Denaihati.com

Program Qorban dan Aqiqah di Kemboja

Hidup seorang blogger dan cabarannya

52

                 

Hidup seorang blogger

Blogger merupakan manusia istimewa yang hidup dalam 2 sisi kehidupan iaitu hidup di dunia realiti dan di dunia maya (internet). Seseorang yang memilih untuk menjadi blogger adalah manusia yang berfikir secara kompleks kerana hidup seorang blogger memerlukan kita berfikir dalam pelbagai aspek dan perlu memiliki kebolehan yang tertentu bagi menjayakan aktiviti berblogging.

Hidup seorang blogger dapat mengajar kita bagaimana untuk bersosial di dunia maya (dan realiti), bagaimana untuk meluahkan setiap sudut pemikiran ke dalam bentuk penulisan, dan juga mencungkil bakat dalam menguruskan penampilan blog dari segi rekabentuk. Kesemua ini adalah aspek penting dalam hidup seorang blogger kerana setiap aspek tersebut mampu dimanipulasikan ke dalam blog untuk menarik minat pengunjung singgah lebih lama di blog kita.

Hidup Aku Seorang Blogger

Kebanyakan blogger yang ada sekarang ni menggunakan platform yang pelbagai. Ada yang menggunakan Blogspot, ada yang menggunakan WordPress, Joomla, dan sebagainya. Walaupun wujud bermacam-macam platform untuk berblog, namun setiap daripada kita masih dalam satu komuniti besar blogger dan sama-sama menjalani hidup sebagai seorang blogger.

Apa yang best sangat buat blog?” – Persoalan ni sering aku terima daripada rakan-rakan bukan blogger! Setiap perkara yang wujud dalam dunia ni mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Bila diberitahu tentang kebaikan blogging, mereka yang tidak merasainya sendiri akan menganggap ianya satu keburukan. Malah pelbagai tanggapan lain lagi yang akan muncul kemudian. Melalaikan, membuang masa, membazir wang ringgit, dan sebagainya. Mentaliti sebegini memang tidak dapat dipisahkan daripada sesetengah orang. Apa aku perolehi sepanjang berblog ni memang sesuatu yang paling bermakna dan penuh ilmu pengetahuan. Percaya atau tidak, terpulang pada diri mereka.

Bagi yang telah lama berkecimpung dalam dunia blogging, terdapat perbezaan ketara dalam hidup seorang blogger itu yang dapat kita lihat. Dulunya sentiasa berfikir “Apa aku nak update/tulis kat blog?”. Tetapi kini mulai mempersoalkan “Bagaimana untuk aku hasilkan entri terbaik?”, “Bagaimana nak menarik minat orang untuk singgah di blog?”, “Bagaimana nak tampilkan entri di muka depan Google Search?”, “Bagaimana nak jadi hebat macam Azman Ishak?”, dan macam-macam lagi persoalan ‘bagaimana’. Believe it or not? Persoalan ‘Apa’ dan ‘Bagaimana’ dapat menggambarkan tahap pemikiran seseorang itu.

Cabaran dalam Hidup Seorang Blogger

Ada banyak cabaran yang memang biasa dilalui dalam hidup seorang blogger. Di sini aku senaraikan cabaran-cabaran yang sering aku hadapi.

  • Tiada ilham/idea untuk menulis
    Sebenarnya ada banyak cara bagaimana mencari ilham untuk menulis di blog. Semua bergantung pada diri masing-masing untuk dapatkan idea tersebut. Bagi aku, aku lebih suka blogwalking, membaca surat khabar lama (bukan yang terbaru), tengok movie, lepak di ‘bilik termenung’ dan keluar dating dengan awek tercinta.

    Paling kerap berlaku bencana kekurangan idea ni adalah ketika aku sedang menaip artikel baru. Pada mulanya memang bersemangat dan berjaya menaip dengan lancar. Kemudian, akan berlaku simptom-simptom mati kutu. Tiba-tiba idea hilang! What the fox!!
     
