Entri ni telah dibaca sebanyak 1,076 kali

install windows 7 melalui USB installer

Dah lama sangat rasanya aku tak guna DVD drive kat laptop aku. Tadi aku try jolok CD nak tengok berfungsi lagi tak DVD drive aku ni. Mana tau kot-kot rosak sebab lama sangat tak guna. Rupanya memang dah rosak! Adehh.. Tapi tak kisah sangat sebab aku memang dah lama tak guna apa-apa CD. Installer yang pakai CD pon semua aku dah convert jadikan fail .iso, simpan dalam laptop dan buat backup masuk dalam external hardisk. Kalau nak guna, aku create je virtual drive pakai DAEMON Tools Lite.

Sebut pasal installer tanpa guna CD ni, semalam ada seorang rakan Twitter minta aku buat satu entri macam mana cara buat Windows 7 USB installer. Oleh sebab entri ni berbentuk tutorial, screenshot langkah demi langkah mungkin lebih mudahkan pembaca faham macam mana proses yang kita perlu buat untuk cipta Windows 7 USB installer.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 427 kali

earning buat duit churpchurp

Sebut pasal ChurpChurp, ramai yang dah berjaya buat duit dengan program internet ni kan? Aku tengok masing-masing penuh semangat berlumba buat duit ChurpChurp lepas tu tunjuk earning ChurpChurp diorang kat blog. Whoa! Boleh tahan jugak earning diorang. Ada yang dapat banyak, ada yang dapat sikit. Biasa la tu kan. Siapa rajin promote, banyak la dia dapat. Kurang promote, dapat pun kurang la.

Nak promote tu pun kena ada skill dan tricks tertentu, baru menjadi. Tapi jangan sampai langgar syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ChurpChurp. Kadang-kadang kita ni bila dah terlampau ghairah sangat nak kejar duit, benda yang dilarang pon kita buat jugak. Tak tahu la terbuat ke atau saja buat. Manusia!

Syarat-Syarat ChurpChurp

DIBENARKAN:

  • Sharing it on your Twitter timeline.
  • Sharing it on your Facebook wall.
  • Sharing it on your other social networks such as Friendster, MySpace, forums and
    other portals.
  • Customising your status on instant messengers such as Windows Live Messenger,
    Yahoo Messenger, Google Talk, Skype, etc.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 812 kali

panduan solat jumaat

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari) ”. Ini menunjukkan betapa istimewanya hari Jumaat. Agama kita sendiri (Islam) yang meletakkan Jumaat itu sebagai ketua bagi hari-hari yang ada.

Hari Jumaat juga mempunyai ganjaran yang lebih berbanding hari-hari yang lain. Ganjaran yang lebih itu akan kita dapat bila kita lakukan amalan-amalan seperti mandi, memotong kuku, berdoa, berselawat ke atas Nabi, membaca al-Quran, memakai wangi-wangian, bersedekah dan sebagainya yang disukai Allah.

Selain itu, perkara yang paling penting pada hari Jumaat adalah Solat Jumaat (wajib bagi lelaki sahaja). Solat Jumaat ini penting bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kepada kecemerlangan dan kejayaan. Rasulullah SAW ada bersabda:

Barangsiapa secara mudah meninggalkan solat Jumaat sehingga 3 kali berturut-turut, maka Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 588 kali

tips asas blogging

Sekarang ni kita dah pun berada dalam bulan April, Tahun 2011. Bulan depan dah masuk bulan Mei (sambil tengok kalendar 2011). Blog ni dah 2 tahun lebih berkongsi info dengan korang semua tentang tips, panduan, tutorial, rahsia-rahsia, entri-entri merepek, dan sebagainya.

Walaupun dah 2 tahun lebih berblog, aku rasa macam ada lagi yang tak kena dengan kaedah yang aku guna untuk blogging. So, aku rasa macam nak tulis beberapa tips asas sebagai peringatan dan panduan bagi diri aku sendiri dan juga bagi blogger-blogger lain, tak kira blogger otai mahupun blogger newbie. Di samping tu, untuk refresh balik motif serta tujuan aku bangunkan blog Anarm.Net ni.

Blogger yang dah terlalu lama dalam dunia blog mungkin ada sesetengahnya dah lupa tentang perkara-perkara asas dalam dunia blog ni. Ilmu asas yang dahulunya kita belajar dan praktikkan sehingga kita mampu berada di tahap sekarang. Yang masih ditakuk lama mungkin sebab tak ikut panduan yang betul. Atau mungkin juga dah belajar benda yang betul tapi kurang bimbingan daripada blogger yang lebih pakar. So, korang kena la rajin-rajin bertanya dengan blogger lama. Jangan segan-segan atau rasa diri tu dah power sangat. Setiap manusia ada kekurangannya. Ingat tu.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 809 kali

tutorial forward yahoo mail ke gmail

Korang biasa guna Yahoo! Mail atau Gmail? Aku lebih suka guna Gmail. Mungkin sebab fungsi yang ada pada Gmail yang aku rasa lebih mantap berbanding Yahoo Mail atau servis-servis email percuma yang lain. Yahoo Mail pun aku ada tapi dah jarang guna. Kat situ dah jadi tempat menternak email spam.

Aku dah tak nak gunakan Yahoo Mail untuk urusan-urusan email. Guna untuk login ke beberapa akaun internet je sekarang ni. Tapi, masih ada beberapa orang yang masih contact aku melalui Yahoo Mail. Aku jarang buka email tu dan kadang-kadang tak tahu ada terima email yang sedikit penting. Nak bagitau kat penghantar-penghantar email tu tentang penukaran email, aku rasa macam menyusahkan je. Lagi satu takut ter-spamming inbox orang.

Semalam aku ada tanya di Twitter macam mana nak forward email Yahoo, tapi tak dapat sebarang jawapan daripada followers. Mungkin ramai yang dah tidur kot time tu. So, macam biasa… kaunter pertanyaan yang sentiasa dibuka 24/7 iaitu Google dah pun berikan jawapan bagi persoalan aku – Cara forward email Yahoo ke Gmail.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 265 kali

hootsuite twitter client terbaik

Sebelum aku tulis lebih lanjut tentang subjek Twitter Client Terbaik ni, aku nak mulakan dulu dengan pengenalan ringkas tentang apa itu Twitter – bagi sesiapa yang masih belum tahu dan berminat nak tahu. FYI, Twitter memang best!

Twitter merupakan social networking dan microblogging yang membolehkan pengguna untuk hantar dan baca mesej yang dipanggil sebagai ‘tweet’. Tweet ialah text-based post iaitu pesanan ringkas (seperti menulis SMS) dan hanya menggunakan 140 character. Tweet akan dihantar kepada semua rangkaian yang telah dihubungkan (Follower). Twitter juga sama seperti blog, sesuai untuk kita update sesuatu terus ke internet dengan pantas, ringkas.

Baca seterusnya »