Seminar Buat Duit dengan Blog

Permohonan Kahwin Dah Diluluskan

43

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 28 June 2012 { 43 komen }

   

permohonan berkahwin lelaki Permohonan Kahwin Dah Diluluskan

Alhamdulillah, permohonan kahwin dah diluluskan oleh pendaftar di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Nasib baik ada seseorang yang aku baru kenal di internet baik hati bagi panduan dari A sampai Z macam mana nak uruskan semua borang permohonan berkahwin ni. Sebelum ni ada mereka-mereka yang bagi info salah katanya permohonan untuk berkahwin mesti buat di pejabat agama Islam ikut alamat dalam IC atau kad pengenalan. Macam aku ni alamat IC kat Perak. Penat juga nak balik Perak. Kena pulak kalau ada urusan tertangguh terpaksa berulang balik kampung. Mungkin yang tu prosedur permohonan berkahwin dulu-dulu kot.

Bagi yang berbeza alamat IC dengan alamat tempat tinggal sekarang boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) berdekatan, ambil borang permohonan berkahwin dan borang akuan pengesahan mastautin untuk mengesahkan korang dah menetap di tempat tinggal sekarang dah melebihi 4 bulan (syarat mastautin). Kalau kurang daripada 4 bulan yang tu tak dikira mastautin. Kena balik kampung lah kot, atau pergi tukar alamat dalam IC guna alamat tempat tinggal sekarang.

Prosedur Permohonan Berkahwin (Lelaki)

  1. Pergi Kursus Pra Perkahwinan – Kalau tak nak kahwin lagi pon takpe, boleh je pergi kursus kahwin sebab sijil kursus sah untuk seumur hidup. Best pergi kursus kahwin. Banyak ilmu yang korang tak pernah terfikir akan dapat dari kursus tu. Aku pergi kursus kahwin kat Al Shahir Putrajaya. RM80 je untuk 2 hari kursus.
     
  2. Dapatkan Borang 2A (Permohonan Berkahwin) – Boleh dapatkan di Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing, atau bagi yang menetap di Selangor boleh buat permohonan berkahwin secara online melalui laman web ncr.jais.gov.my. Aku tak tahu macam mana buat secara online tu sebab aku buat secara manual. Bagi yang ada perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat IC pastikan ada juga Borang 1 (Akuan Pengesahan Mastautin).

    Jangan lupa tanya siapa nama Penolong Pendaftar Nikah (PPN) yang perlu kita jumpa nanti untuk buat pengesahan pada borang. Minta nombor telefon PPN tu bagi memudahkan kita contact dia untuk sebarang urusan.

  3. Pemeriksaan Ujian Darah (HIV)Ujian saringan HIV boleh buat di KLINIK KERAJAAN SAHAJA! Tak kisah kat mana-mana pon asalkan klinik kerajaan. PAID tempat aku (Selangor) suruh pergi terus ke klinik kerajaan dan dapatkan borang ujian HIV kat klinik tu. Untuk negeri-negeri lain, borang ujian HIV ada juga yang dikeluarkan oleh pejabat agama sendiri. Aku pun tak pasti sangat. Sila rujuk pejabat agama di daerah/negeri masing-masing.

    Nak buat ujian HIV biasanya kena set appointment dulu. Bila dah buat ujian darah lebih kurang 10 – 15 minit terus dapat result. Doktor klinik aku pergi hari tu cakap di Selangor kalau keputusan ujian darah negatif, takde masalah, dia akan bagi satu salinan result yang dah disahkan kepada kita. Kalau positif HIV, dia takkan bagi. Keputusan ujian HIV sah selama 6 bulan sahaja. Jangan buat awal sangat ye.

  4. untung kahwin Permohonan Kahwin Dah Diluluskan

  5. Lengkapkan Borang Permohonan Berkahwin dan Dokumen Sokongan – Borang permohonan berkahwin mesti dilengkapkan dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh nikah. Isi semua maklumat yang diperlukan kecuali bahagian tarikh dan tandatangan tinggalkan kosong dulu. Kalau takut tersalah isi, tulis dulu dengan pensel sebelum tulis betul-betul guna pen dakwat hitam atau biru (semua huruf besar). Sertakan sekali dokumen-dokumen sokongan.

    DOKUMEN SOKONGAN
    SEMAKAN
    1
    Salinan MyKad (warganegara) / Passport (warganegara asing) pemohon.
    X
    2
    Salinan MyKad (warganegara) / passport (warganegara asing) 2 orang saksi.
    X
    3
    Sijil Kursus Pra Perkahwinan dan salinan (Diiktiraf oleh JAKIM / JAIS / JAWI / JAIN).
    X
    4
    Rekod Ujian Saringan HIV (Hanya di klinik kerajaan sahaja)
    X
    5
    Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang disahkan oleh Nazir Masjid / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk / Pengerusi Taman Perumahan / Pengerusi JKKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kumpulan A (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam Kad Pengenalan).
    X
    6
    Surat Perakuan Cerai dan salinannya. (Jika bercerai hidup).
    7
    Surat Perakuan Nikah dan Sijil Kematian pasangan beserta salinannya (Jika bercerai mati).
    8
    Surat / Kad Perakuan Islam dan salinannya (Jika pemohon Saudara baru).
    9
    Surat kelulusan dari KAGAT / PDRM (Jika pemohon anggota Tentera / Polis).
    10
    Surat Kebenaran Berkahwin daripada Konsulat / Kedutaan / UNHCR dan Imigresen (Jika warganegara asing).
    11
    Salinan Borang 2A dan dokumen sokongan (Jika pemohon bernikah di luar daerah / negeri / negara) – *buat 2 salinan
    X

    Tanda semakan ‘X’ tu dokumen sokongan yang aku lampirkan dalam borang

  6. Dapatkan Pengesahan Penolong Pendaftar Nikah – Borang yang dah lengkap diisi (tanpa tarikh dan tandatangan) perlu dapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah Qariah (PPN). Bawa bersama 2 orang saksi lelaki semasa proses pengesahan borang. Pemohon yang nak berkahwin dan 2 saksi tu akan turunkan tandatangan di depan PPN sebelum PPN sahkan permohonan tu dengan tandatangan beliau dan cop rasmi. Tulis tarikh hari pengesahan dibuat. Untuk proses ni ada yang beritahu supaya persiapkan diri sekiranya ditanya sebarang soalan berkaitan agama Islam. Aku tak kena soal. Hehe..
     
  7. Hantar Borang Permohonan Nikah ke Pejabat Agama Islam – Lepas semua pengesahan pada borang dah dibuat, bolehlah hantar borang permohonan kahwin tu ke pejabat agama. Bayar RM10 dan datang balik esok untuk ambil borang yang telah diluluskan oleh pendaftar nikah kahwin. Sesetengah tempat boleh dapat terus hari tu jugak. Sebelum pergi hantar pastikan dah buat 2 salinan semua borang dan dokumen sokongan (jika pemohon bernikah di luar daerah / negeri / negara).
     
  8. Bagi Borang Permohonan Berkahwin Kepada Pasangan – Borang permohonan kahwin lelaki yang dah diluluskan perlu bagi kepada pasangan untuk si dia uruskan permohonan berkahwin perempuan pulak. Si dia akan buat prosedur yang sama juga cuma kalau tak silap aku ada perbezaan sikit yang melibatkan wali dan kadi.
     

Akhirnya selesai juga urusan permohonan aku untuk berkahwin. Sekarang ni cuma tunggu cik tunang uruskan borang permohonan dia pulak. Lepas dah selesai semua boleh la kahwin. Yeayy! Cuma ada satu lagi urusan aku belum selesai. Rumah sewa tak jumpa jumpa lagi ni. Adehh.. Takkan lepas kahwin pun nak duduk rumah bujang asing-asing lagi kot. Mana tahan… pinch Permohonan Kahwin Dah Diluluskan

p.s. Dalam senarai semak dokumen sokongan takde bagitau tentang Surat Akuan Bujang. Tapi aku ada buat surat akuan bujang sebab member ofis cakap kena buat. Surat akuan bujang boleh minta dengan majikan tempat kerja atau pergi minta dengan penghulu. Aku taip sendiri je lepas tu bagi kat majikan untuk sign dan sahkan aku masih teruna. Haha..


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , , ,

43 komen -- Permohonan Kahwin Dah Diluluskan

  1. yuyu says:

    btoi ka borang kebenaran nikah hantar hari ini sok leh ambik dah…? cepatnya.

    Reply

    Anarm reply:

    @yuyu, Masa saya buat dulu memang macam tu.. Hari ni hantar borang ke Pejabat Agama Islam, esok dah boleh pergi ambik borang rasmi kebenaran nikah yang dah diluluskan.. Masa hantar borang tu, orang pejabat agama sendiri yang bagitau boleh datang esok utk amik borang.. Tapi kat negeri2 lain tak tau pulak macam mana prosedur dia.. Ada juga dengar cerita (taktau negeri mana) borang yang hantar tu boleh ambik terus hari tu jugak..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Perjuangan Hidup Life of PiMy Profile

    Reply

  2. pali says:

    Salam..sy nk tye sikit pasal 2 org saksi..kalau sy gune kawan rapat sy sbg saksi bole k?? thx

    Reply

    Anarm reply:

    @pali, waalaikumussalam.. untuk permohonan kahwin tak kisah sape2 pun boleh jadi saksi.. kawan rapat pun boleh jadi saksi.. sebab untuk saksi borang je.. saya pun mintak tolong kawan jugak untuk jadi saksi masa buat pengesahan borang permohonan kahwin..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. First Time Beli Barang Online dengan SuperbuyMy Profile

    Reply

    pali reply:

    @Anarm, ooo…ok2 faham2 terima @anarm..so,perlu la sy nk ulang alik perak lg…thx once again for your info..salam

    Reply

  3. Nina Maslizza says:

    Entah dalam surah apa tu, tapi, Allah da janjikan “terbuka pintu rezeki” bagi sesiapa yang berumah tangga ni..
    Jom baca entri terbaru blog Nina Maslizza.. ResolusiMy Profile

    Reply

  4. syed says:

    klu salah nama tapi sebutan betul diterima lepas ke daftar kat belah pompuan ah??.. takot x lopeh plak…hihihi….

    Reply

  5. maszull says:

    assalamualaikum bro…betul tu mcm2 perkara yg perlu dilakukan sebelum berkahwin ni kalau x dilakukan susah juga nanti…:)

    Reply

    Anarm reply:

    @maszull, betul tu.. undang2 dah tetapkan prosedur utk berkahwin.. follow jela walaupun macam2 kena buat.. tak ikut arahan kang tak boleh kawin pulak..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Kena Tahan Sebab Lari Dari PolisMy Profile

    Reply

  6. Suraya says:

    alhamdulillah.. tunggu permohonan belah perempuan pulak ye.. :happy: Jom baca entri terbaru blog Suraya.. Duit 50 Sen Baru Untuk Simpan BarangMy Profile

    Reply

  7. gamep01nt says:

    amboi berderet prosedur dia :dizzy:

    Reply

  8. Affan Ruslan says:

    Wah banyak jugak ye perkara kena buat. Mmg benda-benda macam ni kena tanya org yang ada pengalaman.

    Agak-agak bila nikah ye Anarm? Moga dipermudahkan :)
    Jom baca entri terbaru blog Affan Ruslan.. Tiada Lagi KucingMy Profile

    Reply

  9. daddydee says:

    Tahniah tuan sebab bakal mendirikan mahligai indah.

    Saya dulu pun buat surat akuan bujang memang diorang ada minta.

    Reply

  10. eddie says:

    Tahniah…dapat kahiwn dgn awek pasir mas tue :biggrin:

    Reply

  11. Bro Framestone says:

    Thank untuk info nie…

    HIV test je bro xbuat lagi..

    Pemohonan nikah bro buat dekat tempat bro.. walaupun dah bertahun dok KL… tapi xrasa macam bermastautin dekat sini.
    Jom baca entri terbaru blog Bro Framestone.. Kontest Anjuran Bro Framestone Dan Nando’s Malaysia.My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Bro Framestone, kalau mohon ikut alamat dalam IC senang sikit tak payah buat yang pengesahan mastautin tu.. bro nak kawin jugak ke? bila? :cheerful: Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Gushcloud Dah Jadi Web LainMy Profile

    Reply

  12. Hazmin Hamudin says:

    Tahniah bro. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
    Jom baca entri terbaru blog Hazmin Hamudin.. Wordless Wednesday | Ladies OnlyMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Hazmin Hamudin, insyaAllah.. harap2 macam tu la.. terima kasih..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Gushcloud Dah Jadi Web LainMy Profile

    Reply

  13. budak felda says:

    huhu tahniah bro..kalau mcm ni tak lama je lagi hehehe..:)
    Jom baca entri terbaru blog budak felda.. Angka 13,530,571 Hanya Satu PermulaanMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @budak felda, terima kasih.. memang tak lama dah.. lagi 2 bulan.. huhu..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Gushcloud Dah Jadi Web LainMy Profile

    Reply

  14. mykrk says:

    Tahniah :smile: Jom baca entri terbaru blog mykrk.. Koleksi Motivasi Pagi Radio IKIM.fm oleh Ustaz Dr Jamnul Azhar Mulkan | ArabMykrk.com [Digg]My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @mykrk, terima kasih..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Gushcloud Dah Jadi Web LainMy Profile

    Reply

  15. Jebeng Otai™ says:

    byk gak prosedur nya..huhu
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Giveaway JebengOtai PertamaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Jebeng Otai™, memang banyak.. nak buat macam mana, undang2 dah tetapkan prosedur macam tu.. kena follow.. kalau tak, tak boleh kawin..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Gushcloud Dah Jadi Web LainMy Profile

    Reply

  16. dzuandiey says:

    pewit..tudia..best la nak kawin..hahaha…mana kad nih?.. :-) :biggrin: Jom baca entri terbaru blog dzuandiey.. [Bacaan Lelaki] Adakah Anda Orang Ke-4?My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @dzuandiey, kad baru nak cetak.. tgh tunggu approve design.. nanti invite pkai fesbuk dulu..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Gushcloud Dah Jadi Web LainMy Profile

    Reply

  17. AyieBlog says:

    Assalamualaikum, taniah and syabas bro :) ….
    Jom baca entri terbaru blog AyieBlog.. Wordless Wednesday #1 MenabungMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @AyieBlog, terima kasih..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Gushcloud Dah Jadi Web LainMy Profile

    Reply

  18. spudin says:

    tak ada orang lagi datang pinang aku.hahaha…OPSS!!
    Jom baca entri terbaru blog spudin.. Jom Masuk Jadi Senarai Sifu Blog SayaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @spudin, ko la pergi pinang orang.. jgn tunggu lama2.. haha..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Permohonan Kahwin Dah DiluluskanMy Profile

    Reply

  19. Zarul Umbrella says:

    wah dah nak kawin…tahniah bro..
    p/s good info ni bagi yang nak kawin
    Jom baca entri terbaru blog Zarul Umbrella.. Uniform Baru Pramugara MASMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Zarul Umbrella, terima kasih.. :cool: Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Permohonan Kahwin Dah DiluluskanMy Profile

    Reply

  20. anif says:

    :D Tahniah… Semoaga segala urusan dipermudahkan.
    Jom baca entri terbaru blog anif.. Anak Kami, Anak-anak EuroMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @anif, terima kasih.. harap2 macam tu la..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Permohonan Kahwin Dah DiluluskanMy Profile

    Reply

  21. OrangAkaun says:

    aku punya tulis jawi..juling mata jugak la nak baca..hahaha
    Aku punya Kedah pengakuan bujang tak payah tulis surat. Dalam borang ada part tuh. Just bawak jumpa tok imam kariah, mintak dia tolong sahkan ja.
    Jom baca entri terbaru blog OrangAkaun.. The Domino Version Of Van Gogh’s Starry NightMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @OrangAkaun, borang kahwin selangor tulis bahasa malaysia je.. borang kat kelantan pun tunang aku cakap tulis jawi.. nasib baik selangor tulis BM.. kalau tak juling jugak mata aku nak baca jawi..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Permohonan Kahwin Dah DiluluskanMy Profile

    Reply

    dzuandiey reply:

    @Anarm, jagan bebel siam sudahh..kang lari tok kadi nak akad..hihihi :biggrin: Jom baca entri terbaru blog dzuandiey.. [Bacaan Lelaki] Adakah Anda Orang Ke-4?My Profile

    Reply

  22. akubiomed says:

    Lepas ini tunggu untuk shake hand dengan Tok Kadi. :-)
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Wordless Wednesday – # Hak golongan OKUMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @akubiomed, tu yang buat aku berdebar-debar tu..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Permohonan Kahwin Dah DiluluskanMy Profile

    Reply

    dzuandiey reply:

    @Anarm, habis laaaa…kah3.. :tongue: Jom baca entri terbaru blog dzuandiey.. [Bacaan Lelaki] Adakah Anda Orang Ke-4?My Profile

    Reply

  23. titan says:

    best la ko. dah nak kahwin dahh. haha..
    Jom baca entri terbaru blog titan.. Eyriqazz vs Denaihati vs TitanMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @titan, kahwin memang best.. sebab tu aku nak kahwin..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Permohonan Kahwin Dah DiluluskanMy Profile

    Reply

    dzuandiey reply:

    @titan, sapa takmo kawin oiii..hahahhaa.. :lol: Jom baca entri terbaru blog dzuandiey.. [Bacaan Lelaki] Adakah Anda Orang Ke-4?My Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 23.22.76.170

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv