Entri ni telah dibaca sebanyak 71 kali

Seminar WordPress Akademi Denaihati

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Alhamdulillah hari pertama Seminar WordPress anjuran Akademi Denaihati berjalan dengan lancar semalam. Para peserta Seminar WordPress telah diajar asas pemasangan dan pengendalian blog WordPress. Peserta-peserta Seminar WordPress yang pertama anjuran Akademi Denaihati ni semuanya ‘cepat tangkap’ dengan apa yang diajar oleh ‘guru’.

Suasana dalam bilik seminar memang cukup santai. Sempat juga buat tarian ‘Chicken Dance’ beramai-ramai bagi menghilangkan rasa bosan dan mengantuk. Founder blog Denaihati.com pun turut sama menari. Hehe.. Bila dah hilang mengantuk baru la dapat sambung belajar WordPress. Senang sikit ilmu nak masuk dalam kepala.

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 120 kali

Event Blogger #JumpaDenaihati

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Aku dah beberapa orang rakan daripada Team Denaihati sekarang ni berada di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya membuat persiapan untuk Seminar WordPress anjuran Akademi Denaihati dan juga Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network yang akan diadakan di sini pada 14 dan 15hb April.

Alhamdulillah, Seminar WordPress yang pertama anjuran Akademi Denaihati berjaya capai target 30 orang peserta, malah dapat lebih daripada apa yang dijangka. Ramai yang berminat untuk turut serta dalam Seminar WordPress ni tapi ada yang tak dapat join sebab waktu tak sesuai. Walau apa pun pihak Akademi Denaihati mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberi. InsyaAllah, Seminar WordPress akan diadakan lagi di masa akan datang. Harap-harap lebih ramai dapat turut serta.

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 103 kali

Event SENYAP #Vol 1.1 di Putrajaya

Event SENYAP? Siapa pergi event tu kena duduk SENYAP-SENYAP? Tak best langsung.” OK! Nanti dulu. Untuk pengetahuan semua, SENYAP merupakan singkatan kepada “Social Enforcement for National Youth Awareness Program“. Sebelum ni, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) menggunakan platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan merapatkan jurang antara Blogger dan Kementerian. Setelah kewujudan Blogger disedari, maka dengan ini dibawakan SENYAP Vol #1.1 setelah kejayaan SENYAP 1.0 yang diadakan di PWTC sebelum ni.

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 194 kali

Makanan sedap di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. MAKANAN yang sedap sentiasa menjadi tarikan utama bagi sesetengah orang untuk pergi ke sesebuah tempat. Entri kali ni aku nak bercerita tentang makanan sedap yang terdapat di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Sekali dah merasa makanan di situ memang teringin nak makan lagi.

Makanan pertama yang membuka selera aku dan beberapa orang rakan daripada Team Denaihati semasa bercuti di Strawberry Park Resort adalah hidangan minum petangnya yang sedap sepertimana yang pernah aku ceritakan dalam entri sebelum ni.

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 204 kali

Earth Hour Malaysia 2012

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Hari ini, Sabtu, 31 Mac 2012, satu kempen alam sekitar yang dipanggil Earth Hour akan disambut oleh seluruh manusia satu dunia. Kempen Earth Hour ini dijayakan dengan cara mematikan kesemua peralatan elektrik atau sumber elektrik tepat pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam iaitu selama 60 minit. Tujuan kempen yang dianjurkan oleh WWF ini adalah bagi menyedarkan kita semua tentang masalah kepanasan global dan perubahan iklim yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Bumi kita sekarang ni dah semakin teruk ‘dikerjakan’ oleh tangan-tangan manusia. Dengan kempen Earth Hour ini diharap dapat menyedarkan kita tentang perubahan iklim dunia yang berlaku sekarang. Ada tak kita fikir betapa pentingnya bumi yang kita duduki sekarang?

Earth Hour diadakan setiap tahun pada hari sabtu terakhir dalam bulan MAC.

Baca seterusnya »

Tips Mudah Lulus Pinjaman