Menjemput Blogger ke Majlis Iftar Ramadhan di Rumah Warga Emas Warisan Kaseh

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 6 August 2012 { 31 komen }

   

jemputan iftar ramadhan 2012 Menjemput Blogger ke Majlis Iftar Ramadhan di Rumah Warga Emas Warisan Kaseh

Majlis berbuka puasa atau iftar amat sinonim dengan bulan Ramadhan. Pada 8/8/2012 (Rabu) Kumpulan Al Ansar, eQurban dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) akan menganjurkan satu majlis iftar Ramadhan. Untuk itu aku dan team Denaihati ingin menjemput 10 20 blogger yang berminat nak join buat coverage Majlis Iftar Ramadhan nanti bersama media utama dan crew TV. Majlis Iftar Ramadhan ni akan diadakan di Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Sg.Kelambu, Banting, Selangor.

Kepada sesiapa yang sudi menyumbang wang tunai untuk anak yatim, warga tua miskin dan pelajar tahfiz bolehlah hubungi team Denaihati.com. Lagi banyak sumbangan diberi lagi bagus. Semoga ianya dapat membersihkan harta kita dan mendapat balasan pahala dan rezeki berlipat kali ganda.

rumah warisan kaseh banting Menjemput Blogger ke Majlis Iftar Ramadhan di Rumah Warga Emas Warisan Kaseh

Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Sg. Kelambu, Banting

10 20 blogger yang berminat untuk join akan membuat coverage Iftar Ramadhan bersama media utama dan crew TV. InsyaAllah pelbagai hadiah dan duit raya disediakan kepada yang hadir. Kenderaan juga disediakan untuk ke Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh (berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam). Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri boleh follow dari belakang atau boleh pergi terus ke Rumah Warisan Kaseh. Alamatnya:

 
RUMAH WARISAN KASEH DARUL MAGHFIROH
Kompleks Darul Maghfiroh Jilul Marzuki
Lot 3886, Jalan Dahlia,
Kampong Sungai Kelambu Timur,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 

Aturcara Majlis Iftar Ramadhan Rumah Warisan Kaseh

aturcara majlis iftar ramadhan warisan kaseh Menjemput Blogger ke Majlis Iftar Ramadhan di Rumah Warga Emas Warisan Kaseh

Mana-mana blogger yang berminat nak join Majlis Iftar Ramadan Warisan Kaseh ni boleh contact @ PM aku di Facebook.

* * * * * * * * *

UPDATE: Mencari 20 blogger yang berminat untuk join buat coverage Majlis Iftar Ramadhan “Warisan Kaseh”. Duit raya RM100 + buah tangan disediakan, dengan syarat perlu buat review tentang majlis tu nanti. Senang je kan?


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , , , , ,

31 komen -- Menjemput Blogger ke Majlis Iftar Ramadhan di Rumah Warga Emas Warisan Kaseh

  1. Panas Giler (djchef) says:

    amacam event, smua brjalan dgn lncar?
    Jom baca entri terbaru blog Panas Giler (djchef).. 18 OGOS 2012 TARIKH MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL|BILAMy Profile

    Reply

  2. zaharibb says:

    Insyaallah, saya akan sampai. Saya pegri sendiri kerana lebih dekat dari Bukit Jalil.
    Jom baca entri terbaru blog zaharibb.. Rumah Bakti Nur SyaheeraMy Profile

    Reply

  3. kak ina kl says:

    Memang seronok jika dapat join..maaflah tak leh join

    Reply

  4. nurmisnan says:

    Kalau aku ada di Mesia, ingin juga sertai. Takpelah..
    lain kali tahun depan kalau ada join..
    Jom baca entri terbaru blog nurmisnan.. Wordless Wednesday #55My Profile

    Reply

  5. Orang Kampung says:

    Semoga usaha Tuan2 mendapat keberkatan dari Allah SWT..
    Jom baca entri terbaru blog Orang Kampung.. Kilauan Emas Dari Lee Chong WeiMy Profile

    Reply

  6. hatiputera says:

    Jauh sangat dari lokasi saya tu. kalau dekat teringin jugak nak menyertai rakan-rakan blogger.
    Jom baca entri terbaru blog hatiputera.. Cek Pertama Sejak BerbloggingMy Profile

    Reply

  7. syu90 says:

    mcm best..tp xde transpot nak g ke shah alam tu..
    Jom baca entri terbaru blog syu90.. Azizulhasni Awang layak ke akhirMy Profile

    Reply

  8. M'Rie R'Nie says:

    As Salam, wow dekat dengan Rumah saya tu. Dekat tu tak der ar dekat sangat. Tapi memang selalu juga pergi area Banting tu. Sg Kelambu jarang pi. :biggrin:

    Jom baca entri terbaru blog M’Rie R’Nie.. Should I Follow You ?My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @M’Rie R’Nie, kalau rasa nak pergi boleh la join buka puasa esok.. amacam? nak join? :smile: Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Menjemput Blogger ke Majlis Iftar Ramadhan di Rumah Warga Emas Warisan KasehMy Profile

    Reply

  9. Suraya says:

    alaa.. takde rezeki nak join sebab kerja time tu.. susah nak mintak cuti..
    Jom baca entri terbaru blog Suraya.. Kupon McDonald’s Chicken Foldover Promosi Ramadan Beli 1 Percuma 1 dari 6 – 15 Ogos 2012My Profile

    Reply

  10. Abe Mirul says:

    Alahai. Jauhnya. Kalau dekat, insyaAllah akan berusaha untuk pergi. Apa pun, semoga majlis berjalan lancar dan dipermudahkan. InsyaAllah. :)
    Jom baca entri terbaru blog Abe Mirul.. Kenapa Perempuan Suka Mempermainkan Perasaan Lelaki?My Profile

    Reply

  11. daddydee says:

    kerja…kalau tak teringin juga nak join program begini.

    Insyallah lain kali…
    Jom baca entri terbaru blog daddydee.. Olympic 2012 : Natalia PartykaMy Profile

    Reply

  12. titan says:

    kalau mak aku bagi, aku gi. lom bincang lagi dengan mak aku. haha..

    Reply

    Anarm reply:

    @titan, takpe.. bincang dulu dengan mak ko.. dengan ain maisarah takyah bincang ke? haha..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Menjemput Blogger ke Majlis Iftar Ramadhan di Rumah Warga Emas Warisan KasehMy Profile

    Reply

  13. prettyswan says:

    im not sure if you would consider me as blogger. but it sounds fun for me

    Reply

  14. Eizil says:

    Dah cukup ke 20 orang yang dicari bro?
    Jom baca entri terbaru blog Eizil.. Luas mata memandangMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Eizil, blom cukup 20 lagi.. mungkin sebab hari kerja, ramai tak dapat nak join..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Menjemput Blogger ke Majlis Iftar Ramadhan di Rumah Warga Emas Warisan KasehMy Profile

    Reply

  15. Kasha says:

    Berminat sangat. Tapi kecewa tgk hari Rabu
    Jom baca entri terbaru blog Kasha.. Buka Puasa #ChurpOut di Songket RestaurantMy Profile

    Reply

  16. aiman916 says:

    bestnyer

    Reply

  17. yanmie says:

    Salam,

    Media balik awal sikitkan? sebab perjalan jauh jgk tu 1 jam, takut tukang ambik kat masjid shah alam nanti nak gi ngedate so takde orang hantar balik klang.
    Jom baca entri terbaru blog yanmie.. Mandi Manda Di Pantai Chenang LangkawiMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @yanmie, media balik awal sikit.. dalam pukul 8:30 macam tu..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Menjemput 10 Blogger ke Majlis Iftar Ramadhan “Warisan Kaseh”My Profile

    Reply

    yanmie reply:

    @Anarm, Ok noted!
    Jom baca entri terbaru blog yanmie.. Mandi Manda Di Pantai Chenang LangkawiMy Profile

    Reply

  18. akubiomed says:

    Moga-moga Allah SWT permudahkan segala urusan pada hari tersebut.
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan JulaiMy Profile

    Reply

  19. Nurul says:

    Ruginya… Ade iftar office.. Kalau tak mesti join… :(
    Jom baca entri terbaru blog Nurul.. Salam Nuzul Al-QuranMy Profile

    Reply

  20. hafiz hafizol says:

    nak nak.. ada x org dr Bangi nak tumpang.. Heeeeee

    Reply

  21. KiD says:

    teringin sangat nak join event DH, tapi selalu tak dapat cuti.. huhuu
    Jom baca entri terbaru blog KiD.. Happy Birthday Beautifulnara!My Profile

    Reply

  22. Jebeng Otai™ says:

    kalo titan tau ni mesti die join.. :)
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Keputusan Terkini Pingat Olimpik 2012 – 6 OgosMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Jebeng Otai™, pegi bagitau dia.. ok jugak tu kalau dia join.. hehe.. taknak join sekali ke? :smile: Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Jemputan ke Majlis Iftar Ramadhan “Warisan Kaseh”My Profile

    Reply

    Jebeng Otai™ reply:

    @Anarm,

    jauh gak tu nk smpainya.. :)
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Projek Amal El Qashrin QaisaraMy Profile

    Reply

  23. Haru says:

    aiseh jauh plak nak join….bile nak buat dekat kelantan?
    Jom baca entri terbaru blog Haru.. Flyers Design Untuk Produk Al-Quran Digital Dan MP3 HajiMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Haru, erkk.. tak tau.. mungkin satu hari nanti akan buat jugak kat sana..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Jemputan ke Majlis Iftar Ramadhan “Warisan Kaseh”My Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 60.48.202.81

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv