Pengumuman: Beberapa hari lepas Blog Anarm.Net ghaib kejap lebih kurang selama 86 jam 13 minit 18 saat (kejap ke lama?) kerana mengalami masalah kegagalan pada server. Kiraan tempoh masa tu adalah berdasarkan hasil congak tambah tolak darab bahagi yang dibuat oleh FreeWebMonitoring.com. Kalau kiraan salah, bukan sebab aku, salahkan FreeWebMonitoring.com tu. Hehe..

FreeWebMonitoring.com adalah sebuah laman web yang menyediakan servis memantau keadaan atau condition sesebuah blog, khususnya bagi blogger yang menggunakan hosting berbayar. Sistem FreeWebMonitoring.com akan memaklumkan kepada kita melalui email bila blog kita down atau tak dapat dibuka. Lepas blog kembali pulih, 1 lagi email akan dihantar beserta tempoh masa berapa lama blog mengalami masalah. Terima kasih kepada Kak Jie kerana rekemen FreeWebMonitoring.com ni. Persoalan yang Kak Jie kemukakan kat blog dia, sampai sekarang aku tak dapat pikir. Korang dapat?
‘Blog down’ dalam bahasa melayu apa ye?
Baca seterusnya »
Tarikh: 13.05.10 Kategori: Web Hosting Penulis: Anarm

Fenomena Malas Membaca Al-Quran
Al-Quran.. Kalam suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril. Diriwayatkan, membaca setiap huruf yang terdapat di dalam Al-Quran adalah merupakan Ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas. Aku masih ingat lagi ajaran Ustaz Kamaruddin time aku bersekolah rendah dulu. Tapi sekarang rasa macam dah semakin kurang kedengaran bacaan Al-Quran dalam komuniti umat manusia. Yang jelas kedengaran hanya pada hari-hari dan bulan-bulan tertentu je terutamanya di bulan Ramadhan dan ketika adanya kematian. Sedangkan pada hari-hari biasa, manusia sibuk dengan urusan dunia. Astagfirullahal’Azim..
Bagi masyarakat Malaysia, rasanya sejak dari kecil lagi kita dah didedahkan dengan ilmu bacaan al-Quran melalui pelbagai kaedah bacaan seperti Iqra’, Hattawiyah, Baghdadiah dan sebagainya. Namun, bila kita semakin meningkat usia, minat untuk mendalami Ilmu Tajwid ni semakin berkurangan. Ada yang fikir ilmu bacaan al-Quran ini tidak mendatangkan kemajuan kepada diri, dan terlalu sibuk mengejar urusan dunia sehingga tiada masa untuk mengamalkan bacaan al-Quran. Fenomena malas membaca al-Quran ni memang dah menjadi duri dalam daging dalam penyebaran Ilmu Tajwid lantaran golongan muda hari ni lebih memilih hidup yang terpinggir dari didikan al-Quran. Lebih suka berBlog, berFacebook, berTwitter, 24 jam mengadap laptop dan internet. Kenapa ini berlaku? Siapa yang perlu disalahkan? Adakah generasi terdahulu salah asuhan? Apakah kesan dan kesudahan fenomena ini?
Baca seterusnya »
Tarikh: 21.04.10 Kategori: Info Penulis: Anarm

Balik daripada Event Nuffnang di Times Square petang semalam, aku terkejut bila terbaca tweet tentang kematian Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari. Innalillah.. Allahyarham meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas). Menurut berita daripada Mstar Online:
Allahyarham yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandu Achik ekoran kejadian malang itu.
Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, malam ini.
Baca seterusnya »
Tarikh: 18.04.10 Kategori: Emosional, Info Penulis: Anarm