Seminar Buat Duit dengan Blog

Phone pakai CyanogenMod (Android)

18

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 24 May 2012 { 18 komen }

   

android cyanogenmod7 Phone pakai CyanogenMod (Android)

Sekarang smartphone Android aku dah tukar ke custom ROM CyanogenMod. Sebelum ni pakai DarkyROM. Performance Galaxy S I9000 aku nampaknya lebih bagus dengan CyanogenMod berbanding DarkyROM. Aku guna CyanogenMod 7.2 RC2 je sekarang ni. Sebelum tu dah cuba pasang atau flashing CyanogenMod 9 dengan Android versi 4.0 Ice Cream Sandwich tapi rasa macam banyak bug lagi dan perlu update sekerap yang boleh. Aku takde masa sangat nak godek telefon sebab tu aku downgrade balik ke CM7 yang aku rasa lebih stabil buat masa ni.

Rasanya baru sebulan lebih kot aku guna CyanogenMod lepas tengok blog saudara SyahrilHafiz @Caenz yang asyik update entri tentang Android dan CyanogenMod di blog dia. Terus buat aku rasa tertarik nak cuba CyanogenMod untuk Galaxy S aku. Tak sia-sia aku cuba custom ROM ni. CyanogenMod memang best!

Flashing custom ROM buat aku rasa takut-takut sebab risikonya telefon ‘rosak’ kalau tersalah buat. Tapi aku beranikan diri cuba buat juga ikut step-by-step tutorial flash custom ROM yang dikongsi di blog-blog rakan blogger. Alhamdulillah berjaya buat tanpa sebarang masalah. Hasilnya phone rasa bertambah laju, bateri tahan lebih lama, dapat buang system apps yang tak berguna, dan macam-macam lagi boleh dibuat.

CyanMobile untuk pengguna Samsung Galaxy Mini

Hari tu aku cuba flash custom ROM pada phone Galaxy Mini milik cik tunang pula sebab dia mengadu Galaxy Mini dia macam bermasalah je sejak kebelakangan ni. Dengan merujuk entri “Flashing CyanMobile untuk pengguna Galaxy Mini” yang ditulis oleh saudara Caenz, phone cik tunang berjaya di-upgrade. Tapi sebelum tu berlaku masalah sampai phone tak boleh nak ON langsung. Rasa cuak tu tak payah cakap. Nasib baik dengan bantuan Caenz semuanya setel.

Sekarang Samsung Galaxy Mini cik tunang dah berfungsi balik dengan cukup ‘smooth’ cuma warranty phone dia dah tak boleh pakai. Tapi takpe la. Lagipun tinggal beberapa bulan je lagi tempoh warranty tu nak tamat.

*Susah juga nak pilih custom ROM yang sesuai dengan jenis smartphone Android sebab ada banyak sangat custom ROM yang best-best.


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , , ,

18 komen -- Phone pakai CyanogenMod (Android)

  1. tansrinor says:

    nak tanya kekawan semua kalau nak format semula apa yang terbaik untuk tel galaxy young

    Reply

  2. sensasi2020 says:

    Nak tahu jugak bro??? Apa itu dikatakan root pada phone android? dan bagaimana ia berfungsi. Adakah ia macam restart spt desktop atau laptop?
    Jom baca entri terbaru blog sensasi2020.. Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.My Profile

    Reply

  3. syahrilhafiz says:

    terima kasih untuk backlink..
    betul tu, nak cari rom kalau dah guna Android memang susah. sebab semua hampir sama, cuma kita nak sesuatu yang selesa..phone dah ok..huh alhamdulillah.warranty tu dengar kata kalau nak save backup stock rom lama dan unroot balik boleh..cuma leceh la..

    Reply

    Anarm reply:

    @syahrilhafiz, banyak kerja pulak nak kena backup, unroot.. baik biarkan je root.. bleh guna custom rom.. baru la rasa kacak sikit..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Aku Suka KucingMy Profile

    Reply

  4. sensasi2020 says:

    Assalamualaikum….

    -Saya guna telefon samsung galaxy y (young) GT-S5360.

