Entri ni telah dibaca sebanyak 321 kali

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hai kawan-kawan :cool:

Pengumuman! Anarm.Net ingin mengundurkan diri dari dunia blogger buat sementara waktu sebab sedang sibuk dengan kerja-kerja lain dan juga disebabkan laptop punoh jahane rosak. Berkemungkinan blog ni akan menyepi selama sebulan atau mungkin lebih. Untuk mengetahui perkembangan Anarm.Net, bolehlah follow Anarm.Net di Twitter dan juga di Facebook. Ceehhh! Macam la blog aku ni hebat sangat. Kalau Anarm.Net tak wujud pon ada korang kisah? Tak kisah kan? kan?

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 2,092 kali

Menyayangi Haiwan Ada Pahalanya

Terdetik hati aku untuk tulis entri ni lepas baca artikel di salah satu blog yang aku follow, blog kucing2terbiar.blogspot.com kepunyaan Papa Meow, seorang pencinta haiwan (animal lover). Sanggup kutip kucing-kucing yang terbiar di celah-celah lorong, yang terbiar berpeleseran di kedai-kedai makan, dan merata-rata tempat lagilah. Malah ada jugak pelihara anjing comel yang diberi nama Aman dan juga Peace (Lagendary Dog), serta ada lagi anjing lain yang namanya aku tak ingat. Korang tengok la sendiri artikel-artikel yang ada kat blog tu. Memang seronok tengok telatah kucing-kucing dan anjing-anjing yang ada dalam jagaan Papa Meow.

Dari apa yang aku baca di artikel terbaru blog Papa Meow iaitu Keganasan Di Pusat Kurungan Haiwan DBKL, ada haiwan-haiwan yang didera hingga mati dengan cara dijerut leher dan diheret sehingga mati, dilemaskan dalam air, diketuk kepala kalau tak mati, kemudian dihumban ke dalam lubang tak jauh dari situ. Ish ish ish.. Ada lagi ura-ura mengatakan walaupun pernah ditegur tentang isu ni, pihak terbabit tetap juga mengulangi perkara yang sama. Wallahualam.. Bukan berniat untuk memburukkan nama sesiapa, tetapi hanya sebagai renungan dan pedoman kita semua.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 426 kali

Selamat Hari Guru 2010

16 Mei, satu tarikh di mana guru-guru diraikan sebagai mengenang jasa mereka yang telah banyak berbakti dalam mendidik, mengajar dan mencurahkan ilmu demi melahirkan insan-insan cemerlang, gemilang dan terbilang yang ada pada hari ini. Pepatah Melayu ada berkata, “Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain”, menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah memberi didikan yang sempurna kepada kita semua. Tanpa guru, takkan ada insan-insan hari ini yang berpangkat menteri, berjawatan besar, bergelar jutawan, doktor, peguam, jutawan internet, angkasawan dan sebagainya. Semuanya bermula daripada seorang guru dan ilmu-ilmu yang dicurahkan sehingga kita berjaya menjadi seperti kita pada hari ini.

Sedikit terkilan dengan isu berkaitan guru yang wujud sekarang ni. Isu guru mendera anak murid, saman ibu bapa terhadap guru, guru saman guru, guru berperangai kurang sopan, dan sebagainya. Tak tau salah siapa, sama ada guru ataupun pihak-pihak lain yang berkaitan. Sedangkan dulu pun rasanya ada juga isu-isu yang timbul tapi takde pulak yang macam hari ni, hingga sampai ke pengetahuan pihak media, dihebah-hebohkan dan diperbesarkan. Adakah peranan dan kepentingan guru semakin diperkecilkan? Atau sikap sesetengah pihak yang memandangkan rendah terhadap guru? Atau masalah ini sengaja ditimbulkan untuk tujuan-tujuan tertentu? Atau… Apa pendapat korang?

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 161 kali

Pengumuman: Beberapa hari lepas Blog Anarm.Net ghaib kejap lebih kurang selama 86 jam 13 minit 18 saat (kejap ke lama?) kerana mengalami masalah kegagalan pada server. Kiraan tempoh masa tu adalah berdasarkan hasil congak tambah tolak darab bahagi yang dibuat oleh FreeWebMonitoring.com. Kalau kiraan salah, bukan sebab aku, salahkan FreeWebMonitoring.com tu. Hehe..

FreeWebMonitoring.com adalah sebuah laman web yang menyediakan servis memantau keadaan atau condition sesebuah blog, khususnya bagi blogger yang menggunakan hosting berbayar. Sistem FreeWebMonitoring.com akan memaklumkan kepada kita melalui email bila blog kita down atau tak dapat dibuka. Lepas blog kembali pulih, 1 lagi email akan dihantar beserta tempoh masa berapa lama blog mengalami masalah. Terima kasih kepada Kak Jie kerana rekemen FreeWebMonitoring.com ni. Persoalan yang Kak Jie kemukakan kat blog dia, sampai sekarang aku tak dapat pikir. Korang dapat?

‘Blog down’ dalam bahasa melayu apa ye?

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 3,038 kali

Pasang Button Facebook Like di Blog

Aku tengok banyak blog yang dah pasang button ‘ReTweet‘, ‘Google Buzz‘ dan ‘Facebook Like‘ kat blog masing-masing. Baru hari ni aku ada masa free sikit untuk tengok-tengok coding, dan hasilnya, blog Anarm.Net kini dah dilengkapi dengan ReTweet Button. Terima kasih kepada AzmanIshak.com kerana dah menyediakan tutorial bagaimana memasukkan button ReTweet di blog. Pelawat-pelawat blog HEBAT ni khususnya yang ada akaun Twitter, silalah ReTweet (RT) mana-mana post yang ada dalam blog ni ye. Tu pon kalau korang suka dengan post-post yang aku tulis. Kalau tak suka, dialu-alukan juga untuk tekan ReTweet.

Berbalik kepada topik asal yang aku nak ceritakan. Mesti korang tau kan ‘Facebook Like Button‘ ni benda apa? Bagi pengguna Facebook tegar mesti tau benda ni. Fungsinya di Facebook adalah untuk berkongsi content yang disukai (like) dengan rakan-rakan Facebook yang lain. Button Like di blog ni pulak adalah untuk berkongsi artikel yang disukai di blog dengan rakan-rakan di Facebook. Paham? Kalau tak paham, sila baca sampai habis ye. Hehe..

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 1,895 kali

Baca Al-Quran
Fenomena Malas Membaca Al-Quran

Al-Quran.. Kalam suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril. Diriwayatkan, membaca setiap huruf yang terdapat di dalam Al-Quran adalah merupakan Ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas. Aku masih ingat lagi ajaran Ustaz Kamaruddin time aku bersekolah rendah dulu. Tapi sekarang rasa macam dah semakin kurang kedengaran bacaan Al-Quran dalam komuniti umat manusia. Yang jelas kedengaran hanya pada hari-hari dan bulan-bulan tertentu je terutamanya di bulan Ramadhan dan ketika adanya kematian. Sedangkan pada hari-hari biasa, manusia sibuk dengan urusan dunia. Astagfirullahal’Azim..

Bagi masyarakat Malaysia, rasanya sejak dari kecil lagi kita dah didedahkan dengan ilmu bacaan al-Quran melalui pelbagai kaedah bacaan seperti Iqra’, Hattawiyah, Baghdadiah dan sebagainya. Namun, bila kita semakin meningkat usia, minat untuk mendalami Ilmu Tajwid ni semakin berkurangan. Ada yang fikir ilmu bacaan al-Quran ini tidak mendatangkan kemajuan kepada diri, dan terlalu sibuk mengejar urusan dunia sehingga tiada masa untuk mengamalkan bacaan al-Quran. Fenomena malas membaca al-Quran ni memang dah menjadi duri dalam daging dalam penyebaran Ilmu Tajwid lantaran golongan muda hari ni lebih memilih hidup yang terpinggir dari didikan al-Quran. Lebih suka berBlog, berFacebook, berTwitter, 24 jam mengadap laptop dan internet. Kenapa ini berlaku? Siapa yang perlu disalahkan? Adakah generasi terdahulu salah asuhan? Apakah kesan dan kesudahan fenomena ini?

Baca seterusnya »