Kisah Anarm dan Webhosting Cubiex

95

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 1 March 2010 { 95 komen }

   

cubiexwebhosting Kisah Anarm dan Webhosting Cubiex

Tadi aku renew domain Anarm.Net ni yang dari dulu sampai sekarang berada di server Cubiex.com. Berkenalan dengan Cubiex ternyata memuaskan hati aku. Walaupun dulu ada sedikit isu berhubung datacenter Anarm.Net yang menyebabkan ramai mengadu cakap blog aku ni susah nak masuk, lambat loading la, slow nak mampos la, Anarm hensem dan sebagainya sebab dok kat datacenter US, tapi berjaya diselesaikan dengan pantas oleh pihak Cubiex (aku tak adu kat Cubiex sebab aku tak reti, tapi diorang usha pulak luahan aku kat blog. Terbaik! Dan aku malu sendiri. Huhuu). Daripada datacenter di US, kini Anarm.Net berada di datacenter Malaysia, tanah air tercinta. Keh3.. Jutaan terima kasih kepada Cubiex.com.

Imbas kembali saat pertama kali aku pasang niat nak gunakan hosting dan domain berbayar. Kebetulan terbaca Cubiex punya thread kat forum Sifoo.com. Time tu pengetahuan aku tentang hosting berbayar boleh dikatakan ZERO! KOSONG! Aku baca thread tu tapi tak faham. Aku tak pernah tau ‘hosting’ dan ‘domain’ tu binatang apa. Nak tanya orang, segan. Bagi aku, kalau nak tanya apa-apa pastikan buat research dulu baru la boleh tanya benda-benda yang kita tak faham. Kalau tanya benda yang kita tak tau langsung, orang terangkan pon dah tentu kita susah nak faham sebab benda baru kan. So, kena la buat research dulu. Sekurang-kurangnya kita ada sedikit ilmu tentang sesuatu benda tu bagi memudahkan kita faham bila orang explain kat kita. (apa aku merepek ayat berbelit-belit ni?)

Domain yang pertama aku langgan (bersama hosting) dengan Cubiex adalah Sagitaurus.com iaitu hasil gabungan zodiak aku dan awek aku, @surayasagi sebab dia suka baca tentang zodiak. Cuba teka zodiak aku apa? Haha.. Time tu, blog aku guna subdomain je. Beberapa bulan kemudian, baru la blog Anarm.Net muncul membuat onar kat dunia blogger yang penuh warna-warni ni. Domain Sagitaurus.com aku serahkan bulat-bulat dengan hakmilik 100% kepada awek aku untuk dia tulis apa-apa yang dia rasa nak tulis, dan nak merepek-repek kat situ.

cubiexhostingplan Kisah Anarm dan Webhosting Cubiex

 
Aku ada beberapa projek (blog) yang menggunakan webhosting lain tapi sekarang ni webhosting tu kerap timbul masalah yang menyakitkan hati. 1st time bermasalah tu ok la. 2nd time pon ok lagi. Masuk kali ketiga dan seterusnya, amarah dah mula naik sampai hujung kepala. Sekarang dah nekad nak berpindah ke webhosting yang stabil. Tapi memandangkan aku tak pernah menggunakan webhosting yang dikatakan bagus oleh beberapa orang blogger terkenal, aku fikir lebih baik aku teruskan setia dengan Cubiex sebab aku dah merasai servis yang Cubiex bagi. Dah malas dah nak layan masalah berkait dengan webhosting. Banyak lagi benda lain aku nak kena buat.

Sekarang ni pon blog projek aku tu masih belum dapat diakses sebab masalah pada server. Harap-harap jangan ada data-data yang terhilang time proses baikpulih tu dah la. Macam blog Tuan Zulseffort, habis entri dan komen kat blog dia dah hilang. Erkkk~ Pengajaran kat situ, rajin-rajin la buat backup ye. Huhuu..

