Seminar Buat Duit dengan Blog

Kenapa Benci Hari Isnin?

12

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 9 July 2012 { 12 komen }

   

monday blues Kenapa Benci Hari Isnin?

Kenapa benci hari Isnin? Setiap kali tiba hari Isnin mesti dapat tengok ramai yang mengeluh dan merungut sebab “Monday Blues” kononnya. Aku tak tahu dari mana datangnya istilah “Monday Blues” tu yang menunjukkan kelesuan dan kemalasan kita untuk memulakan sebarang tugas atau kerja pada hari Isnin iaitu hari pertama setiap minggu. Sampai ada yang update status di Facebook dan Twitter minta ‘dilenyapkan’ hari Isnin. Wahh! Permintaan yang aku rasa tersangatlah BANGANG!

Allah telah menjadikan masa dalam seminggu ada 7 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam setiap hari tu ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam yang menjadi ingatan sepanjang zaman. Contoh peristiwa yang berlaku pada hari Isnin (yang dibenci oleh sesetengah orang) ialah hari Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan, hari Nabi Muhammad s.a.w. wafat, hari malaikat Jibril turun menemui Rasulullah s.a.w. buat kali pertama, bukti keesaan Allah diturunkan “Qul huwallahu ahad”, dan lain-lain. Kita pulak senang-senang minta ‘lenyapkan’ hari Isnin??

Tak terfikirkah kita masa sebanyak 7 hari tu Allah dah sediakan untuk kita buat amal ibadah tapi kita minta nak kurangkan masa. Rasa dah cukup ke bekalan untuk bawa ke akhirat? Kenapa tak minta kurangkan nyawa je? Mesti tak nak kan?

puasa isnin khamis Kenapa Benci Hari Isnin?

Hari Isnin juga sangat sesuai untuk kita berpuasa sunat. Menjadi amalan Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari Isnin, dan hari Khamis. Kalau ‘dilenyapkan’ hari Isnin macam mana kita nak dapatkan keberkatan berpuasa sunat pada 2 hari tu? Takkan nak pahala untuk puasa sunat hari Khamis je? Pahala puasa hari Isnin taknak? Hebak mu! Sebagai umat Islam, kita digalakkan berpuasa pada hari Isnin dan hari Khamis sebagaimana Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

Abi Qatadah juga menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab,

Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Kenapa orang benci hari Isnin sekarang ni sebab pada hari Isnin semua kena mula bangun pagi untuk ke pejabat atau sekolah, mula buat kerja, siapkan tugasan dan sebagainya sedangkan fizikal dan mental masing-masing masih belum puas bercuti pada hari Sabtu dan Ahad. Betul tak? Mungkin kita lupa bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan atas muka bumi ni dikira sebagai ibadah. Buat kerja-kerja kat ofis tu juga satu ibadah. Bangun pergi sekolah untuk belajar pun satu ibadah.

So, tak perlulah nak bermalas-malas atau nak “Monday Blues” sangat pada hari Isnin. Buat kerja dan tanggungjawab tu macam biasa lagi bagus daripada kita buang masa pada hari Isnin tu dengan update status Facebook dan Twitter mintak ‘dilenyapkan’ hari Isnin. It is so ‘bangang’ you know? Kih kih kih..

Selamat menjalani hari Isnin dengan pekerjaan dan amalan serta perbuatan yang memberi manfaat dan keberkatan dalam hidup kita.


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , ,

12 komen -- Kenapa Benci Hari Isnin?

  1. eddie says:

    jangan jadi ‘balck monday’ sudah la…hu3 :biggrin:

    Reply

  2. azman says:

    Aku suka hari isnin sebab boss tak der kat opis he3..

    Reply

  3. zie fauzi says:

    bagi org yg tak bekerja mcm saya ni setiap hari rutinnya sama sahaja..xde maknanya nak monday blues ke apa…… xde beza pun… :)
    Jom baca entri terbaru blog zie fauzi.. Jumpa BloggerMy Profile

    Reply

  4. papa mifz says:

    mereka yang selalu merungut nih yg jenis kerja hanya untuk gaji, bukan kerja untuk mengembangkan kerjaya…
    Jom baca entri terbaru blog papa mifz.. Wordless Wednesday : Oakley Frogskins vs Ray-Ban WayfarerMy Profile

    Reply

  5. Suraya says:

    suka hari isnin.. sebab CUTIII.. hehe..
    Jom baca entri terbaru blog Suraya.. Duit 50 Sen Baru Untuk Simpan BarangMy Profile

    Reply

  6. Bro Framestone says:

    Bro paling tak suka hari Ahad.

    Sebab hari Ahad kenkadang mati kutu juga tak tahu nak buat aktiviti apa. Semuanya habiskan masa dengan family mahupun date.

    Bro perlukan family untuk dihabiskan masa bersama di kota metropolitan ini
    Jom baca entri terbaru blog Bro Framestone.. Kembara 4×4 Merentasi Hutan Ke Air Terjun Lata Berembun, RaubMy Profile

    Reply

  7. izwanyusof says:

    sejak praktikal ni aku pn dah rasa sedikit gusar bila tiba isnin. haha. tapi mujur tempat keje tak pressure sangat. isnin ke takde hal. tapi datang weekend tu memg heaven.
    kalau tak nak isnin,tak yah skolah, tak yah keje r. :w00t:

    Jom baca entri terbaru blog izwanyusof.. Waktu Tengah Belajarlah Sesuai Nak Cari JodohMy Profile

    Reply

  8. akubiomed says:

    Hari Isnin baru ini saya bercuti. :-)
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Wordless Wednesday – # Call me Pak LongMy Profile

    Reply

  9. daddydee says:

    hari isnin akan mula segala bebanan kerja untuk minggu tersebut…hahaha

    paling malas kalau masuk je hari isnin ada meeting…

    Reply

  10. titan says:

    aku tak benci. aku dah penat nak benci-benci sekarang ni..
    Jom baca entri terbaru blog titan.. Eyriqazz vs Denaihati – Part 7My Profile

    Reply

  11. dennis says:

    Yup….thx utk peringatan ini
    Jom baca entri terbaru blog dennis.. RESORT WORLD GENTINGMy Profile

    Reply

  12. Jebeng Otai™ says:

    salah diri kita sendiri..x perlu nk salahkan hari..huhu
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Hosting Baru JebengOtai.comMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 50.19.155.235

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv