Entri ni telah dibaca sebanyak 1,307 kali

Sistem Operasi Ubuntu

Hingga hari ni, rasanya dah sebulan aku menggunakan sistem operasi Ubuntu dengan sepenuhnya (sebelum ni dual-boot). Semuanya gara-gara hard disk laptop yang bermasalah. Godek punya godek, repair punya repair, akhirnya Windows corrupt! Bila nak reinstall Windows 7, hard disk macam tak benarkan sistem operasi tu dipasang. Fail-fail dalam hardisk semua aku dah buang. 5 kali aku try reinstall Windows, 5 kali jugak la error keluar lepas dah sampai tahap 94%. Hampeh!

So, nak taknak aku try pasang Ubuntu 10.10 yang aku download hari tu. 100% Ubuntu sahaja! Alhamdulillah, Ubuntu berjaya diinstall dan beroperasi tanpa sebarang masalah. Cuma setiap kali ON je dia akan keluar alert bagitau “Hard disk ko rosak weh. Sila backup fail-fail dan cerita-cerita lucah ko tu ye.” Macam tu lah lebih kurang. Terpaksa ‘angkat’ hard disk baru nanti. Sape tahu harga latest hardisk laptop?

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 1,236 kali

Firebug

Firebug adalah salah satu addons yang wajib ada pada web browser kegemaran aku, Mozilla Firefox. Firebug ni merupakan salah satu tool bagi web developer. Aku bukan web developer, tapi kenapa aku menggunakan Firebug? Dah tentu la untuk kerja-kerja blogging. Firebug dah banyak membantu aku dalam menguruskan blog terutamanya dalam aktiviti mengubahsuai theme.

Mungkin ramai lagi yang masih belum tau kehebatan Firebug ni, kan? Ada juga yang tak tau langsung tentang kewujudan ‘serangga’ ni. So, silakanlah membaca hasil penulisan daripada apa yang aku faham tentang Firebug!

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 596 kali

Jangan merungut

Setiap daripada kita mesti akan merungut jika ada sesuatu yang kita tidak berkenan di hati. Bagi yang dah berumahtangga mungkin ada di kalangan korang yang merungut akan tabiat tidur suami yang kerap berdengkur. Satu persoalan yang aku rasa pelik sampai sekarang, “Kenapa lelaki yang dah berkahwin, saiz badannya akan jadi bertambah besar berbanding ketika zaman bujang dahulu? Tambah-tambah di bahagian perut!” Hehe.. Dari apa yang aku tahu, orang yang berbadan gemuk ni dengkuran pada waktu tidurnya adalah lebih kuat dan lebih kerap. So, tak mustahil la kenapa ramai ‘cik abang’ yang berdengkur ketika tidur dan kaum-kaum ‘cik adik’ pula akan merungut keesokan harinya kerana tak dapat tidur nyenyak disebabkan gangguan bunyi berdengkur tu.

Tu kisah bagi orang yang dah berumahtangga. Aku yang masih bujang tapi dah berpunya ni rasanya tak ada hak yang secukupnya untuk bercerita atau berkongsi dengan lebih lanjut tentang hal rumahtangga, walaupun bab ilmu-ilmu rumahtangga aku dah hafal sikit-sikit. Lalala..

Aku nak buat sedikit karangan berkaitan sikap suka merungut di kalangan kita. Merungut mungkin sekadar luahan rasa tak puas hati, bengang, fedap, marah, meluat dan sebagainya. Tapi tahukah korang yang merungut ni ada kalanya berbahaya! Bahaya dari segi apa aku malas lagi nak menaip kat sini. Point dah ada cuma kali ni sekadar nak berpesan supaya “Jangan Merungut“.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 1,373 kali

BUAT DUIT ONLINE MELALUI INTERNET

Semua orang teringin nak buat duit dengan hanya mengadap komputer bermain Facebook, Myspace, Twitter dan sebagainya, kan? Termasuk la aku yang bermata duitan ni. Haha.. Entri ni dibuat sekadar untuk show off hasil pendapatan yang aku dapat sepanjang meluangkan masa bermain dengan blog, Facebook, SponsoredTweets, Nuffnang, Advertlets, YouthSays, ChurpChurp, dan bermacam-macam lagi program buat duit di internet.

Aku rasa ramai blogger dan pengguna internet yang dah berjaya buat duit melalui internet. Kan? Ada yang dapat hasil yang banyak, ada yang cukup untuk melayakkan diri mendapat gelaran “The Jobless Guy”, dan ada juga yang sekadar cukup-cukup makan. Walau apa pun, sesiapa yang dah berjaya buat duit melalui internet aku rasa dia memang hebat sebab berjaya menjana wang dengan hanya online di depan komputer. Baru la tak rasa membuang masa sebab setiap aktiviti yang kita buat di internet memberi hasil kepada kita. Alang-alang bermain internet, biar sampai dapat duit. Betul tak?

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 481 kali Entri ni telah dibaca sebanyak 131 kali

anarm aidiltri

Seperti biasa.. Tibanya bulan Syawal bererti kemenangan bagi semua umat Islam yang telah berjaya menjalani ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Ketibaan Syawal dan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kegembiraaan dan keriangan. Cuma diingatkan supaya tidak berlebih-lebihan dalam menyambut perayaan Aidilfitri kerana bimbang akan menjauhkan kita daripada tujuan sebenar sambutan perayaan ini.

Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri dan bulan Syawal yang mulia, Anarm.Net sekeluarga ingin mengucapkan -

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam yang ada dan tidak lupa juga kepada semua pengunjung setia blog Anarm.Net ni. Ribuan ampuan dan maaf dipinta sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap komen, tersakitkan hati, teremosi, tercarut, tercakap benda tak senonoh, dan bermacam-macam ‘TER’ lagi. Maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki.

Baca seterusnya »