Seminar Buat Duit dengan Blog

KuaiZip – Klon kepada Perisian WinRAR

19

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 6 November 2011 { 19 komen }

   

KuaiZip clone WinRAR KuaiZip   Klon kepada Perisian WinRAR

KuaiZip merupakan satu perisian arkib seperti WinRAR, WinZIP, 7-Zip dan sebagainya yang menyediakan pelbagai fungsi lengkap untuk membantu kita menguruskan fail-fail arkib. Fail arkib merupakan fail yang telah dimampatkan dan saiz failnya lebih kecil daripada saiz asal. Format seperti *.rar, *.zip, *.001, *.tar, dan *.7z atau sebagainya merupakan format fail arkib yang sering kita lihat.

KuaiZip adalah aplikasi percuma yang mudah digunakan, dengan antaramuka yang cantik dan mempunyai kebolehan membina dan membuka fail arkib dengan pantas. Kalau *.7z merupakan format khas bagi perisian 7-Zip, *.kz pula merupakan format khas bagi perisian KuaiZip. Korang pernah guna WinRAR? Interface KuaiZip ni sama sebijik macam WinRAR. Sebab tu aku cakap KuaiZip ni klon kepada perisian WinRAR.

KuaZip1 KuaiZip   Klon kepada Perisian WinRAR
Antaramuka KuaiZip   (Gambar – KawanGeek.com)

Sedikit mengecewakan kerana format khas yang digunakan oleh KuaiZip iaitu *.kz adalah tidak bersifat sumber terbuka. Oleh itu, ianya hanya boleh digunakan dengan perisian KuaiZip ini sahaja.

Tetapi, satu fungsi istimewa yang terdapat pada perisian KuaiZip ialah fungsi Virtual Drive. Virtual Drive merupakan pemuatan fail-fail imej CD/DVD seperti *.iso, *.mdf, *.mds, *.nrg dan sebagainya yang membolehkannya dimuatkan sebagai drive dalam komputer. Seperti contoh, game yang perlukan CD/DVD untuk dimainkan, dengan fungsi Virtual Drive ni korang tak payah pakai CD/DVD dah nak main game tu. Fungsi ni sama seperti perisian pemuat imej CD/DVD popular seperti Daemon Tools, Power ISO, Ultra ISO atau sebagainya.

KuaZip2 KuaiZip   Klon kepada Perisian WinRAR
Fungsi Virtual Drive yang terdapat pada perisian KuaiZip   (Gambar – KawanGeek.com)

Perisian KuaiZip ni korang boleh dapatkan secara percuma. Ianya menyokong lebih 40 format fail arkib. KuaiZip beroperasi pada platform Windows XP, Vista dan Windows 7.

Website KuaiZip

Download KuaiZip

Credit: KawanGeek


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , ,

19 komen -- KuaiZip – Klon kepada Perisian WinRAR

  1. Pacifista says:

    tak pernah lagi aku dengar software ni…
    Jom baca entri terbaru blog Pacifista.. Page Rank 4?My Profile

    Reply

  2. Mohd Isa says:

    wah, menarik ni. takyah la pakai power iso lagi yerk? boleh ke camtu?
    Jom baca entri terbaru blog Mohd Isa.. SEO: Tutorial Menghantar Suapan RSS Blog ke Yahoo! PipesMy Profile

    Reply

  3. Fizz.My says:

    selama ni aku guna 7zip jek.. nak try kuaizip plak lah… kuai… hahahaha.. pelik tul nama tu.. mcm da x de nama lain kot..
    Jom baca entri terbaru blog Fizz.My.. #WordlessWednesday 15 : ZeroMy Profile

    Reply

  4. akubiomed says:

    Sudah lama guna 7zip mungkin KuaiZip boleh dijadikan alternatif pada masa akan datang
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Saya mahukan backlink blog YanmieMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @akubiomed, 7zip memang terbaik.. tapi aku sekarang dah bertukar guna kuaizip pulak.. sebab nakkan fungsi virtual drive tu je.. :happy: Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..My Profile

    Reply

    blackrosehunter reply:

    @Anarm,
    guna dua2 pun tak de masalah kan?hehe :biggrin: Jom baca entri terbaru blog blackrosehunter.. Jubah Halimunan Bakal WujudMy Profile

    Reply

  5. iwan_redzuan says:

    wow, menarik nih! boleh try nanti :)

    Jom baca entri terbaru blog iwan_redzuan.. Download : Angry Birds Season v2.0.0My Profile

    Reply

  6. acapz says:

    kuazip? keh3. nk cube download. tngok mne better lagi. hee. tq bro :happy: Jom baca entri terbaru blog acapz.. Firefox 8 Kini Boleh Di Muat TurunMy Profile

    Reply

  7. Manan Qayyim says:

    mana lagi bagus? Winrar vs Kuaizip

    Reply

    Anarm reply:

    @Manan Qayyim, kalau tanya pendapat aku, aku akan jawab “KuaiZip”.. WinRAR berbayar.. KuaiZip percuma.. semua function WinRAR ada kat KuaiZip.. tak payah dah membahayakan komputer pakai crack untuk WinRAR yang kadang2 crack tu mengandungi malware/virus.. guna KuaiZip free je (takpon boleh pakai 7-Zip).. lagipun aku rasa function KuaiZip lagi bagus dari WinRAR.. kadar compression dia mantap.. siap ada virtual drive lagi.. multifunction..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. KuaiZip – Klon kepada Perisian WinRARMy Profile

    Reply

  8. Dhiya Faris says:

    kena try ni..
    :)

    Reply

  9. Aizan Fahri says:

    proses nak mount virtual drive (iso), aku biasa pakai VirtualClone Drive, best sebab laeh mount smpai 15 virtual iso serentak…. tapi for sure, lag r.. percuma..

    kuaizip ada tak untuk ubuntu? woah!!

    Reply

    Anarm reply:

    @Aizan Fahri, mount virtual drive aku penah guna PowerISO, Daemon Tools dengan WinCDEmu Portable je.. tak penah plak aku mount banyak sampai 15.. paling banyak pon 4 je..

    kuaizip takde untuk ubuntu.. windows je.. tapi kalau reti edit jadikan untuk versi ubuntu ok jugak tu..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. KuaiZip – Klon kepada Perisian WinRARMy Profile

    Reply

  10. levelsatu says:

    ok. kena download gak. :devil: Jom baca entri terbaru blog levelsatu.. Dapatkan buku bergambar Che Det khamis depan dengan harga RM250 senaskah.My Profile

    Reply

  11. EddyGeek says:

    thanks bro backlink :biggrin:
    skrg kuaizip ni la pengurus arkib utama aku. ringan, mesra dan multifunction.

    Reply

    Anarm reply:

    @EddyGeek, aku pon dah pakai kuaizip ni.. boleh tahan.. pssttt.. credit backlink tu pakej sekali dengan gambar ehh.. gambar aku amik kat blog ko je.. malas nak capture baru.. boleh kan? hehe.. tapi aku dah host kat tempat lain.. :tongue: Jom baca entri terbaru blog Anarm.. KuaiZip – Klon kepada Perisian WinRARMy Profile

    Reply

    EddyGeek reply:

    @Anarm, xpe :happy: asalkan dah host kat tempat lain.

    Reply

  12. syahrilhafiz says:

    wah..kuai kuai.. :biggrin:
    download dulu la nak tengok perbandingan dia yang mana best
    Jom baca entri terbaru blog syahrilhafiz.. Ubuntu 11.10 : AwOken Icon Theme 2.3 DilepaskanMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @syahrilhafiz, donlod jangan tak donlod.. aku pon baru je pasang kuaizip ni.. rasa sayang plak nak buang 7zip.. 7zip best.. tapi sebab nakkan fungsi virtual drive tu, aku berkorban jela.. bye2 7zip.. huk3.. :cwy: power iso aku pon dah boleh buang.. dah ada ganti virtual drive kuaizip.. huhu
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. KuaiZip – Klon kepada Perisian WinRARMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 54.242.188.217

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv