Kertas Iklan Rosakkan Cermin Kereta

Sakit hati betul rasanya waktu balik kerja semalam bila tengok cermin kereta kotor teruk akibat flyer atau kertas iklan yang diletak di cermin depan kereta.

Diorang ni tak reti nak berfikir ke apa? Atau akal fikiran tu dah berpindah pergi ke tumit kaki? Ada ke diletaknya kertas iklan kat cermin kereta. Dah la petang tu hujan. Kertas iklan basah, memang teruk habis melekat sisa kertas kat cermin depan kereta aku.

flyer iklan cavenzi rosakkan cermin kereta

Aku tak kisah korang nak edar flyer ke apa ke untuk iklan tapi agak-agak la sampai bertindak selit kertas iklan tu kat wiper kereta. Comot dah cermin kereta aku.

Bukan setakat cermin je tapi wiper pun kena sekali. Macam ni boleh rosak wiper kereta aku. Hadoiiii.. Bodo betul. Sebelum ni pun ada juga kertas iklan yang jenis guna gam. Yang tu lagi bangang.

Kertas Iklan Tinggal Kesan Kotor Pada Cermin Kereta

Marah punya pasal aku terlupa nak ambil gambar lepas aku cabut kertas iklan Cavenzi tu. Memang banyak gila melekat sisa kertas putih-putih kat cermin kereta time tu.

Dah la susah nak hilangkan sampai mengganggu penglihatan aku semasa drive. Kereta-kereta lain yang parking depan ofis aku pun kena jugak.

Sampai rumah semalam aku cuba hilangkan kesan kertas yang melekat kat cermin kereta aku tapi masih ada yang tak tertanggal. Rasanya nak kena tuntut ganti rugi dengan Cavenzi.

Iklan Online di Internet

Zaman sekarang ni iklan banyak dah guna cara online. Guna internet.

Flyer atau segala macam jenis kertas iklan tu dah tak berapa memberi kesan sangat. Orang tengok sekejap je lepas tu buang sebab kebanyakannya adalah iklan yang merepek – iklan pinjam wang along, iklan ‘ubat kuat’, iklan mintak balik hutang cara halus, iklan tikam nombor ekor mintak nombor dengan sami siam, dan macam-macam lagilah.

Cuba tukar cara beriklan guna internet. Orang tengok pun tak sakit hati. Kalau iklan tu merepek boleh terus tekan pangkah kat browser. Bumi pun tak tercemar dengan sampah sarap kertas.

Beriklan lah secara berhemah. Jangan sampai menyusahkan orang lain. Ada akal fikiran, guna. Bukan diletak kat tumit kaki…

22 Comments

  1. Saya pernah kena juga.. Dbkl selit surat saman di wiper,habis jahanam.. Memang tak patut depa buat macam ni.. Kalau nak saman pun,samanlah secara online..

  2. kalau saman? iskh ape la mereka ni.. ada akai ke takde akai… hope lepas ni mereka lebihkan berfikir skit

  3. Sampai guna gam lekat iklan..ini..tak..tak..bole ni bro..di Sabah dorang tak berani buat gitu,cuma letak/sisip di cermin atau di wiper jer….

  4. betul tu bro..save the tree..ko saman balik awek seksi yang letak kertas tu..mintak dia cuci kereta skali..haha..kikis guna pisau la bro..tapi jangan tekan kuat..slow2 je.

  5. Kalau dah macam ini apalah boleh dikata,dalam hati kecil hanya boleh berkata mereka ini sedang mencari “makan”

  6. saya pernah kena begini…iklan ‘along’ melekat kat cermin keter bila hujan sampaikan my hubby tanya kenapa cermin keter macam tu…geram betul…sekarang kalau saya tengok iklan kat wiper cermin keter, saya dah buangkan sambil dalam hati marah…..geram betulll…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *