Denaihati.com

Program Qorban dan Aqiqah di Kemboja

Kesatria Poyos: Game Facebook buatan Malaysia

48

                     

Kesatria Poyos - Game Facebook buatan Malaysia

Semalam inbox email Anarm.Net telah didatangi sepucuk email daripada seorang otai Kesatria bergelar Atok Nujum yang menyatakan hasratnya untuk rekrut orang-orang baru dan ingin menurunkan ilmunya supaya lebih ramai menjadi sepertinya, seorang Kesatria Poyos. Apekejadah Kesatria Poyos tu? Haa.. Meh sini nak cerita. Anggap la cerita ni daripada seorang Atok Nujum kepada cucu-cucunya..

Kesatria Poyos merupakan sebuah permainan/game di laman sosial Facebook yang kini semakin terkenal dan digilai ramai terutamanya oleh penggemar game di Facebook. Game yang bercorak lawan-lawan ni membolehkan kita menjadi karakter (hero) bermula sebagai hulubalang biasa dan seterusnya ke arah seorang Kesatria yang gagah berani lagi poyo! Lebih kurang macam hulubalang istana la kot. Apa yang menariknya, game ni adalah 100% buatan anak Malaysia iaitu oleh Atok Nujum sendiri dan 100% menggunakan Bahasa Melayu! Menarik bukan? Bukan senang nak jumpa game kat Facebook hasil sentuhan kreatif anak Malaysia. Untuk berkenal-kenalan dengan Atok Nujum korang boleh masuk ke laman Facebook beliau di facebook.com/atokpoyogiler. Tabik spring toing toing kepada Atok Nujum sebab berjaya hasilkan sebuah game yang menarik.

Di bawah ni aku ada buat beberapa screenshot daripada akaun Kesatria Poyos aku, nak tunjukkan yang aku sendiri pon dah melekat 24 jam depan laptop melayan game Kesatria Poyos ni. Best giler.. Tak pernah lagi aku mengadap game Facebook sampai macam ni. Tengah buat kerja pun sempat lagi main game. Hehe..

Anarm Si Kesatria Poyos
Menunjukkan statistik bagi karakter yang korang mainkan (jumlah duit yang dicuri, kesihatan, tenaga)

Setiap kali sebelum atau selepas berlawan, korang dapat tengok statistik yang akan dipaparkan. Duit tu adalah duit yang korang rampas daripada musuh yang korang berjaya kalahkan. Boleh digunakan beli barang-barang keperluan untuk berlawan, makanan, ubat, dan lain-lain. Kalau korang kalah, duit korang pulak kena rampas. So, simpanlah dalam bank untuk mengelakkan kecurian. Permata boleh digunakan untuk tambah poin bagi karakter korang, ditukarkan dengan duit, dan sebagainya.

Tutorial Kesatria Poyos
Tutorial ringkas game Kesatria Poyos

Tutorial ringkas ada disediakan di laman Kesatria Poyos tu. Just klik-klik je. Atok Nujum juga ada sediakan laman khas untuk segala tips, strategi, panduan cheat code di blog Empayar Poyos: http://empayar-poyos.com/

Misi Kesatria Poyos
Misi yang perlu diselesaikan dalam game Kesatria Poyos

Dalam setiap game mesti ada misinya yang tersendiri. Begitu juga dengan game Kesatria Poyos ni. Bukan ‘misi’ kat hospital tu. Kang kena cucuk kat bontot baru korang tau. Haha.. Misi tu kira macam pengembaraan yang korang perlu lalui. Misi tu akan keluar mengikut tahap karakter korang. Semakin tinggi tahap karakter korang, semakin rumit dan sukar la misi dia. Macam tak biasa pulak. Dah hebat takkan nak lawan yang lemah kot. Buat malu je. Hehe..

Review/testimonial mengenai Kesatria Poyos:

“Pada mula nyer aku x brminat sangat nak main game poyos nie.. sbb bgi aku susuh giler.. nasib baik ler si fendy mato ijo tu yang ajar.. tq bro.. saat nie aku dah kira ok masuk tahap 14.. dan kini aku jadi sorang mat gian dlm game ni.. game ni poyos giler.. aku suke aku suke.. tahniah pada pencipta dan pengasas game ni.. mertabatkanlah bahasa melayu dalam menuju arah kemodenan..”

oleh: Mans Ihum

“Setelah aku menjoinkan diri dalam game Kesatria Poyos ini baru aku sedar bahawa aku sorang yang sungguh bergaya apatah lagi hebat belaka.. disebabkan kesatria Poyos ini telah mempoyoskan aku, aku telah dikenali oleh ramai gadis-gadis.. hal ini menyebabkan tok nujum mahupun persatuan2 tok-tok sedunia mencemburui kehebatan Kesatria Poyos aku.. aku tidak minta semua ini terjadi.. dengan berbekalkan bala tentera siput sedut sebanyak 1gig, aku menyeru bahawa menjoinkan la diri dalam game “KESATRIA POYOS” ini, jangan biarkan profile anda tidak mempunyai Kesatria Poyos.. Time kasehhh..”

oleh: Azman Hisyam

“Kesatria Poyos ini suatu permainan berbahasa melayu yang sangat seronok. Sesuai untuk semua umur dan lapisan masyarakat. LoL. Aku sangat berbangga kerana Malaysia mempunyai game yang sebegini rupanya. Dalam game nie ada banyak elemen yang dicampurkan seperti cabaran, lawak dan kerjasama..”

oleh: Alip Aieman

Ada banyak lagi sebenarnya testimonial para pemain yang Atok Nujum forward kat aku. Tapi 3 ni je aku masukkan kat sini. Kalau nak tau, korang try la sendiri main game ni. Baru la rasa kehebatan game Kesatria Poyos. Nak tergelak pun ada baca ayat-ayat yang Atok Nujum masukkan dalam game tu. Memang poyo giler. Haha.. Selain blog Anarm.Net ni, ada lagi beberapa blog lain yang review tentang game Kesatria Poyos. Boleh la melawat ke blog-blog berikut:

  • Kujie2.com – Empayar Kesatria Poyos Menguasai Facebook
  • DenaiHati.com – Review Game Facebook Melayu: Kesatria Poyos
  • Myjazmanie.com – Kesatria Poyos: Game Facebook Berbahasa Melayu
  • Topotato.com – Sertai Topo berpetualang di Kesatria Poyos
  • JejakTrend.com – Game Bahasa Melayu facebook, Kesatria Poyos
  • BeliaMuda.com – Menjadi Poyo Dengan Kesatria Poyos

Ringkasan mengenai Kesatria Poyos:

  • Game ni dicipta oleh Atok Nujum.. Layari http://www.facebook.com/atokpoyogiler
  • Link nak main game ni.. layari http://apps.facebook.com/kesatria-poyos
  • Korang boleh join sebagai Fan/Member di http://www.facebook.com/KesatriaPoyos
  • Engine game ni similar to Mafia Wars
  • Ramai gamers yang saling membantu, walaupun selalu saling menyerang antara satu sama lain
  • Peraduan-peraduan unik disediakan untuk pemain dengan ganjaran hadiah yang misteri
  • Tips, strategi dan pengumuman penting mengenai game disediakan di blog Empayar Poyos.. Layari http://empayar-poyos.com
  • Juga dimain oleh seorang selebriti terkenal Malaysia, Farid Kamil!! Layari http://empayar-poyos.com/farid-kamil-pun-main-kesatria-poyos/
  • Jom join geng aku. Meh klik sini meh: http://apps.facebook.com/kesatria-poyos/invitations/6893-9b18e9?reference=invite_link

 
Pesanan dari Anarm.Net:
Setiap game boleh melalaikan kita. Oleh itu, pandai-pandai la kawal diri kita daripada ketagih bermain game. Jangan sampai terabai tanggungjawab kita yang lain terutamanya Solat (bagi yang beragama Islam), dan jangan sampai mengganggu pelajaran atau pekerjaan kita seharian. Gunakan masa yang ada sebaik-baiknya. Masa tu kan ibarat emas. Rugi kalau dibazirkan macam tu je. Ada masa terluang baru la boleh nak berhibur main game Kesatria Poyos ni ke, main apa-apa ke.

So.. Apa lagi? Jom seraaannggg!! Kesatria Poyos aku dah level 7 (ketika entri ni ditulis) dan akan meningkat dari masa ke semasa. Jaga duit korang kalau nak selamat. Hahaha..
 


                 


Entri Lain Yang Menarik:


Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Google Keywords: , , , , , , , ,

 


Pengiklanan
Insentif Tunai DenaiHati.com Cetusan Suara ServerFreak Web Hosting world dream cars from various model

Tips Mudah Lulus Pinjaman

Dropbox

Tinggalkan komen anda

48 komen diterima bagi entri “Kesatria Poyos: Game Facebook buatan Malaysia”

Trackbacks & Pingbacks

  1. Review Kesatria Poyos : EMPAYAR POYOS
  1. apiih says:

    aku join game nih kalau x silap bulan lepas la..sekrng baru berada lam tahao ke-2..uhuhuhu..aku lagi suke men gem nih dari mafia wars,sebab gem nie original dari Malaysia.support apps dari orang kite..ahahaha :ninja: .-= Post terbaru apiih di blog beliau.. Twitter Didalam Realiti-Show =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @apiih: yeahh.. mafia wars aku penah main.. tak paham.. kesatria poyos ni lagi best.. senang paham.. aku suke serang org.. pastu curik duit die.. hahaha..

    [Reply]

  2. Kujie says:

    Kak Jie main juga – tp guna akaun FB anak ..hehehe
    akaun kak jie dummy akaun…kosong tak aktif
    hanya utk reg GB
    .-= Post terbaru Kujie di blog beliau.. Tolonglah Kawan Aku Ingin Tidur Lena =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Kujie: kakjie dah level berape dah? meh nak serang.. hehe..

    [Reply]

  3. nizam6281 says:

    woaaahh
    da banyak aku tengok orang review pasal ni
    macam best jek
    alahai kena study dulu nanti addict

    [Reply]

    Anarm reply:

    @nizam6281: study dulu.. dah free nanti baru bleh berfoya-foya..

    [Reply]

  4. etomyam says:

    aku baru nak coba…pasal aku tahu kalau aku main game memang lupa habis sekeliling..tu yg beringat sikit tu
    .-= Post terbaru etomyam di blog beliau.. Me And My Boss…What To Do Maa! =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @etomyam: aku dah giler dok mengadap bende tu dah.. adehh..

    [Reply]

  5. syin says:

    aku baru tahu mende ni dair ieyra…haha..ajk masuk team dia….tak faham mana gak aku…setakat ni tak berminat lagi utk mencubanya…
    .-= Post terbaru syin di blog beliau.. 01 April 2010 =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @syin: kalau contest mesti ko berminat.. ade hadiah menarik tuu.. contest bagi nama karakter dalam Kesatria Poyos..

    [Reply]

  6. Wan Perlis says:

    byk blogger review pasal ni
    mmg game kadang2 melalaikan. sanggup tak makan

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Wan Perlis: review ni permintaan daripada Atok Nujum.. oleh sebab aku dah terlayan game tu, sebab tu aku buat review ni.. hehe..

    [Reply]

  7. yash says:

    kenapa mcm x terasa nak main?
    mcm x minat.. hu3 T__T
    tapi tgk mcm besh aduh! kang aku gian mcm main
    restaurant city dulu2.. tanak aa.. huk3
    .-= Post terbaru yash di blog beliau.. Shotcut Aplikasi Pilihan =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @yash: sebab tu aku tulis “pandai-pandai la kawal diri kita daripada ketagih bermain game”.. aku sendiri pon dah ketagih main game ni.. hahaha..

    [Reply]

  8. mohzam says:

    Aku peminat Mafia War dan rasanya akan menjadi salah satu Kasatria Poyos pulak..tungguuuuu kehadiran aku

    [Reply]

    Anarm reply:

    @mohzam: haa.. bagus2.. nanti join team aku.. senang skit aku nak serang ko.. kah3

    [Reply]

  9. hydir says:

    nanti di survey … hoho
    .-= Post terbaru hydir di blog beliau.. Liga Juara-Juara: Messi benam Arsenal dengan 4 gol, Inter mara ke separuh akhir =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @hydir: buat bancian dulu ke? hehe..

    [Reply]

  10. Piston Pecah says:

    dah macam mafia wars ek..dah tak main da..haha
    aku dah join team ko dalam kesatria poyo…
    .-= Post terbaru Piston Pecah di blog beliau.. Drama K.I.T.A Carefree selepas berakhirnya Awan Dania =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Piston Pecah: macam mafia wars gak laa.. cuma yg ni versi melayu.. mafia takde.. hulubalang je..

    [Reply]

  11. mohdisa says:

    hoho, dah lama ko main yerk
    dah tahap 7 tu
    aku baru tahap 2
    tu pun terkial-kial
    ades
    .-= Post terbaru mohdisa di blog beliau.. Mari Bermain Facebook Games Kesatria Poyos =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @mohdisa: aku pon baru je main game ni.. sampai level 7 tu sebab mengadap 24 jam.. hahaha..

    [Reply]

    mohdisa reply:

    @Anarm, haha, aku pening nak mencari gergaji waja…mana nak dapat yerk..cam mana nak lengkap misi aku kalau takda benda tu..cuba ko hadiahkan tuk aku. hehe

    [Reply]

    Anarm reply:

    @mohdisa: gergaji waja? aku sendiri pon takde camne nak hadiah kat ko.. haha

    [Reply]

    Atok Nujum reply:

    @mohdisa, bukan gergaji la, ko ingat nak potong kayu balak ker ahaks! Gegari la… ko kena habiskan misi Sentori Bermaharajalela dulu, lepas habis misi tu ko akan dapat Gegari Waja, lepas tu baru ko wat misi yang ko sangkut tu…
    .-= Post terbaru Atok Nujum di blog beliau.. Wasiat Palsu Syeckh Achmad dari Nabawi =-.

    [Reply]

    mohdisa reply:

    @Atok Nujum, oic…camtu yerk…ok2…susah gak nak abiskan misi ni. haha
    .-= Post terbaru mohdisa di blog beliau.. Slot Akasia TV3 Adamaya =-.

    [Reply]

  12. eiyda says:

    oo br tau ekceli..bile si apiih add tadik..huhu..xterasa cam nk men gaks..sebb owang xsuke game2 cam ni..cam komplikated jek..huhu..games masak2 lg best..hek3 =p

    [Reply]

    Anarm reply:

    @eiyda: tak complikated pon.. nampak je camtu.. game2 facebook yg lain rasanye lagi complikated..
    contoh: farmville <— sampai sekarang tak paham2 cara main..

    [Reply]

    eiyda reply:

    @Anarm, farmvile la best..hahaha
    .-= Post terbaru eiyda di blog beliau.. eiyDa:: Masa makin cepat berlalu, banyak perkara yang belum tercapai:: =-.

    [Reply]

  13. zaiMi says:

    aku baru start main semalam dulu. skang ni baru level 2. overall game dia memang best. terutama ayat-ayat poyo yang tak boleh blah. ayat pertama yang buat aku gelak tak ingat yang “serang dan jemput”. dah serang jemput pulak orang tu join kita. poyo gila. hahaha
    .-= Post terbaru zaiMi di blog beliau.. 6 Ciri-Ciri Blogger Poyo =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @zaiMi: lepas dah menang, berlagak la tu.. hahaha..

    [Reply]

  14. MrRollies says:

    esok2 aku try T.T
    .-= Post terbaru MrRollies di blog beliau.. Tips Ketatkan Keselamatan Blog WordPress =-.

    [Reply]

  15. x-po says:

    dale fb, kawe just masuk game hok contest jah, hok blh hadioh..hahaha

    [Reply]

  16. mohzam says:

    Aku baru aje main tak sampai 5 minit dah tahap 5..poyossss lah

    [Reply]

    Anarm reply:

    @mohzam: hebat giler.. 5 minit terus level 5.. huhuu

    [Reply]

    Mohzam reply:

    @Anarm, : itu yang buat aku tak faham sebenonya.. pada aku atok nujum kena perbaiki lagi persembahan game
    dari segala segi…kalau dibuat perbandingan dengan Mafia atau mobster..hmmm aku tak nak bandingkan lah

    [Reply]

    Atok Nujum reply:

    @Mohzam, iya… memang banyak kelemahan… masih banyak kena belajar… nanti kalau ko dah tahap 20 ke atas baru kau tau seminggu nak siapkan misi rasakan ahaks!
    .-= Post terbaru Atok Nujum di blog beliau.. Hadiah Ganda Sepuluh Kesatria Poyos! =-.

    [Reply]

  17. luth textile says:

    peeeewit.t.. malaysia boleh!
    tu je aku nak komen.. nak maen game ni mmg aku tak main la..
    takdak masa :P
    .-= Post terbaru luth textile di blog beliau.. 4 Perkara yang perlu dielakkan ketika blogging =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @luth textile: org sibuk la katakan.. memang takde masa.. aku pon main game ni sambil2 wat keje.. haha..

    [Reply]

  18. Amir says:

    tak minat dah main game fb ni anarm. game ni mcm mafia wars kan. aku muak dah. haha…
    .-= Post terbaru Amir di blog beliau.. Populariti Murahan Rafiqin Darwisy =-.

    [Reply]

  19. Azizuan says:

    penat woh nak leveling..sekali attack dapat 1 experience ja
    nak pulak tenet lembab..haishh..haha
    .-= Post terbaru Azizuan di blog beliau.. Facebook : Perlumbaan Negeri Manakah Mendapat 100,000 Fans Dulu =-.

    [Reply]

  20. syahirul says:

    erm aku tak tahu la nape ngan diri aku ni.. bila sebut game aje aku terus jadi mls… aku takleh jadi seorang yg addicted to game.. jadi ksimpulannya, betapa hebat game pon akan dtg, ia tak kan pengaruhi aku.. hehehe.. so menda poyo ni pon takkan dimain.. sekian harap maklong!
    .-= Post terbaru syahirul di blog beliau.. Hadiah untuk diri sendiri =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @syahirul: tu maknanye ko kurang berminat dengan games.. huhu.. ada org minat main game, ade jugak yg tak minat.. macam aku ni, bagi je game ape pon, sume aku layan.. game yg tak best aku main kejap jela.. yg betol2 best baru aku layan banyak kali.. bila main game, tak kira la game ape pon, aku lebih tumpu pada grafik2 dalam game tu.. paham2 jela budak grafik camne.. dalam kepala otak sume nak bende2 yang bergrafik je.. keh3..

    [Reply]

    syahirul reply:

    @Anarm, owh kira dah sebati ngan keje la game ni.. takpe2 ada kaitan.. kos mcm aku ada kaitan ape ngan game apatah lagi ngan komputer? hahahahha :biggrin: .-= Post terbaru syahirul di blog beliau.. Hadiah untuk diri sendiri =-.

    [Reply]

  21. MASOKIS says:

    ooo.. bakpe plok pkai nama poyo..
    pakai la nama boyo.. hek3 :cool: .-= Post terbaru MASOKIS di blog beliau.. Microsoft Office 2007 All Edition =-.

    [Reply]

  22. wazy says:

    Game ni paling best ,walaupun poyo aku tetap layan gak,ye la kan ala mafia wars tu,seronok woo layan
    .-= Post terbaru wazy di blog beliau.. Comment on Convert Genius v3.0 Release by wazy =-.

    [Reply]

  23. makcik pink says:

    waa…. macam best jerk…. sat g aku nak cuba main la pulok… mana tau bule kalahkan atok poy.. :angel:

    [Reply]

  24. Review Kesatria Poyos : EMPAYAR POYOS says:

    [...] Anarm.net [...]

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. Anda dilarang sama sekali masukkan link/permalink di bahagian komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-delete serta merta.

IP anda telah direkodkan : 38.107.179.216