Entri ni telah dibaca sebanyak 266 kali

Kenapa perlu jumpa doktor?

Bila kita diserang sakit, kita sepatutnya jumpa dengan doktor untuk periksa penyakit apa yang dah serang kita. Ada sesetengah orang tak suka jumpa doktor. Mungkin sebab takut jarum la, takut makan ubat ke, atau sebagainya. Ini termasuklah AKU! Haha.. Aku tak suka jumpa doktor bila sakit ke demam ke. Sebabnya? Bila aku berada di klinik atau hospital, kepala otak aku mula terbayang JARUM!

Aku ni boleh dikatakan macam dah fobia dengan jarum. Puncanya, masa darjah 5 dulu aku pernah ditahan kat wad selama 18 hari gara-gara dalam kaki aku ni (bahagian lutut) dah dimasuki kuman. Aku tak tau macam mana kuman tu boleh lepak dalam lutut aku. Time tu hari-hari doktor cucuk lutut aku dengan JARUM BESAR untuk sedut lendir beserta nanah yang disebabkan oleh kuman tu.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 489 kali

Tarik Trafik Dengan Duit

Hari tu ada terbaca satu entri di blog Denaihati – Guna Duit Dapat Trafik Cara Yang Hina. Aku tak tau macam mana cara tu boleh dikatakan sebagai cara yang hina. Bagi aku, cara yang Denaihati gunakan tu adalah bijak! Encik Denaihati ada kelebihan dari segi kewangan. So, apa salahnya dia guna kelebihan pada diri dia untuk dapatkan trafik blog.

Duit atau wang yang biasa Denaihati tawarkan kepada para blogger biasanya dibuat dalam bentuk contest atau peraduan. Ada ciri-ciri HINA ke dalam konsep yang dia guna tu? Takde kan? Peraduan dah tentu perlu ada hadiah. Hadiah tu terpulang pada penganjur untuk tentukan sama ada nak beri hadiah dalam bentuk wang tunai, iPad, Galaxy Tab, coklat ke, tilam Vono ke atau sebagainya.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 692 kali

Ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita sambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2011 ni. Hari perayaan dan sambutan atas kejayaan kita berpuasa selama sebulan. Diharap rakan-rakan blogger sekalian tiada seorang pon yang gagal menjalani ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadhan ni ye. Jangan ada yang last-last minit cakap kena gastrik la, cirit birit la, kena makan baru sihat dan kuat. Jangan! Kalau badan tu sihat walepatliat walafiat, jangan mintak nak ditimpa sakit pulak. Hargai dan bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang Allah dah bagi tu. Cakap “Alhamdulillah”.

Bulan puasa kali ni aku rasa macam hilang semangat sikit. Tak tau kenapa. Update blog pon dah jarang. Progress kerja pon slow semacam je. Nak kata banyak main, tak jugak. Nak kata lapar, takde la lapar sangat. Masih boleh bertahan. Penat? Hurmm.. Entah la. Harap-harap lepas raya ni aku dapat lebih agresif dalam menjalankan tugas. InsyaAllah.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 306 kali

golden google sitelinksAku terbaca info tentang 12 Pautan Google Sitelinks ni di blog Amanz.my. Menurut apa yang ditulis oleh Amanz di blognya, Google Mengemaskini Fungsi Google Sitelinks dengan menambah jumlah pautan menjadi 12 pautan sitelinks. Sebelum ni, jumlah maksima untuk sitelinks adalah sebanyak 8 pautan.

Terkejut jugak aku. Lepas baca info tu kat blog Amanz, terus aku cuba google menggunakan keyword “Anarm”. Hasilnya, ada 12 pautan Google Sitelinks untuk blog aku.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 254 kali

Wordless Wednesday #5 - Lama Berganti Baru

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 165 kali

Kerja-kerja Penyelenggaraan Bekalan Kuasa

Blog ni baru pulih daripada masalah server down. Terima kasih kepada pihak Cubiex Webhosting kerana telah berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah ini semalam. Minta maaf banyak-banyak kepada semua pelawat di atas ketidakboleh-akses-san (apa punye bahasa) blog ni buat sementara waktu.

Server down berlaku akibat kerja penyelenggaraan bekalan kuasa di Pusat Operasi Rangkaian JARING. Kerja penyelenggaraan tersebut menyebabkan beberapa server Cubiex mengalami masalah power failure.

Baca seterusnya »