
Tiket Nuffnang Blogopolis 2012 yang booking hari tu dah pun sampai ke tangan aku beberapa hari yang lepas. Bagi sesiapa yang tak tahu lagi tentang acara ni, Nuffnang Blogopolis 2012 merupakan persidangan untuk blogger oleh blogger anjuran Nuffnang Malaysia yang akan diadakan pada 14 Julai 2012 (Sabtu) di Concorde Hotel, KL. Dalam persidangan blogger Nuffnang Blogopolis 2012 ni, komuniti blogger Malaysia akan berkumpul untuk perkongsian ilmu, mendidik, belajar dan mengajar, serta memupuk pertumbuhan blogosphere di Malaysia.
Banyak topik tentang blogging yang akan dikongsi dan dibincangkan dalam persidangan blogger Nuffnang Blogopolis 2012 nanti. 9 Master Class yang berbeza sesuai untuk semua blogger sama ada blogger lama atau blogger yang baru nak bermula. Dengan cara ni dapat mendidik penulis-penulis blog di Malaysia meningkatkan kemahiran blogging dan menimba pengetahuan tentang blog.

9 Master Class Nuffnang Blogopolis 2012
Nuffnang Blogopolis 2012 juga memberi kita peluang berjumpa dan mendengar perkongsian ilmu dari beberapa nama besar dan mempunyai pengaruh dalam dunia blogging di Malaysia! Antaranya ialah Ken Wooi (kenwooi.com), Kenny Sia (kennysia.com), Abang Nara (Beautifulnara.com), Maria Elena (peliks.blogspot.com), Premesh Chandran (malaysiakini.com), Sue Anna Joe (bududanbelacan.blogspot.com), dan beberapa orang lagi.

Speakers Nuffnang Blogopolis 2012
Inilah masa yang sesuai untuk kita belajar dan menambah lagi ilmu pengetahuan kita tentang selok belok dunia blogging supaya mutu blog kita dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan boleh pergi lebih jauh. Speakers yang akan bercakap pada hari tu pun merupakan antara blogger yang telah berjaya. Kalau kita nak berjaya jugak mestilah kena belajar daripada orang yang dah berjaya, kan?
Masa aku booking tiket Nuffnang Blogopolis 2012 hari tu, 1 tiket berharga RM300 untuk seorang. Semalam aku baca email daripada Nuffnang yang menyatakan diorang bagi potongan harga kepada sesiapa yang berminat nak join blogger conference ni. 1 tiket ke Nuffnang Blogopolis 2012 sekarang berharga RM180 (next 20 purchases only). Bagi mereka yang dah bayar tiket berharga RM300 hari tu Nuffnang bagitau dapat bawa 1 orang lagi untuk turut serta.
The RM180 promo is meant for the next 20 purchases only. However, because we manage to recruit more partners for this event, we are able to further subsidize those who have shown their support from the beginning as a token of appreciation. Therefore, for the RM300 that you’ve paid, we are giving you…wait for it….2 tickets instead of 1! Now you can bring a +1 to experience this first of its kind Nuffnang event. :D Once you’ve decided on who to bring, just drop us an email at info[at]nuffnang.com with the details of your +1 and we will allocate a ticket for him/her.
Info selanjutnya di laman web Nuffnang Blogopolis 2012.











tak pernah lagi join benda2 berkait dengan blogging.. teringin jugak..
Jom baca entri terbaru blog Suraya.. Duit 50 Sen Baru Untuk Simpan Barang
Reply
mencuba nasib untuk dapatkan tiket dari tuan Denaihati.
Kalau dapat pergi memang best.
Jom baca entri terbaru blog daddydee.. Nuffnang Blogpolis 2012 bersama Denaihati
Reply
memang tak dapat pergi la ni. jangan lupa share bro isinya nanti.
Jom baca entri terbaru blog izwanyusof.. Waktu Tengah Belajarlah Sesuai Nak Cari Jodoh
Reply
Ok..now dah faham apa tuh blogopolis.. thanz anarm. penerangan yang lengkap..
Reply
Dapat email juga dari nuffnang tentang hal ini tapi sayang
tidak dapat hadir.. all d best
Reply
huuu..semuanya blogger hebat tu..
Jom baca entri terbaru blog Orang Kampung.. Malam Nisfu Syaaban
Reply
Event yang menarik.. nak juga ambil peluang jumpa dan mengenali blogger lain.. tapi bagi kami yang jauh ni memang tak adalah peluang untuk datang
Reply
Perlu selalu menambah ilmu.
Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. My Birthday Giveaway 2012 dari Cetusan Rasa
Reply
300?..agak mahal bagi saya.. :)
Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Wordless Wednesday : Machinchang
Reply
Anarm reply:
July 4th, 2012 at 9:53 PM
@Jebeng Otai™, RM300 masa mula2 dia open hari tu.. sekarang dah turun harga, RM180 je..
Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger Conference
Reply
kan bagus kalau boleh jmpa otai2 nnt boleh sharing idea
Reply
Bukan je ilmu yang dapat, yang lagi bermakna kawan-kawan dan networking tu.
Jom baca entri terbaru blog Cikgu Hairul.. Wanted, buat duit dengan Bank Negara Malaysia.
Reply
Ada orang nuffnang hubungi bro dan invite bro untuk confference ini… masih dalam pertimbangan :)
Jom baca entri terbaru blog Bro Framestone.. WordLess Wednesday : Ceramah Dari Blogger Hebat Di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
Reply
Anarm reply:
July 4th, 2012 at 4:03 PM
@Bro Framestone, invite jadi peserta atau speaker? power.. power..
Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger Conference
Reply
Bro Framestone reply:
July 5th, 2012 at 2:39 PM
@Anarm, semestinya invite jadi peserta… if nak jadi speaker boleh aje…
kena pasang iklan dorang dan rajin kipas orang atasnya…
walaupun orang atasnya kenal bro, tapi dorang tak tahu yang bro memang xpasang iklan dorang..
Jom baca entri terbaru blog Bro Framestone.. Luahan Hati Seorang Blogger [Part 23] Jangan Sekadar Popular Dalam Kelompok Blogger Melayu Sahaja
Reply
Teringin nak join macam ni. Tapi, banyak komitmen lain
Jom baca entri terbaru blog ProfHariz.. Wordless Wednesday #9 – Rhyno Muscle Gym
Reply
semuanya aku tak pernah jumpa lagi. haha..
Jom baca entri terbaru blog titan.. Piala AFC bukan milik Ainan Tasneem..
Reply
Anarm reply:
July 4th, 2012 at 4:03 PM
@titan, aku pon tak pernah jumpa jugak.. jumpa dalam blog pernah la..
Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger Conference
Reply
Dalam bebanyak Blogger hebat tu hanya Ken Wooi dan Abang Nara je pernah jumpa.
Jom baca entri terbaru blog Denaihati.. Saham IHH Healthcare Berhad terkini
Reply
komitmen kerja menyebabkan terpaksa diketepikan dulu.
Jom baca entri terbaru blog hatiputera.. Ranking Contest Seo Eyriqazz vs Denaihati
Reply
Anarm reply:
July 4th, 2012 at 1:45 PM
@hatiputera, hari sabtu pon kerja jugak ke?
Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger Conference
Reply
hatiputera reply:
July 4th, 2012 at 2:11 PM
@Anarm,
kerja bro,,,tapi bukan kerja yang official la…cuma kerja part time tapi mesti dilakukan.
Jom baca entri terbaru blog hatiputera.. Ranking Contest Seo Eyriqazz vs Denaihati
Reply
Memang menarik apa yang nuffnang bagi tu. sayangnya aku tak dapat join banyak aktiviti dalam dua tiga bulan ni.
Jom baca entri terbaru blog zuls.. Eyriqazz VS Denaihati VS Zulseffort
Reply