Entri ni telah dibaca sebanyak 139 kali

Blog Anarm.Net pindah hosting ServerFreak

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Blog Anarm.Net sekarang ni dah pindah hosting baru. Serverfreak menjadi pilihan memandangkan ramai otai blogger cakap hosting Serverfreak ni terbaik. Tak dinafikan memang terbaik khidmat yang telah diberikan oleh pihak Serverfreak sepanjang proses pemindahan blog Anarm.Net dari hosting lama ke hosting baru. Setakat ni blog takde masalah apa-apa lagi. Loading pun terasa laju berbanding sebelum ni.

Sebelum pindah ke hosting Serverfreak aku buat sedikit survey dulu syarikat-syarikat penyedia hosting di Malaysia dan buat senarai web hosting pilihan. Ada terpikat dengan satu ‘hosting’. Pada hari aku nak order hosting kat situ tiba-tiba web dia tak boleh bukak. Aku cuba check blog-blog yang menggunakan ‘hosting’ tu semua tak boleh bukak. SERVER DOWN! Lama pulak tu. Terus aku senaraihitamkan web hosting tersebut. Akhirnya dengan bantuan survey dan sedikit pendapat daripada blogger Zulseffort aku pun pilih hosting SERVERFREAK.

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 425 kali

Jalan-jalan di Cameron Highlands

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Dalam entri yang lepas aku ada bercerita tentang percutian menarik di Cameron Highlands. Memang sangat best dan menarik sampai sekarang aku rasa nak pergi lagi ke Strawberry Park Resort di Cameron Highlands tu. Asyik terbayang keindahan panorama kat situ dan juga makanan-makanan sedap dan lazat yang disediakan. Tapi aku tak nak cerita tentang makanan sedap di Strawberry Park Resort sebab perut aku pun tengah kenyang lagi, takut muak pulak tengok gambar makanan.

Kali ni aku nak berkongsi pengalaman menarik dengan korang tentang aktiviti best yang aku dan beberapa orang rakan dari Team Denaihati buat semasa bercuti di Cameron Highlands. Terima kasih kepada Strawberry Park Resort dan uncle van persiaran kerana bawa kami jalan-jalan dan pusing-pusing sekitar Tanah Tinggi Cameron.

Strawberry Park Resort tempat penginapan bertaraf 4 bintang di Cameron Highlands. Layari laman web Strawberry Park Resort untuk maklumat lanjut.

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 187 kali

Akaun PayPal

Assalamualaikum, salam sejahtera.. Tahu tak apa itu Paypal dan kenapa ramai orang cakap kita perlu ada akaun PayPal? Untuk pengetahuan semua, PayPal boleh diumpamakan sebagai sebuah “bank online” dalam rangkaian internet. PayPal banyak digunakan untuk membuat pembayaran dan penerimaan wang secara online di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Kini PayPal menjadi sistem pembayaran online yang terkenal dan terbesar di dunia.

PayPal is the safer, easier way to pay and get paid online. The service allows anyone to pay in any way they prefer, including through credit cards, bank accounts, PayPal Smart Connect or account balances, without sharing financial information.

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 100 kali

Check Masalah Broken Link

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam aku habiskan sedikit masa untuk check broken link atau dead link yang terdapat dalam blog aku ni. Untuk pengetahuan semua, broken link boleh memberi kesan buruk kepada sesebuah blog di mata Search Engine. Oleh itu, kita sebagai tuan punya blog disarankan supaya sentiasa periksa setiap link yang terdapat dalam blog kita dari masa ke semasa dan pastikan tiada sebarang link yang ‘mati’. Sekiranya ada broken link, sila perbaiki atau buang terus segala link yang tak memberi faedah tu.

Terkejut juga bila aku tengok ada banyak masalah broken link dalam blog ni. Daripada apa yang aku perhati semasa check broken link dalam blog ni semalam, kebanyakan link yang broken atau ‘mati’ berpunca dari blogger-blogger tukar permalinks blog dengan cara yang tak betul. Selain daripada tu, ada juga broken link disebabkan blog dah dihapuskan oleh pemiliknya, domain blog tamat tempoh atau disebabkan masalah server down.

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 448 kali

Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada 10-12 Mac yang lalu, aku dan beberapa orang rakan daripada Team Denaihati berpeluang pergi bercuti di Cameron Highlands. Itu merupakan pertama kali aku bercuti di tempat yang bersuhu sejuk. Walaupun dah pakai jaket yang tebal, suhu sejuknya tu tetap terasa. Tapi memang sangat-sangat seronok dapat bercuti kat situ.

Di sana kitorang menginap di Strawberry Park Resort. Strawberry Park Resort ni terletak di kawasan bukit seluas 7 ekar di antara Tanah Rata dan Brinchang. Suasana di Strawberry Park Resort yang sejuk, udaranya yang segar dan nyaman serta pemandangannya yang sangat cantik tu aku rasa sangat menarik dan sesuai untuk percutian keluarga, percutian bulan madu, dan bagi mereka yang ingin rehatkan badan dan minda sambil melepaskan tekanan kerja.

Baca seterusnya »

Tips Mudah Lulus Pinjaman