Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger Conference

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 4 July 2012 { 24 komen }

   

tiket nuffnang blogopolis2012 Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger Conference

Tiket Nuffnang Blogopolis 2012 yang booking hari tu dah pun sampai ke tangan aku beberapa hari yang lepas. Bagi sesiapa yang tak tahu lagi tentang acara ni, Nuffnang Blogopolis 2012 merupakan persidangan untuk blogger oleh blogger anjuran Nuffnang Malaysia yang akan diadakan pada 14 Julai 2012 (Sabtu) di Concorde Hotel, KL. Dalam persidangan blogger Nuffnang Blogopolis 2012 ni, komuniti blogger Malaysia akan berkumpul untuk perkongsian ilmu, mendidik, belajar dan mengajar, serta memupuk pertumbuhan blogosphere di Malaysia.

Banyak topik tentang blogging yang akan dikongsi dan dibincangkan dalam persidangan blogger Nuffnang Blogopolis 2012 nanti. 9 Master Class yang berbeza sesuai untuk semua blogger sama ada blogger lama atau blogger yang baru nak bermula. Dengan cara ni dapat mendidik penulis-penulis blog di Malaysia meningkatkan kemahiran blogging dan menimba pengetahuan tentang blog.

nuffnang blogopolis2012 class Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger Conference

9 Master Class Nuffnang Blogopolis 2012

Nuffnang Blogopolis 2012 juga memberi kita peluang berjumpa dan mendengar perkongsian ilmu dari beberapa nama besar dan mempunyai pengaruh dalam dunia blogging di Malaysia! Antaranya ialah Ken Wooi (kenwooi.com), Kenny Sia (kennysia.com), Abang Nara (Beautifulnara.com), Maria Elena (peliks.blogspot.com), Premesh Chandran (malaysiakini.com), Sue Anna Joe (bududanbelacan.blogspot.com), dan beberapa orang lagi.

speakers nuffnang blogopolis2012 Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger Conference

Speakers Nuffnang Blogopolis 2012

Inilah masa yang sesuai untuk kita belajar dan menambah lagi ilmu pengetahuan kita tentang selok belok dunia blogging supaya mutu blog kita dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan boleh pergi lebih jauh. Speakers yang akan bercakap pada hari tu pun merupakan antara blogger yang telah berjaya. Kalau kita nak berjaya jugak mestilah kena belajar daripada orang yang dah berjaya, kan?

Masa aku booking tiket Nuffnang Blogopolis 2012 hari tu, 1 tiket berharga RM300 untuk seorang. Semalam aku baca email daripada Nuffnang yang menyatakan diorang bagi potongan harga kepada sesiapa yang berminat nak join blogger conference ni. 1 tiket ke Nuffnang Blogopolis 2012 sekarang berharga RM180 (next 20 purchases only). Bagi mereka yang dah bayar tiket berharga RM300 hari tu Nuffnang bagitau dapat bawa 1 orang lagi untuk turut serta.

The RM180 promo is meant for the next 20 purchases only. However, because we manage to recruit more partners for this event, we are able to further subsidize those who have shown their support from the beginning as a token of appreciation. Therefore, for the RM300 that you’ve paid, we are giving you…wait for it….2 tickets instead of 1! Now you can bring a +1 to experience this first of its kind Nuffnang event. :D Once you’ve decided on who to bring, just drop us an email at info[at]nuffnang.com with the details of your +1 and we will allocate a ticket for him/her.

Info selanjutnya di laman web Nuffnang Blogopolis 2012.


Pengiklanan

   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban.com dan Denaihati.com, gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen.

 Twitter   |   Facebook   |   Google+   |   RSS Feed   |   Email

Tags: , , , , , ,

24 komen -- Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger Conference

  1. Nuffnang Blogopolis 2012 bersama Denaihati. | FarahAzniL.Com
  1. Suraya says:

    tak pernah lagi join benda2 berkait dengan blogging.. teringin jugak..
    Jom baca entri terbaru blog Suraya.. Duit 50 Sen Baru Untuk Simpan BarangMy Profile

    Reply

  2. daddydee says:

    mencuba nasib untuk dapatkan tiket dari tuan Denaihati.
    Kalau dapat pergi memang best.
    Jom baca entri terbaru blog daddydee.. Nuffnang Blogpolis 2012 bersama DenaihatiMy Profile

    Reply

  3. izwanyusof says:

    memang tak dapat pergi la ni. jangan lupa share bro isinya nanti. :happy:

    Jom baca entri terbaru blog izwanyusof.. Waktu Tengah Belajarlah Sesuai Nak Cari JodohMy Profile

    Reply

  4. Norfa says:

    Ok..now dah faham apa tuh blogopolis.. thanz anarm. penerangan yang lengkap..