    -Bagaimana nak selesaikan masaalah saya ni? Selalu tak dapat guna wifi, dia macam skjp ada skjp tiada, macam kena bug/virus, tapi saya terpaksa reset kembali telefon saya ke asal, jadi semua yg kita d/load app dahulu habis hilanglah!!

    - Bagaimana cara nak atasi masaalah ini?

    #Diharap agar saudara sudi menjawabnya.

    Sekian,terima kasih.
    Jom baca entri terbaru blog sensasi2020.. “PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”My Profile

    Reply

    syahrilhafiz reply:

    @sensasi2020, 1. mungkin coverage wifi tu slow, sebab android dengar kata under 1k memang tak power bab2 ni, ..tarik line tak kuat.
    2. nak backup aplikasi, root fon guna titanium backup..terbaik! :)
    ada jugak yang nak backup tak payah root, tapi kalau guna android tak root tak syok lah..hehe
    Jom baca entri terbaru blog syahrilhafiz.. Bagaimana Saya Menjaga Bounce Rate Blog Bawah 1% ?My Profile

    Reply

    Sarah reply:

    Saya pun ada msalah yg sama gak.Bila refresh balik galaxy Y tuh,truih,wasap berjujuk masuk.walhal coverage wifi penuh.Cuma bila pkai wifi dekat rumah ok ja.adakah kerana sy guna share wifi yg mana ramai user.jadi sy xdpt nk guna.kena refresh selalu? :whistle:

    Reply

  5. sensasi2020 says:

    Macam mana nak selesaikan masaalah ttg telefon samsung galaxy y (young) yang selalu tak boleh guna wifi, semacam kena bug? Bila kita reset, baru boleh guna wifi semula tapi semua app yg kita download dulu tak adalah(kena d/load semula). Ada tak cara2 terbaik utk atasi masaalah ini? :unsure:

    Jom baca entri terbaru blog sensasi2020.. Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.My Profile

    Reply

  6. ProfHariz says:

    Kawan aku pakai ICS mmg banyak bug. Pakai Cyanogenmod ni mmg ok :)
    Jom baca entri terbaru blog ProfHariz.. Blog Hariz Berwajah BaruMy Profile

    Reply

  7. Jebeng Otai™ says:

    mmg kene berani nk modding..silap2 x idup lak nnt..
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Schedule PostsMy Profile

    Reply

  8. Mohd Isa says:

    ades…citer pasal android aku jadi noob terus, maklumlah berangan nak pakai galaxy s x lepas2 lagi…tgu masa nak rembat je…hehe
    Jom baca entri terbaru blog Mohd Isa.. Semakan Panggilan Temuduga Untuk Program Pengajian Pendidikan 2012My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Mohd Isa, Selagi tak pakai Android, selagi tu la tak dapat nak belajar. Aku dulu pon tak paham langsung pasal Android. Bila dah pakai Galaxy S ni terus dapat faham Android ni macam mana.. Memang best ahh..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Phone pakai CyanogenMod (Android)My Profile

    Reply

  9. akubiomed says:

    Wah hebat boleh tweak telefon tunang. :-)
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Wordless Wednesday – # One Thousand Million SmilesMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @akubiomed, hebat la sangat.. kalo hebat takkan ada masalah masa tweak.. kelam kabut dibuatnya hari tu.. haha..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Phone pakai CyanogenMod (Android)My Profile

    Reply

  10. anif says:

    Pilih yang stabil jer.. yang baru biasanya ada masalah :D
    Jom baca entri terbaru blog anif.. Sony Tablet S Menyokong Andriod 4.0.3My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @anif, betul tu.. tapi kalo dapat pakai ICS best jugak.. nak buat camne ICS untuk I9000 banyak bug lagi.. malas nak pening kepala dengan bug..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Phone pakai CyanogenMod (Android)My Profile

    Reply

  11. ZooL says:

    cyanogenmod mmg antara rom yg terbaik! pernah gune pd htc sy ttapi lebih ttarik dengan platform windows phone… :)
    Jom baca entri terbaru blog ZooL.. Hotel Unik #6 – Boeing 747 Aiplane HotelMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @ZooL, pernah try windows phone tapi rasa macam kurang menarik.. masing2 ada citarasa sendiri..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Phone pakai CyanogenMod (Android)My Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 107.20.129.212

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv