
Dunia hari ni dah makin tenat dah akibat kekurangan pokok yang merupakan salah satu satu sumber alam semulajadi. Alam semulajadi kini dah ditukar ganti dengan alam buatan manusia yang berbentuk bangunan-bangunan pencakar langit. Banyak pokok yang telah ditebang, dipotong dan sebagainya, kemudian diproses untuk menghasilkan kertas yang banyak digunakan pada zaman sekarang. Kawasan yang dah tiada pokok tu kemudiannya dibangunkan bangunan-bangunan tinggi selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang dari masa ke semasa.
Dunia yang semakin berkembang maju dengan teknologi moden yang canggih membuatkan kesedaran kita akan kepentingan alam semulajadi tu kian pudar atau mungkin juga sudah terpadam.
Pelihara Alam Semulajadi dengan Fail PDF
Rasanya semua dah tau tentang PDF, kan? Ada yang tak tahu lagi? Meh sini nak cerita sikit. PDF atau Portable Document Format merupakan salah satu format fail yang popular digunakan di laman web. Biasanya fail berformat PDF (.pdf) ni digunakan sebagai perkongsian dokumen yang mengandungi gambar, teks, dan lain-lain, sama seperti Microsoft Word, tetapi dengan saiz yang lebih kecil berbanding fail Microsoft Word.
















