Entri ni telah dibaca sebanyak 4,584 kali

Kalendar 2011 Percuma

Tahun 2010… Banyak pengalaman suka dan duka telah saya lalui. Walaupun ada kalanya gembira dan ada kalanya sedih, perit, seksa, namun pengalaman itulah yang berupaya mematangkan kita semua. Betul tak? Bermacam-macam jenis cabaran dan dugaan Tuhan berikan kepada kita. Semuanya merupakan sebahagian daripada perjalanan hidup bagi setiap insan yang bergelar manusia di atas muka bumi Tuhan ni.

Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan. (Riwayat Al-Bukhari)

 
OK.. Selesai sudah ceramah kita untuk hari ni. Hehe.. Berbalik semula kepada tajuk utama kita iaitu “Muat Turun Kalendar 2011“. Time tengah bosan tak tahu nak buat apa, saya suka bermain-main dengan Adobe Illustrator CS5. So, terhasillah design kalendar 2011 yang tersangatlah simple dan tak seberapa ni. Kalendar 2011 ni saya bagi percuma kepada sesiapa yang rasa nak download, sempena menyambut kedatangan Tahun 2011 yang bakal menjelma tak lama lagi.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 503 kali

contact form percuma untuk blogger

Contact Form atau Borang Hubungi merupakan salah satu elemen penting yang perlu ada dalam sesebuah laman web atau laman blog. Ianya memudahkan para pengunjung untuk berhubung terus dengan kita. Selain itu, ianya dapat memberikan ciri-ciri profesional pada sesebuah blog dan juga menjimatkan masa sesiapa sahaja yang ingin menghubungi kita.

Bagi blogger yang menggunakan WordPress, mereka mempunyai banyak pilihan ‘plugin’ yang boleh digunakan untuk membuat contact form. Dengan hanya memasang plugin tersebut dan aktifkannya di page yang dikehendaki, mereka sudah boleh wujudkan satu halaman khas untuk pengunjung menghubungi mereka. Tetapi bagi pengguna Blogspot, mereka tidak mempunyai aplikasi yang tersedia untuk membuat contact form. Oleh itu, pengguna Blogspot memerlukan aplikasi luar yang membolehkan mereka membuat dan memasang contact form di blog mereka.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 828 kali

Temuduga Kerja Kerajaan

Balik je dari office siang tadi, tengok kat peti pos ada surat yang macam biasa aku tengok. Lepas parking motor, terus bergegas ke peti pos. Surat pertama aku tarik, bil Maxis Broadband. Adehh.. Mintak duit pulak dah Maxis ni. Surat kedua aku terima adalah surat bertulis “URUSAN KERAJAAN – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia“. Tengok je surat tu dah tau dah aku terima panggilan temuduga kerja kerajaan. Yeayy..

Dengan adanya surat panggilan temuduga ni, maka akan bertambah lagi satu percubaan aku untuk menjawat jawatan dalam sektor awam. Cubaan sebelum-sebelum ni kesemuanya gagal dengan cemerlang. Aku tak tau apa punca yang menyebabkan kegagalan tu. Mungkin sebab time tu rezeki aku belum sampai lagi kot. So, untuk kali ni aku akan cuba lagi sebaik mungkin. Semoga kali ni rezeki berpihak pada aku. Amin~

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 272 kali

masalah spam di ruang komen

Beberapa minggu yang lepas, blog Anarm.Net ni menghadapi masalah serangan spam di ruangan komen. Spammer meninggalkan komen yang merepek, yang takde kaitan dengan entri beserta dengan pautan (link) yang meragukan. Nasib baik plugin WP-Spamfree dan Akismet berjaya block komen-komen spam time tu. Tapi ada jugak la 2, 3 komen yang terlepas dari sekatan JPJ. Dalam sehari boleh dikatakan ada antara 10 – 20 komen spam yang akan masuk. Kalau tiap-tiap hari macam ni boleh kejang tangan aku nak membuang komen-komen spam tu.

Hasil carian Google dan aktiviti blogwalking, aku dapati Kak Jie juga mengalami masalah spam di ruangan komen. Kak Jie ada buat satu entri berkenaan masalah spam di blog dia tu – “Hanya aku yang bertepuk gembira sedangkan kau tiada ghairahnya?“. Berpandukan entri tersebut, kini aku sedang cuba try test plugin WordPress yang disarankan iaitu Growmap Anti Spambot Plugin (GASP).

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 953 kali

Jamban luar rumahJika dilihat pada gambar yang ada kat sebelah ni, mungkin korang pernah ada sedikit pengalaman pahit atau manis (ada ke?) ketika menggunakan perkhidmatan jamban yang sebegini rupa. Biasanya yang pernah hidup di kampung mesti akan ada pengalaman ‘buat projek’ dalam jamban jenis macam ni.

Orang zaman sekarang panggil benda alah ni tandas ataupun ‘toilet’. Mungkin lebih sopan bunyinya berbanding perkataan ‘jamban’. Tapi aku lebih suka dengan perkataan ‘jamban’. Kenapa? Sebab bunyi macam lebih rakus dan ganas. Sesuai dengan perlakuan yang jadi dalam benda tu Haha..

Masa kecil-kecil dulu, bila balik kampung je benda pertama yang mula-mula terlintas dalam kepala otak aku adalah benda ni. Namanya ‘jamban angkut‘ kalau tak silap aku. Punca yang membuatkan aku terfikir benda ni adalah sebab kedudukannya yang jauh beberapa meter di luar rumah. Bayangkan kalau korang tak tahan nak ‘buat projek’ pada jam 9 atau 10 malam ke atas. Tak ke naye dibuatnya nak kena keluar rumah pergi masuk jamban ni yang dulunya sah-sah takde lampu, gelap gelemat. Hanya bertemankan cahaya lilin atau lampu minyak tanah atau lampu suluh je time tengah ‘buat projek’. Masih terasa lagi saat-saat yang menyeramkan tu. Huhuu~

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 417 kali

FollowFriday

Bagaimana jika korang tak tahu siapa yang korang perlu ‘follow’ di Twitter? Adakah korang akan ‘follow’ sesiapa sahaja secara rawak? Adakah korang akan ‘follow’ orang yang diberitahu oleh rakan-rakan di Twitter? Kemungkinan besar korang akan minta rakan-rakan korang untuk cadangkan rakan-rakan mereka kerana korang percaya bahawa rakan-rakan tu boleh sarankan orang-orang yang layak untuk di-’follow’.

Kebanyakan ‘tweeps’ yang baru berjinak dengan Twitter aku tengok gemar menggunakan khidmat ‘auto-follower‘ (aku panggil Robot) yang seperti kita sedia maklum membolehkan kita mengumpul follower yang banyak secara rawak. Aku rasa ianya merupakan satu tindakan yang kurang bijak. Khidmat ‘robot follower’ secara tidak langsung akan mendedahkan diri korang dengan para ‘spammer’ yang sentiasa mencari peluang macam ni.

Oleh itu, aku sarankan korang turut serta dalam permainan #FollowFriday di Twitter yang berlangsung pada setiap hari Jumaat. Ini bagi membolehkan korang tahu siapa yang korang follow; orang yang mempunyai minat yang sama dengan korang, hobi yang sama, gaya pemikiran yang sama, atau sebagainya. Pendek kata, rakan-rakan yang korang follow akan mempunyai kualitinya yang tersendiri. Kualiti adalah lebih penting daripada kuantiti. Kuantiti rakan Twitter yang ramai tidak memberi apa-apa manfaat jika ianya hanya terdiri daripada individu-individu yang hanya tahu menyepam di timeline.

Baca seterusnya »