  • Kekangan masa
    Aku menjalani 2 kehidupan iaitu hidup sebagai seorang blogger dan sebagai seorang pekerja. Masa yang diperuntukkan lebih banyak diluangkan untuk kerja-kerja yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Ramai yang menggesa aku update blog tapi jika korang berada di tempat aku, korang boleh rasai sendiri bagaimana hidup seorang blogger pada masa yang sama mempunyai komitmen terhadap kerja-kerja ofis. Blogger merupakan profession aku secara sambilan sahaja. Huh!
     
  • Minat berblog kejap ada kejap takde
    Yang ni cabaran aku yang paling berat. Bila dah jadi macam ni, apa sahaja yang aku lakukan akan terbengkalai separuh jalan. Setiap aktiviti yang dilakukan memang perlu disertai dengan minat. Minat menjadi faktor pemberi semangat untuk kita berbuat sesuatu. Setuju atau tidak?
     
  • Wujudnya Twitter dan Facebook
    Dua laman sosial gergasi yang terlaris dalam hidup seorang blogger. Blogger-blogger sekarang ni aku tengok lebih gemar mengupdate status di Facebook, berkongsi pelbagai bahan menarik dengan pengguna lain, dan berbual kosong di Twitter. Ramai juga di kalangan blogger meluahkan “takde idea nak update blog” sedangkan di timeline Facebook dan Twitter beliau dapat kita lihat pelbagai perkongsian bahan yang boleh dijadikan pengisian untuk blog. Adakah minda kita sudah disekat oleh kedua-dua laman sosial ini atau ianya memang lumrah dalam hidup seorang blogger?
     
  • Aku seorang pemalas
    Malas! Aku memang pemalas. Pada masa-masa tertentu sikap malas aku akan jadi 2 3 kali ganda lebih banyak. “Nak bangun kencing pon malas.” – Betapa pemalasnya aku ni. Dari sudut seorang blogger pula, akan terjadi simptom malas nak menaip, malas nak Google, malas nak cari gambar, malas nak tengok coding theme, dan sebagainya. Jika timbul sikap malas ni, apa yang perlu dibuat adalah “Ko pergi tidur jela Anarm oiii”..
     

Kini, jumlah blogger semakin hari semakin bertambah. Blog-blog baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hari hujan. Kesucian dunia seorang blogger pun kian tercemar dengan adanya golongan blogger yang terpesong. Aku perasan dah ramai blogger yang mengundurkan diri dari arena blogging ni. Kenapa dan mengapa mereka berundur aku pon tak tahu. Bagi yang masih berjuang untuk meneruskan hidup seorang blogger, adakah perjuangan kita ini dapat bertahan? Sampai bila?
 

Entri wajib pertama untuk Contest Hidup Seorang Blogger anjuran Denaihati.com


                 


Entri Lain Yang Menarik:


Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Google Keywords: , , , , , , , , , ,

 


Pengiklanan
Insentif Tunai DenaiHati.com Cetusan Suara ServerFreak Web Hosting world dream cars from various model

Tips Mudah Lulus Pinjaman

Dropbox

Tinggalkan komen anda

52 komen diterima bagi entri “Hidup seorang blogger dan cabarannya”

Trackbacks & Pingbacks

  1. Konteks Sebenar dalam HIDUP SEORANG BLOGGER | Anarm.Net
  2. Selamat Hari Bapa, Happy Father's Day 2011 | Anarm.Net
  1. tmukmkd says:

    kadang2 sebab terlalu nak update blog dan sentimen yang mengatakan bahawa kalau nak update blog perlu panjang. itu menyebabkan perkara itu berlaku kot :D

    aku kadang2 ada maslah itu juga. lagi2 kalau nak update hal teknikal atau nota
    Jom baca entri terbaru blog tmukmkd.. Hidup Seorang Blogger- Sedut Dan KongsiMy Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @tmukmkd, kat blog ni aku memang suke update entri panjang2.. taip pendek2 baik aku taip kt tumblr je.. huhu..

    hal teknikal dan nota memang aku rasa susah skit nk update..

