Entri ni telah dibaca sebanyak 757 kali

5 blog paling kerap lawat pada tahun 2011

Artikel ini merupakan projek yang dikendalikan oleh Encik Denaihati, pemilik blog Denaihati.com. Seperti yang korang sedia maklum, Denaihati sering adakan blog contest dan bermacam-macam lagi projek lain yang dikatakan dapat membantu sesama blogger yang turut serta menyertainya. Projek “5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011” ini merupakan projek terbaru daripada beliau. Sesiapa yang rasa nak sertai projek Network Blogger ni bolehlah terbitkan entri blog dengan senarai blog-blog yang kerap dilawati pada 2011.

Tujuan projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar yang akhirnya insyallah akan menambah kenalan yang mungkin akan menjadi rakan setia kepada blog anda. Network Blogger ini akan sangat diperlukan pada waktu-waktu tertentu seperti membantu teman blogger menang contest seperti “Bantu Blogger jadi No 1“  – Denaihati.com

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 461 kali

cara optimize database wordpress

Ramai blogger WordPress tidak ambil tahu sangat tentang database blog mereka. Mungkin ramai yang tak berapa pandai atau mungkin juga takut bila menyentuh tentang perkara berkait dengan database. Untuk pengetahuan semua, database merupakan teras bagi blog yang menggunakan WordPress (self-hosted). Database yang tidak dipantau dan dijaga akan menyebabkan berlaku overhead atau empty spaces yang tak diperlukan atau mungkin juga berlaku masalah-masalah lain.

Komputer korang bila dah digunakan setiap masa, lama-lama ianya akan jadi slow. Kita perlu lakukan proses mencuci dan defrag untuk kembalikan potensi komputer kita. Sama juga dengan database blog WordPress. Bila dah terlalu banyak digunakan, lama-lama blog akan jadi berat dan loading lambat.

Contohnya seperti Post Revision atau autosave yang berlaku ketika kita sedang menulis entri. Post Revision tersebut akan menambah saiz database. Benda tu tak diperlukan lagi lepas kita dah publish entri. Oleh itu, penyelesaiannya adalah dengan optimize database blog WordPress korang.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 1,611 kali

gila game

Berada di ofis siang tadi buat aku rasa bosan gila, mengantuk, bebal, bengong, bangang, cukup lengkap semua pakej sebab takde kerja yang boleh dibuat. Nak online pun internet takde kat ofis. Disebabkan pemikiran big boss aku yang aku sendiri pon tak faham apa yang dia fikir, dia potong line internet streamyx kemudian langgan internet maxis broadband untuk kegunaan dia saja. Maka, tinggallah aku seorang diri di ofis terkontang-kanting tak dapat merasai nikmat bermain internet.

Oleh kerana takde kerja sangat dan tak boleh nak online, hiburan aku kat pejabat adalah GAME. Dulu aku memang kaki games tapi sejak dah tua ni, dah jarang main game. Kat sini aku saje nak share games yang aku selalu layan time tengah bosan kat rumah ataupun kat ofis. Game bodoh-bodoh je aku layan. Huhu..

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 215 kali

stop trackback spam

Aku tengok blog-blog yang menggunakan WordPress sekarang ni banyak yang mengalami masalah serangan spam berbentuk trackback. Antaranya blog IzwanYusof.com yang diserang 100 spam trackback dalam masa 2 hari, blog ShahrilHafiz.com yang diserang dengan trackback sampah, dan banyak lagi blog-blog lain yang berdepan dengan ancaman spam berbentuk trackback ni.

Ada yang bagitau masalah spam ni berpunca daripada penggunaan plugin ‘Growmap Anti Spambot‘. Aku pon rasa macam tu juga sebab blog-blog yang mengalami masalah ni kebanyakannya menggunakan plugin anti-spambot tersebut. Growmap Anti Spambot (GASP) dikatakan menjadi plugin alternatif yang paling berkesan menggantikan plugin Akismet dalam usaha menghalang spam di ruangan komen pada blog. Akismet dikatakan dah tak berfungsi dengan baik kerana banyak komen spam yang tak berjaya dihalang dengan berkesan dan ada je komen-komen spam terlepas masuk ke bahagian komen, dilihat dan diklik oleh pelawat (link dalam komen spam).

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 1,972 kali

hantar sms free dengan mostsms.com

Mesti ramai yang suka kalau dapat hantar mesej free, kan? FYI, MostSMS.com ada sediakan perkhidmatan hantar mesej percuma tetapi dengan limit hanya 40 SMS sahaja dalam sehari. MostSMS.com juga ada sediakan beberapa ciri lain, antaranya:

  • Phonebook untuk simpan nombor telefon awek rakan-rakan
  • SMS Templates yang mengandungi kategori-kategori SMS seperti Friendship, Birthday, Jokes, Life dan Love yang boleh kita forward kepada rakan-rakan
  • Inbox dan Sent SMS
  • Schedule SMS untuk kita setkan SMS yang akan dihantar pada waktu dan tarikh tertentu
  • Block Mobile Number

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 223 kali

dapat banyak klik dengan hello bar

Hello Bar merupakan web toolbar yang menjadi trend sekarang ni. Walaupun masih dalam peringkat Beta, ramai yang dah memperkatakan tentang keberkesanannya untuk dapatkan lebih banyak klik dengan Hello Bar ni. Dengan Hello Bar, korang boleh mempromosikan sesebuah laman web, artikel, link affiliate atau sebagainya dan ianya akan dipaparkan di bahagian atas laman blog dalam bentuk ‘Bar’ (seperti yang kelihatan di blog Anarm.Net ni).

Hello Bar akan menarik perhatian pelawat sekiranya Bar tersebut korang gunakan warna-warna yang sesuai.

Hello Bar masih belum membuka keahliannya kepada umum; hanya sesetengah orang sahaja yang dijemput untuk menggunakan Hello Bar ni di blog masing-masing. Aku salah seorang yang bertuah kot. Terima kasih kepada Zulseffort kerana telah invite aku menjadi salah seorang pengguna Hello Bar.

Baca seterusnya »