Bila sebut Cubiex, aku rasa mungkin tak ramai yang tau kewujudan webhosting ni. Tak kisah la.. Walau apa pun, bagi aku Cubiex tetap yang terbaik! Siapa nak cuba try test pakai hosting Cubiex, boleh rujuk web rasminya di http://www.cubiex.com.

Kalau korang rasa Cubiex tak best, aku sanggup berdiri pakai tangan, jalan keliling dunia. Boleh aku cipta rekod dunia. Kah kah kah..
 


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

95 komen -- Kisah Anarm dan Webhosting Cubiex

  1. Ideas .Think .Shares
  2. yashygsempoi
  1. pakngah says:

    cubiex hr pertama dh problem..nk dpt akaun baru pon kena tggu smpai 4 hari..lmbat btol la cubiex creat akaun..customer service diorang mmg lambat..

    Reply

  2. geekz36 says:

    cubiex ni smart, tp blog still setahun jagung. trafik pun x ok lg. nnt dah ok blh la guna. =)
    Jom baca entri terbaru blog geekz36.. Promosi! Akaun Hotfile 6 Bulan Rm20 SahajaMy Profile

    Reply

  3. yama says:

    cubiex is the best web hosting.Really helpful and consistent!!Web hosting ni punya customer service memang bagus..apa je persoalan, dpt diselesaikan dan laju.harga reasonable.I akan continue for incoming years.

    Reply

  4. Tok Jogho says:

    Salam Anarm,

    tok sebenarnya dah merantau banyak host dlm M’sia ni – drp Sepaku, Jomhosting, Cubiex sampailah ke Mercumaya, Mesra dan Jomlahost. Baca gak review dlm webhosting review site…mcm2 ada +ve, ada -ve. Last2 tok landing kat tnnhost. xtahu pasal apa, mungkin sbb masa tu tertarik dgn promo 1 price for 2 years, lalu tok belilah yg 3GB pakej dgn harga rm40 utk 2 tahun. So far okaylah! 1 blog tok http://panduanpercuma.info dah hampir masuk 8 bulan – xdak problem, respons agak pantas gak (tok biasa mesej dan ym aje). Bila tok banyak guna resources, dia alih blog tok kat server yang kurang klien dan dia benarkan tok gunakan server resources.

    yg best tu, bila let’s say ada server maintenence nak kena buat buat, dan mungkin makan masa agak lama (1/2 hari atau lebih), tok request utk letakkan blog tok kat server lain, dia org pindahkan- tinggal tok cuma pointkan domain tok kpd Nameserver (ns) yg baru.. boleh katakan realible gaklah so far…tok belanggan 1 lg pakej RM100 utk 100GB (2 tahun gak) – taruk domain tokjogho.com dan 2 addon domain lain. alhamdulillah so far ok lg…sorilah kalu panjang citer nyer..sbb nak citer pengalaman aje…xdak promo2!!
    .-= Post terbaru Tok Jogho di blog beliau.. Susahke Nak Berhenti Merokok? =-.

    Reply

  5. zaryl says:

    sama la kita guna cubiex. mantap! …setakat ni la hehe
    .-= Post terbaru zaryl di blog beliau.. 404 Error Pages, Make It Useful =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @zaryl: pakai cubiex gak ke? huhu.. alhamdulillah server kita takde buat apa2 perangai yg tak diingini.. hehe

    Reply

  6. Nadri says:

    saya baru minggu lepas renew domain [mohdnadri.com] dgn datakl utk tahun ke-2. so far xde major problem dgn datakl..tp downgrade kpd package yg murah sikit psal isi kandungan yg tak terlalu heavy…
    .-= Post terbaru Nadri di blog beliau.. SEMBANG MALAM JUMAAT: Kisah Ulama & Pramugari =-.

    Reply

  7. AyieBlog says:

    salam,anarm ayie ada terpikir nak pakai domain + hostin sendiri anarm rasa hosting or mana2 yang tahu hosting murah,stabil :P bagi tahulah ayie melalui e-mail sabhialif@frenzyfm.my.. :blush:

    Reply

    Anarm reply:

    @AyieBlog: hosting murah? huhu.. fobia aku dgn perkataan tu.. hehe..
    hosting yg stabil ni biasanye tak murah dan tak mahal sgt.. kira semua org mampu milik laa.. tp ade jugak yg mahal tak hingat.. mungkin sbb nk duit wat bayar gaji pekerja..

    setakat ni yg aku nmpk kt blog2, ramai yg rekemen hosting mcm Cubiex (ni aku rekemen), Fivio, Serverfreak, DataKL, Internet-Webhosting, NetKL, Jomhosting, Exabytes, SealServer, Namsahaz.. bleh la cuba2 tgk pakej yg diorang bagi.. pilih la yg mane berkenan.. jgn lupa tanye pendapat blogger2 lain.. :happy:

    Reply

    AyieBlog reply:

    @Anarm, fobia?? adess bukan murah sangatlah kalau dalam RM200 kebawah sekali dengan domain kira oklah anarm,just nak guna untuk paham coding laman + untuk personal berblogging yang merapu dan merabang :) lagi satu anarm kan kalau ayie nak beli domian + hostinglah cara pembayaran banking duit leh ker?? :D,budak baru nak belajar beli domain + hosting :blush:

    Reply

    Anarm reply:

    @AyieBlog: RM200 tu kalau servisnya tip top takpe laa.. hehe.. tp ade je yg lagi murah.. ape2 pon kene survey btol2 dulu seblom langgan.. tanye jugak dgn blogger2 lain yg ni elok ke tak, yg tu elok ke tak.. bg aku, cubiex dh ckup menepati cita rasa aku.. aku bayar dlm RM90 je setahun (hosting+domain)..

    nak langgan hosting bleh je bayar pkai online banking, pkai mesin ATM ke, credit card ke, yg penting pembayaran tu sampai kat akaun pihak hosting provider tu..

    Reply

  8. Richie says:

    den tak pernah lagi beli apa2 drpada Cubiex ni..
    rasa nak try jugak lah.. kau dah try datakl lom?

    Reply

    Anarm reply:

    @Richie: datakl aku tak penah try lagi.. kawan2 ramai gak yg ckp datakl bagus.. mungkin akan datang aku cuba try test.. harap2 tak macam encik paku.. :whistle:

    Reply

    Richie reply:

    @Anarm, haha.. encik paku tu apa? sepaku?

    dataKL mmg terbaik.. aku guna dataKL..

    cuba try test -> tiga2 ni sama maksud.. haha

    Reply

    Anarm reply:

    @Richie: apa lagi kalau bukan encik paku yg tu.. hehe..
    nanti la kalo ade side project2 ape2 ke, aku cuba try test datakl plak..

    Reply

  9. broSKL says:

    blog aku slalu je ada masalah..aku ingt nk pindah server lah.. klo kita tranfer domain ke server lain macam mane ek..? kita kena backup and letak kt server baru sendiri ke camne..?

    Reply

    Anarm reply:

    @broSKL: rasanye hosting provider bleh uruskan proses transfer tu.. cuma utk domain, ko kene bg EPP Code, baru diorang bleh transfer.. kalau tak tau EPP Code, try ko tanye hosting ko pkai skrg..

    Reply

  10. AkuTypo says:

    salam anarm….
    maaf la kalau aku bertanya. Aku baru nak belajar guna WP ni. Ada niat nak guna hosting sendiri. Skrg ni bljr2 guna dgn hosting dan domain percuma je..

    Yang percuma ni ada bandwith 20GB je… diskspace 5632MB je..
    kalau berbayar, plan plg murah akn dapat unlimited diskspace, bandwidth 250GB sebulan, free domain…yg lain mcm biasa.. dpt 20 addon domain, sub-domain 20, 100 email, MySQL 20, cPanel, fantastico, setup free. Hrganya USD35.88 setahun.

    Kalau plan mcm ni, ok tak? Maaf la…aku mmg jahil psl domain dn hosting… pernah beli dulu tapi terkontang mcm tu je… :biggrin: .-= Post terbaru AkuTypo di blog beliau.. Ouch!!!! Sakitnya….!!! =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @AkuTypo: bab harga tu tak tau nk ckp ape sbb harga hosting2 memang lain2.. ada murah ada mahal walaupun specs lebih kurang sama.. bandwidth 20GB dgn space 5GB tu utk permulaan rasanye dh lebih dr cukup.. bg aku, bandwidth lg penting drpd disk space..

    20 addons domain, subdomain, email, mysql, ape sume tu kalo rasa dh mencukupi kehendak, kira ok la.. kena tau gak tentang downtime & uptime bg hosting tu, takut2 nanti web takleh akses je.. sekuriti pon penting, support after sales pon penting jugak.. apa2 hal jgn lupa baca terma syarat hosting tu kot2 ade bende2 yg ko nak tau ke, then bleh cuba contact hosting provider utk tanye direct dgn diorang..

    Reply

  11. Pisyek says:

    oh, cubiex ni feymes weh… adik aku pun tau… hahaha… :biggrin: .-= Post terbaru Pisyek di blog beliau.. Pengklonan menggunakan Photoshop CS3 =-.

    Reply

  12. naz says:

    next step, aku nak try cubiex plak ah. pakej agak mnarik :ninja: .-= Post terbaru naz di blog beliau.. Memperkenalkan : Fuzzey – Gazet Media Sosial Anda =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @naz: selamat mencuba try..

    Reply

  13. Extremist Thinker says:

    utk menjadi beloger ganah… demo keno baco belog kawe. haha!
    .-= Post terbaru Extremist Thinker di blog beliau.. Menjadi Beloger Sukses =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @Extremist Thinker: meme baco pon.. kade2.. hehe

    Reply

  14. kertaz says:

    Klau kdg2 jer ada problem tu biasala.. Nothing is perfect.. Server pun kdg2 kena restart/rehat.. Tapi kalau byk sgt problem mmg aku suggest cabut lari siap2 sbelum data loss.. Aku penah kena sbelum ni.. :pinch: .-= Post terbaru kertaz di blog beliau.. Selamat Tinggal Kucing.. =-.

    Reply

  15. imran says:

    Cubiex ni antara hosting yang saya “usha” semasa di awal pemilihan web hosting. Ternyata hosting “Sepak Aku” mengalami pelbagai komen negatif dari client :lol:

    Reply

  16. JB Cool says:

    oooo… first time dengar cubiex ni. Kitorang pun tengah survey hosting2 provider ni.
    Anyway, kalau dah ok stick to it sahaja. Selagi tak memeningkan tak perlu pindah-pindah.
    .-= Post terbaru JB Cool di blog beliau.. 300 riders competing in 1Malaysia race =-.

    Reply

  17. Amir says:

    aku suka serverfreak… dah 2 blog aku register ngan dorang. mmg terbaikla.. servis tip top. :D
    .-= Post terbaru Amir di blog beliau.. Winter Trip: Kembara di Canberra =-.

    Reply

  18. Mr.kroit says:

    Terbaik Wok teruskan, aku pon nk renewal Domain ngan Hosting ni :lol: .-= Post terbaru Mr.kroit di blog beliau.. Wau TM buat Kejutan =-.

    Reply

  19. Azizwan says:

    pernah terfikir nak menapak kat cubiex ni.. tp bila nengok pakej yg depa tawarkan dengan beberapa blog aku yg dah dipakejkan, takde yg sesuai.. btw, kalau ada blog baru yg aku nak buat nanti, maybe cubiex ni boleh dipertimbangkan utk percubaan. huhu..

    Reply

    Anarm reply:

    @Azizwan: boleh diusulkan kepada pihak yg berkenaan.. hehee

    Reply

  20. Wan Perlis says:

    baru ja sewa domain dan hosting dr fivio.
    lepas ni nak setup wordpress la plak.
    cubiex tu sever kat us ek?
    .-= Post terbaru Wan Perlis di blog beliau.. Lari Ikut Teman Lelaki – Berapa Harga Seorang Wanita? =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @Wan Perlis: server MY.. server US xtau ade lg ke x..

    Reply

  21. Suraya says:

    tak tau nk komen ape.. tak reti bende hosting2 ni.. tau guna wordpress je.. hehe :tongue:
    .-= Post terbaru Suraya di blog beliau.. Dairi seorang lelaki =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @Suraya: hehe.. takpe.. belajar je wordpress tu.. :wub:

    Reply

  22. wazy says:

    laju gak eh load bila dah guna cubiex ni :biggrin: .-= Post terbaru wazy di blog beliau.. Adobe Photoshop CS3 & CS4 Portable =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @wazy: ntah la laju ke idak aku pon tak tau.. tapi aku bukak laju je die load..

    Reply

  23. zik says:

    cubiex.. nie nak bayar pakai debit card boleh???
    .-= Post terbaru zik di blog beliau.. Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @zik: pkai debit card? entah.. tak penah try plak.. bleh kot.. :unsure:

    Reply

  24. kertaz says:

    Setakat ni aku rasa Cubiex ni ok sebab tak banyak problem.. Pasal yang blog ko dekat US datacenter tu aku rasa maybe diorang letak sana sebab server MY dah pack/full kot.. Btw aku tengok pakej diorang pun ok, x nampak macam overselling.. :pinch:

    Reply

    Anarm reply:

    @kertaz: zaman blog ni kat datacenter kat US tu dah lama berlalu.. dulu aku pon tak tau bende2 camtu.. nasib baik korang2 yg dh expert tolong.. huhuu..

    Reply

  25. Nikuve says:

    Bgus la tu mari support bumiputra punya hosting (yg stabil) :)
    .-= Post terbaru Nikuve di blog beliau.. Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @Nikuve: yaa.. support.. support.. hehe :tongue:

    Reply

    Nikuve reply:

    @Anarm, bagus anak ayah sorang ni.. haha.. :biggrin: .-= Post terbaru Nikuve di blog beliau.. Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 =-.

    Reply

  26. yanmie says:

    salam anarm,

    saya masa mula2 guna hosting xtau mana yang ok..men sapu je..hehe pada muka asik down je, sebulan guna x tahan terus tukar ke fivio, guna sampai sekarang…hehee

    pssttt!!! rasanya ramai yg tau hosting mana saya maksudkan :lol: :lol:

    Reply

    Anarm reply:

    @yanmie: bagus la kalau dah ok dah sekarang ni..
    yg penting kita jangan upload bende2 yg dilarang kt hosting.. :wink:

    Reply

  27. zonIRC says:

    sian kat TT, den tak pernah la lagi jadik gitu walaupun dah banyak kali server tu down ahak ahak(visitor tak ramai so x beri effect sgt la ahak). Ade den denga pasal cubiex nie… mungkin akan cuba pula hosting nie kot pada masa akan datang.

    Stakat ni, dah 3 hosting den guna(pertama under reseller-kali pertama guna hosting berbayar so tak tau ape2, x sampai 3 bln akaun si reseller tu kiok so termasuk ngan akaun den kena skali la. Bila minta kebenaran hosting tu utk dapatkan file-file den-masa ni x guna DB semata-mata PHP+file based, tak boleh la pulak sbb security reason T-T… dah la refund takde file pun ilang ahaks sadis)

    Yg 2nd nie murah nyer hosting dan tempatan lagi(bajet nie :P), kerap kali la down dan ade skali tu wordpress den kena hack abih kuar muka tengkorak ngan bendera turki… So skang nie hosting tu just tuk wat backup and tempat belajar apa yg patut ja-abih den install dan uninstall mcm2 :P.

    Yg ke3 nie nampak reliable sket dan yg penting pree :P(sampai bulan 6 nie ja ahaks)

    Tapi tu la kalau x cuba dan x merasa kita tak tau ye dak

    Reply

    Anarm reply:

    @zonIRC: btol tu.. tak cuba sendiri, kita takkan tau hosting tu ok ke tak..
    blog ko kene hack dgn turki ke? hohoo.. penah gak tengok yg tengkorak gambar bendera turki tu..
    blog ko power kot sbb tu diorang try main geli2 skit.. keh3

    Reply

    zonIRC reply:

    @Anarm, hahah power mana bro… blog tu takde pengunjung pun sbb masa tu baru nak test2 mencuba wordpress then terus kena HEK ahak… tp sampai skang x tau camne depa HEK blog tu… masa tu penin pala x tau nak wat ape den uninstall ja WP :) sampai la duk main install uninstall :P

    Reply

  28. Stargone says:

    Cubiex ni biasa jugak aku tengok dipromosikan kat forum forum malaysia terutama forum webmaster. servisnya aku tak tahu sebab tak pernah menggunakannya. Tak kira mana mana webhosting pun yang dilanggan, pastikan ada buat backup sendiri dan tidak bergantung kepada automatic backup oleh server.
    .-= Post terbaru Stargone di blog beliau.. Kadar Cas Baru Hotlink Youth Club =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @Stargone: yup.. aku memang ada buat backup sendiri.. jangan terlalu bergantung dengan server.. diorang ada byk blog nk kene uruskan.. hehe

    Reply

  29. MASOKIS says:

    hmmmm, banyak betul lelongan hosting…
    isk kena buka syarikat host server ni…
    nak kena tempah blade la…. ke3 :ninja: .-= Post terbaru MASOKIS di blog beliau.. Langkah-langkah installasi windows 7 ke dalam komputer =-.

    Reply

  30. syahzul says:

    baru baru ni terjadi masalah pada portal joomla-my.org di mana database kami hilang tanpa kesan huhu.. abis data dari august 2009 sampai february 2010. tu pun nasib baik ada backup kat pc.

    moral of the story: kena backup selalu database tak kira pakai web hosting mana sekali pun (peringatan untuk diri sendiri juga)

    Reply

  31. safar says:

    hosting ada harga murah. namun perkidmatan. amat lemah. ini tak sedap badan ni.
    berat lagi hati memandang. berat pelawat sakit mata. mana blog kamu ni. hehehe………

    setakat cuma ada satu blog ada masalah.yang lain stabil je. tu pun guna baitulbytes.

    Reply

  32. samanosuke_04 says:

    cubiex? hoho, dah banyak webhosting kat m’sia nie senanye.. yang nie aku tak penah dengar.. yang slalu dengar adalah fivio ngan sempoihosting, sepaku gak, netkl.. tue jer…
    .-= Post terbaru samanosuke_04 di blog beliau.. PascaSPM ingin menguasai ‘tudung’ dan ‘pencuci muka’! =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @samanosuke_04: cubiex ni yg aku perasan die byk buka thread kat forum2.. aku langgan dulu pon melalui forum.. dpt free domain sbb time tu ade offer..

    Reply

  33. Fazreen says:

    masalah hosting di Malaysia berada pada tahap tidak memuaskan..

    Reply

    Anarm reply:

    @Fazreen: susah btol nk cari hosting yg sesuai..

    Reply

  34. mrkay says:

    Sebelum ni aku tak penah tau pasal cubiex ni. Tapi beberapa bulan lepas, cubiex atau sesapa cuba untuk spam kat blog aku. Promote hosting dkt ruangan komen blog aku. dah la entry takde kaitan apa2. nampak gila sampah mcm spammer lain. gila tak professional. aku hantar email warning dan komplen, takde sikit pon mintak maaf atau apa2. so pada aku, company yg guna cara sampah untuk promote adalah company yg takkan maju. 1st time aku jumpa company hosting malaysia buat spam macam tu.
    .-= Post terbaru mrkay di blog beliau.. Tips Keselamatan Blog =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @mrkay: huhu.. yg tu aku no komen.. kena pihak yg bertanggungjawab yg setelkan.. aku sebagai pengguna je.. yg penting, takde masalah dekat aku.. :happy:

    Reply

  35. apiih says:

    ajar kawe tukar hosting..xpndai..cubiex brape klu tukar???tweetz kawe..tkt kawe x prase komen kat sni..huhuhu
    .-= Post terbaru apiih di blog beliau.. Perjalanan Hidup Sebuah Laman Bergelar FaceBook =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @apiih: kawe pon x pasti.. 1st time nok tukar ni.. keno contact cubiex dulu la tanyo apo2 yg patut.. huhu

    Reply

  36. wniizzati says:

    anarm, pakai backup plugin wordpress
    .-= Post terbaru wniizzati di blog beliau.. wniizzati: Kisah ati n Google :D RT @anarmnetwork: Kisah Anarm dan Webhosting Cubiex http://goo.gl/XzkS =-.

    Reply

  37. InfoPerisian says:

    infoperisian.com turut menyokong penggunaan cubiex hosting…hosting mampu milik kelas sederhana.
    .-= Post terbaru InfoPerisian di blog beliau.. My Diary v4.5 =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @InfoPerisian: blog infoperisian pon under cubiex gak ke? huhuu.. :w00t:

    Reply

  38. Frantz-Senpai says:

    dulu aku pun pernah gak pakai hosting murahan lagi bangang.. pastu dengan nekad yang ada pada diri aku, aku terus maju dan beralih kepada fivio kerana “terbaca” promosi kat blog roslan nazri~

    Reply

    Anarm reply:

    @Frantz-Senpai: aku pon ada fikir nk pindahkan blog kt hosting bangang tu ke fivio.. tp ada terbaca tentang masalah apa ntah, kat twitter.. lupa plak aku.. last2, amik keputusan nanti nk pindah ke cubiex jela.. setakat ni takde sebarang masalah..

    Reply

    Frantz-Senpai reply:

    @Anarm: alhamdulillah, sodap btol park bawah fivio.. sblom aku beli, aku tepon dulu bro fadhlullah (fivio admin), cakap dulu, borak2 dulu.. aku cakap la aku nie nak migrate, pastuh dapat satu lagi promotion..

    aku dpt migrate free ke fivio.. just bayar domain je RM20.. nasihat aku, tepon dulu, konfemkan dulu baru beli..
    .-= Post terbaru Frantz-Senpai di blog beliau.. MyBB ease of use =-.

    Reply

  39. MrRollies says:

    hmm…
    cam best je :p

    Reply

    Anarm reply:

    @MrRollies: ape yg cam best tu?

    Reply

  40. zaiMi says:

    aku jugak yang merana tak sudah. haha

    Reply

    Anarm reply:

    @zaiMi: ko pon pkai sepaku gak ke? jom la berpindah.. huhuu

    Reply

    zaiMi reply:

    @Anarm, terpikir gak nak pindah. tapi bila baca blog orang lain yang ada masalah masa pindah hosting macam seram pun ada.

    Reply

    Anarm reply:

    @zaiMi: kalau buat dengan betol, takde masalah kot.. mintak tolong hosting provider buatkan la.

    Reply

    pakeri reply:

    @zaiMi, xsusah la wei,aku buat senang giler.xsampai 3 jam da siap da..dulu aku pungune sepaku gak.tapi
    selalu down.tu yang aku terus tukar ke DataKL..
    kalau kau nak tukar hosting ckpla kat aku.aku leh guide kan..
    kau tukar hosting je.domain stay je kat sepaku.Orang Datakl ckp ok je klu buat cmtu.
    tukar hosting rm70 je,xde mahal sgt,tp berbaloi ooo :biggrin:

    Reply

  41. oh!dawie says:

    aku pon guna sepaku gk..hehe..seb bek komen jer ilang..sbb aku jrg update blog..aku dh gune plugins utk spam tu..tp br install arini..xtau pe respons nye..

    Reply

    Anarm reply:

    @oh!dawie: nnt aku nk pindah ke cubiex.. dh habis sabar dah dok tahan krenah hosting mcm tu..

    Reply

    oh!dawie reply:

    @Anarm, ko gune hosting sepaku utk domain mane ek?
    .-= Post terbaru oh!dawie di blog beliau.. Ada apa dengan Coke ?? =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @oh!dawie: domain dirahsiakan.. hahaha

    Reply

  42. Kujie says:

    kak jie pn baru tau gak gusip org lelaki nie..hehehe
    kejap lagi habislah sekg tau..makcik2 dah dtg :p

    mula2 blog sama juga, guna webhosting yg entah apa2..down manjang
    6 bulan je bertahan terus tukar serverfreak sampai la ni
    dah dpt komisen pn
    .-= Post terbaru Kujie di blog beliau.. Pening – Loya – Mabuk – Muntah =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @Kujie: bestnye dpt komisen.. hehe..

    hosting ni 1st time beli time baru2 nak belajar selok belok blog.. nasib baik tak tersalah pilih..
    kira ok jugak la hosting ni.. cuma hosting yg ‘tu’ je bermasalah skit.. niatnye nak try servis dr hosting lain,
    tp servis macam tu pulak yg ‘hosting’ tu bagi.. dh amik keputusan, nk transfer ke hosting yg pkai ni..
    under one roof, senang nk manage.. :tongue:

    Reply

  43. Daus says:

    la… baru aku tau bro dgn kak Surayasagi tu couple… haha… padahal tiap2 ari bro tweet sdg dating dgn surayasagi… erk!… komen tiada kaitan dgn entri, hehe… aku tak pakai WP, sbb tu x tau menahu sangat… :happy: .-= Post terbaru Daus di blog beliau.. Lock Folder Tanpa Menggunakan Sebarang Software =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @Daus: hahaha.. bleh plak ko baru tau.. ko jgn kacau dah la.. aku tumbuk lutut ko kang.. hak3.. :lol:

    Reply

    Daus reply:

    @Anarm,
    Sumpah tak kacau… hancur pulak lutut aku nanti… :devil: .-= Post terbaru Daus di blog beliau.. Lock Folder Tanpa Menggunakan Sebarang Software =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @Daus: hahaha :lol:

    Reply

    x-po reply:

    @Anarm, kawe baru tahu gok..hahaha
    .-= Post terbaru x-po di blog beliau.. TAK MELUAT KE DENGAN JURUJUAL JALANAN? =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @x-po: dan dan baru tau.. chait~ haha..

    Reply

    eiyda reply:

    @Anarm, la…i pon br tau..hahhah ;p
    owang xgune WP so xtau..owang gn blogspot yang pree jek..hahah laju gak pe nk bukak..wakakak ;p :lol: .-= Post terbaru eiyda di blog beliau.. eiyDa:: Berurusan dengan lelaki buat anemia i hilang:: =-.

    Reply

  44. izzat aziz says:

    aku tak de mslh dengan hosting sekarang, tapi dia just trima kad kredit ataupun paypal je.. kad debit aku ada problem… tak terbayar lah nampak gayanya.. mati aku.. :cwy: .-= Post terbaru izzat aziz di blog beliau.. 10 Cara Mudah Untuk Hilangkan Gemuruh =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @izzat aziz: mintak pinjam kad debit/paypal org lain takleh ke? pastu ko bayar la balik kat org tu.. hehe :tongue:

    Reply

  45. zuls says:

    terima kasih bagi ‘pautan kasih-sayang’ – memang pengajaran lah..

    1. selalu backup blog
    2. tukar hosting yang lagi stabil

    haha.. betul anarm.net di dah makin laju untuk akses. barulah aku selesa untuk mengomen. :D
    .-= Post terbaru zuls di blog beliau.. Hosting sepaku problem, Komen dan Post hilang =-.

    Reply

    Anarm reply:

    @zuls: ‘pautan kasih-sayang’? lain mcm je.. hahaha..
    aku rasa blog aku ni dah abis laju dah.. tapi ada jugak yang cakap slow lagi.. intenet diorang kot yg slow.. haisshh~

    Reply

    ariff reply:

    @zuls, dulu ko pakai hosting apa?
    seram gak. Aku ni malas backup2
    .-= Post terbaru ariff di blog beliau.. Hi U.. Bleh kenal? :D =-.

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 115.135.72.104

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv