

Nampaknya Google PageRank dah dikemaskini untuk bulan Jun 2011. PageRank Anarm.Net kini PR2. Sebelum ni dah pernah dapat PR2 tapi jatuh ke PR1 akibat lama sangat tak update blog kot. Sekarang ni tengah cuba untuk sentiasa update blog ni bila ada masa terluang.
Menurut Denaihati melalui entri “Google PageRank update Jun 2011” di blognya, rakan-rakan blogger seperti Yanmieonline.com, EmilaYusof.com, Kujie2.com dan Ariffshah.com semakin mantap dengan PR blog mereka yang dah naik menjadi PR4. Tahniah! Ada juga blog yang PR0 naik menjadi PR3, dan ada juga blog yang PR blognya jatuh.

Tahniah kepada Kumpulan SEPAH kerana telah berjaya menjadi Juara Maharaja Lawak 2011. Kumpulan SEPAH berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan juga sebuah trofi sumbangan Astro. Lawak yang dibuat oleh 3 orang ahli kumpulan SEPAH iaitu iaitu Jep, Mamat dan Shuib memang kelakar betul. Dan akhirnya dapat jugak Shuib jumpa dengan Dafi. Haha.. Jutaan tahniah kepada Kumpulan SEPAH!
Memang betul apa yang orang cakap. Kumpulan SEPAH ni aku tengok macam bayangan Bujang Lapok (P.Ramlee, Sudin dan Aziz Satar). Jep jadi P.Ramlee, Mamat jadi Sudin, Shuib jadi Aziz. Kalau kita tengok 3 orang ahli kumpulan SEPAH tu pon nampak macam Bujang Lapok. Jep dengan tubuhnya yang gempal macam P.Ramlee. Tubuh Mamat pulak tinggi lampai dan kurus macam Sudin. Si Shuib rendah dan kecil molek macam pelakon Aziz Satar. Bujang Lapok generasi baru diorang ni.
Masih teringat lagi hari pertama aku bersekolah. Sekolah tadika. Pagi-pagi lagi abah aku dah kejutkan aku untuk bersiap pergi sekolah. Abah aku mandikan aku. Lepas mandi, dia pakaikan aku pakaian seragam sekolah tadika. Muka disapu bedak. Rambut disisir rapi, belah tepi. Hehe.. Lepas tu sarapan pagi sama-sama dengan abah aku, dengan emak aku, abang aku dan kakak aku. Lepas sarapan, abah aku hantar aku pergi sekolah naik motor. Macam tu lah tiap-tiap hari berlaku dalam hidup aku sampai lah aku berani sikit pergi sekolah sendiri.
Abah aku baik. Tapi adakalanya bila dia dah naik marah, memang semua adik-beradik aku jadi takut. Lebih-lebih lagi aku. Dah banyak kali aku ‘makan penampar’ abah aku. Hanger baju pun dah banyak ‘singgah’ atas belakang badan, gara-gara aku terlampau nakal dan degil. Abah aku memang tegas mendidik anak-anak dia. Mula-mula dia didik dengan lemah lembut. Bila didikan tu tak menjadi, dia akan membebel dan marah-marah (untuk tujuan mengajar). Kalau tak dengar kata jugak, barulah didikan jenis ‘keras’ sikit akan diberi kat anak-anak dia. Anak perempuan pun takkan lepas kalau dah degil sangat. Sama rata je didikan yang abah aku bagi untuk anak-anak dia.

Drama Nora Elena dah pun habis beberapa hari lepas. Episod terakhir aku layan masa melepak di Restoren Amir dengan beberapa orang rakan yang muka masing-masing nampak ganas tapi hati kiut. Haha..
Lakonan para pelakon drama Nora Elena semuanya mantap-mantap. Aaron Aziz dengan Watak Seth Tan, seorang yang romantis dan penyabar, tak pernah marah, akhirnya terhambur juga kemarahan dia sekejap sebab Yvonne culik baby dia.
Lakonan Yvonne pun mantap. Watak jahat yang dibawa oleh Wan Sharmila tu memang buat ramai penonton rasa nak bagi penampar, penyepak, ludah dan sebagainya. Lakonan Siti Saleha (Nora Elena) pulak, kadang-kadang buat aku rasa meluat jugak dengan perangai dia dalam cerita tu. Degil bebenor. Nasib baik dia lawa. Hehe..
Bagi sesiapa yang tak pernah tengok drama Nora Elena ni, ianya adalah adaptasi dari sebuah novel berjudul “Kasih Yang Suci” karya Meen Zulaikha, terbitan Karangkraf. Siapa-siapa ada link download novel “Kasih Yang Suci”, kongsi la ye. Bukan apa. Tak sempat nak pergi beli. Keh keh keh..