    Reply

  5. nurmisnan says:

    Dapat email juga dari nuffnang tentang hal ini tapi sayang
    tidak dapat hadir.. all d best

    Reply

  6. Orang Kampung says:

    huuu..semuanya blogger hebat tu..
    Jom baca entri terbaru blog Orang Kampung.. Malam Nisfu SyaabanMy Profile

    Reply

  7. Kulanzsalleh says:

    Event yang menarik.. nak juga ambil peluang jumpa dan mengenali blogger lain.. tapi bagi kami yang jauh ni memang tak adalah peluang untuk datang

    Reply

  8. akubiomed says:

    Perlu selalu menambah ilmu.
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. My Birthday Giveaway 2012 dari Cetusan RasaMy Profile

    Reply

  9. Jebeng Otai™ says:

    300?..agak mahal bagi saya.. :)
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Wordless Wednesday : MachinchangMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Jebeng Otai™, RM300 masa mula2 dia open hari tu.. sekarang dah turun harga, RM180 je..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger ConferenceMy Profile

    Reply

  10. eddie says:

    kan bagus kalau boleh jmpa otai2 nnt boleh sharing idea

    Reply

  11. Cikgu Hairul says:

    Bukan je ilmu yang dapat, yang lagi bermakna kawan-kawan dan networking tu.
    Jom baca entri terbaru blog Cikgu Hairul.. Wanted, buat duit dengan Bank Negara Malaysia.My Profile

    Reply

  12. Ada orang nuffnang hubungi bro dan invite bro untuk confference ini… masih dalam pertimbangan :)
    Jom baca entri terbaru blog Bro Framestone.. WordLess Wednesday : Ceramah Dari Blogger Hebat Di Universiti Tun Hussien Onn MalaysiaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Bro Framestone, invite jadi peserta atau speaker? power.. power..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger ConferenceMy Profile

    Reply

    Bro Framestone reply:

    @Anarm, semestinya invite jadi peserta… if nak jadi speaker boleh aje…

    kena pasang iklan dorang dan rajin kipas orang atasnya…

    walaupun orang atasnya kenal bro, tapi dorang tak tahu yang bro memang xpasang iklan dorang..
    Jom baca entri terbaru blog Bro Framestone.. Luahan Hati Seorang Blogger [Part 23] Jangan Sekadar Popular Dalam Kelompok Blogger Melayu SahajaMy Profile

    Reply

  13. ProfHariz says:

    Teringin nak join macam ni. Tapi, banyak komitmen lain
    Jom baca entri terbaru blog ProfHariz.. Wordless Wednesday #9 – Rhyno Muscle GymMy Profile

    Reply

  14. titan says:

    semuanya aku tak pernah jumpa lagi. haha..
    Jom baca entri terbaru blog titan.. Piala AFC bukan milik Ainan Tasneem..My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @titan, aku pon tak pernah jumpa jugak.. jumpa dalam blog pernah la..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger ConferenceMy Profile

    Reply

  15. Denaihati says:

    Dalam bebanyak Blogger hebat tu hanya Ken Wooi dan Abang Nara je pernah jumpa.
    Jom baca entri terbaru blog Denaihati.. Saham IHH Healthcare Berhad terkiniMy Profile

    Reply

  16. hatiputera says:

    komitmen kerja menyebabkan terpaksa diketepikan dulu.
    Jom baca entri terbaru blog hatiputera.. Ranking Contest Seo Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @hatiputera, hari sabtu pon kerja jugak ke?
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger ConferenceMy Profile

    Reply

    hatiputera reply:

    @Anarm,

    kerja bro,,,tapi bukan kerja yang official la…cuma kerja part time tapi mesti dilakukan.
    Jom baca entri terbaru blog hatiputera.. Ranking Contest Seo Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

    Reply

  17. zuls says:

    Memang menarik apa yang nuffnang bagi tu. sayangnya aku tak dapat join banyak aktiviti dalam dua tiga bulan ni.
    Jom baca entri terbaru blog zuls.. Eyriqazz VS Denaihati VS ZulseffortMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 50.16.166.175

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv