Denaihati.com

Program Qorban dan Aqiqah di Kemboja

Motosikal Elektrik C-1 Canggih dan Selamat

9

                 

motosikal elektrik c-1 takkan tumbang

Assalamualaikum.. Motosikal kadang-kadang lebih best daripada kereta. Senang nak parking, guna minyak pun tak banyak macam kereta. Cuma yang tak bestnya bila hari hujan atau terlampau panas. Belilah motosikal berkuasa tinggi atau besar macam mana pun, bila hari hujan tetap kena cari tempat berteduh. Bila hari panas mesti rasa malas je nak bawa motosikal sebab tak tahan dengan bahang matahari. Bila berlaku kemalangan pula memang akan tumbang, terbalik, terseret, bergolek-golek. Cukup bahaya.

Menarik bila tengok motosikal hasil rekaan Lit Motors, syarikat automotif di San Francisco yang memperkenalkan Motosikal Elektrik C-1 dengan 2 tempat duduk yang bertutup sepenuhnya. Motosikal ni bukan saja membolehkan penunggangnya selesa dan tidak basah ketika hari hujan, malah ianya selamat kerana takkan terbalik atau tumbang bila berlaku pelanggaran. Motosikal yang diberi nama C-1 ni menggunakan ‘sistem penstabilan gyroscopic’ bagi membolehkannya kekal berdiri tegak walaupun tidak bergerak.

Video di bawah memaparkan bagaimana Motosikal Elektrik C-1 berfungsi. Teknologi kenderaan hasil gabungan motosikal dan kereta ni memang nampak hebat.

Katanya motosikal masa depan ni akan berada di pasaran pada penghujung tahun 2013. Dari segi harga memang mahal. Lebih kurang RM75,000 kot. Baik aku beli kereta. Boleh muat lagi ramai orang. Hehe..

We’re creating a safe motorcycle, and that’s never been done in the way that we’re doing it, where it’s also incredibly efficient. We’re trying to open up safety to a huge market of 200 million motorcyclists, daily in the world. We have a huge market, and I think we could have a lot of impact.” – Daniel Kim (Lit Motors CEO)

 
Rating: 4.5

Sumber: gizmag.com


                 


Entri Lain Yang Menarik:


Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Google Keywords: , , , ,

 


Pengiklanan
Insentif Tunai DenaiHati.com Cetusan Suara ServerFreak Web Hosting world dream cars from various model

Tips Mudah Lulus Pinjaman

Dropbox

Tinggalkan komen anda

9 komen diterima bagi entri “Motosikal Elektrik C-1 Canggih dan Selamat”

Trackbacks & Pingbacks

  1. best motor ni.. tapi harga takleh blah..
    Jom baca entri terbaru blog Cetusan Suara.. Ulasan Tun Dr Mahathir mengenai HUDUDMy Profile

    [Reply]

  2. gegila best,bila nak masuk pasaran Malaysia ??

    *nampak mcm selamat je…
    Jom baca entri terbaru blog W.HabibuRahman.. Cara Menghargai Pelawat Blog AndaMy Profile

    [Reply]

  3. incik says:

    fulamak.. cool cun mantap padu! dapat bawak ni sorang2 pon jadi pusing 1 malaya. hehe :w00t: Jom baca entri terbaru blog incik.. Cara terbaik jaga laptop/ notebook.My Profile

    [Reply]

  4. akubiomed says:

    Saya ingat hendak buat ulasan mengenai motorsikal elektrik C1 ini kerana keunikkannya yang mempunyai kebolehan mengimbang kedudukan motorsikal didalam keadaan pegun dan apabila dilanggar. Satu lagi kelebihan tidak kebasahan dek hujan macam saya menunggang motorsikal ke tempat kerja. :-)
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Perasaan pertama kali menjadi BabahMy Profile

    [Reply]

  5. spek pink says:

    wah… hebat lah motor cenggini.. Ada kaler pink x agak2? heee… :p

    [Reply]

  6. titan says:

    kalau harga dia dalam 30-40 ribu, aku rasa ramai gak beli.. :devil: Jom baca entri terbaru blog titan.. Monolog lelaki kacak.My Profile

    [Reply]

  7. Pamie says:

    ada aircond tak moto ni? hihi..tak perlu pakai helmet, pakai seat belt dah naik moto..
    Jom baca entri terbaru blog Pamie.. Timeline Bakal Dikuatsakan Untuk Facebook Fan PageMy Profile

    [Reply]

  8. kewin says:

    macam best je motor ni…tapi harga terlalu tinggi lah pula..baik beli kereta… :w00t:

    Jom baca entri terbaru blog kewin.. Universal Huntkey 65W Slim Laptop AdaptorMy Profile

    [Reply]

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. Anda dilarang sama sekali masukkan link/permalink di bahagian komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-delete serta merta.

IP anda telah direkodkan : 203.223.152.161