Entri ni telah dibaca sebanyak 563 kali

Jangan Sombong dan Menghina Orang Lain

Sekarang ni ramai yang bersikap sombong dan menghina orang lain. Lebih teruk lagi bila ada yang menghina sesama muslim. Sifat suka menghina dan merendahkan orang lain ni timbul bila adanya perasaan sombong dalam diri kita. Orang yang sombong ni diorang akan memandang rendah manusia lain kerana diorang rasakan ada sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.

Lihat saja contoh sifat sombong yang ada pada Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tak cukup dengan kesombongannya itu, malah tidak menurut perintah Allah dan sanggup menghina Nabi Adam dengan mengatakan kejadiannya daripada Api itu lebih mulia daripada Nabi Adam yang dijadikan daripada tanah yang hina.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 347 kali

Jangan Sebut Perkataan KALAU

Dalam sehari rasanya berapa kali kita guna atau sebut perkataan KALAU? Tahukah korang bahawa perkataan KALAU tu dilarang oleh syarak? Jangan sebut perkataan KALAU lagi ye.. Tapi, perkataan KALAU ni ada kalanya baik (dibolehkan, malah digalakkan) dan adakalanya dilarang oleh syarak.

Kenapa Tak Boleh Sebut Perkataan KALAU?

Penggunaan perkataan KALAU ada yang dibolehkan dan ada yang dilarang. KALAU yang dilarang ialah apabila berlaku sesuatu yang buruk atau seseorang itu ditimpa nasib malang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat perkara tu tadi, mesti takkan jadi macam ni..” atau kata-kata yang seumpamanya.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 86 kali

Internet Auto Restart Modem ZyXEL

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 209 kali

Awal Muharram 1433H Maal Hijrah

Selamat menyambut Awal Muharram 1433H kepada semua umat Islam 1 dunia termasuk pembaca-pembaca setia blog Anarm.Net. Tahun 1432 Hijrah telah meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan suka dan duka, pahit dan manis, kejayaan dan kegagalan, serta bermacam-macam jenis pengalaman yang telah kita lalui sepanjang kita hidup sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, jutaan rasa syukur ke hadrat ilahi atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan oleh-Nya kepada kita semua.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam sepertimana yang telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab dan dipersetujui oleh para sahabat ketika itu. Ianya merupakan suatu hari yang sangat bermakna bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam dan telah dijadikan hitungan permulaan tahun dalam Islam.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 139 kali

Silver Investment

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 362 kali

ketumbit mata sebab intai anak dara mandi

Bila sebut je pasal ketumbit di mata, ramai yang anggap puncanya sebab mengintai anak dara mandi atau skodeng awek mandi. Ketumbit dan intai anak dara mandi langsung takde kaitan. Kalau intai anak dara mandi, ‘ketumbit’ kat bawah tu yang naik bukannya kat mata. Hehe. Kena perbetulkan balik tanggapan buruk orang ramai tentang ketumbit yang dikaitkan dengan aktiviti intai anak dara mandi. Walaupun ianya sekadar gurauan, tapi kalau kena pada orang yang sensitif dan mudah terasa hati dengan gurauan tu, tak elok la kan.

Punca Terjadinya Ketumbit Pada Mata

Ketumbit atau chalazion (kalazion) adalah sejenis ketumbuhan atau radang di kelopak mata atas atau bawah disebabkan oleh kelenjar minyak yang tersumbat. Ini biasanya disebabkan oleh kotoran atau kelemumur yang terdapat di kelopak mata.

Baca seterusnya »