
Korang biasa guna Yahoo! Mail atau Gmail? Aku lebih suka guna Gmail. Mungkin sebab fungsi yang ada pada Gmail yang aku rasa lebih mantap berbanding Yahoo Mail atau servis-servis email percuma yang lain. Yahoo Mail pun aku ada tapi dah jarang guna. Kat situ dah jadi tempat menternak email spam.
Aku dah tak nak gunakan Yahoo Mail untuk urusan-urusan email. Guna untuk login ke beberapa akaun internet je sekarang ni. Tapi, masih ada beberapa orang yang masih contact aku melalui Yahoo Mail. Aku jarang buka email tu dan kadang-kadang tak tahu ada terima email yang sedikit penting. Nak bagitau kat penghantar-penghantar email tu tentang penukaran email, aku rasa macam menyusahkan je. Lagi satu takut ter-spamming inbox orang.
Semalam aku ada tanya di Twitter macam mana nak forward email Yahoo, tapi tak dapat sebarang jawapan daripada followers. Mungkin ramai yang dah tidur kot time tu. So, macam biasa… kaunter pertanyaan yang sentiasa dibuka 24/7 iaitu Google dah pun berikan jawapan bagi persoalan aku – Cara forward email Yahoo ke Gmail.

















