
Balik daripada Event Nuffnang di Times Square petang semalam, aku terkejut bila terbaca tweet tentang kematian Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari. Innalillah.. Allahyarham meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas). Menurut berita daripada Mstar Online:
Allahyarham yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandu Achik ekoran kejadian malang itu.
Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, malam ini.
Serius aku rasa macam sedih jugak la sebab lagu-lagu nyanyian Allahyarham sering mengingatkan aku kenangan-kenangan ketika zaman aku bergelar student dulu. Bagi korang yang menuntut di universiti/kolej mesti tau kan macam mana kehidupan seorang student. Hiburan tiap-tiap hari adalah daripada Winamp dan senarai lagu-lagu yang wujud dalam komputer ataupun laptop. Walaupun kat kolej aku dulu ada bahan-bahan hiburan yang lain, tapi dengar lagu kat laptop tetap terbaik bagi aku. Pejam mata pon boleh rasa terhibur berbanding tengok movie kat TV yang sekarang ni banyak aksi-aksi yang tak sepatutnya ditayangkan untuk tontonan umum.
Lagu-lagu Allahyarham Achik Spin yang paling buat aku rasa sedih, yang ada lirik “Bola-bola api”. Aku tak tau tajuk lagu tu sebab aku kurang berminat sebenarnya dengan lagu-lagu genre macam tu. Tapi kawan-kawan se-asrama dengan aku memang gilakan lagu tu. Bangun tidur je terus ON laptop pastu play lagu “Bola-bola Api”. So, hari-hari aku terpaksa la tahan telinga dengar jugak. Sampai dah rasa kebas telinga, nak keluar segala tahi telinga.. dan tak disangka-sangka aku pon terjoin sekali menyanyi lagu tu dengan diorang time tengah mandi beramai-ramai (bilik air berasingan OK!) sebelum ke kelas.
Sekarang ni aku rasa rindu sangat-sangat dengan kawan-kawan seperjuangan kat kolej dulu. Masing-masing dah sibuk dengan hal sendiri. Ada yang dah berkahwin, ada yang dah jadi suami orang, ada yang dah jadi isteri orang, ada yang dah jadi artis (bessar punyeeerr), ada yang dah jadi businessman, macam-macam ada. Walaupun aku ni tergolong dalam golongan orang yg tersisih, errr.. maksud aku (explain kejap) setiap pelajar kat U atau kolej mesti ada geng dan group masing-masing kan? Aku ni jenis suke dok sorang-sorang. Kalau ada yang ajak join, baru aku join. Tapi bukan jenis tak suka bergaul ye. So, aku ni ibarat ada atau takde, sama je. Macam tak diperlukan sangat.
Aku sangat berterima kasih dan hargai kawan-kawan yang sudi ajak aku lepak sama-sama tengok bola (walaupun aku tak minat), ajak karaoke, main snooker, ajak overnight sampai ke pagi pergi kacau anjing pastu lari lintang pukang sebab kena kejar, yang sudi percayakan aku untuk luah masalah dan rahsia diorang, yang sudi dengar aku luah masalah aku, yang sudi bersengkang mata tolong aku buat assignment, yang baik hati nasihatkan aku time aku terbuat jahat, yang belanja makan minum, yang sudi pinjamkan komputer dan laptop untuk aku buat assignment, yang sudi pinjamkan baju untuk aku pakai sebab aku malas nak basuh baju aku. Kenangan tu aku akan ingat sampai bila-bila. Kenangan paling manis dalam hidup aku. Terima kasih kawan-kawan! Korang memang terbaik ahh.. Korang ingat lagi ke tak aku ni, tu semua aku tak kisah. Yang pasti aku akan ingat korang yang dah banyak berjasa kat aku, ingat sampai akhir hayat aku. Terima kasih banyak-banyak, kawan.

Dunia semakin hari semakin hampir ke penghujung. Begitu juga dengan kita. Usia semakin hari semakin meningkat. MATI ITU PASTI! Tak kira sama ada kawan-kawan, sahabat handai, sanak saudara, adik beradik, haiwan peliharaan, kerusi meja, laptop komputer, semua benda bernyawa dan tak bernyawa dalam dunia ni akan menghadapi tua dan mati.
Bagi insan yang telah meninggalkan dunia ini, tangan ditadahkan dan doa diutuskan semoga semua yang telah tiada tu akan dimasukkan ke dalam golongan-golongan hambaNya yang beriman dan bertakwa. Semoga tenang dan aman di ‘sana’. Al-Fatihah!
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Amin! Amin! Amin! Bagi yang masih bernyawa, teruskan hidup macam biasa. Jangan ditangisi orang yang dah pergi. Lebih baik sedekahkan mereka doa-doa daripada ayat suci Al-Quran untuk bekalan mereka di akhirat kelak, dan juga sebagai bekalan amalan kita sendiri. Semoga hidup kalian diberkati dan dirahmati Allah.
Allahyarham Achik Spin mengajar aku erti kehidupan, persahabatan dan juga kematian.
Entri Lain Yang Menarik:
- Sampai bila nak jadi perokok?
- Lelaki Tak Solat Jumaat sebab Uzur
- Hati-hati Upload Gambar di Internet
- Bila Islam Hanya Pada Nama
- Expo Buku 1Malaysia di PWTC (1-6 Feb 2012)






















Jgn kata ko sedih..aku pun terharu sebak baca ni
.-= Post terbaru Fazreen di blog beliau.. Dear Blogger You Need to Involve In Offline Event Too =-.
[Reply]
Anarm reply:
April 18th, 2010 at 3:50 AM
@Fazreen: dari tadi aku teringat benda ni lepas dgr cite Achik meninggal.. asalnya aku nak post pasal event nuff tu je.. niat nak pinjam gambar2 kt blog shah.. taip punya taip punya taip ntah camne tak pasal2 jadi entri nih.. aku pon tak paham.. adoiii~
[Reply]
Azizuan reply:
April 21st, 2010 at 2:21 AM
@Anarm, mistik tuh bro..jangan main2..haha
.-= Post terbaru Azizuan di blog beliau.. Beautiful Blogger Award From Yatie =-.
[Reply]
salam anarm..
menitis juge air mata saya mendengarkan bacaan surah al-fatihah yang sangat merdu nie..
saya harap awak tenang ya.. saya tau awak tengah sedih sebab baca tweet awak.. saya pun ikut sama sedih ble menyelami isi entry nie, kerana saya juge teringatkan kisah saya semasa belajar di kolej.. kepahitan terlalu banyak, tp kepahitan itulah yang telah mengajar saya menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik.. semoga awak juge akan menjadi seorang hamba Allah yang soleh dan berguna utk masyarakat..
amin-amin ya rabbal alamin…
.-= Post terbaru fifie ierina di blog beliau.. Continuation to My Birthday Entry =-.
[Reply]
Anarm reply:
April 18th, 2010 at 4:00 AM
@fifie ierina: waalaikumsalam..
tu la.. best je dengar bacaan ayat tu.. nanti next post nak cerita tentang bacaan ayat al-Quran plak lah.. hehe.. dah tenang dah sekarang ni.. time tgh taip tadi je yg teremosi skit.. yela, sambil taip sambil ingat balik kenangan lama pastu tulis kenangan tu kt entri ni.. sebab tu ternangis.. huhu..
kepahitan dan kemanisan tu dah lumrah kehidupan.. kalau semuanya manis je, rasanya tak seronok jugak.. kadang2 yg pahit tu pulak boleh jadi manis.. alhamdulillah sebab Tuhan bagi semua ni dalam hidup kita.. kalau takde pahit manis, rasanya tak banyak bende yg kita bleh belajar tentang kehidupan.. indahnya kehidupan!
[Reply]
Al-Fatihah buat arwah achik.. moga rohnya tenang di sana..
erm, ko ada kenangan mcm ni eh dgn lagu arwah.. sampai leh ingat semua balik.. aku teringat gak ttg kenangan lama bila ko cite ttg kenangan lama.. adoi.. pjg utk distorykan.. sambung lain kali le waktu gath nanti…
.-= Post terbaru syahirul di blog beliau.. Gathering terbesar blogger Malaysia =-.
[Reply]
Anarm reply:
April 18th, 2010 at 4:10 AM
@syahirul: sebab lagu arwah tu la aku rasa rapat dengan kawan2.. siap nyanyi sama2 dlm bilik air, gelak sama2.. pastu lama lepas tu masing2 dah ada geng sendiri, dah jumpe kawan, dh jumpe awek.. so aku sorang2 layan emo, layan petik gitar, lompat2 dlm bilik dgr lagu.. jadi terasa skit la drpd asal semua rapat pastu last2 jadi tak rapat.. nasib baik awek aku still dengan aku..
[Reply]
sedih kan T_____________T
spin ni aku layan zaman2 aku sekolah dulu nu. masa form 3. siap beli kaset semua. vcd dia lagi. mmg layan la lagu diorang. kalau karoke pun, mesti pilih lagu Achik & Nana. dan lagu Spin yang paling paling paling aku suka sampai sekarang adalah lagu Malam Semakin Dingin. sedih bila dengar balik.
semoga dia ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. amin.
***
aku ni tacing je kalau org buat entry pasal kawan2 :D hihi berair dah air mata td hahaha. konon2 feel ah. tp mmg, kawan susah senang la kita akan ingat sampai mati. biarpun diorang tak ingat kita lagi :)
chill ok bro!
.-= Post terbaru yonna di blog beliau.. Pernah Rasa Tak? =-.
[Reply]
Anarm reply:
April 18th, 2010 at 4:15 AM
@yonna: lagu achik aku layan bola2 api tu satu je.. yg lain2 aku tak tau lagu dia.. haha.. ko pon nangis? wakakaka.. takpe2, bleh cuci mata skit.. hehe..
tu baru cite pasal kawan.. kalo cite pasal mak ayah lagi kuat kot aku nangis.. yg tu lagi sensitif.. huhu..
orait.. chill.. chill.. chilli boh..
[Reply]
mmg sedih beb…. sangat sedih.. mmg lagu2 dia masa dgn SPIN dulu menjadi teman aku masa zaman berchenta time sekolah dulu..
AKu rasa macam x boleh terima dia dah takde.. tiada lagi suara semerdu dia. tp aku kene terima juga.. Kena.. itu hukum dan kehendak Allah..
Achik…. damailah kamu di sana…
[Reply]
Anarm reply:
April 18th, 2010 at 1:53 PM
@Khai, sama la kita bro.. huhu.. semoga arwah damai di sana.. insyaallah..
[Reply]
anarm,
mendengar luahan hati awak, kita ni sama.
kawan awak yang bessar punyyeer tu dah berpunya ke. ahak.
[Reply]
Anarm reply:
April 18th, 2010 at 1:54 PM
@zahida, dah berpunya dah.. hehe.. sempat lagi tanye.. keh3
[Reply]
al-fatihah kepada arwah…
.-= Post terbaru zik di blog beliau.. Petua awet muda bagi lelaki =-.
[Reply]
Al fatihah..Aku ingat ape lah yang dilink laptop tu
rupanya contest tu..cess
Semakin Ramai kan artis yang meninggal dunia..
mulai dari yati(klau tak silap) kemudian din kemudian achik
erm..Semoga rohnya diempatkan di tempat orang yang beriman
.-= Post terbaru nizam6281 di blog beliau.. THE LARGEST BLOGGERS’ GATHERING : MALAYSIA BOOK OF RECORD(FULL EVENT) =-.
[Reply]
Anarm reply:
April 18th, 2010 at 1:56 PM
@nizam6281, sambil2 sedih, contest tetap jalan.. kah3..
[Reply]
nizam6281 reply:
April 18th, 2010 at 2:50 PM
@Anarm, haha..hilang feeling aku nak sedih..huhu
.-= Post terbaru nizam6281 di blog beliau.. THE LARGEST BLOGGERS’ GATHERING : MALAYSIA BOOK OF RECORD(FULL EVENT) =-.
hang memang nak menang eh?
[Reply]
Anarm reply:
April 18th, 2010 at 5:57 PM
@nizam6281, lol.. kalo dah join contest tu maknanya nak menang laa.. sape tanak menang barang baek.. dah la aku bengang diorang yg menang laptop kt event nuffnang semalam.. haha..
[Reply]
nizam6281 reply:
April 18th, 2010 at 6:36 PM
@Anarm, hhaa
ohh semalam eksyen tanak daftar hak3..kan da nyesal hak3
eh hang banyak dapat blog awek ea?
hehehe
[Reply]
Anarm reply:
April 19th, 2010 at 12:58 AM
@nizam6281,
bukan eksyen.. malas.. tambah dengan kepenatan menunggu tren KTM
yg lembab nak mampos.. blog awek? huhu..
[Reply]
nizam6281 reply:
April 19th, 2010 at 1:18 AM
@Anarm, hehe ala aku tahu hang ada url blog awek2 hehe
korang buat pe ek semasa ketiadaan ke..haha
[Reply]
ermm.. nak buat mcm mana dah sampai masa..
[Reply]
al-fatihah buat arwah,walaupon aku jarang dgr nyayian die dlu,tapi ade la jugak kenangan-kenangan lagu dia dlu yg mengingatkan aku kepada seseorang
.-= Post terbaru apiih di blog beliau.. 25 Facebook Tips/Trick =-.
[Reply]
Anarm reply:
April 18th, 2010 at 1:56 PM
@apiih, mu jiwang karat! hak3..
[Reply]
semalm ms tgk rancangan Galaksi…pengacara si pe ek nm pompuan tu awek si nabil tu lupe dah..erma kan..die der cakap achik spin meninggal lam kemalangan..huhu agak terkejut ekceli…skang ramai lak artis yg meninggal..huhu..semua da ketentuan Allah kan..semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin..
[Reply]
Anarm reply:
April 18th, 2010 at 1:57 PM
@eiyda, amin.. amin.. amin..
[Reply]
kawe tkt boh…kawe byok doso
[Reply]
Anarm reply:
April 18th, 2010 at 2:27 PM
@x-po, kawe pon banyok doso..
[Reply]
lagu bola2 api tu Paling Comel.. aku sedih baca entri ni n komen2 kat atas tu. dulu aku membesar dgn lagu2 achik spin ni. masa zaman sekolah dulu. kakak aku minat gile dgn dia…mesti dia pun terkejut dgr berita ni… T_T
yang pergi tak kembali. dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali.
Al-Fatihah
[Reply]
Anarm reply:
April 18th, 2010 at 2:28 PM
@Amir, aku pon membesar dengan lagu2 SPIN.. sebab tu rasa macam sebak je..
[Reply]
syahdu T_____________T
.-= Post terbaru zida di blog beliau.. Revolusi Kecanggihan Telefon Bimbit : Dulu dan Kini =-.
[Reply]
ACHIK….
dia terbaek…
smoga roh nya dicucury rahmat..
amin…
[Reply]
aku pon gitu..sapa tak pernah layan lagu dari arwah kan..lagi-lagi bila digandingkan dengan siti nordiana(nana)..zaman-zaman remaja dulu memang hitz mereka berdua nih….nak buat macam mana kan.dah tiba ajalnya,maka kita hanya mampu sedekahkan Al-fatihah dan doa agar roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman…
juga takziah pada keluarga arwah..semoga tabah menghadapi segala yang telah berlaku,
.-= Post terbaru Piston Pecah di blog beliau.. [Filem] Hooperz – Lelaki Pon Boleh Tengokkan? =-.
[Reply]
Anarm reply:
April 18th, 2010 at 6:00 PM
@Piston Pecah, amin amin amin..
walaupun ada sesetengah orang tak suke dengan arwah, hope takde timbul isu2 kutuk mengutuk macam yg terjadi kat arwah Din Beramboi baru2 ni.. publisiti murahan is a bullshit.. yg buat isu tu korang adalah taik lembu.. hormatilah orang yang dah takde..
[Reply]
sedih gile aq rasa mcm x cye je aq bru tgk die kat tv tba2 die meninggal dunia……
[Reply]
sedih plak aku baca entri.. bukan stakat sedih sbb arwah tp sedih juga baca story demo pasal kawan2 tu.. oh kenangan T_T
Al-Fatihah buat arwah
.-= Post terbaru Encik One di blog beliau.. Nak hantar SMS tapi kehabisan kredit? Ini penyelesaian’nya =-.
[Reply]
Anarm reply:
April 19th, 2010 at 12:56 AM
@Encik One,
hahaha.. ade kenangan yg sama ko?
[Reply]
masa kat kolej aku amat tak suka kpd mereka yg buat megi pastu bekas tinggal seminggu tak basuh.
letak bawah katil ja.
.-= Post terbaru Wan Perlis di blog beliau.. Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi =-.
[Reply]
alfatihah di ucapkan pada allahyarham achik spin..
.-= Post terbaru broSKL di blog beliau.. How to make bullet with photoshop CS4 =-.
[Reply]
Sama jugak seperti aku.. memang tak layan lagu dia tetapi sedih dengan berita kematiannya ini.. alfatihah kepada Allahyarham.. moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
.-= Post terbaru nuaeman di blog beliau.. Negara Kita Negara Orang =-.
[Reply]
Al-fatihah buat arwah..
.-= Post terbaru kertaz di blog beliau.. HWM BlackBox – CPU Information Utilities =-.
Time aku kecik2 dlu banyak gak aku layan lagu si achik spin ni.. Tmbah2 lagi lagu duet ngan si nana..
[Reply]
Al-Fatihah untuk arwah Achik
.-= Post terbaru wazy di blog beliau.. Driver Checker 2.7.4 =-.
[Reply]
saecara jujurnya, aku terkejut dan sedih..
[Reply]
aku xleh dima pmegian dy!! aku syg dy cm aku syg membe2 aku!da byk kali aku mnagis hnye kerna achik!!!!aku pmint abisan dy!!! aku nk jmpa dy tp x tercapai!!np!kpd fmly achik@nana, aten mgucpkan tkziah…
[Reply]
moga arwah dicucuri rahmat..moga di tempat kan di kalangan orang yang beriman..amin..
[Reply]
..uM,,cMoGE ARwaH aChik spIN dicuCuRI RAhmat…..
minAt gleW kat acHik spIN…
XSnGKe Dye yUnk pEgI dlU..
XLeYh PCAYE !!!!!!!!
CeDiEH,,,,
uM..P PepEPon oRg YunK iDoEP aKn kEMbalI..
SEmUa nYe kNyAtaaN..
KpDE isteri acHik SPin lax..
besabar lah ea..
[Reply]