Entri ni telah dibaca sebanyak 130 kali

Buat baik dibalas baik

Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Perkara macam itulah yang dipanggil hukum karma. Bukan taksub kepada kepercayaan hindu tentang hukum karma tu tetapi dalam agama Islam juga telah diajar bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita semula. Begitu juga jika kita berbuat jahat. Balasan itu pasti ada, sama ada di dunia atau di akhirat kelak. Hanya Allah SWT yang menentukan dan tahu segalanya.

Sebelum ni banyak kejahatan dan keburukan dah menimpa diri dan hidup aku. Sampai satu tahap aku rasa macam dah tak sanggup nak harungi semua tu. Tapi ternyata ianya mungkin balasan atas kesilapan yang pernah aku lakukan dulu. Aku tak nafikan dulu aku memang jahat walaupun kawan-kawan cakap muka aku muka ‘budak skema’. Skema ke? Haha..

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 69 kali

Selamat Hari Lahir Denaihati

Tak sangka Allah S.W.T. telah mentakdirkan aku berjumpa dan kini bekerjasama dengan seorang insan yang begitu pemurah dan baik hati. Denaihati @ Muhammad Ilham @ Amir Hassan.. Kata-katanya sentiasa penuh dengan perkongsian ilmu dan nasihat yang berguna bagi aku. “Hidupkan Untuk Memberi” iaitu tagline yang digunakan pada blog Denaihati.com memang sesuai sangat-sangat dengan personaliti dirinya yang dapat kita lihat.

Masih terpahat di ingatan aku ketika pertama kali bertemu Denaihati. Pada mulanya aku tak tahu pun dia Denaihati. Bila rahsia dirinya didedahkan melalui satu DM di Twitter, aku rasa tak tahu nak cakap apa. Hehe.. Alhamdulillah, sepanjang mengenali Denaihati dah banyak terima perkongsian ilmu dan nasihat tentang agama Islam, tips blogging, idea bisnes, berfikir positif dan macam-macam lagi.

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 108 kali

Pindah Domain ke Namecheap.com

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 133 kali

Google Doodle Zipper

Kalau dibuka laman web Google hari ni korang akan nampak 1 zip bersaiz gergasi ada di tengah-tengah. ‘Doodles‘ di laman web Google pada hari ni menandakan ulang tahun kelahiran yang ke 132 Gideon Sundback, iaitu orang yang mencipta ZIP.

Gideon Sundback dilahirkan pada 24 April 1880 di Småland, Sweden. Beliau berpindah ke Jerman untuk mengikuti pengajiannya dan kemudian berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1905 di mana beliau mula bekerja di Westinghouse Electric dan syarikat pembuatan di Pittsburgh, Pennsylvania. Setahun kemudian, beliau ditawar bekerja untuk syarikat Universal Fastener di Hoboken, New Jersey dan menjadi ketua pereka pada tahun 1909.

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 102 kali

Kemaskini WordPress 3.3.2

WordPress.org baru sahaja melepaskan versi baru WordPress 3.3.2 yang dikemaskini dan dibuat penambahbaikan dari segi ciri-ciri keselamatan. Berdasarkan pengumuman yang dibuat, terdapat tiga (3) external libraries yang dimasukkan ke dalam WordPress menerima kemaskini keselamatan iaitu Plupload, SWFUpload dan SWFObject.

Terdapat juga beberapa kemaskini lain yang telah dibuat pada versi WordPress 3.3.2 ni. Maklumat tentang kemaskini WordPress 3.3.2 ni boleh dilihat dalam halaman change log yang telah disediakan.

Baca seterusnya »

Tips Mudah Lulus Pinjaman