Entri ni telah dibaca sebanyak 1,678 kali

aku kecewa dengan maxis broadband

Minggu lepas aku tamatkan plan internet Maxis Broadband yang lama untuk tukar kepada plan baru Maxis Broadband. Aku tukar plan sebab plan Maxis Broadband yang lama memerlukan aku bayar sebanyak RM138 sebulan manakala plan yang baru aku hanya perlu bayar RM98 sebulan.

Oleh sebab nak jimatkan wang, aku pergi la tukar plan internet di Maxis Centre, The Gardens (tingkat 3 bangunan sebelah Mid Valley). Plan baru yang aku langgan tetap sama seperti plan yang lama iaitu dengan kadar bandwidth sebanyak 6GB sebulan, cuma dengan modem yang berbeza. Modem Maxis yang lama, Huawei E220 ditukar dengan modem baru, Huawei E1762. Tapi sekarang ni aku rasa sangat sangat kecewa dengan Maxis Broadband.

Plan Maxis Broadband:
1.  RM100 untuk activation + Percuma Modem E1552  (3.6 mbps)
2.  RM100 untuk activation + RM100 untuk Modem Huawei E1762  (7.2 mbps)
Maklumat lanjut

Aku kecewa dengan Maxis Broadband sebab time guna plan Maxis Broadband yang lama, aku takde alami apa-apa masalah untuk layari internet. 2 tahun aku gunakan Maxis Broadband, sangat puas hati. Speed semasa layari internet, terbaik! Speed aktiviti ‘sedut-sedut’ pon memang terbaik!

Tapi, lepas tukar plan yang baru ni dan guna modem baru, aktiviti aku di dunia internet tak dapat diteruskan. Modem dapat connect internet, tapi bila nak buka apa-apa laman web, speed dia lebih teruk daripada broadband yang dah habis bandwidth / exceed limit. Kurang nikmat hidup bila internet bermasalah macam ni. Nak buka laman web Google pon tak lepas. Pakai Google Chrome yang laju tu pon loading tak siap-siap, asyik tunjuk web putih kosong. Aku sempat habis makan nasik sambil layan movie tapi web tak siap-siap loading jugak.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 368 kali

Halaman 404 di blog yang menggunakan WordPress biasanya terpapar apabila ada pautan yang telah dibuang atau telah bertukar. Apabila pelawat mencari sesuatu entri dan mereka tidak menjumpainya, mereka akan dibawa ke halaman 404 di blog korang.

buat halaman 404 wordpress

Template bagi halaman 404 biasanya memang dah tersedia wujud pada mana-mana theme WordPress , tetapi bukan semua theme. Hanya sesetengah theme sahaja yang ada. Sistem WordPress telah disetkan secara automatik akan ke fail 404.php sekiranya tiada sebarang carian dijumpai. Sekiranya fail 404.php tiada pada theme korang, ianya akan paparkan mesej ralat yang tersangat ringkas, buruk dan tak mesra pengguna.

Halaman 404 sedia ada biasanya hanya memaparkan teks-teks ralat yang ringkas seperti “Error 404 – Cannot Find Anything” atau “Error 404 – Page Not Found lah” atau sebagainya. Bagi menampakkan blog korang lebih menarik dan mesra pengguna, adalah lebih baik jika korang berikan bonus fungsi-fungsi tambahan pada halaman 404 tersebut. Ini bagi membolehkan visitore blog korang terus berada di blog korang walaupun mereka tidak menjumpai apa yang mereka cari. Halaman 404 mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk menarik minat pelawat dan memudahkan mereka melayari blog.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 313 kali

download software picpick

Korang mesti pernah main-main dengan fungsi ‘Print Screen’ yang ada pada laptop atau PC korang kan? Ada masa-masa tertentu, korang gunakan fungsi tu untuk membuat screenshot mana-mana paparan menarik yang korang terjumpa time tengah blogrunning blogwalking di dunia internet. Mungkin nak gunakan untuk masukkan ke dalam blog entri, mungkin nak share dengan kawan-kawan, atau bla bla bla..

Untuk buat screenshot kadang-kadang memerlukan kita ‘print screen’ dan kemudian buka mana-mana software image editor yang kita ada untuk paste screenshot tersebut dan juga membuat editing sikit-sikit. Ada yang gunakan Adobe Photoshop, ada yang gunakan Paint, Photoscape, GIMP dan sebagainya. Bagi yang pakai Windows 7, ada tersedia aplikasi Snipping Tool yang juga boleh membantu kita buat screenshot.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 538 kali

anti iframeSekarang ni di timeline Twitter dan wall Facebook aku asyik nampak orang dok bercerita tentang Blogger iFrame. Macam-macam pangkat ada kat dunia blogger ni kan? Blogger otai, blogger kacak, blogger iframe, blogger Anarm.Net. Heheh.. Binatang apa iFrame tu?

Maksud iFrame

IFrame atau ‘Inline Frame’ merupakan dokumen HTML yang dimasukkan ke dalam dokumen HTML yang lain pada sesebuah laman web. Biasanya elemen HTML iFrame ni digunakan untuk masukkan content daripada sumber lain, contohnya seperti iklan, ke dalam laman web.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 972 kali

zon internet wireless dalam rumah

Bertandang ke Low Yat Plaza beberapa hari yang lalu berjaya mengakhiri penderitaan aku dengan sambungan internet. Laptop yang dibelai manja setiap hari kini dah mula menunjukkan tanda-tanda dah nak tua. Lepas hantar repair (warranty) tahun lepas, terus dia buat hal. CD-ROM dah tak boleh read CD/DVD. Tu tak kisah sangat. Yang menjadi masalah, USB Port hanya 1 je yang berfungsi. Yang selebihnya dah tak boleh detect apa-apa sambungan dah. Bila dah 1 port je yang berfungsi, menyusahkan aku untuk connect Mouse, Maxis Broadband, Cooler Fan, dan sebagainya. Bila pakai USB Hub, Maxis Broadband pulak langsung tak detect.

Hantar repair tapi jadi makin rosak. Dah la kena tunggu sebulan lebih nak siap repair. Local warranty ni memang susah sikit nak percaya. Banyak yang jenis kencing kuat. Kadang-kadang ada yang jenis suka ambik komponen dalam laptop, ganti dengan komponen yang dah ‘nyawa-nyawa ikan’. Hat-hati la ye.

Riki punya riki, survey sana sini, penyudahnya aku beli sebijik 3G Wireless Router untuk buat Maxis Broadband jadi WiFi dalam rumah. Ada yang suruh aku hantar kedai je check masalah USB Port laptop aku ni. Tapi nak menghantar tu dah tentu makan masa diorang nak check satu-satu untuk pastikan punca masalah. Mana boleh main tukar baru macam tu je kan. Kalau duit bersepah dalam tabung ayam takpe jugak. Aku pulak tengah banyak projek duit yang nak kena buat dengan Encik Jaws. Masa ibarat emas. Membazir masa boleh merugikan diri. So, aku rasa keputusan aku pilih ni adalah sangat tepat buat masa sekarang.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 356 kali

Pelihara Alam Semulajadi dengan Fail PDF, WWF

Dunia hari ni dah makin tenat dah akibat kekurangan pokok yang merupakan salah satu satu sumber alam semulajadi. Alam semulajadi kini dah ditukar ganti dengan alam buatan manusia yang berbentuk bangunan-bangunan pencakar langit. Banyak pokok yang telah ditebang, dipotong dan sebagainya, kemudian diproses untuk menghasilkan kertas yang banyak digunakan pada zaman sekarang. Kawasan yang dah tiada pokok tu kemudiannya dibangunkan bangunan-bangunan tinggi selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang dari masa ke semasa.

Dunia yang semakin berkembang maju dengan teknologi moden yang canggih membuatkan kesedaran kita akan kepentingan alam semulajadi tu kian pudar atau mungkin juga sudah terpadam.

Pelihara Alam Semulajadi dengan Fail PDF

Rasanya semua dah tau tentang PDF, kan? Ada yang tak tahu lagi? Meh sini nak cerita sikit. PDF atau Portable Document Format merupakan salah satu format fail yang popular digunakan di laman web. Biasanya fail berformat PDF (.pdf) ni digunakan sebagai perkongsian dokumen yang mengandungi gambar, teks, dan lain-lain, sama seperti Microsoft Word, tetapi dengan saiz yang lebih kecil berbanding fail Microsoft Word.

Baca seterusnya »