    [Reply]

    tmukmkd reply:

    @Anarm, aku pun gitu sebab tu payah nak update kadang2 :lol: Jom baca entri terbaru blog tmukmkd.. Hidup Seorang Blogger- Sedut Dan KongsiMy Profile

    [Reply]

    luth textile reply:

    @tmukmkd, haah betul tu.. panjang2 lagi puas hati kalau tulis

    [Reply]

    tmukmkd reply:

    @luth textile, tapi aku mula terpikir kalau dah panjang bena… sapa la yang baca :cwy: Jom baca entri terbaru blog tmukmkd.. Hidup Seorang Blogger- Sedut Dan KongsiMy Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @tmukmkd, takyah la taip panjang2 sgt.. kt sesetengah perenggan tu masukkan gambar skit2 utk org cuci mata, rehat kejap.. pastu sambung baca.. :tongue:

    [Reply]

    tmukmkd reply:

    @Anarm, :biggrin: betul tu. tapi tu la. skill gambar ni aku tak pandai lagi :smile: kadang2 nampak :w00t: kadang2 nampak :getlost: Jom baca entri terbaru blog tmukmkd.. Hidup Seorang Blogger- Sedut Dan KongsiMy Profile

    [Reply]

  2. x-po says:

    gud luck boh hehe :happy: Jom baca entri terbaru blog x-po.. PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARANMy Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @x-po, bereh.. hehe

    [Reply]

  3. sha-hir@meng says:

    sememangnya kalau dh malas sume bende xjadi..
    nk mkn pun sruh org suap nnt..
    nway, gudluck bro..

    [Reply]

    Anarm reply:

    @sha-hir@meng, makan??! aa.. aa.. perut bunyi krukk krukk.. :blink:

    [Reply]

    sha-hir@meng reply:

    @Anarm, aku pun tgh skt prut lapar ni..

    [Reply]

  4. yongsofea says:

    hi! saya blogger baru yg tumbuh macam cndawan selepas hujan. hehe :tongue:
    byk ilmu-ilmu blogging sy tak tahu. eheee.
    dah itu je! :lol:

    [Reply]

    Anarm reply:

    @yongsofea, selamat satang ke blog Anarm.Net :smile:

    ilmu blogging bleh belajar.. kena rajin2 bertanya dan mengGoogle..

    [Reply]

  5. eiyda says:

    all de best anarm

    [Reply]

    Anarm reply:

    @eiyda, tengkiu.. mentipoo00oooo.. hak3 :lol:

    [Reply]

  6. syahrilhafiz says:

    gudluck bro.
    entri mantap..sy suka…

    [Reply]

    Anarm reply:

    @syahrilhafiz, terima kasih.. :happy:

    [Reply]

  7. Rara says:

    Goodluck and all the best!

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Rara, thanks kak rara.. hehe

    [Reply]

  8. Azuan says:

    Hidup seorang blogger mmg cukup mencabar lah bro.. hehe.. good luck ok.. nioce entry..
    Jom baca entri terbaru blog Azuan.. Cabaran Hidup Seorang Blogger Meneruskan Aktiviti OnlineMy Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Azuan, yup.. memang mencabar.. makin lama makin mencabar.. tak tau dapat bertahan ke tak.. huhuu

    [Reply]

    Azuan reply:

    @Anarm, dapat tu.. jangkaan aku entry ni akan slow2 naik anak tangga nnti..
    Jom baca entri terbaru blog Azuan.. Cabaran Hidup Seorang Blogger Melalui Aktiviti OnlineMy Profile

    [Reply]

  9. sharinginfoz says:

    Hidup Seorang Blogger memang seronok dapat share pandangan dengan org lain kan

    [Reply]

  10. saya_aRief says:

    idea tu kadang2 bermusim..
    time meriah, meriah la blog.
    bile musim kemarau..
    hahaha..kosong je blog..

    [Reply]

    Anarm reply:

    @saya_aRief, biasanye musim kemarau tu la yang panjang skit.. lama tak update blog tade idea.. kering terus.. haha

    [Reply]

  11. MokhZam says:

    pada aku pendek ke panjang entri tu terpulang…tak perlu memaksa diri untuk update blog selalu, ikut kemampuan…aku lebih kepada share ape2 info yg aku tau walaupun kadang2 ade yg dah tau..my 2 cents
    Jom baca entri terbaru blog MokhZam.. Sungguh Kurang Ajar!!!My Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @MokhZam, aku set nk update seminggu sekali je.. kalau terlebih tu alhamdulillah.. hehe

    [Reply]

  12. Jihan says:

    kadang2 tu dah naik bosan gak berblog ni. tu la kena buat blog apa yg kita minat baru tak rasa bosankan..

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Jihan, minat tu memang nombor 1.. kalau tak minat, buat apa pon tak jadi..

    [Reply]

  13. Kreuger says:

    weh… apakah tetibe nak jadi hebat macam aku plak… aku same je macam hang. hadoi ai.. tadek ape beza pon. hahaha… malu dowh cakap macam tu. dah la tak buat duit dengan blog pon. kalau ade cume lepas la buat bayar hosting setahun… itupon kene tunggu setahun hokey.. baru cukup. hahaha..

    anyway.. thanks trackback. banyak giler trackback muncul lepas berjaya kat kakikomplen tu. alhamdulillah~
    Jom baca entri terbaru blog Kreuger.. Contest- Hidup Seorang BloggerMy Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Kreuger, ko hebat sebab kakikomplen laa.. sebab tu nk jadi macam ko.. :w00t:

    [Reply]

  14. mijie says:

    good luck bro untuk contest kali ini

    yang hidup mesti diteruskan dan blog mesti diteruskan juga
    Jom baca entri terbaru blog mijie.. Hidup seorang blogger part 1My Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @mijie, betul tu.. hidup dalam dunia realiti dan dunia blog perlu seiring dan seimbang.. baru la tak kucar kacir hidup kita..

    [Reply]

  15. wazy says:

    Good luck bro
    Aku baru je nak publish entri untuk contest ni
    eheheh :biggrin: Jom baca entri terbaru blog wazy.. PENGALAMAN PUASA DI PERANTAUANMy Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @wazy, lewat ko publish.. biasanye ko la yg paling laju.. kan? kan? blogger hebat nih.. huhu

    [Reply]

  16. zik says:

    power nie bro… erm tulah kadang2.. memang takda idea nak tulis…malas tuh memang ada pun… huhu… sampai bila nak berblog?? selagi kita masih hidup, dan mampu untuk bayar hosting, huhu ..insyallah…
    Jom baca entri terbaru blog zik.. Hidup seorang bloggerMy Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @zik, blog aset hidup kita.. perlu dijaga sebaik mungkin.. sampai bila nk berblog? kalau umur 100 tahun masih bleh tekan2 keyboard, masih bleh nampak skrin dengan jelas, apa salahnye teruskan je.. tak larat nk taip2, bleh try buat video blog.. pastu suruh cucu cicit tolong publishkan.. :biggrin:

    [Reply]

  17. azizan4444 says:

    alasan tu kadang kita sndri yang buat..idea ada tapi x tahu mcmne nk sampaikan..heheh..memang best berblog..klu sape pakai wordpress lg mantap..dgn blog jgk saya dpt jumpa anarm.net..tu pon kjp je dkt kedai makan..hehe
    Jom baca entri terbaru blog azizan4444.. Keywords Menarik Sempena Hari Raya – Edisi Ramadhan 2My Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @azizan4444, hahaha.. nanti lepas raya kita lepak together2 dgn blogger2 lain.. :wink:

