Main Perang-Perang

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 19 January 2012 { 9 komen }

   
war perang Main Perang Perang

Gambar dicrop dari entri di blog 9gag.com

Dah lama tak main perang-perang. Teringat zaman kecik-kecik dulu, bila lepas solat Asar je terus keluar pergi ‘berperang’ dengan kawan-kawan. Berperang guna senapang kayu je. Peluru dia guna buah terung manggor. Pedih betul kalau kena tembak dengan peluru tu. Tapi lagi pedih kena pulas telinga dengan mak abah sebab dah Maghrib tapi tak reti-reti nak balik mandi. Waktu Maghrib kena solat jemaah, lepas tu mengaji Quran sampai kena pulas telinga lagi dan nangis-nangis sebab malas mengaji. Haha.

Dah besar ni rasa teringin pula nak main perang-perang tapi dah tak boleh main perang macam masa kecik-kecik dulu. Perang paintball boleh la. Aku tak pernah main lagi benda alah paintball tu. Takde geng nak main dan juga takde orang mengajak. Oleh sebab tu, banyak masa aku dihabiskan depan laptop baru, buat design, buat tugasan-tugasan yang big boss bagi, update status Facebook dan baca timeline Twitter.

Semalam datang satu perasaan gian nak berperang. Kebetulan member serumah ada installer game Call of Duty: Modern Warfare 3. Aku terus pinjam, copy dan install dalam laptop. Aku memang giler main game askar-askar berperang. Game dia dah semakin mantap berbanding yang sebelum ni. Jalan cerita pun best, sambungan siri game COD yang lepas-lepas. Terbaik!

call of duty mw3 1 Main Perang Perang

call of duty mw3 2 Main Perang Perang

call of duty mw3 3 Main Perang Perang

Call of Duty: Modern Warfare 3 – The Vet & The n00b

Aku suka betul tengok video ni. Haha.. Game Call of Duty: Modern Warfare 3 ni kalau ikutkan dah dilancarkan lama dah. Aku je yang ketinggalan baru nak main. Bila dilancarkan di ‘pasaran lanun’, nak ‘menyedut’ pulak malas sebab saiz dia besar sangat.

Main game tu jangan sampai kerja lain terabai. Pandai-pandai la bahagikan masa.


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , , ,

9 komen -- Main Perang-Perang

  1. Mohd Isa says:

    hoho…laptop aku tak mampu la plak nak main game ni…mau sangkut2 dibuatnya nnt…hehe :tongue: Jom baca entri terbaru blog Mohd Isa.. Biografi Kim Dotcom Pengasas MegauploadMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Mohd Isa, kat ASUS aku bleh main tanpa sangkut.. angkat la sebijik.. baru RM2K lebih.. hehe..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Expo Buku 1Malaysia di PWTC (1-6 Feb 2012)My Profile

    Reply

    Mohd Isa reply:

    @Anarm, itulah, aku pun duk riki U series…simpan duit dlu…hehe
    Jom baca entri terbaru blog Mohd Isa.. Biografi Kim Dotcom Pengasas MegauploadMy Profile

    Reply

  2. titan says:

    aku still main counter strike. hehe..versi 2.5 punya. dari dulu sampai sekarang. hehe..
    Jom baca entri terbaru blog titan.. Lelaki kacak patut minum jus Monavie.My Profile

    Reply

  3. arrizz says:

    terbaik..2 hari lepas keluar game latest cod nie terus aku beli and habiskan dalam masa sehari..terbaik la storyline dia..cap soap mactavish mati.. :sad: Jom baca entri terbaru blog arrizz.. Undi arrizz.com untuk Worst Blog of the Year!My Profile

    Reply

  4. paihujey says:

    buat aku teringin nak main game la pulak..dah lama stop main game ni..hehe..dulu2 main perang2 buat dengan paip air dan belon pastu guna buah yg halus2..buah ceri/kekut..
    Jom baca entri terbaru blog paihujey.. Apa Pendapat Anda ?My Profile

    Reply

  5. Mus says:

    cantiklah grafiknya
    Jom baca entri terbaru blog Mus.. Layakkah Aku Menjadi Pemberita Di Surat Khabar?My Profile

    Reply

  6. akubiomed says:

    Dulu main game FPS agak pening kepala. :-)
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Senyum sampai ke telinga bila dapatMy Profile

    Reply

  7. mohzam says:

    Wow! :w00t: ni yang rasa nak pergi caribbean ni cari lanun :whistle: :devil: Jom baca entri terbaru blog mohzam.. S | U | R | V | I | V | A | LMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 184.73.74.47

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv