Entri ni telah dibaca sebanyak 167 kali

iPrint Mudahkan Kerja-kerja Mencetak

Pernah tak korang print content dari sesebuah blog untuk buat bahan rujukan atau sebagainya? Mungkin ada yang copy paste je. Tapi aku biasa print atau convert jadikan fail PDF. Bila dah print content dari sesebuah blog tu, hasilnya akan berlaku pembaziran di mana korang akan tercetak sekali page yang mengandungi widget-widget blog yang korang tak perlukan. Tak faham lagi? Ok, cuba korang tengok hasil print yang aku buat pada entri Pelihara Alam Semulajadi dengan PDF ni.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 620 kali

dapat banyak buffered earnings nuffnang

Aku tengok ramai blogger seronok dok tunjuk diorang punya Buffered Earnings Nuffnang. Aku pun jadi rasa nak tunjuk jugak lah buffered earnings aku. Sikit je yang aku dapat. Aku tak kisah sangat pasal duit-duit blog ni semua. Blogging hanya sebagai hobi dan minat. Hasil pendapatan daripada aktiviti blogging ni tu semua rezeki daripada Tuhan. Dapat tak dapat, tak kisah. Kalau dapat, Alhamdulillah.. Syukur!

Dalam akaun Nuffnang aku bukan ada blog Anarm.Net ni je. Ada blog-blog lain yang aku daftar kat situ. Kalau setakat bergantung pada 1 blog je sampai bila boleh cashout. Kan? Ni semua hasil perkongsian ilmu daripada blogger otai. Tapi sekarang ni ramai yang cakap blogger otai ni sombong la, kedekut ilmu, tak best la, macam-macam. Mungkin tak kena gaya kot yang buat korang rasa old timer tu sombong.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 805 kali

windows 8 download skin pack

Mungkin ramai yang dah tahu tentang versi Windows 8 yang bakal dilancarkan oleh pihak Micro$oft, yang tampil dengan fungsi-fungsi baru. Di laman-laman t0rrent, versi Windows 8 dah pon boleh dimuat turun (tak pasti betul ke tak) dan beberapa screenshot berkait dengan Windows 8 dah banyak tersebar di internet. Wallpaper Windows 8 juga nampak macam menarik.

Melalui beberapa maklumat tentang Windows 8 yang tersebar di internet, Windows 8 skin pack telah dibina oleh beberapa pihak di mana ianya dikatakan mengandungi fungsi-fungsi sama seperti yang terdapat pada Windows 8. Ianya dibina dengan visual styles seperti yang ditunjukkan melalui screenshot yang bocor di internet dan beberapa aplikasi third party untuk membolehkan pengguna merasa sendiri fungsi yang terdapat pada Windows 8. Bagi sesiapa yang rasa nak tukar Windows 7 kepada Windows 8, bolehlah cuba ‘8 Skin Pack for 7‘.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 1,311 kali

buat fail icon .ico dengan photoshop

Fail gambar berformat .ico biasanya digunakan sebagai gambar icon bagi folder atau aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam komputer. Di laman web pula, fail .ico biasanya digunakan di bahagian address bar atau ruangan URL pada web browser. Apa yang perlu kita buat hanya dengan memasukkan fail icon (.ico) dengan nama favicon.ico ke dalam direktori website atau blog.

Mesti ramai di antara korang yang sering gunakan online tools untuk buat fail .ico kan? Online tools yang disediakan di laman-laman web tertentu yang membolehkan kita convert fail gambar biasa kepada gambar berformat .ico. Contoh laman web untuk buat fail icon adalah seperti iConvert, ConvertICO, DynamicDrive dan banyak lagi.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 403 kali

CCEnhancer tambah program CCleaner

CCleaner (freeware) merupakan salah satu software yang wajib dipasang dalam komputer (Windows). Fungsinya adalah untuk ‘mencuci’ komputer kita dan mengekalkan prestasi sistem komputer pada tahap yang terbaik. Dengan menggunakan CCleaner, kita boleh buang fail-fail ‘sampah’ yang tidak diperlukan dan sekaligus menjimatkan penggunaan ruang hardisk. Fungsi Registry Cleaner yang terdapat pada CCleaner berfungsi mencari dan memperbaiki registry error pada komputer kita. CCleaner juga menyediakan fungsi tambahan seperti:

  • Uninstall
  • Program Startup
  • System Restore
  • Drive Wiper
     

Tambah Program Baru di CCleaner dengan CCEnhancer

CCEnhancer merupakan sebuah aplikasi portable yang berfungsi menambah sokongan ke atas lebih 450 program baru ke dalam senarai applikasi pada CCleaner bagi tujuan pembersihan. CCEnhancer menggunakan ‘winapp2.ini‘ iaitu sistem dalam CCleaner dengan menambah aturan dan definisi baru untuk program. Sumber bagi sistem itu adalah dari Support Forum Piriform dan juga beberapa sumber lain.

Program CCEnhancer menyokong CCleaner versi penuh dan juga versi portable.

Baca seterusnya »

 

 

Entri ni telah dibaca sebanyak 1,076 kali

install windows 7 melalui USB installer

Dah lama sangat rasanya aku tak guna DVD drive kat laptop aku. Tadi aku try jolok CD nak tengok berfungsi lagi tak DVD drive aku ni. Mana tau kot-kot rosak sebab lama sangat tak guna. Rupanya memang dah rosak! Adehh.. Tapi tak kisah sangat sebab aku memang dah lama tak guna apa-apa CD. Installer yang pakai CD pon semua aku dah convert jadikan fail .iso, simpan dalam laptop dan buat backup masuk dalam external hardisk. Kalau nak guna, aku create je virtual drive pakai DAEMON Tools Lite.

Sebut pasal installer tanpa guna CD ni, semalam ada seorang rakan Twitter minta aku buat satu entri macam mana cara buat Windows 7 USB installer. Oleh sebab entri ni berbentuk tutorial, screenshot langkah demi langkah mungkin lebih mudahkan pembaca faham macam mana proses yang kita perlu buat untuk cipta Windows 7 USB installer.

Baca seterusnya »