    [Reply]

  18. susah nk gambarkan kehidupan seorang blogger melainkan dia sendiri rasakan. so memang paya bila orang tanye ape yg ebst jadi blogger. jawapan dia, rasa sendiri baru tahu kekekekeke

    [Reply]

    Anarm reply:

    @boy_bersahaje, kuih karipap pon nk kene kunyah sendiri baru bleh rasa sedap ke tak.. inikan pula blog.. cuba try buat blog sendiri.. nnt kita2 bleh ajarkan.. dah pandai nnt time tu baru diorang tau betapa nikmatnya berblog..

    [Reply]

  19. NoktahHitam says:

    Ade je blogger yg tak pakai otak. Kisah semut urung roti semalam pon jadi bahan. Tah ape2 tah. Kalau nak kongsi cite biarlah yg berfaedah. Mende remeh temeh tak payah pon tak pe.

    [Reply]

  20. Sumijelly says:

    good Luck la… kak sumi idea tetiba tak ada nak menulis…:blush:
    semoga menjadi top 10…. :cheerful:

    [Reply]

  21. lizz says:

    bagus jugak ade contest gini if tak, sure aku tak tau mende yg ade dlm hati bloggers lain2.hehehe! gud luck adik.blueekkks.wakakaka
    Jom baca entri terbaru blog lizz.. HIDUP SEORANG BLOGGERMy Profile

    [Reply]

  22. hafidz says:

    Cabaran takde idea untuk menulis entri memang cabaran paling utama bagi seorang blogger. Sampai penat fikirkan bila idea nak datang. Tungu punya tunggu, idea tak datang jugak, huhu :whistle: Jom baca entri terbaru blog hafidz.. Minggu Kedua RamadhanMy Profile

    [Reply]

  23. Syafrizal says:

    memang menjadi cabaran besar untuk menulis sebenarnya…
    kadang2 buntu tapi apa2 hal pun tengok pada selera masing2…
    nak tulis panjang tulis lah.. nak tulis pendek pun tulislah hehe
    Jom baca entri terbaru blog Syafrizal.. Sijil Halal- Jakim ibarat ‘harimau tanpa taring’My Profile

    [Reply]

  24. aizuddin says:

    hidup mesti diteruskan..tak kisah lah..asalkan niat kita betul untuk blogging ni :cool: Jom baca entri terbaru blog aizuddin.. Epilog Syurga Cinta Dan KCB The Series RamadhanMy Profile

    [Reply]

  25. Hahaha.. memanglah cabaran kalo kita malas :happy: Tak hanya dalam blog namun dalam segala hal kalo malas ya susah.
    Jom baca entri terbaru blog lowongan kerja.. Sari Pan Pacific Jakarta Jobs as Pastry Chef &amp Restaurant ManagerMy Profile

    [Reply]

  26. akubiomed says:

    Memang cabaran kalau nak jadikan blog salah satu sumber pendapatan kerana nak dapat PR dan Trafik bukan mudah memerlukan usaha melebih 100%
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Serangan Malware di blog macamana cara penyelesaianMy Profile

    [Reply]

  27. [...] tentang artis terkenal, info bisnes MLM, hinggalah ke kisah-kisah personal yang menarik tentang Hidup Seorang Blogger. Tak kurang juga ada yang bermurah hati berkongsi tips, skill, rahsia dan selok-belok dalam dunia [...]

  28. [...] Semua didikan yang diterima dari abah dan emak aku sewaktu dulu dijadikan panduan dalam menempuh cabaran hidup di dunia [...]

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. Anda dilarang sama sekali masukkan link/permalink di bahagian komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-delete serta merta.

IP anda telah direkodkan : 203.223.152.161