Entri ni telah dibaca sebanyak 124 kali

Menang Hosting Exabytes - Contest MrSays

Siang tadi motor aku buat perangai. Tayar pancit sebanyak 2 kali dalam masa tak sampai setengah jam! Rasa nak maki hamun je kat motor aku. Tapi tak sampai hati sebab motor kesayangan yang buruk tu la yang dah banyak berjasa kat aku. Ada duit banyak sikit nanti aku nak repair balik bagi jadi macam motor baru. Huhu..

Orait. Kembali ke tajuk utama. Hari ni, bila aku online kat Twitter, mata terus terbaca mention yang aku terima daripada @mrsays_com yang bertulis……

@anarmnet Tahniah! anda telah menangi 2nd Prize MrSAYS Opening Ceremony. Sila email anda kepada mrsays@hotmail.my

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 199 kali

Pemenang Giveaway RM500 Ariffshah.com

Aku salah seorang pemenang Giveaway RM500 Ariffshah.com!! Yeayy.. Terima kasih Ariffshah kerana telah beritahu aku melalui Twitter. Aku memang terlupa terus dengan contest tu. Tak sangka pulak boleh menang. Rasanya aku ada terbaca tweet tentang pengumuman senarai pemenang giveaway RM500 ni tapi aku tak sempat nak klik dan baca.

Sejak bergelumang dalam dunia internet, dah banyak hadiah aku pernah dapat. Dapat hadiah melalui contest blog, Facebook, contest di Twitter, dan macam-macam lagilah. Tapi hadiah kecik-kecik jela. Tak sebesar macam hadiah contest yang selalu Denaihati offer untuk pembaca blog dia.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 234 kali

Jika Dunia Tanpa Blogger

Pernah tak korang terfikir jika dunia tanpa blogger, apakah kesannya kepada hidup kita sekarang? Maksud BLOGGER mengikut pandangan aku adalah blogger ni seseorang yang berfikir, seorang penulis, seorang pembaca, pengkritik, pendengar, penerbit, pekerja, seorang guru, promoter dan sebagainya. Apa agaknya akan berlaku jika dalam dunia ni tiada orang yang macam tu?

Sebagai seorang blogger, kita lakukan banyak perkara berbeza setiap hari. Ada blogger yang menyampaikan maklumat, ada blogger yang mengajar orang lain, ada yang berbincang tentang sesuatu topik, ada yang bekerja menjual produk dan lain-lain lagi. Aku gembira dengan hidup sebagai seorang blogger yang aku jalani sejak mula-mula blogging dulu sehinggalah ke hari ini.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 1,376 kali

aiskrim buatan sendiri

Lepak kat kedai sambil minum milo ais tadi buat aku teringat layan minum air milo masa dok kat rumah. Kat rumah, minum air milo mesti tak pernah habis sebab nak proses air milo tu jadi aiskrim milo buatan sendiri. Korang mesti pernah buat jugak kan? Air milo letak dalam peti ais, kat tempat sejuk beku tu. Kalau letak pagi, tengahari atau petang air milo tu dah jadi aiskrim. Hehe..

Masa dok kat kampung, aku biasa minum air milo panas sebelum tidur. Kadang-kadang makan dengan biskut kering yang ada gula tu. Jenama apa aku tak ingat. Sebelum masuk tidur, air milo yang minum tak habis aku letak la dalam peti ais. Bangun tengahari pagi esok dah ada aiskrim milo dalam peti. Hahaha.. Best giler bangun tidur terus makan aiskrim. Kalau nak dibandingkan dengan aiskrim Nestle Drumstick yang jual kat kedai-kedai tu, aku rasa aiskrim milo buatan sendiri ni lagi sedap.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 119 kali

Google +1 Button BookmarkletFungsi Google +1 Bookmarklet ni sama je macam button Google +1 yang dipasang di blog. Button Google +1 yang kat blog tu disediakan oleh pemilik blog untuk pembacanya. Google +1 Button Bookmarklet ni pula bagi pelawat atau pembaca yang prihatin dengan penat lelah blogger menyediakan content yang menarik.

Untuk menggunakan Google +1 Button Bookmarklet ni, korang hanya perlu bookmark link kat bawah ni atau drag and drop ke bahagian ‘Bookmarks Toolbar’ di browser yang korang guna. Lepas dah letak di Bookmarks Toolbar, bila korang singgah mana-mana blog yang takde Button Google +1, korang klik je shortcut Google +1 Bookmarklet yang ada di Bookmarks Toolbar tu untuk bantu pemilik blog ‘recommend’ content blog dia.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 357 kali

Pasang Button Google +1 di Sharebar

Google secara rasminya telah melancarkan Google +1 Button untuk semua blogger dan webmaster. Sekarang ni butang Google +1 dah boleh dipasang di dalam blog atau website kita untuk memudahkan perkongsian content blog.

Seperti yang telah diberitahu oleh pihak Google, dengan butang Google +1 ni kita boleh dapatkan trafik organik yang lebih banyak dan berkualiti melalui ‘Google Search’. Sekiranya ramai pembaca blog kita ‘recommend’ entri blog kita melalui butang Google +1 ni, kesannya ia akan memberi lebih potensi kepada entri blog kita untuk tersenarai di dalam Google Search Engine Result Pages (SERP).

Baca seterusnya »