepat atau hampir tepat atau yang aku rasa senang untuk difaham. Tapi aku bukannya pandai sangat bab-bab ni. Kalau ada salah, tolong tegur ek. Benda-benda kat internet zaman sekarang ni ada jugak info yang kita tak boleh percaya. Ada je orang yang nak salahgunakan fungsi internet. Hati-hati la ye.


Puasa tapi tak solat

SOALAN:

Apakah diterima puasa orang yang sengaja tinggalkan solat atau tidak tunaikan solat? Adakah perbuatannya itu akan merosakkan puasanya dan tidak diberi ganjaran pahala?

JAWAPAN:

Sebenarnya terdapat perbezaan di antara ‘batalnya ibadah’ dan ‘ibadah tidak diterima’. Kadang-kadang ibadah tersebut sah dan tidak perlu diulang semula hanya kerana ianya telah mencukupi rukun-rukun dan syarat-syaratnya. Namun dalam masa yang sama tidak diterima di sisi Allah SWT. Sebagai contoh, seseorang yang mendirikan solat dengan tujuan menunjuk-nunjuk (riak) ataupun dengan memakai pakaian curi.

Manakala orang yang berpuasa, sekiranya dia menahan diri daripada membuat perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum dan syahwatnya, maka puasanya sah dan tidak batal walaupun dia telah mengerjakan perbuatan-perbuatan maksiat seperti menipu dan meninggalkan solat. Tetapi, walaupun sah ibadat puasanya, adakah ia diterima dan diganjari pahala daripada Allah SWT?

larangan di bulan ramadhan Puasa tapi TAK SOLAT

Sesungguhnya terdapat banyak hadith yang mengesahkan bahawa puasa sebegini tidak akan diterima. Contohnya, hadith yang berbunyi:

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan masih beramal dengannya, maka Allah tidak memerlukan (dia) untuk meninggalkan makanan dan minumannya”

Maksudnya, tiada makna dan faedah lagi puasanya jika individu terbabit masih mengeluarkan kata-kata nista ketika sedang berpuasa, apatah lagi sekiranya dia meninggalkan solat.

Hal yang sama berlaku kepada orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat. Puasanya sah dan tidak wajib mengulang puasa tadi walaupun dia telah meninggalkan solat. Sedangkan tentang masalah diterima atau tidak, hadith di atas telah memberikan penjelasan bahawa puasa tersebut tidak diterima.

Katakanlah, sekiranya puasa tersebut diterima dan diganjari pahala, namun perlu diingat bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang meninggalkan solat adalah suatu dosa yang sangat besar dan berat seksaannya. Ianya akan diletakkan di neraca timbangan pada Hari Kiamat, jika tidak diampunkan oleh Allah. Firman Allah SWT:

“Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

Dalam ayat ini dan yang berikutnya, mengandungi galakan supaya kita jangan sesekali meninggalkan amalan-amalan baik walaupun sedikit, dan juga mengingatkan kita supaya menjauhi sebarang maksiat walaupun kecil.

Allah SWT berfirman:

“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri. Dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaNya”

 
Kredit: Mohd Syauqi Arshad

Jom tengok video Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan & Di Ambang Ramadhan. Majlis sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu ditaja khas oleh eQurban Resources Sdn. Bhd.


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , ,

13 komen -- Puasa tapi TAK SOLAT

  1. 10 Perkara Rosakkan Puasa Ramadhan
  1. titan says:

    puasa ni termasuk dalam rukun Islam. Solat pun sama. Yang bagusnya, puasa yang wajib ni cuma sebulan sahaja dalam setahun. Sedangkan solat ni hari-hari kena buat..

    Jadi, bagi aku..bila puasa tapi tak solat..orang tu dia sengaja abaikan rukun Islam ni..

    Islam ni mudah aje. Tapi orang kita ni, selalu ambil mudah.. :getlost: Jom baca entri terbaru blog titan.. Hadiah dari Contest Review Alexa @Pacifista-XMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @titan, bila rukun Islam pon kita tak dapat sempurnakan, adakah kita masih Islam ataupun tidak? :unsure: Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Wordless Wednesday #5 – Lama Berganti BaruMy Profile

    Reply

  2. David says:

    Selamat Berpuasa!
    Jom baca entri terbaru blog David.. Seasonal GiveawayMy Profile

    Reply

  3. FD says:

    demikianlah, hanya berusaha utk menjadi hamba ramadhan semata mata…. solat jgn lah tinggal..
    Jom baca entri terbaru blog FD.. #Analisis – Twitter Dan Juga Facebook Berkaitan Dengan PVMy Profile

    Reply

  4. Ekspresi Ruang says:

    setuju. batal ibadah dan ibadah tak diterima tu mmg terma yg berbeza. yg penting laksanakan smo rukun2 Islam, barulah ibadah2 sunat yg lain akan diterima :happy: Jom baca entri terbaru blog Ekspresi Ruang.. The Prop-er Benches: Bangku Trifungsi Yang PraktikalMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Ekspresi Ruang, betul tu.. terutamanya solat.. yg tu memang wajib buat.. solat tiang agama.. tanpa tiang yg kukuh, agama boleh runtuh..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Puasa tapi TAK SOLATMy Profile

    Reply

  5. fazrol says:

    rukun islam!

    1 – mengucap 2 kalimah syahadah! selalu kita baca masa solat…
    2 – Mendirikan solat.
    3 – Berpuasa di bulan ramadhan.

    kalau buat no 3, kenapa tak buat no 1 ngan 2? tak guna juga..

    Reply

    Anarm reply:

    @fazrol, mungkin ramai yg fikir, no.1 dan no.2 tu boleh buat sembunyi2.. bila orang tanye “ko dah solat belom?”.. dia boleh jawab “dah tadi.. takkan solat pon nak tunjuk2?.. padahal tak solat pon.. boleh tipu2 pulak kan..

    dalam kes puasa pulak, takleh nak sembunyi2.. bila ditanya puasa ke tak, kalau dia jawab “puasa” tapi mulut bau kari ayam.. memang kantoi la kan.. untuk elak benda tu berlaku, dia pon terpaksa la berpuasa.. dan jadilah puasa yang tak ikhlas.. huhu..

    logik tak penerangan aku? hehe.. based on pengalaman sendiri masa zaman kecik2 dulu.. :tongue:

    *setiap perbuatan kita walaupun dibuat secara sembunyi2, Allah SWT akan tahu semuanya dan akan dicatat*
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Puasa tapi TAK SOLATMy Profile

    Reply

  6. syahrilhafiz says:

    boleh dikategorikan..baik tak payah puasa, kalau macam ni :)
    Jom baca entri terbaru blog syahrilhafiz.. Lafaz Niat Puasa & Doa Buka PuasaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @syahrilhafiz, sendiri mau ingat la kan.. sape makan cili, dia terasa pedas.. kalau tak pedas bukan cili namanye.. :tongue: Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Puasa tapi TAK SOLATMy Profile

    Reply

  7. afiq aiman says:

    puasa bukan setakat tak boleh makan dan minum je, puasa juga kena tahan diri/anggota badan dari melakukan maksiat atau benda2 yang tak berfaedah.

    puasa tapi tak solat. hmm pelik jugak tu. dua2 wajib. tapi dia buat satu je. ibaratnya dia buat atap rumah tapi tiang tak buat lagi. mana nak jadi rumah tu hihi
    Jom baca entri terbaru blog afiq aiman.. Blogger Juga Perlukan Ilmu Affiliate Untuk Buat Duit OnlineMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @afiq aiman, betul tu.. takkan nak tinggal bawah atap rumah tu je kan? sekali datang banjir abis semua hanyut.. kalau ada rumah, tegak berdiri, sekurang2nya tiang rumah tu boleh ‘pegang’ rumah tu elak daripada hanyut..

    puasa jugak kena tahan akal dan fikiran daripada fikir benda2 makruh atau yg boleh mengurangkan pahala puasa.. mungkin ada gak yg boleh batalkan puasa..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Puasa tapi TAK SOLATMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 74.115.212.5

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv