Seminar Buat Duit dengan Blog

Layan Movie Battleship dengan Cik Tunang

18

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 17 April 2012 { 18 komen }

   

battleship movie Layan Movie Battleship dengan Cik Tunang

Dah lama rasanya tak luangkan masa dengan cik tunang sebab sibuk dengan tugas-tugas seharian. Semalam ajak cik tunang dating di GSC Alamanda layan movie Battleship. Pendapat aku tentang movie Battleship ni walaupun jalan ceritanya biasa-biasa je tapi boleh dikatakan best juga. Nasib baik. Kalau tak best mesti rasa menyesal habiskan duit beli tiket.

Kitorang jarang tengok wayang sebab dah banyak kali rasa tertipu dengan movie yang dikatakan best tapi sebenarnya tak best langsung. Kalau rasa nak tengok wayang mesti aku google dulu baca komen-komen dan review di blog-blog rakan blogger. Entri review yang bersifat peribadi bagus kalau nak tahu sesebuah movie tu best atau pun tak.

Semalam aku dan cik tunang awal-awal dah pergi ke GSC Alamanda. Sementara tunggu waktu tayangan Battleship jam 9.00 malam kitorang sempat jalan-jalan dalam Alamanda tu. Dah selalu sangat pergi Alamanda sampai tak tahu nak jalan-jalan ke mana. Last-last pergi Kedai Buku MPH je carikan novel untuk cik tunang tersayang. Aku pun suka jugak baca novel.

cik tunang pilih novel Layan Movie Battleship dengan Cik Tunang

Cik tunang tengah pilih novel, dia baca sikit-sikit dulu sebelum beli

Review Movie Battleship

Secara ringkasnya, movie Battleship ni bermula dengan penemuan Planet G. Lepas tu orang bumi cuba berhubung dengan menghantar signal melalui pancaran satelit ke planet tersebut. Tak lama lepas tu bumi didatangi 5 buah kapal angkasa dari Planet G yang kemudiannya menyerang bumi. Kebetulan ketika tu NAVY sedang buat latihan perang di laut tempat kapal angkasa dari Planet G tu mendarat. Hero dalam movie Battleship ni merupakan pegawai kanan dalam pasukan NAVY.

Sebelum tu, Hopper iaitu hero dalam cerita ni pada awalnya ditunjukkan sebagai seorang yang tak berguna dan tak terurus. Dah tahu diri macam tu ada hati nak mengorat awek hot, sampai berlaku huru hara dan kena tangkap dengan polis. Rupanya awek hot yang dia mengorat tu adalah anak kepada pegawai besar pasukan NAVY. Kemudian Hopper terpaksa menyertai pasukan NAVY atas desakan abangnya. Sam iaitu awek hot tu pun Hopper berjaya dapat juga.

AWAS! Ada beberapa aksi comolot!

Dalam peperangan laut antara pasukan NAVY dan kapal alien Planet G, semua kapal perang NAVY habis musnah, meletup, KEBABOOM! Nasib baik ada kapal perang Battleship lama yang dah dijadikan muzium. Dengan bantuan otai-otai NAVY yang dah bersara, mereka hidupkan balik kapal perang lama yang menggunakan teknologi dah ketinggalan zaman tu. Otai-otai NAVY je pandai guna kapal perang lama tu. Apa yang berlaku dalam peperangan hebat tu korang kena tengok sendiri la baru best.

battleship hopper rihanna Layan Movie Battleship dengan Cik Tunang

kapal angkasa battleship Layan Movie Battleship dengan Cik Tunang

hopper battleship Layan Movie Battleship dengan Cik Tunang

kapal bulat annoying Layan Movie Battleship dengan Cik Tunang

Benda bulat yang sangat annoying

Aku rasa akan ada sambungan movie Battleship ni sebab di akhir cerita dia tunjuk babak di mana ada lagi sebuah kapal angkasa Planet G yang tersasar dan jatuh kat mana aku pun tak tahu. Kalau nak tengok, bila movie dah habis pastikan korang jangan bangun lagi dari kerusi dalam pawagam tu. Battleship best!

 
Rating: 4.5 / 5


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , ,

18 komen -- Layan Movie Battleship dengan Cik Tunang

  1. arrizz says:

    tak tengok g..ingat nak tengok tapi tau2 avengers dah nak keluar esok..baik layan avengers..haha..

    Reply

  2. incik says:

    aduhh sampai sekarang aku tak tengok tengok lagi.. beli dvd je la..
    Jom baca entri terbaru blog incik.. Hamster Villa – hidup sebagai seekor hamsterMy Profile

    Reply

  3. zhazmi says:

    Wah.. Untung la dapat jalan2 dengn cik tunang ye..
    Teringin jugak nak tengok tapi masih belum berkesempatan nampaknya.. tengok trailer macam best je, suka dengan graphic movie tu..
    Jom baca entri terbaru blog zhazmi.. Iklan Nuffnang Tidak Ganggu Kelajuan BlogMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @zhazmi, graphic movie ni tak berat sangat.. ok je nampak natural dan tak kartun sangat.. graphic kalau buat kaw2 memang confirm nampak kartun.. tak best.. tapi yang movie ni best..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Layan Movie Battleship dengan Cik TunangMy Profile

    Reply

  4. Hafizul says:

    Wahh cam best jer….
    Jom baca entri terbaru blog Hafizul.. Virus KomputerMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Hafizul, memang best.. rasa nak tengok lagi sekali..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Layan Movie Battleship dengan Cik TunangMy Profile

    Reply

  5. bistari says:

    aku tak bace pun..sbb aku tak tengok lg..so nnti x best..lepas tgk baru aku baca la ek..hahaha :whistle:

    Reply

    Anarm reply:

    @bistari, apsal ko tak baca? penat aku tulis panjang2.. hahaha.. gi tengok cepat.. serius memang best..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Layan Movie Battleship dengan Cik TunangMy Profile

    Reply

  6. akubiomed says:

    Saya kalau hendak menonton filem ini perlu bawa satu kapal. Famili besar katakan. :-)
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Wordless Wednesday – #Now everyone can flyMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @akubiomed, seronok jugak tu kalau tengok wayang bawak satu kapal.. nak mudah, order tiket online.. cepat dan takyah beratur panjang..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Layan Movie Battleship dengan Cik TunangMy Profile

    Reply

    incik reply:

    wahh best laa boleh conquer satu hall cinema tuhh.. :w00t: Jom baca entri terbaru blog incik.. spesies haiwan baru seperti udangMy Profile

    Reply

  7. azmanisma says:

    Kalau dah review menarik…he3 boleh saya ajak wife pergi tgk :)
    Jom baca entri terbaru blog azmanisma.. Harga Ubat Tidak SekataMy Profile

    Reply

  8. Jebeng Otai™ says:

    best sbnarnya tgk aksi ‘aegis’ berfungsi.. :)

    p/s : aegis ialah sistem pertahanan pintar kapal tanpa interaksi manusia.. :)
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Proton Preve’ : Apa Itu ECS ?My Profile

    Reply

  9. ejam says:

    tunggu masa keluar untuk dwld jeler nanti, beginilah kehidupan sudah ada anak kecil tak bleh nak tgk wayang…tapi kami ok jer.
    takper nanti tengok kat laptop dengan isteri kena tutup mata haq time babak comolot tu utk elakkan pengaruh buruk…hehe
    Jom baca entri terbaru blog ejam.. Cemburu Dengan Abang SilverMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @ejam, betul tu.. kena tutup mata Haq time babak comolot.. tak baik bagi budak2 tengok.. hehe..

    link donlod takde keluar lagi ek? kalo ada link yang bluray nanti tolong2 bagitau.. bluray sedap sikit nak layan..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Layan Movie Battleship dengan Cik TunangMy Profile

    Reply

    incik reply:

    @Anarm, kalau ada orang dah bagitau link nanti, jangan lupa share, nak donlod juga. hehe
    Jom baca entri terbaru blog incik.. spesies haiwan baru seperti udangMy Profile

    Reply

  10. Mohd Isa says:

    wa, nak kena layan gak la ng cik tunang. erk, xda tunang la plak…cam mana ye? hehe
    Jom baca entri terbaru blog Mohd Isa.. Kadar Mas Kahwin Mengikut NegeriMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Mohd Isa, cari la sorang pastu bertunang..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Layan Movie Battleship dengan Cik TunangMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 50.19.155.235

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv