Entri ni telah dibaca sebanyak 693 kali

Best free media player

Merujuk pada entri ‘Software yang ada dalam laptop saya (Windows)‘, dalam kategori Multimedia, aku ada senaraikan sekali media player yang biasa aku guna untuk tengok movie iaitu GOM Player. Secara keseluruhannya, GOM Player amat memuaskan hati aku cuma ada beberapa format video tak boleh play dengan baik (tanpa suara) sebab tiada codec. Dengan adanya K-Lite Mega Codec, semua format fail video dapat dimainkan dengan sempurna.

Sebenarnya ada media player yang sedia terpasang dengan semua codec yang diperlukan. Contohnya seperti VLC Media Player, KMPlayer, Kantaris, SPlayer dan banyak lagi. Aku suka dengan KMPlayer tapi performance dia sangat menghampakan. Video asyik tersangkut. Kadang-kadang aku terpaksa matikan proses untuk tutup fullscreen. Kadang-kadang terpaksa reboot.

Baru-baru ni aku cuba Daum PotPlayer (a.k.a PotPlayer). Sehingga hari ni, aku berpuas hati sangat dengan performance dia dan rasanya aku dah boleh ucapkan selamat tinggal kepada GOM Player dan K-Lite Mega Codec.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 898 kali

cantikkan blog dengan google font api

Rata-rata pemilik laman web dan blog biasanya menggunakan font seperti Arial, Georgia, Times New Roman, Trebuchet MS, Tahoma, Verdana dan sebagainya untuk blog mereka. Kini, dengan adanya Google Font API membolehkan pemilik laman web atau blog menukar bentuk teks pada blog dengan menggunakan font yang terdapat di Google Font Directory. Ada beberapa jenis font disediakan dengan bentuk yang menarik dan boleh digunakan bagi mengganti font asal pada blog.

Tergerak hati untuk cuba benda ni selepas baca entri “Blog melayubuntu kini menggunakan font Ubuntu“. Aku dah lama nak guna font Ubuntu untuk blog ni. Semuanya gara-gara sejak aku berkenalan dengan Ubuntu. Serius aku rasa cantik je font yang diguna dalam Ubuntu OS. Google Font API pun dah sediakan font Ubuntu dalam Google Font Directory. So, boleh la guna untuk cantikkan font blog.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 278 kali

About.me

Korang dah tau tentang laman web about.me? Bagi yang tak tau lagi, laman web about.me menyediakan perkhidmatan membina laman profile dalam 1 page. Laman profile korang tu boleh diisikan dengan info tentang korang dan juga pautan-pautan (link) segala jenis laman web atau social site seperti Facebook, LinkedIn, Flickr, dan Twitter serta blog-blog kepunyaan korang. Untuk contoh laman profile yang dah sedia dibina, korang boleh tengok di page direktori about.me.

About.me sesuai digunakan sebagai laman profile peribadi dan juga profile bagi sesebuah company. Untuk mencantikkan lagi laman profile korang tu, korang bolehlah jadikan mana-mana gambar photogedik korang sebagai latar belakang atau background. Penggunaan color pada teks juga dibenarkan. Font pon boleh diubah mengikut citarasa tetapi hanya boleh menggunakan font daripada senarai yang telah disediakan.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 848 kali

Anarm.Net Softwares

Semalam aku lakukan kerja-kerja pembersihan kat laptop aku. Laptop ni tak boleh la main guna je kan. Sekali sekala kena jugak bersihkan sistem dia, buang segala sampah sarap yang tak diperlukan, fail-fail yang dah tak berfungsi, baru la laptop dapat beroperasi dengan lancar dan berkesan tanpa sebarang masalah mahupun kotoran degil.

Setelah siap lakukan kerja-kerja ‘majlis perbandaran’, kerja seterusnya adalah operasi mengemaskini (update) perisian-perisian/software yang ada terpasang dalam laptop aku. Bagi software yang tiada auto-update, operasi mengupdate biasanya aku buat sebulan sekali. Kadang-kadang ada juga software yang boleh auto-update tapi jarang bukak. So, time ni la aku akan run semua software tu untuk check kemaskini yang ada.

Orait.. Entri kali ni sekadar nak senaraikan software yang ada dalam laptop aku. Meh baca sampai habis. Mana la tau kot-kot ada software yang korang tak pernah guna. Boleh la cuba try test.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 1,321 kali

Entri ni terhasil selepas aku terbaca entri di blog Yiedpozi – “Seberapa Pantaskah Korang Menaip” dan dia telah mencabar blogger-blogger lain untuk tunjukkan kepantasan menaip masing-masing. Ganjarannya, pengiklan percuma selama 2 bulan di blog Yiedpozi. Aku memang suka dengan kerja-kerja menaip ni. Sebelum ni (lama dah) aku pernah share 1 laman web untuk latihan menaip. Mungkin ada di kalangan korang yang ketinggalan. Kalau rasa nak tengok, boleh rujuk hasil penulisan aku yang lama, “Improve Your Typing Skills“.

Untuk cabaran Yiedpozi, dia suruh gunakan laman web Malaysian Typing Speedtest. Caranya, taip perkataan-perkataan yang terpapar di laman tu sehingga tamat masa yang diperuntukkan. Kemudian, laman web Malaysian Typing Speedtest tu akan paparkan score kelajuan korang menaip, ranking, jumlah perkataan yang ditaip per-minit, jumlah perkataan yang betul dan perkataan yang salah. Buat screenshot dan hasilkan satu entri kat blog, lepas tu tinggalkan komen di blog Yiedpozi beserta link entri korang tu.

Setelah bertungkus lumus menaip hingga berkepul-kepul asap keluar dari keyboard, hasil score aku adalah seperti dalam gambar di bawah ni.

Tips Bagaimana Menaip Dengan Laju

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 4,584 kali

Kalendar 2011 Percuma

Tahun 2010… Banyak pengalaman suka dan duka telah saya lalui. Walaupun ada kalanya gembira dan ada kalanya sedih, perit, seksa, namun pengalaman itulah yang berupaya mematangkan kita semua. Betul tak? Bermacam-macam jenis cabaran dan dugaan Tuhan berikan kepada kita. Semuanya merupakan sebahagian daripada perjalanan hidup bagi setiap insan yang bergelar manusia di atas muka bumi Tuhan ni.

Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan. (Riwayat Al-Bukhari)

 
OK.. Selesai sudah ceramah kita untuk hari ni. Hehe.. Berbalik semula kepada tajuk utama kita iaitu “Muat Turun Kalendar 2011“. Time tengah bosan tak tahu nak buat apa, saya suka bermain-main dengan Adobe Illustrator CS5. So, terhasillah design kalendar 2011 yang tersangatlah simple dan tak seberapa ni. Kalendar 2011 ni saya bagi percuma kepada sesiapa yang rasa nak download, sempena menyambut kedatangan Tahun 2011 yang bakal menjelma tak lama lagi.

Baca seterusnya »