
Rata-rata pengguna internet yang wujud pada hari ini mempunyai blog sendiri. Betul tak? Masing-masing menceritakan tentang pelbagai topik dan isu di blog mereka. Dari isu-isu semasa, isu-isu politik, info tentang artis terkenal, info bisnes MLM, hinggalah ke kisah-kisah personal yang menarik tentang Hidup Seorang Blogger. Tak kurang juga ada yang bermurah hati berkongsi tips, skill, rahsia dan selok-belok dalam dunia internet pada hari ini.
Semua orang boleh menggelar diri mereka ‘Blogger’. Dengan mempunyai sebuah blog (atau lebih), seseorang itu dah boleh dikategorikan sebagai seorang blogger. Tetapi, untuk menjadi seorang blogger yang hebat bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai yang mengimpikan kehidupan seorang blogger yang berjaya melalui blog, banyak duit, mempunyai blog bertrafik tinggi dan sebagainya. Namun, semuanya hanya sekadar mimpi jika kita tidak kreatif untuk mengolah setiap sudut pandangan dalam hidup seorang blogger dengan menggunakan kebijaksanaan yang kita miliki.
Blogger yang hebat adalah seorang blogger yang mampu mencipta sesuatu yang berbeza dalam dunia blogging, mampu membuahkan pemikiran yang kreatif dari penulisannya, dan bijak mengatur hidupnya sebagai seorang blogger.
Seperti yang kita nampak sekarang ni, kebanyakan content yang terdapat di blog-blog kesemuanya hampir sama. Tiada keunikan yang dapat kita lihat pada content blog-blog tersebut. Adakah hidup seorang blogger itu hanya dihimpit dengan situasi dan perkara yang sama? Sedangkan sesuatu perkara tersebut dapat dilihat dari sudut yang berlainan, kemudian boleh diolah dan dimanipulasikan dalam pelbagai cara untuk menghasilkan sebuah karya yang baru.

Hidup seorang blogger merupakan satu kehidupan yang kompleks. Bermacam-macam disiplin ilmu diterapkan dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Seorang blogger biasanye menjalani 2 bentuk kehidupan iaitu di dunia realiti dan juga di dunia maya (depan komputer). Oleh itu, untuk seimbangkan 2 bentuk kehidupan tersebut, seseorang blogger perlulah mematuhi 2 perkara penting ini:
- Pengurusan Masa
- Konsisten dan Komitmen
Dalam menjalani hidup seorang blogger, kita perlulah membahagikan masa untuk kedua-dua kehidupan tersebut dengan membuat jadual (sekiranya sukar untuk mengingatinya). Tetapi haruslah berdisiplin dengan jadual tersebut.
Contohnya, waktu untuk blogging ditetapkan pada jam 8 malam hingga 11 malam (3 jam). 1 jam untuk blogwalking dan 2 jam lagi untuk menguruskan blog sendiri seperti menulis artikel dan membalas komen-komen.. atau sebaliknya. Selepas tu bolehlah berehat dan persiapkan diri untuk aktiviti sekolah atau bekerja pada keesokan hari.
Setelah mempunyai jadual, pastikan aturan jadual tersebut berjalan dengan baik dan jangan dicampur adukkan atau sebagainya. Ini menunjukkan kita benar-benar konsisten dan mempunyai komitmen untuk menguruskan hidup sebagai seorang blogger dan juga hidup sebagai seorang pelajar atau pekerja.
Ramai blogger yang kecundang disebabkan gagal dalam mengurus 2 perkara penting ni. Masa yang suntuk membuatkan ramai blogger tidak konsisten dan komitmen terhadap blog semakin terhakis. Akhirnya hidup seorang blogger itu terkubur begitu saja, atau mungkin pengisian di blognya menjadi kucar kacir disebabkan keadaan yang mendesaknya untuk mengemaskini blog.
Dunia blog pada hari ini mampu mencetus impak yang kuat kepada semua, sama ada impak positif mahupun yang negatif. Hidup seorang blogger dan segala karyanya akan dijadikan panduan oleh blogger-blogger lain dan para pembaca. So, tunjukkan kemampuan diri kita dalam berblogging. Hiasilah blog kita dengan sesuatu yang bermanfaat, berfaedah, berharga dan berikan apa yang kita rasa terbaik untuk blog dan pembaca.
Jadilah seorang blogger yang bijak berfikir, mahir dalam menguruskan diri, memiliki komitmen, konsisten dan sentiasa fokus pada tujuan. Dalam hal ini, disiplin diri menjadi kunci penggerak bagi semua elemen tersebut; dan yang paling utama sekali adalah disiplin pada MASA.
Semoga para blogger dapat mewarnai dunia blogging ini dengan rona-rona keindahan dan bukannya dengan kemusnahan. Salam 1Dunia dalam konteks HIDUP SEORANG BLOGGER!
Setelah pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi, maka siaplah entri kedua bagi contest HIDUP SEORANG BLOGGER. Semoga aku menang memberi manfaat kepada semua.
Entri Lain Yang Menarik:
- Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..
- Giveaway Photoshop Percuma Seumur Hidup
- Plugin Waktu Solat Daripada Denaihati
- Dapat Trafik Guna Duit Adalah Cara Hina?
- Jom Join Contest F&N Double Ooomph!



















hoho..
kami hanya blogger picisan..
Jom baca entri terbaru blog saya_aRief.. CLICK RATING UP LAGI 1 BINTANG
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 1:57 AM
@saya_aRief, blogger yang hebat sentiasa menganggap dirinya picisan.. dari situ mungkin bleh dapat semangat untuk terus tingkatkan tahap picisan tu ke tahap yg lebih tinggi.. blogger yang mengaku hebat die akan jadi hilang fokus sebab dah rasa dirinya hebat sangat sampai takde org dapat celen..
[Reply]
hehehe. thanks link ke blog sengalisme daku!!!!wahahaha. entry2 orang macam bermaruah je aku bace..pehal aku nyer cam merepek je ni??wahaha.gud luck wei
Jom baca entri terbaru blog lizz.. HIDUP SEORANG BLOGGER II
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 1:58 AM
@lizz, hahaha.. saje je buat entri bapak skema.. keh3.. hujan2 camni mood skema aku memang penuh di dada.. hampehh..
[Reply]
Sumijelly reply:
August 29th, 2010 at 3:29 AM
@Anarm,
errkkk…ujan ker sana?? kenapa umah ku tidak ujan.
waaa……..nak ujan…huhuhuhu
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 3:41 AM
@Sumijelly, nak hujan? boleh hubungi @katakbiru di twitter.. hehe
[Reply]
syahrilhafiz reply:
August 29th, 2010 at 9:45 AM
@Anarm, erk mood skema macam tu pun ada, memang hebat penulisan dia..
Jom baca entri terbaru blog syahrilhafiz.. Semuanya tentang fikir kehadapan
[Reply]
ermm…nice info..
cuma ada satu lgi golongan blogger.. yg jdkan semata2 blognyer sbg diari, dan mengamalkan falsafah “nak baca, baca…tak nak baca, takpe”…. sepertimana diari pada buku, ditulis dan disimpan dlm laci… sesape pun tak baca, cuma yg terjumpa buku diari itu saja yg berpeluang membacanya…hihihi… ini belum lagi satu lagi kategori yg meletakkan permission untuk membacanyer…(invited only katanya)….
Jom baca entri terbaru blog mytafa.. Jika Hari-Hari
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 2:02 AM
@mytafa, yg aku jumpe hanya segelintir je camtu.. segelintir lagi kebanyakannya tak macam apa yang die cakap.. “nak baca, baca.. tanak baca, takpe”.. tapi bila dah sampai satu tahap, ada jugak die publish entri dok merungut nape tadek org baca blog die, nape trafik tak tinggi, nape blog die tak banyak komen.. kenyataan die buat sebelum ni macam nak sembunyikan sesuatu.. hehe..
[Reply]
mytafa reply:
August 29th, 2010 at 2:06 AM
@Anarm, yup…setuju… sb tu perlunya blogwalking kan….mudah2 mudahan terjumpa tips2 berguna cam ner nk naikkan trafik..hehehe
Jom baca entri terbaru blog mytafa.. Jika Hari-Hari
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 2:14 AM
@mytafa, yup.. blogwalking tu tunjukkan keprihatinan kita pada blogger2 lain.. hidup seorang blogger tu.. saling tolong menolong, tolong retweet.. huhu.. (cam poyo je statement aku ni.. haha..)
perangai buruk aku time blogwalking, bile nampak je blogger yg tulis mcm ko ckp tadi, aku akan subscribe blog die.. cepat skit bleh baca update die seterusnya.. saje nk tengok setakat mana die bleh pertahankan apa yg die ckp.. hehe.. byk yg tulis mcm tu biasanye blogger2 yg kongsi kisah2 personal kt blog.. rasanye tak salah pon blog kisah2 personal nk UPkan lagi tahap blogging.. cuma kene buat mcm yg org lain buat je..
aku suka baca blog personal.. tambah2 yg pompuan punye.. kene plak die post gambar2 die kan.. fuuhh.. cuci mata laa kejap layan gambar.. hak3..
[Reply]
mytafa reply:
August 29th, 2010 at 2:24 AM
@Anarm, amboi..cuci mata skali, dasat..hahaha.. tp tu laa… betul kata ko, kosisten dan komitmen tu yg mmg susah dlm berblog ni…disiplin kena kuat…(ape, ingat berkawat jer kena kuat disiplin, hehehe..tetiba)
Jom baca entri terbaru blog mytafa.. Jika Hari-Hari
[Reply]
steady ahh abang anarm.. entri ngalahkan ucapan perdana menteri.. hahah
Jom baca entri terbaru blog PenTulis.. Selamat Hari Merdeka Ke-53 buat Malaysia
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 2:37 AM
@PenTulis, perdana menteri patut upah aku buat karangan ucapan.. huhu.. ape ingat semua perdana menteri ckp spontan camtu je ke? diorang ade teks untuk dibaca.. yg meleret panjang tu baru yg keluar spontan dari akal fikiran diorang.. die baca point2 pastu diorang hurai.. susah jugak jadi perdana menteri ni.. nk berucap pon kene ikut fakta.. tu blom masuk lagi bab tadbir negara..
[Reply]
Suraya reply:
August 30th, 2010 at 12:04 PM
@Anarm: kata nk jd agong..
Jom baca entri terbaru blog Suraya.. Otak Tak Berfungsi Dengan Baik
[Reply]
serius aku cakap, maybe aku kecundang dalam bab pembahagian masa. kadang-kadang aku terlebih bahagi masa kepada dunia blogging. nampaknya aku perlu lebih mendisplinkan diri dalam pembahagian masa. tapi kalau dah tak tahu apa yang aku nak buat, memang aku habiskan masa untuk blogwalking ja. hehe
Jom baca entri terbaru blog mohdisa.. Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 2:39 AM
@mohdisa, aku sendiri pon kantoi kat masa.. kat opis punye liat nk wat keje.. tp bila boss keluar, siap bleh bukak blog, layan tweet.. penyudahnye keje tak siap.. pastu pandai plak bg mcm2 alasan nk tutup kekantoian tu..
HIDUP SEORANG BLOGGER byk mengajar aku menipu.. hahahaha
[Reply]
Sumijelly reply:
August 29th, 2010 at 3:33 AM
@Anarm,
sama la…muahahaha……
kenapakah buat kerja lagi malas dr update blog…muahahaha…
org opis kalu nak tahu sumi malas atau tidak..dia tgk blog..
kalu dh update tu… malas wat kerje la tu…hahahaha
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 3:41 AM
@Sumijelly, wahh.. siap bagi petunjuk malas buat keje.. hehe
[Reply]
mohdisa reply:
August 30th, 2010 at 12:25 AM
@Anarm, tahu takpa, kadang2 terlebih masa dalam blog ni. sampai keje pun tertangguh. aku pun tak faham, maybe minat ni tertumpu pada blog. hehe
Jom baca entri terbaru blog mohdisa.. Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger
[Reply]
kalaulah aku boleh jadi cam justkhai tu kn bez..teramat2 bez..
tp prasaan mls utk menaip tu yg paling kuat dlm diri aku..haha
Jom baca entri terbaru blog haru.. Contest- Menangi Duit Raya Sehingga RM200
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 3:43 AM
@haru, sape2 pon bleh jadi macam justkhai.. khai dah byk kot kongsi tips kt blog die.. ikut je tips2 yg die bagi tu.. mane tau 1 ari nanti justkhai pon bleh kalah.. mane laa tau kan.. huhu..
[Reply]
Huhuhuhu….betul kata Lizz.. entry org lain mcm best jer…
entry sendiri dah ke laut…huhuhuhu
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 3:44 AM
@Sumijelly, ke laut takpe, janji buat.. berenang kt laut pon sodap gak time2 camni..
[Reply]
Sumijelly reply:
August 29th, 2010 at 4:20 AM
@Anarm,
waa.kat mana lak nak cari laut kat KL nie…huhuhuhuhu
[Reply]
ak xde ciri2 yg dinyatakan wpun dhla tjebak lam dunia blo ==”
Jom baca entri terbaru blog orendevil89.. OrenSays- Bila kepercayaan sudah menghilang
[Reply]
Jadilah seorang blogger yang bijak berfikir, mahir dalam menguruskan diri, memiliki komitmen, konsisten dan sentiasa fokus pada tujuan. Dalam hal ini, disiplin diri menjadi kunci penggerak bagi semua elemen tersebut; dan yang paling utama sekali adalah disiplin pada MASA.
sokong 100%
eh, sejak kebelakangan ni aku tgk ko rajin update blog. syabbas..
Jom baca entri terbaru blog luth textile.. Ini bukan kes “cepat melatah”
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 5:57 AM
@luth textile, hahaha.. kurang stress kot skrg ni.. tu pasal la byk bende bleh tulis..
[Reply]
saya hanya blog picisan yg kebudak-budakan..
Jom baca entri terbaru blog apiih.. Hidup Seorang Blogger-Blogger Yang Gila Twitter
[Reply]
salam bro..
entri yang ku nantikan..hehe
apa beza blogger picisan dengan blogger2 ni pulak..
sekadar nama je ke tak pun memang be humble…
Jom baca entri terbaru blog syahrilhafiz.. Semuanya tentang fikir kehadapan
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 11:11 PM
@syahrilhafiz, sekadar humble je kot.. kadang2 terlalu humble pon tak elok jugak..
[Reply]
syahrilhafiz reply:
August 30th, 2010 at 12:02 AM
@Anarm, tak elok asal pulak bro…
kan bagus tu..
aii abang anarm tumpang lalu..hehe
humble la tu kan..
[Reply]
muahaha.. keyword ade yang tak belh blah. hampesh jer… TAG nko tu la..
erm.. bab content blog malas la nak smebang dah. buat la ape deme nak buat.
lepas tu bile tadek orang nak datang blog.. jangan le nak komplen kan? haha
P/S: bukan tak pernah larang.. dah banyak kali dah bagi tau
Jom baca entri terbaru blog Kreuger.. HIDUP SEORANG BLOGGER yang mempunyai jiran kurang akal
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 11:13 PM
@Kreuger, sekadar ikut nasihat hang.. bebaskan diri bermain dengan TAG.. hahaha..
nak blogging betol2, buat cara yg btol2.. ni tak… ade je yg tak kene..
[Reply]
hooooooo ucapan yang memberasangkan weh
pengurusan masa yang bagus. aku pun kene buat pengurusan masa
Jom baca entri terbaru blog tmukmkd.. Hidup Seorang Blogger- Hidup Untuk Memilih
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 11:14 PM
@tmukmkd, setiap org pon kene wat pengurusan masa kot.. 24 jam lebih dr cukup utk kita blogging n buat keje2 luar.. takde alasan nk mengelak..
[Reply]
Bukan senang menjadi seorang blogger…
Memerlukan pengorbanan dan skill yg tertentu..
yang penting ada MINAT..
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 11:15 PM
@aktechpage.com, MINAT tu bende yang paling power.. kalau takde minat, buat ape pon takkan puas hati.. rasa macam terpaksa buat je..
[Reply]
Nice entri bro
lengkap kesemuanya tu
good luck k
Jom baca entri terbaru blog wazy.. 1 Malaysia – Lagu Tema Sambutan Kemerdekaan Ke 53
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 11:18 PM
@wazy, tak lengkap lagi tu.. ade lagi aku nak tambah tapi kang jadi panjang meleret plak entri.. tak best gak kan panjang2..
[Reply]
nak jadi blogger yang kental bukan senang tuh… masa yang ada perlu dimanage sebaiknya… mantap nie bro…
Jom baca entri terbaru blog zik.. Hidup seorang blogger part 2
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 11:19 PM
@zik, btol tu.. kalau kita boleh uruskan masa sebaik2nya, masa yang terluang tu kita bleh buat macam2.. kalau kaki tidur memang takleh watpe la.. huhu
[Reply]
”Blogger yang hebat adalah seorang blogger yang mampu mencipta sesuatu yang berbeza dalam dunia blogging, mampu membuahkan pemikiran yang kreatif dari penulisannya, dan bijak mengatur hidupnya sebagai seorang blogger”.
Salam perkenalan.
Saya suka petikan ayat di atas.
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 11:19 PM
@Hadi Rofiee, terima kasih.. sekadar luahan pandangan je tu.. hehe
[Reply]
aku hanya blogger belakang tadbir…..
Jom baca entri terbaru blog ashraf.. Sampul Duit Raya Berbentuk Wang Kertas
[Reply]
Anarm reply:
August 29th, 2010 at 11:20 PM
@ashraf, belakang tadbir atau belakang tabir? aku dah kompius..
hehe
[Reply]
satu ulasan yang menarik, aku cuba untuk kearah tersebut, tapi kadang2 percubaan untuk mengambil kesempatan dan mendapat trafik juga aku buat seperti berita bonus hari raya.
terpulang pada keadaan masing2
Jom baca entri terbaru blog mijie.. HIDUP SEORANG BLOGGER PART 2
[Reply]
Baru-baru ni baca satu blog, dia mempertikaikan juga cara blogger menulis tips atau panduan,
dia kata – ikut suka hati nak buat blog dengan apa cara sekali pun, tak perlu nk buat ‘ peraturan dan larangan’
bagi kak jie
panduan atau tips adalah untuk orang yang mahu tahu, kalau tak mahu ambil tahu tak perlu tahu. Sudah dikata, orang buat blog dengan berbagai cara, kalau cara mereka dan cara kita berbeza, kita terima saja perbezaan tersebut sebagai kehidupan yang berwarna warni dan tak perlu men’down’kan orang lain.
Kak Jie pun menulis blog tanpa aturan tetap – tulis saja…kadang2 isu serius, kadang2 hal remeh…berblog dengan jiwa
Jom baca entri terbaru blog Kujie.. Kemerdekaan Tanpa Beg Plastik
[Reply]
betul tu.. jadi blogger sejati commitment tu penting…
Jom baca entri terbaru blog jawatan kosong.. The Royale Bintang Kuala Lumpur Jobs as Hotel Trainees
[Reply]
bagi saya agak sukar juga rasanya nak mengasingkan antara alam realiti dan alam maya, saya menulis di blog pun berkisar kehidupan di alam realiti. mungkin saya berblog hanya sekadar memenuhi masa terluang dan agar tidak terasa terlalu jauh ketinggalan dalam arus kehidupan.
Jom baca entri terbaru blog ardzham.. Dagon Design Sitemap Generator
[Reply]
[Reply]