Perginya Seorang Rakan Blogger.. Al Fatihah..

Semalam dalam perjalanan balik ke rumah lepas habis bercuti di rumah mertua di Kelantan, notification dari Twitter di handphone aku berbunyi dan isteri yang berada di sebelah terus capai phone yang aku letakkan atas dashboard kereta. Dia tolong bacakan mesej yang diterima.

Bila isteri dah habis baca aku rasa sebak sangat. Seorang rakan blogger dah pergi meninggalkan kita semua. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.

pemergian seorang rakan blogger

Azhar bin Ramli atau lebih dikenali dengan nama Jejai di kalangan rakan-rakan blogger dah pergi buat selama-lamanya. Arwah menghidap penyakit kanser paru-paru peringkat akhir dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 3 petang pada 12/02/2013 hari Selasa.

Ramai rakan blogger bersedih dengan pemergian arwah yang disayangi. Tapi Allah lebih menyayangi arwah.

Pesanan keluarga arwah Azhar bin Ramli

Pesanan keluarga arwah AZHAR BIN RAMLI dipetik dari blog Denaihati.com.

SEANDAINYA SEMASA HIDUP ARWAH ADA TERSALAH KATA TERSALAH BAHASA TERKASAR PERBUATAN MOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG KAKI HINGGA KE HUJUNG RAMBUT. SEANDAINYA ARWAH ADA BERHUTANG MOHON DIHALALKAN TETAPI SEKIRANYA ADA TUNTUTAN SILA TUNTUT DARIPADA WARIS ARWAH.

Al-Fatihah buat arwah Jejai. Ucapan takziah juga buat keluarga arwah yang telah kehilangan tempat bergantung. Sama-sama kita doakan semoga roh arwah akan sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang bertakwa.

Bagi sesiapa yang ingin memberi sumbangan ikhlas kepada keluarga arwah, boleh hulurkan sumbangan tersebut ke akaun Maybank milik isteri arwah:

MAYBANK ACC NO: 164089741562 (Mazliana Othman)

Semoga dengan sumbangan dan bantuan tu dapat meringankan sedikit beban yang dirasai oleh keluarga arwah dan dapat membantu isteri arwah dalam memikul tugas membesarkan dan menyediakan kelengkapan anak-anak.

Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah, dan kepada Allah jualah kita akan kembali. Sudah bersediakah kita?

*Gambar: Sumber

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *