Percutian Menarik di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Pada 10-12 Mac yang lalu, aku dan beberapa orang rakan berpeluang pergi bercuti di Cameron Highlands. Itu merupakan pertama kali aku bercuti di tempat yang bersuhu sejuk.

Walaupun dah pakai jaket yang tebal, suhu sejuknya tu tetap terasa. Tapi memang sangat-sangat seronok dapat bercuti kat situ.

Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Penginapan di Strawberry Park Resort

Di sana kitorang menginap di Strawberry Park Resort. Strawberry Park Resort ni terletak di kawasan bukit seluas 7 ekar di antara Tanah Rata dan Brinchang.

Suasana di Strawberry Park Resort yang sejuk, udaranya yang segar dan nyaman serta pemandangannya yang sangat cantik tu aku rasa sangat menarik dan sesuai untuk percutian keluarga dan percutian bulan madu.

Juga sesuai bagi mereka yang ingin rehatkan badan dan minda sambil melepaskan tekanan kerja.

Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Hari pertama tiba di Strawberry Park Resort kitorang terus ke kaunter reception untuk check-in. Rasa penuh bersemangat!

Layanan yang diberikan oleh pekerja-pekerja di Strawberry Park Resort memang sangat bagus. Sentiasa senyum kat kitorang dan dengan semua pelancong dan pengunjung yang datang ke resort.

Pekerjanya juga nampak professional bila berurusan dengan para pengunjung yang datang menginap di situ.

Lobby Strawberry Park Resort, Cameron Highlands
Lobby Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Harga Bilik di Strawbery Park Resort

Lepas dah check-in, kitorang terus ke bilik untuk simpan beg pakaian dan berehat sekejap. Rasa penat dan semput jugalah berjalan ke bilik sebab lokasi Strawberry Park Resort yang tinggi di atas bukit.

Bilik yang kitorang pilih adalah jenis ‘Fresno Suite‘ yang dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan 1 tandas. Besar juga bilik dia. Nampak simple je tapi memang cantik dan sangat selesa.

Nak tahu berapa harga bilik-bilik yang terdapat di Strawberry Park Resort? Lihat — “Kadar Harga Bilik Strawberry Park Resort“.

Bilik Fresno Suite tajaan Strawberry Park Resort
Bilik jenis Fresno Suite tajaan Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Kemudian kitorang ke “The Garden Terrace” untuk makan dan minum petang, di mana Mr. Ming iaitu Manager Strawberry Park Resort pun ada bersama kat situ.

Terima kasih kepada Mr. Ming dan juga staf Strawberry Park Resort kerana menyambut kedatangan kitorang dengan makanan dan minuman petang yang sangat lazat.

Banyak juga makanan pada waktu petang tu yang pihak Strawberry Park Resort hidangkan untuk kitorang. Kenyang teramat sangat!

minum petang strawberry park resort

Minum petang bersama Mr. Ming (Manager Strawberry Park Resort, Cameron Highlands)
Makan dan minum petang bersama Mr. Ming (Manager Strawberry Park Resort, Cameron Highlands)

Sambil-sambil menjamu selera kitorang diterangkan oleh Mr. Ming tentang aktiviti-aktiviti yang boleh kitorang buat sepanjang bercuti di Strawberry Park Resort.

Tapi memandangkan cuaca pada waktu petang tu hujan dan tak berapa mengizinkan untuk kitorang buat apa-apa aktiviti.

So, kitorang hanya jalan-jalan di sekitar kawasan Strawberry Park Resort tengok-tengok apa yang menarik di situ sebelum pulang ke bilik dan tunggu untuk makan malam pula.

Percutian best di Strawberry Park Resort

Dapatkan maklumat tentang Strawberry Park Resort dengan pantas dan berita-berita promosi yang sedang berlangsung di Facebook Page Strawberry Park Resort.

Waktu Malam di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Waktu Malam di Strawberry Park Resort

Waktu malam di Strawberry Park Resort memang rasa sejuk sangat. Dengan sedikit angin yang bertiup semasa kitorang jalan nak pergi makan malam menambahkan lagi rasa sejuk.

Bila dah masuk ke lobby rasa selesa sikit sebab dah kurang sejuk.

Kitorang makan malam di “Jim Thompson Terrace” yang terletak di lobby Strawberry Park Resort. Hidangan buffet disediakan untuk para pengunjung Strawberry Park Resort pada malam tu.

Rasa meriah pula sebab ramai orang menjamu selera kat situ. Aku cukup suka hidangan buffet sebab boleh ambil makanan banyak-banyak. Bercuti di Strawberry Park memang MAKAN je kerja kitorang.

Makanan dia semua sedap-sedap. Member yang tengah diet pun terus tak jadi diet bila tengok makanan.

Makan malam di Strawberry Park Resort
Makan malam di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Lepas dah kenyang, kitorang sambung jalan-jalan di sekitar kawasan Strawberry Park Resort dengan bertemankan cahaya lampu yang tak berapa nak terang ala-ala romantis dan juga angin yang sejuk.

Bila dah tak tahan sejuk baru pulang ke bilik untuk tonton TV dan tidur. Selimutnya yang tebal dan bantalnya yang empuk membuatkan aku tidur nyenyak betul malam tu.

Sebelum tidur sempat berangan aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat bersama cik tunang kalau lepas kahwin nanti datang berbulan madu di Strawberry Park Resort. Mesti best kan? Hehe..

14 Comments

  1. Hehehe haritu dah pergi daki gunung Brinchang….. bila tengok gambar dlm nie, rasa nak gi sini pula (^_^)… tp tu la, lau dah kerja, nak cuti pun payah :ermm:

  2. Teringin juga nak p cameron highland tapi sebelum p cameron, saya nak p genting dulu.. dua2 tak pernah p..tengok makanan tu, rasa lapar pula..hahha

  3. Saya dan isteri pernah ke Strawberry park untuk berbulan madu. Kalau hendak pergi Swiss macam Yusri dan Lisa tidak mampu. Yang penting suasanya sejuk juga. :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *