
Rasa macam awal pulak aku post tentang Hari Ibu ni. Tak kisah la. Entri ni aku buat lepas terima email yang diforward oleh awek aku. Rasanya elok sangat kalau aku share dengan pengunjung-pengunjung blog aku ni dan jugak kawan-kawan.
Tanpa banyak songeh, artikel di bawah ni aku copy paste dari email yang aku terima. Copy paste dibenarkan kat blog aku ni. Hehe.. Baca la. Untuk renungan bersama sempena Hari Ibu.
Bayangkan Hidup Anda Tanpa Ibu/Mak
Bila dahaga, yang susukan aku… mak
Bila lapar, yang suapkan aku… mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku… mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut… mak
Bila bangun tidur, aku cari… mak
Bila nangis, orang pertama yang datang… mak
Bila nak bermanja, aku dekati… mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah… mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya… mak
Bila nakal, yang memarahi aku… mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma… mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah… mak
Bila takut, yang tenangkan aku… mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk… mak
Aku selalu teringatkan… mak
Bila sedih, aku mesti talipon… mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu… mak
Bila bengang, aku suka luah pada… mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah… mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga… mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu… mak
Bila ada masalah, yang paling risau… mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni… mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku… mak
Kalau balik kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk… mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku… mak
Yang selalu berleter kat aku… mak
Yang selalu puji aku… mak
Yang selalu nasihat aku… mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk… makAku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari… pasanganku
Bila sedih, aku cari… makBila berjaya, aku ceritakan pada… pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada… makBila bahagia, aku peluk erat… pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat… makBila nak bercuti, aku bawa… pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah… makBila sambut Valentine… Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut Hari Ibu… aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” kt makSelalu… aku ingat pasanganku
Selalu… mak ingat kat akuBila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon makSelalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk makTapi kalau mak sudah tiada
MAKKKKK… RINDU MAK… RINDU SANGAT…
Kat bawah ni ada lagi satu artikel yang biasa diforward kat email, ada juga kat friendster, myspace.. Renungkan…
Berapa ramai yang sanggup… menyuapkan ibunya…
Berapa ramai yang sanggup… mencuci muntah ibunya…
Berapa ramai yang sanggup… menggantikan lampin ibunya…
Berapa ramai yang sanggup… membersihkan najis ibunya…
Berapa ramai yang sanggup… membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…
Berapa ramai yang sanggup… berhenti kerja untuk menjaga ibunya…
dan akhir sekali berapa ramai yang… sembahyang JENAZAH ibunya…
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron lantas menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
- Tolong pergi kedai : RM4.00
- Tolong jaga adik : RM4.00
- Tolong buang sampah : RM1.00
- Tolong kemas bilik : RM2.00
- Tolong siram bunga : RM3.00
- Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah = RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
- Kos mengandungkanmu selama 9 bulan : PERCUMA
- Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
- Kos air mata yang menitis keranamu : PERCUMA
- Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
- Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu : PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku = PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Saya sayangkan Ibu“. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… boleh tak kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah“
Berderai air mata jika kita mendengarnya dari mulut mak.
Entri Lain Yang Menarik:
- Expo Buku 1Malaysia di PWTC (1-6 Feb 2012)
- Tukar Kad Debit CIMB MasterCard
- Plugin Waktu Solat Daripada Denaihati
- Ibadah Korban di Kemboja bersama eQurban
- 12 Pautan Google Sitelinks





















RT:Orang kata aku lahir dari perut mak (http://cli.gs/ZyUYLM)
Blog updated: Orang Kata aku lahir dari perut mak http://tinyurl.com/ckzehe
Ya Allah. jangan tulis cmni dowh. sedih aku. adoii. aaargh. tepon mak aku jap
Entri ubey yang terbaru di blog beliau.. Tak Salah Berkain Pelikat, Tapi…
[Reply]
Anarm reply:
May 7th, 2009 at 1:02 PM
@ubey: aku siap nangis lg time tulis
copy pasteentri ni..[Reply]
yg psl copy-n-paste first tu, tu bezanya pompuan ngan laki. pompuan emo sbb tu bulih jd mak. ha.ha.ha. (tgh emo gak sbb hadapi male chauvinist tiap-tiap hari)
[Reply]
Anarm reply:
May 7th, 2009 at 1:03 PM
@Silolo: malam kang aku call la mak aku..
[Reply]
[Reply]
Anarm reply:
May 7th, 2009 at 3:43 PM
@bluefrog,
[Reply]
erk..mmm..aaa…
)
nasib baik aku xde pasangan..
erk..aaaa…mmm..
aku slalu wt kejutan je..
ape aku nak tulis ni..
(kusut pas bace entry ni..berdosakah aku?
Entri -Ring 0- yang terbaru di blog beliau.. Tak Percayanya Aku Menang
[Reply]
Anarm reply:
May 7th, 2009 at 5:08 PM
@-Ring 0-: ape yg ko kusut2 nih? ade wat salah la tu..
g mintak maap cepat..
[Reply]
sy sayang ibu sy
Entri loq yang terbaru di blog beliau.. Blog Azwan Ali memang bangang!
[Reply]
Anarm reply:
May 7th, 2009 at 11:49 PM
@loq: sape tak sayang ibu oiii
[Reply]
selamat hari ibu utk semua ibu. ntah kenapa aku x rasa pape pun lepas baca entry ni. maksud aku, tiada emo. tapi seronok baca :)
happy mother’s day ma~
[Reply]
Anarm reply:
May 8th, 2009 at 5:33 PM
@starry: hati manusia ni kan lain2.. tak emo xpe,
asalkan sayang mak kamu
[Reply]
pehh..xmcm nak ngalir plak air mata aku..
hari ahad ni balik jumpe mak..
hadiah Hari Mak x beli lagik..hurmm
Entri aisyah yang terbaru di blog beliau.. 10 : How to check WHERE is your mobile phone made in?
[Reply]
Anarm reply:
May 8th, 2009 at 5:35 PM
@aisyah: x semestinye bg hadiah je..
ada byk lg cara lain nk sambut hari ibu..
asalkan boleh buat mak happy..
[Reply]
byk dose la 2 kalo da ngs bc entry 2…
hahahaha
[Reply]
Anarm reply:
May 8th, 2009 at 5:58 PM
@qwerty_gurl: sekurang2nye kite tau kite ada wat dosa dgn mak.. tinggikan suara skit kt mak pn dah kire berdosa.. mak suruh wat ape2, kite ckp “ahh”, “alaa”, mengeluh ke ape ke tu pn berdosa gak..
jgn anggap diri tak penah buat dosa dgn mak..
mesti ade gak dosa kite wat dlm tak sedar..
hehe.. just mengingatkan je.. sebagai seorang kawan
[Reply]
kita dah ada anak sendiri
baru kita tahu……..
pengorbanan n kasih sayangnya kepada kita
[Reply]
Anarm reply:
May 11th, 2009 at 6:07 PM
@KampungBoy: ye.. btol tu..
bile diri sndiri dah merasa baru akan dpt paham sume tu..
[Reply]
aku nangis bila baca..

apsal ko letak benda ni anarm..
insaf aku…
ades…
seriusly menitik air mata jantanku..
Entri Jaws yang terbaru di blog beliau.. Contest Datang Lagi
[Reply]
Anarm reply:
May 13th, 2009 at 7:40 AM
@Jaws, aku pn nangis gak..
[Reply]
mak aku dh xde… dh 2 tahun dh.
aku baca semua yang kat atas… siapa pn xleh nafikan
semua tu hakikat dalam hidup.
bukan aku tak mahu buat artikel tentang ibu. banyak sgt aku nk cerita tp semua tersimpan dlm fikiran tak mahu keluar. mungkin lebih baik mcm tu…
Entri zariel yang terbaru di blog beliau.. 40 WordPress Optimisation Tips
[Reply]
Anarm reply:
May 13th, 2009 at 4:38 PM
@zariel,
tak semua bende kite dpt kongsi..
[Reply]
[Reply]
Anarm reply:
May 14th, 2009 at 3:19 PM
@MeLL,
uih.. baca sekali dah la..
pastu sematkan dlm otak, dlm hati..
[Reply]
Dah tu…aku buka blog ni ader crite ni…bukak blog org lain pun ada crita ni…bukak email pun orang anto crite ni…dah tu macam mana…tak baca krang kecik hati pulok..
[Reply]
terharunya… huhuhu
Entri adol yang terbaru di blog beliau.. PERSATUAN SLE MALAYSIA (PSLEM)…
[Reply]
ish.. nangis aku baca entry ko nh… aku ni dh la jenis manja ngan mak.
Entri Niijiusan yang terbaru di blog beliau.. Musang Berbaju Batik
[Reply]
Anarm reply:
May 25th, 2009 at 3:09 AM
@Niijiusan, ko yg baca pn nangis.. aku yang menulis
copy pasteni lg la menangis sakan[Reply]